All Chapters of Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia) : Chapter 11 - Chapter 19
19 Chapters
BAB 10
GAUN tidur nipis yang sudah tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Bibir bawah digigit perlahan-lahan. Wajah dah memerah apabila melihatkan penampilan yang dirasakan cukup seksi.   Tak pernah langsung Naura berpakaian sebegini seumur hidupnya. Tapi demi suami yang sedang merajuk di paksakan jua tubuhnya menyarung gaun tidur hasil pemberian si umi tercinta.   Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naura segera melangkah keluar dari kamar mandi mewah itu. Perasaan gugup yang bertandang di dalam hati di kawal sebaik mungkin.   Keluar saja dari kamar mandi kepala dah terjenguk-jenguk mencari bayang encik suami. Mata dah melilau ke sekeliling kamar tidur itu, namun bayang Hafiz langsung tidak kelihatan.   "Mana pulak pergi orang tua ni?" omel Naura tanpa sedar.    Tak betah terus di belenggu dengan rasa penasaran, kaki di atur menuju keluar dari kamar tidur. Saat k
Read more
BAB 11
MATA yang tadinya terpejam rapat di buka perlahan-lahan. Mata yang terasa begitu pedih di usap seketika, membuang rasa kantuk yang masih tersisa.Tubuh segera dipusingkan menghadap ke sebelah kanan. Tersungging senyuman manis di bibir apabila melihatkan wajah tenang sang isteri yang sedang elok di buai mimpi indah dengan beralaskan lengan sasanya.Melihatkan wajah kepenatan sang isteri bibir automatik mengulumkan senyuman bahagia. Mengingati peristiwa keramat semalam membuatkan Hafiz tak henti mengukirkan senyuman manis. Dia benar-benar rasa bahagia. Naura kini dengan rasminya sudah sah menjadi hak miliknya. Dan Hafiz yakin tidak akan ada sesiapa pun yang mampu memisahkan mereka lagi. Cintanya kini hanya untuk Naura Khalisha. Isteri kesayangannya. "Hmm..." suara rengekan Naura menyentakkan Hafiz yang larut dengan lamunannya itu. Di palingkan wajah menghadap ke arah Naura yang erat memeluknya itu. "Morning sayang..." ujar Hafiz. Tubuh Naura di pe
Read more
BAB 12
BEBOLA mata dah melingas ke kiri dan ke kanan.  Hati dah di landa dengan perbagai persoalan saat melihat deretan rumah-rumah banglo mewah yang melatari pemandangan matanya saat ini.   Wajah tenang Hafiz yang sedang santai memandu itu di kerling seketika sebelum mata sekali lagi melabuh pandang ke arah deretan rumah banglo yang tersergam indah mengisi ruang mata. Tak betah lagi terus diasak dengan perbagai tanda tanya Naura lekas mengutarakan soalan buat encik suami yang kelihatan tenang memandu.   "Abang kita nak pergi mana ni?" soal Naura.   Mendengarkan suara halus sang isteri, Hafiz lekas menoleh seketika ke arah Naura. Bibir tercalit senyuman manis sebelum soalan cik isteri di jawab. "Kita nak balik rumah kita lah sayang oi," jawab Hafiz.   "Balik rumah kita?" soal Naura tak percaya.   "Yalah..." jawab Hafiz.   Naura yang mahu meneru
Read more
BAB 13
"AKU betul-betul tak sangka wife Tuan Hafiz tu muda sangat. Entah-entah dia tu lebih muda daripada kita ni," ujar Nana salah seorang pembantu rumah di dalam rumah besar milik Hafiz."Betul kata kau tu, aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya Tuan Hafiz kahwin dengan perempuan muda macam tu. Aku syak umur dia tu lebih muda daripada kita semua ni," setuju Mimi rakan sekerja Nana yang juga merupakan pembantu rumah."Apa yang kamu semua nak pelik sangat? Zaman sekarang ni orang dah tak heranlah. Muda ke tua ke kalau dah namanya jodoh tu tak ada siapa pun yang boleh halang," celah Mak Bi selaku tukang masak di rumah itu."Memanglah orang tak heran Mak Bi, tapi Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu saya tengok jauh sangat perbezaan usianya. Kalau beza 4 ke 5 tahun saya tak pelik tapi pada pandangan mata kasar saya, Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu jarak usianya terlalu jauh. Dah macam anak dengan bapak. Madam Naura tu nampak sangat macam budak-budak ka
Read more
BAB 14
FAIL yang tersusun di atas meja kerja di semak satu persatu. Hembusan nafas bosan mula kedengaran terpacul di bibirnya. Sekali sekala tangan naik memicit pelipis di dahinya.Akibat terlalu lama bercuti panjang, hari ini mahu tak mahu Hafiz terpaksa kembali semula bekerja. Bukan dia saja, malah Naura juga turut sudah kembali fokus kepada pembelajarannya di universiti. Bunyi ketukan kuat di pintu bilik kerja menganggu fokus Hafiz yang sedang bekerja itu. Tanpa sempat dia memberikan arahan untuk membenarkan tetamu yang tidak di undang itu masuk tiba-tiba saja pintu kayu itu sudah pun di rempuh masuk. Mata Hafiz dah tajam merenung ke arah figura yang sedang tersengih bagaikan kerang busuk itu."Tuan Hafiz Rahim kita dah balik... Apa macam bro? Seronok bercuti?" soal Aiman. Punggung dah di labuhkan duduk di atas sebuah kerusi berhadapan dengan Hafiz. "Kau memang jenis suka terjah masuk bilik orang kan? Memang tak reti nak sabar?" bidas Hafiz
Read more
BAB 15
"PAK Abu nanti tolong berhentikan Naura dekat depan pasaraya tu boleh tak? Naura ada nak beli barang sikit," pinta Naura lembut.   "Baik madam..." akur Pak Abu selaku pemandu yang telah di upah oleh Hafiz untuk membawa isteri majikannya itu ke mana sahaja yang Naura mahu pergi.   Kereta yang tadinya bergerak laju mula di berhentikan di hadapan salah sebuah pasaraya mini, sesuai seperti yang di minta oleh Naura sebentar saja tadi. Naura yang mahu membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang terhenti pergerakkannya seketika apabila dia mula teringatkan sesuatu. Di tolehkan wajah ke arah Pak Abu yang duduk di bahagian pemandu.   "Pak Abu ada nak apa-apa tak? Naura boleh tolong belikan," soal Naura lembut.   "Tak ada madam... Madam beli jelah apa yang madam nak. Pak Abu tak apa. Kalau Pak Abu nak apa-apa Pak Abu boleh beli sendiri," jawab Pak Abu.   "Okay kala
Read more
BAB 16
"KAU tahu kenapa aku panggil kau datang jumpa aku ni?" soal Hafiz serius. Wajahnya langsung tak terbias dengan secalit senyuman pun. "Tak... Tak... Ada apa ya tuan?" soal Nana gugup."Aku panggil kau ke mari sebab kau dah pun buat salah besar dekat dalam rumah aku ni," ujar Hafiz tegas."Sa... Salah? Salah besar apa yang saya dah buat ni tuan?" gusar Nana menyoal. Wajah tegang Hafiz di pandang gerun."Aku sebenarnya paling benci dengan orang jenis kaki pencuri ni. Depan nampak baik tapi belakang buat kerja mencuri. Pantang tengok barang orang sikit mulalah jadi panjang tangan," sinis Hafiz berkata. "Apa... Apa maksud tuan? Saya tak faham..." soal Nana takut. Terjongket kening Hafiz seketika. Bibir terukir dengan senyuman sinis. "Kau tak faham ke atau sengaja buat-buat tak faham? Tak apa meh sini aku fahamkan kau."Gagang telefon di capai. Butang interkom di tekan, sekaligus menghubungkan dia dengan pembantu peribad
Read more
BAB 17
MUTIARA-MUTIARA jernih yang mengalir laju dari tubir mata di lap kasar menggunakan tisu yang berada di atas meja. Bibir yang sudah membengkak itu di usap perlahan-lahan. Merah padam wajahnya dek kerana di kerjakan si isteri muda."Sampai hati Naura buat abang macam ni?" luah Hafiz sebak."Naura buat apa pada abang ni?" berlapis dahi Naura. Telefon yang berada di pegangan tangan di letakkan ke tepi. Diberikan tumpuan sepenuhnya kepada encik suami kertu. Eheks!"Apa benda yang Naura masak ni? Naura cuba nak bunuh abang ke?" tersedu sedan Hafiz menyoal. Mangkuk yang masih berisi separuh mi goreng itu di tolak kasar ke tengah meja. "Apa abang merepek ni? Nak bunuh apanya? Kalau Naura nak bunuh abang tak adanya Naura pun makan benda yang sama dengan abang. Mesti Naura biarkan je abang makan mi ni sorang diri," merengus kasar Naura. Tak suka di tuduh sedemikian rupa oleh encik suami."Habis tu mi apa yang Naura masak ni? Pedas nak mampu
Read more
BAB 18
BANGUNAN pencakar langit yang berada di hadapan matanya saat ini di pandang dengan penuh rasa keterujaan. Kaki kemudian dibuka melangkah dengan penuh yakin menuju masuk ke dalam bangunan yang sedang berdiri megah itu.Masuk sahaja ke dalam bangunan serba mewah itu, kaki selamba dibawa menuju ke arah pintu lif. Mata-mata yang dah memandang penuh kehairanan ke arahnya langsung tidak diperdulikan. Keluar sahaja daripada pintu lif, kaki menapak laju menuju ke arah sebuah bilik pejabat yang bakal menjadi persinggahan buatnya seketika nanti. TUK TUK"I nak jumpa dengan Tuan Hafiz..." ucap Delina. Wajah tanpa riak dipamerkan. Mata merenung kosong ke arah Man, setiausaha sulit kepada Hafiz Rahim.Tercenggang Man melihatkan figura wanita yang sedang berdiri tegak di hadapannya saat ini. Jelaslah dia sendiri terkejut dengan kunjungan yang diterimanya secara tiba-tiba ini. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus dengan perlahan-lahan."
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status