Share

Zafrael Shah (Malay Novel)
Zafrael Shah (Malay Novel)
Author: hasyaqurratu

BAB 1

ZAFRAEL hanya menatap telefon bimbitnya tanpa memandang ke arah lain. Biskut yang berintikan coklat disuap ke mulutnya sendiri. Tiada rasa dia untuk turun ke bawah dan memandang wajah mama dan papanya. Dia tak suka jika dia dipaksa. Pindah kolej yang dekat dengan sekolah menengah. Maksudnya, bukan dekat tapi ibarat satu bumbung! 

Sekolah orang kaya itu lain dari yang lain. Zafrael tak suka. Zafrael suka disekolahnya yang ini. Di sekolah, ini dia sudah ibarat bernama. Semua orang kenal akan seorang Tengku Zafrael Shah. Namun, jika disekolah baru? Argh! Stress Zafrael memikirkannya.

Zafrael bukan berumur 17 tahun lagi. Tetapi sudah 19! Kenapa mama dan papanya selalu mengongkong kehidupan dia? Dia dah besar. Kenapa? 

"Shah... turun sayang... meh makan, mama ada masak kan kamu ayam masak merah kegemaran kamu. Janganlah merajuk. Kan, Gabriel ikut kamu sekali. Datin Wardah nak hantar anak cina jerman dia tu ikut kamu sayang..." Datin Maria masih tidak berputus asa untuk memujuk anak teruna dia yang kedua ini. 

Jika yang pertama agak gangster, yang kedua pulak terlebih manja! 

Tengku Zahrael Syah. 

Nama sama hampir sama, rupa hampir sama, umur jarak setahun, perangai lain! Datin Maria menggeleng-geleng kepalanya mengenangkan seorang anak terunanya ini. 

"Tak nak! Orang tak nak pindah sekolah lah mama! Tolonglah faham!" jerit Zafrael dari dalam bilik. Sesekali dia merengus kasar tidak suka dipaksa. 

"Ok, bagi mama alasan kenapa anak handsome mama yang sorang ni tak mau pindah sekolah? Bagi mama lima alasan. Kalau lima-lima alasan tu tak kukuh mama tak mau batalkan!" jerit Datin Maria dari pintu. Zafrael mengeluh perlahan. 

Mamanya jika itu keputusannya itulah dia. Jika dia kata A,A lah perlu dikut tak boleh B, C, D dah. Kalau B, B lah. Tak boleh melawan pasti ditanya alasan kukuh dahulu barubdia akan tukar atau benarkan pilih C atau D. 

Ah! Sudah! Main abcd pulak dah. 

"Ok, pertama... Shah ramai peminat dekat sekolah ni, cikgu-cikgu semua minat Shah, sayang pulak nak tinggalkan peminat kita... kedua, Shah ramai kawan kat sini... jangan cakaplah ramainya berapa, memang ramai! Ketiga, nanti Shah rindu kat mama... macam mana? Nanti rindu masakan mama... kelima, erk... nanti... Shah rindu kat awek Shah..." 

Namun tidak sempat Zafrael mahu menyambung patah perkataannya pintu bilik terbuka. Wajah Datin Maria yang merah kemerahan itu membuatkan Zafrael terkedu. 

Bukan merah kerana terharu tetapi... 

"Kamu sini! Kecik-kecik dah miang awek-awek! Kamu sini Tengku Zafrael Shah! Miang!" jerit Datin Maria pada anak lelakinya yang bercakap ikut sedap mulut saja! Geram pulak dia! 

"Alalalala, sorry mama... sorrylah... gurau aje! Mama!" 

Terjengkit-jengkit Zafrael apabila kedua belah dada bidangnya dicubit kuat oleh Datin Maria. Dia meringis kesakitan sambil memegang kedua belah tangan kecil mamanya itu. Itulah miang sangat, kan dah kena cabul dengan mak sendiri! 

"Alasan kamu tak boleh diterima! Keputusan mama muktamad! Kamu kena pergi juga asrama tu! Esok mama nak kamu pergi! Kalau tidak mama lempang muka kamu! Bukan ni aje mama cubit yang bawah tu mama potong bagi kat rimau makan!" bicara Datin Maria garang seraya melepaskan dada anaknya. 

Jelingan tajam diberikan pada Zafrael. 

"Aduh! Alasan Shah sayang mama tu? Tak boleh diterima ke?" 

"Tak." 

"Kenapa pulak? Shah kan anak mama..." 

"Tak. Kamu anak pungut." ujar Datin Maria selamba lalu melangkah keluar dari bilik anak terunanya yang kuat berdrama itu. Zafrael pula memegang dada gaya tersentap sampai maut! 

"Mama!!!!" 

"Sampainya hati mama!" jeritan Zafrael dari tingkat atas itu membuatkan Datin Maria yang baru sampai ke bawah itu melepaskan tawanya. 

"Anak... anak. Boleh aku cakap dia anak pungut? Haih... kesian anak mama... hahahaha..." Datin Mari ketawa lagi mengingatkan reaksi wajah anaknya yang tersentap itu. 

*** 

"ALINA! Basuhkan kasut aku! Esok cuti!" jeritan dari tingkat atas bangunan aspuri itu membuatkan laju saja kaki kecilku naik ke tingkat atas. Tingkat 5. Baldi merah milik aku, aku capai. 

Ya, inilah rutin aku jika cuti menjelang tiba. Semua kerja mereka aku perlu lakukan. Aku ingat bila cuti bolehlah aku berehat, namun itu semua hanya mimpi. Mimpi indah dan realiti yang dibaluti ngerinya kehidupan.  

"Nah! Basuh tau! Bersih-bersih! Kalau aku tahu tak bersih... siap kau aku kerjakan!" ujar gadis berambut coklat itu. Pandangan tajam diberikan kepadaku. Aku hanya mengangguk faham. Namun, tidak lama selepas itu makin ramai yang datang ke arah aku sambil melemparkan kasut-kasut mereka ke dalam baldi. Ada juga yang seperti sengaja melempar ke atas kepalaku. 

"Si hodoh memang patut jadi hamba abdi kita yang cantik macam permaisuri dalam satu empayar tidak layak buat kerja seperti hamba." perkataan itu membuatkan aku hanya mampu tertunduk memandang lantai. Tidak berani aku mahu mengangkat wajah memandang panahan mata bak drakula mereka. Takut. Mereka ramai aku sorang. Aku tidak mampu melawan. Fizikal dan mental aku lemah. 

Terlalu lemah kerana itu maruah aku dipijak tanpa rasa kasihan. 

Selesai saja, mereka semua mengumpulkan kasut ke dalam baldi aku yang sedang itu aku terus bawa turun ke tingkat bawah sekali. Kasut lebih-lebihan yang jatuh itu aku letak pula dalam gayung dan baldi kecil aku. Sesekali aku memejam mata menahan tangisan yang mahu saja aku lepaskan. Mengapalah pakcik dan makcik masukkan aku ke sekolah ini? Mengapa tidak mahu masukkan aku disekolah biasa saja? 

Cikgu pula? Macam ambil tak ambil tahu saja pasal murid-murid di asrama. Warden? Warden hari-hari tidur di rumah. Jarang sekali menjenguk apa yang terjadi disini. Aku pasrah. Badanku yang gemok dan mukaku yang penuh jerawat ini memang patut dihina. 

Aku tidak dibenarkan tidur di bilik atas katil. Namun aku hanya dibenarkan tidur dibilik belajar beralaskan lantai yang sejuk. Setipa hari. Barang-barang aku juga. Aku hanya letak bawah meja supaya tiada siapa yang nampak dan curi tapi kalau diorang tak nampak pun diorang tahu dan diorang akan ambil sesuka hati mak bapak diorang. 

Aku tidak punya ibu ayah sejak kecil. Aku tidak sangka pula makcik dan pakcik mahu menjaga aku hanya kerana harta arwah ibu dan ayahku. Ya Allah... 

Aku memejam mata lagi. Bilik air ditingkat bawah itu adalah tempat aku mandi basuh baju dan menjadi hamba semua asrama. Aku hanya ada seorang kawan yang juga teruk dibuli dan sentiasa ada dengan aku. 

"Awak?" aku menoleh. Haa, itulah dia. Aleya. Dia juga sama seperti aku. Dibuli. Tapi bukan kerana dia tidak cantik atau gemok seperti aku tetapi dia pelik. 

Pelik yang sangat pelik. 

"Nak saya tolong awak?" soalku pada Aleya yang sibuk memikul dua baju dan ada lagi tiga baldi dihadapan pintu bilik air. Ya Allah, kesiannya dia... 

"Nak, tapi awak pun nampak macam banyak sangat je..." jawab Aleya sambil membawa baldi masuk ke dalam bilik air dan diletakkan di atas singki. 

"Tak apa, kita saling tolong ok?" 

Aleya mengangguk lalu tersenyum. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status