Share

BAB 5

Pandangan sinis pelajar lain yang dilemparkan ke arah aku benar-benar membuatkan aku seksa untuk bernafas. Bukan tak biasa dengan pandangan ini sudah biasa cuma sekarang bezanya kerana ada dua orang lelaki kacak yang berjalan disebelah aku bersama wajah dingin mereka. 

Aku tak sangka pula kelas mereka habis awal berbanding aku, tadi selepas aku melangkah beberapa tapak untuk keluar kelas dikiri kanan pintu bilik darjahku terjonggol wajah mereka berdua. 

Siapa? 

Zafrael Shah dan Gabriel lah! Allah... 

Boleh meninggal aku kalau macam ni. 

"Kau nak makan apa? Biar aku belikan." Wajah dingin Zafrael membuatkan lutut aku disebalik kain terasa mengigil. Beg dompet doraemon aku yang berada didalam poket, aku capai bawa keluar. Zafrael hanya memerhati sambil mengangkat kening. 

Tunggu. 

Sekeping duit RM 5 aku keluarkan lalu aku hulurkan pada dia. "Nah, belikan saya air mineral sebotol dan... roti coklat," Itu saja yang terkeluar dari bibirku. Zafrael mengangkat kening. Aku merenung dia pelik apabila dia sedikitpun tiada tindak-tanduk untuk mengambil duit dari aku. 

"Kau nak suruh buat apa dengan duit ni?" solanya pada aku. Kening aku berkerut. Aik! Tadi beriya nak belikan aku makanan. Ni aku hulur duit ni tak nak sambut pulak! 

"Awak kata nak belikan saya makanan, haa nahlah duit," ujarku masih lagi menghulurkan dia duit seraya mendongak memandang wajahnya. 

"Nope. Biar aku belanja. Simpan jelah." Zafrael terus berlalu membeli makanan. Kini pandangan aku beralih pada Gabriel pula. Dia merenung aku seraya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu dengan perangai Zafrael itu. 

Aku hanya mengangguk. Haihlaa, guna bahasa telepati pulak! 

Haha. 

*** 

Selesai makan, kami bertiga balik ke asrama sekejap kerana Gibriel mahu melihat keadaan Aleeya. Cikgu pula hanya lepaskan kami kerana pengaruh dua orang jejaka kacak ini. 

"Sekejap ye, saya panggil Aleeya, awak berdua duduk dulu dalam pondok ni." ujarku seraya masuk ke kawasan aspuri untuk memanggil Aleeya yang berada di bilik kesihatan. 

Krak... 

Sunyi. 

Bilik kesihatan itu sunyi tanpa sebarang bunyi. Aku cuba mencari kelibat Aleeya disetiap katil single itu. Ada enam katil. Namun, batang tubuh Aleeya aku tak nampak. Aku melangkah masuk lagi. Tiada. 

Aku teruskan hingga sampai ke penjuru katil dihujung sekali. Saat itu, tubuhku hampir saja jatuh melorot ke lantai namun ada satu tangan kekar menahan aku dari jatuh. Aku menoleh sekilas, Zafrael. 

Macam mana diorang boleh masuk ni? 

"Awak..." Lain yang mahu ditanya lain pula yang keluar. "Aleeya..." Tubuh Aleeya yang kaku bersama pisau yang berada tangan kanannya dan darah merah yang keluar laju dari tangan kirinya itu membuatkan aku tak mampu berdiri dengan tegak lagi. 

"Aleeya!" Gibriel meenjerit kuat sebelum tubuh kecil Aleeya dicapainya. Tubuh itu kaku. 

Zafrael memandang tajam disatu sudut seperti bercakap dengan bahasa telepati dengan seseorang. 

"Jom bawa dia pergi hospital," ujar Zafrael yang masih menahan tubuh gemukku yang hampir terjatuh ini, Gibrael hanya mengangguk seraya mengedong tubuh Aleeya keluar dari bilik kesihatan. 

Tubuhku pula dipegang erat oleh Zafrael supaya aku tak jatuh. 

"Semua akan baik-baik." Zafrael bisik ditepi telingaku sambil kami berdua mengikut langkah Gibriel dari belakang. Dari belakang dapat aku lihat bahunya terhinjut-hinjut. Menangis? 

*** 

Sampai dihospital, Doktor membawa Aleeya ke wad kecemasan kerana mereka kata Aleeya banyak hilang darah akibat agak-agak dua jam juga Aleeya terbaring macam tu. 

Bibirku sedari tadi tidak berhenti dari membaca doa supaya Aleeya tidak ada apa-apa. Aku tak nak. Aku takut. Dia sorang saja kawan aku. Dia sorang saja sama dengan aku. 

Aku tak nak. Aku tak mahu. Tolonglah. Ya Allah, tolonglah Ya Allah, tolong selamatkan Aleeya Ya Allah, dia sahabat aku Ya Allah... 

Aku mengumam nama Allah tanpa henti. Tanpa aku sedar, kepalaku sudah terlentok dibahu Zafrael yang sedari tadi berada disebelah aku. Manakala, Gibriel masih berdiri. Wajah kacaknya sesekali diraup kasar. Mungkin, risau dengan keadaan Aleeya. 

"Zafrael! Gibrael!" Bunyi ketak-ketuk kasut tumit tinggi yang memenuhi ruangan hospital ini menarik perhatian kami bertiga. Ada dua orang wanita yang nampak agak berumur 40-an melangkah mendekati kami bersama wajah kerisauan. 

Sorang ada sikit-sikit wajah Zafrael sorang lagi ada sikit-sikit wajah Gibriel. Mungkin itu mama-mama mereka berdua. 

Aku terus bangkit dari duduk, diikuti Zafrael manakala Gibriel terus mendapatkan ibunya, lalu tubuh ibunya dipeluk erat. Aku lagi sekali terkedu apabila  Gibriel sekali lagi menangis dalam dakapan ibunya. 

Manakala, ibu Zafrael terus menarik aku ke dalam dakapannya. Aku terkesima. Air mataku hampir gugur kerana... buat masa yang agak lama aku tidak merasakan pelukan dari seorang ibu. Akhirnya, dapat juga aku rasa walaupun hanya ibu kawan aku. 

Tetapi dia tetap pelukkan seorang 'ibu' hangatnya pelukan ini membuatkan air mataku makin menjadi-jadi jatuhnya. 

"Macam mana keadaan budak tu?" soal Ibu Zafrael pada Zafrael. Zafrael pula sedari tadi merenung aku sebelum berpindah pada ibunya. 

"Tak tahu lagi. Baru masuk wad kecemasan tadi. Tak tahu lagi macam mana keadaan dia." Aku yang masih dalam dakapan ibunya hanya mampu menangis semampu boleh. 

"Semua akan ok." tubuhku makin didakapnya lama. 

"Dahlah, sayang... ibu tahu kamu suka dia, ibu tahu, sabar ok? Semua akan baik-baik saja." suara ibu Gibriel menyentuh pancaindera telingaku. Aku terkedu untuk kesekian kalinya. 

Gibriel suka Aleeya? 

Zafrael pula mengukir senyuman kecil padaku, lalu mengenyitkan matanya nakal. Aku terus menoleh ke arah lain. Malu. 

Aku tersenyum kecil. 

*** 

Air tin coklat yang berada dihadapan mata, aku pandang dengan penuh tidak selera. Walaupun, doktor kata keadaan Aleeya sudah stabil namun, itu bukan bermakna aku boleh bersuka ria. Doktor kata lagi, dia cuba untuk bunuh diri, puncanya mungkin kerana stress. Mental terganggu. Fizikal terpaksa tanggung. 

Tambah, antibodi Aleeya tersangatlah lemah sehingga masa tak sihatnya datang suka-suka hati saja. 

"Alina?" apabila namaku diseru aku menoleh mencari dari mana namaku diseru, saat itu mataku terpandang susuk tubuh sasa Zafrael. Setelah, aku ternampak dia, dia terus melangkah ke arah aku. Ditangan kanannya ada beg plastik warna hijau. 

Tubuhnya sudah disaling baju ke baju casual manakala aku masih berbaju sekolah. Senyuman kecil aku berikan pada dia. 

"Jom balik rumah aku dulu? Kejap lagi kita datang sini balik, mama ajak kita makan. Nak? Lagipun kau makan waktu rehat tadi je kan? So, jomlah." 

"Tapi saya nak teman Aleeya." jawabku. 

"Ye, tahu. Kejap lagi kita datang balik. Sekejap aje ni. Balik, mandikan kau, bagi kau makan. Pastu kita datang sini balik." Aku terkedu. Haish! 

Aku mencubit lengannya kuat. Aku ketawa kecil apabila melihat dia menahan sakit akibat cubitan aku. 

"Tahu pun ketawa!" 

Kami terus bangkit dari duduk dan melangkah keluar dari hospital. Paling aku tak boleh bla, dia datang sini pakai motor besar dia. Aku nak naik apa? 

Nak tak nak terpaksalah naik sambil pegang bahu dia. 

Comments (1)
goodnovel comment avatar
R Thomas Gulahong
Sangat suka jln ceritanya teruskn dgn cerita² yg menarik
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status