Share

BAB 3

PANDANGAN dari arah mata coklat kehitaman itu membuatkan aku hanya menunduk dan tidak mampu mengangkat wajah yang bagiku tidak setaraf langsung untuk menatap wajah lelaki kacak dan kaya dihadapan aku ini. Aku benar-benar tidak layak.

"Kau dah ok?"

Aku hanya mengangguk masih lagi tertunduk menatap meja kayu hadapan rumah besar milik dia. Mungkin.

"Aku minta maaf sebab lambat selamatkan kau itu hari, aku baru sampai..."

Untuk ayat itu aku terus mengangkat wajah memandang dia. Zafrael Shah. "Eah! Tak! Bukan salah awak pun. Haha, salah saya sebab lemah sangat tak boleh selamatkan diri." ujarku tak mahu beri dia rasa serbesalah. Dah memang tak salahkan? Nak bagi rasa serbesalah buat apa?

Zafrael diam.

"Diorang tu siapa? Kenapa pukul kau dengan kawan kau tu?," soalan Zafrael kalini buat aku menelan liur banyak kali. Nafasku seperti tersekat.

"Er..."

Takkanlah aku nak bagitahu dia benda betul. Tak-tak boleh! Aku tak mahu! Nanti rosaklah reputasi sekolah ini. Tambahan lagi, dia pelajar kolej disebelah sekolah ini.

"Saya-" bibirku bungkam tidak mampu berbicara lagi.

Zafrael hanya tersenyum tenang bersama keningnya terangkat sebelah gaya seperti tahu bahawa aku takkan beritahu pada dia. Aku mengigit bibir bawahku lagi.

"Tak apalah. Nanti ada masa kau bagitahu aku tau? Aku nak tahu. Nak tahu sangat apa motif diorang buli kau macam ni sekali,"

Aku hanya mengangguk saja seraya menarik nafas lega. Walau hanya seketika. Fuh. Legalah jugak. Sementara masa masih ada ini aku boleh juga reka cerita. Huhu.

"Umur kau berapa? Lupa nak tanya tadi,"

"16. Awak?," soalku pula.

"19. Kolej."

Aku mengangguk faham. Yelah, itu sekolah mahal semua tersedia disitu. Cakap saja apa yang dimahukan pasti dapat. Aku tak tahu apa motif makcik dan pakcik masukkan aku ke sekolah itu. Aku tak tahu.

''Kau ok?''

Aku yang seperti tersedar dari lamunan itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Kekok.

Suasana jeda seketika. Aku tak tahu apa yang mahu aku bualkan pada dia kerana baru kenalkan tadi. Tambahan, pulak aku tak rasa mahu berkenalan dengan orang baru kerana aku risau jika mereka yang lain membenci dia kerana aku. Pfft.

Aku memang tak mahu mereka yang lain membenci orang sekeliling aku sepertimana mereka membenci Aleeya. Walaupun, jauh disudut hatiku mahu berteman dengan mereka.

''Aku nak kawan dengan kau boleh?'' soalan Zafrael yang ini pulak buat aku terkedu pandangan terkejut aku berikan pada dia yang sedari tadi masih merenung aku. 

''Saya rasa tak perlu kut. Nanti tak ada orang pula nak kawan dengan awak sebab saya," jujurku seraya tersenyum manis pada dia. Tangan sendiri yang berada dibawa meja aku sulamkan antara satu sama lain.

Genggam erat.

"Kenapa pulak? Kenapa pulak nak kesah kan diorang? Tak ada-tak ada, aku tak peduli. Aku nak kawan dengan kau, fullstop! "

Aku menelan air liur.

"Tapi--"

"Shuh... diam..." mata coklat itu tajam memanah ke arah aku bersama renungan yang aku rasa seperti katak sedang melompat-lompat didalam perutku.

Aku terus mendiamkan diri.

***

"Kau tahu yang perempuan gemuk tu, dah kawan dengan jejaka malaya budak kolej baru tu. Siot betul! Aku baru nak usya si Zafrael! Ish!" Nina memeluk tubuh lalu mencebikkan bibirnya sendiri. Wajah teman-temannya yang lain dipandang minta simpati.

"Haloo! Seriously? Wey! Habis kawan dia tu? Gabriel tu?" soal Aina pula.

"Tu pulak dengan Aleeya! Hrm, clichés betul hidup diorang tu," Nina memandang ke atas seraya merengus kasar. Menyampah!

"Hahaha. Mana boleh kita biarkan jejaka-jejaka kacak tu kena rampas dengan budak bodoh dua ekor tu! Dahlah tak cantik  dan seksi macam kita! Ada hati nak rampas Zafrael dan Gabriel dari kita! Huh! Lepas ni, memang aku tak lepaskan diorang! Kau tengoklah nanti!" Tina mengempal penumbuk. Geram.

***

Zafrael hanya memandang kawasan bawah bersama helaan nafas kecilnya. Bibirnya, terjongket kecil apabila teringat akan wajah gadis yang dia bertemu siang tadi.

Angin malam sayup-sayup mengucup wajahnya. Kawasan pandang asrama dan seberang padang itu ada satu bangunan aspuri.

Dia hanya merenung ke arah satu arah dimana mungkin bilik basuh baju, tak tahu mengapa matanya bagaikan terpaku untuk memandang bilik basuh baju tingkat bawah sekali itu. Figura yang berada celah-celahan tingkap itu membuatkan rasa firasat lelakinya mengatakan itu...

"Alina..."

Dia masih cuba untuk memerhati dan saat gadis itu berjalan ke arah tingkap lalu seperti merenung ke arahnya.

Zafrael tersenyum kecil.

Betul mungkin firasatnya apabila dia dapat cam tubuh chubby itu. Yelah, mana ada dalam sekolah ni pelajar perempuan berbadan chubby selain seorang Alina Sumayyah.

Zafrael melambai tangannya ke arah Alina yang jauh disana.

"Tidurlah!" Jerit Zafrael agak kuat. Lantaklah, kalau ada orang dengar sekalipun. Dia tidak peduli. Dia memang mahu Alina dengar dia.

***

Aku terkedu apabila ternampak ada figura yang seperti sedang merenung ke arah bangunan aspuri.

Aku merasakan itu.

"Siapa tu agaknya itu ye?" Aku menyoal diri sendiri. Tetapi, tidak lama itu ternampak pula dia melambai ke arah sinis. Aku tidak tahulah dia melambai siapa. Mungkin, budak-budak aspuri yang lain.

Tapi...

Selalunya, bila pukul satu begini ramai sudah tidur... takkanlah dia lambai aku? Takkanlah dia lambai, hantu!

Oh my god!

Aku terus menutup tingkap.

Bilik belajar aku tuju. Baju yang aku patut basuh semua aku tinggal. Esok pagi sajalah sambung basuh. Sekarang, aku perlu cari Aleeya.

*** 

ZAFRAEL tertawa sendiri apabila kelibat gadis itu seperti terkejut dan menghilang itu. Mungkin, ingat dia melambai benda lain. 

"Comel." Terlepas dari mulut Zafrael mahu memuji. 

Zafrael memastikan bahawa figura Alina sudah hilang baru melangkah masuk ke biliknya bersama Gabriel dan beberapa orang lagi. Semua junior. 

Gabriel yang sibuk membaca komik itu mengerling ke arah sahabat baiknya sambil menggeleng kepala seraya binir itu mengukir senyuman. 

"Kau suka dia?" 

Zafrael memandang ke arah Gabriel bersama kerutan didahi. "Maksud kau? Siapa?" Zafrael menahan senyum apabila Gabriel membuat wajah konon-konon misteri. 

"Alina lah! Kau fikir aku tak tahu ke?" Sinis Gabriel menyoal. 

Zafrael kembali berwajah dingin. "Aku saja je senyum-senyum tu pun nak cakap aku suka dia. Sejak bila? Lempang karang," Zafrael naik tangan gaya-gaya mahu melempang wajah Gabriel. 

Gabriel menjuihkan lidah gaya menyampah. Kawanya yang seorang ini bukan betul sangat kalau dah suka tu sukalah. Ni Gabriel lah! 

Semua perangai, rahsia, apa benda yang berkaitan dengan Zafrael dia tahulah. Semua ada dalam poket dia. Nak berdalih lagi. Huh! 

Tapi boleh juga, boleh juga dia suka paa Aleeya. Gabriel sudah berangan wajah pucat Aleeya yang cantik dan manis itu. 

"Klise." Itu yang terkeluar dari bibirnya apabila teringat yang dia masih belajar dan rasa mahu bercinta dizaman ini. 

Heh. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status