All Chapters of Nikah Gantung (Bahasa Malaysia): Chapter 11 - Chapter 13
13 Chapters
Part 10: Rival
MALEEK meneruskan melangkah menuju lif untuk membawanya turun ke lobi. Dia sudah meminta Aryan untuk menunggunya disitu. Zd juga memberi tahu yang dia mahu berjumpa sebentar. Maklumlah, meski satu pejabat, kini mereka sudah susah untuk berjumpa pada waktu bekerja. Pejabat yang besar dan memiliki lima tingkat itu sudah tentu akan mengambil masa buatnya untuk berjumpa Zd. Mereka hanya bertemu jika ada mesyuarat sahaja. Itupun tak dapat nak borak sangat. Jadi, dia meminta Zd menunggunya dilobi sebelum mereka bertolak pulang.      Langkah Maleek terhenti. Kelibat seseorang dikesan oleh ekor matanya saat dia tiba dihadapan lif yang sunyi ketika itu. Hati Maleek mula curiga, maka ditunggunya gerangan itu tiba menghampirinya.    "Kau fikir kau dah menang?"Terdengar dari arah belakang, sapaan itu menyapa pendengaran. Maleek laju meoleh. Keningnya dikerut melihat kemunculan lelaki itu membawa wajah penuh benci datang kepadanya."Apa
Read more
Part 11: Hospital
    "Abang...."Pantas Puteri meluru keluar dari kereta dengan tergesa-gesa sebaik kereta yang dipandu oleh Saad itu berhenti dihadapan hospital.Wajah yang risau sudah lenjun oleh air mata selepas dia cuba menghubungi Maleek tetapi diangkat oleh Aryan. Segera dia menerobos masuk melepasi pintu hospital. Mulutnya tak henti-henti memanggil suaminya.Kehadirannya lalu disambut oleh Aryan yang telah menunggu dilobi. Aryan cuba menenangkan kepanikan Puteri yang begitu risau ketika ini."Yan. Mana abang Mike. Bagi tahu Puteri, dia tak apa-apa kan? Yan, cakap Yan."Dia mendesak ingin tahu."Puteri. Puteri bawak bertenang. Sabar. Jangan macam ni.""Sabar apa? Abang Mike mana? Yan, bagi tahu Puteri dia kat mana? Puteri nak jumpa dia.""Iya. Tapi Puteri kene bersabar. Bertenang dulu ya."Puteri bertambah curiga dengan kata-kata Aryan. Semakin hatinya dilanda perasaan ingin tahu akan keadaan suaminya."Ya
Read more
Part 12: Rawat Dirumah
     "BANGSAT! Ggghhh!"Dia menghentak stering Mazda miliknya dengan geram. Sebelah tangan pula masih memegang telifon bimbit yang dilekap pada telinga. Wajahnya murka, berang dan marah selepas mendengar laporan dari orang suruhannya.   "Bodoh la korang ni. Kerja mudah macam tu pun tak boleh buat. Peluang keemasan itu korang sia-siakan macam tu je."Jeritnya pada corong telifon."Maaf Tengku. Dia terlalu pantas mengelak. Lagipun, tempat tu tempat awam. jika saya paksakan, bimbang akan mengundang syak orang ramai."Alasan yang didengarinya dari orang suruhan dihujung talian. Kembali Riz mendengus geram. "Jadi Tengku. Apa tindakan kita selanjutnya?"Sekali lagi suara itu diperdengarkan."Tak apa. Kita jangan buat apa-apa dulu lepas ni. Aku yakin mereka akan menggandakan kewaspadaan selepas kejadian ini. Kalau begitu biarkan mereka leka dulu. Sehingga mereka rasa telah aman, barulah kita susun strategi semu
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status