Semua Bab Silent Letters (Bahasa Malaysia): Bab 11 - Bab 20
22 Bab
10
-When I let go of what I am,I become what I might be- _________ Iman terpisat-pisat bangun saat bunyi penggera yang dipasang di telefonnya mengganggu lenanya. Sebelah tangannya meraba-raba bawah bantal mencari keberadaan telefonnya. Telefonnya dikeluarkan dari bawah bantal dan penggera dimatikan. Dia menyepetkan matanya melihat waktu yang berada di skrin telefonnya itu.  "6 pagi" bisik hati Iman perlahan. Anak matanya bergerak menatap Arif yang masih tertidur pulas. Terkebil-kebil matanya apabila melihat tangannya yang masih berada di dalam genggaman tangan lelaki itu. Perlahan-lahan Iman cuba melepaskan genggaman lelaki itu. Pasti tangan Arif lenguh kerana terlalu lama memegang tangannya. Sudah lah seorang tidur di atas katil dan lagi seorang di atas lantai.  "Arif" kejut Iman perlahan sambil menepuk perlahan tangan Arif yang masih menggeng
Baca selengkapnya
11
-You don't need a reason for doing everything in your life. Do it because you want to. Because it's fun. Because it makes you happy- __________ "Arif. Iman. Mari makan" ajak Mak Mah saat dua remaja itu melangkah masuk ke dalam rumah. Arif sempat memandang Iman sekilas sebelum melangkah ke arah meja makan. Iman memandang langkah Arif itu. Kemudian, matanya tertancap pula ke arah meja makan di mana orang tuanya, Pak Mat serta Mak Mah berada. Keluhan dilepaskan.  Tidak tahu lah dia kalau sebentar lagi dia dan kedua ibu bapanya bakal berbalah seperti kebiasaannya. Pantang di depan mata, ada saja ayat yang memancing Iman untuk membalas balik. "Tunggu apa lagi? Nak jadi tugu negara dekat situ? Lambat betul" herdik Puan Alina dengan sinis. Iman mengemam bibirnya. Ini yang dia tidak suka. Semua yang dilakukannya sentiasa salah di mata kedua ibu bapanya itu.  
Baca selengkapnya
12
-When you learn to depend on yourself, you will be happier in life- ___________ "Sampai pun. Nak kata jauh, tak ada lah jauh mana. Taman sebelah saja" tegur Puan Farhana diiringi dengan senyuman manis di bibirnya saat melihat Arif dan Iman yang baru saja tiba di rumahnya.  "Tadi tunggu Iman kemas-kemas barang dekat rumah baru itu. Dah siap baru datang sini" ujar Arif lalu menyalam tangan ibunya itu dengan penuh hormat.  "Iman" panggil Puan Farhana apabila sejak tadi Iman hanya memandang sekeliling. Tersenyum dia melihat menantunya itu. Comel sangat.  Iman tersentak saat namanya dipanggil. Dia mendekati Puan Farhana lantas menyalam wanita itu sebagai tanda hormat. Tiba-tiba dirinya menjadi sebak saat Puan Farhan mengusap kepalanya dengan penuh kasih.  Mengapa bukan seperti itu sikap Puan Alina terhadapnya? Dia jadi cemburu dengan Arif yang
Baca selengkapnya
13
-No happiness before sadness.No sadness before happiness- ___________ "Kau serius?" soal Arif kepada Iman apabila gadis itu menyuruh dia pergi sahaja ke sekolah menaiki kereta yang dipandu Encik Razak. Manakala gadis itu memilih untuk berjalan kaki sahaja. "Ya. Lagipun kalau pelajar lain nampak kita macam mana? Kita nak jawab apa?" balas Iman. Arif menganggukan-anggukan kepalanya. Ini kalau Puan Farhana tahu, habis dia nanti. "Okey." balas Arif bersetuju. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta. Iman pula sekadar memerhati saja kereta tersebut yang mula dipandu pergi oleh Encik Razak.  Langkah mula dihayun menuju ke sekolah. Hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk sampai ke sekolah.  Dia lebih selesa begitu dan tidak mahu Arif menjadi bahan gosip pelajar di sekolah gara-gara mereka berdua pergi ke sekolah menaiki kenderaan yang sama.&
Baca selengkapnya
14
-We become what we think about- _________ Iman menepuk perlahan perutnya yang terasa sakit. Entah ke berapa kali hari ini dia sudah ke tandas.  Beg sekolah yang disandarkan di dinding luar tandas dicapai lalu disandang ke bahunya. Jam di pergelangan tangannya dikerling sebentar. Jarum jam sudah menginjak ke angka 2. Cepat benar masa berlalu. Langkah diatur laju apabila melihat cuaca yang sudah pun mendung. Sudah lah dia balik jalan kaki. Boleh pula masa begini hendak hujan.  Saat dia menuruni tangga, dia dapat merasakan ada tangan yang menolak belakang badannya. Iman tidak lagi dapat mengimbangkan diri lalu terjatuh dari 6 anak tangga terakhir itu.  "Argh!" Iman meringis kesakitan. Lengan kanannya yang menahan mukanya daripada tersembam ke lantai simen itu disentuhnya. Dia dapat merasakan begitu nyilu sekali lengannya. Waja
Baca selengkapnya
15
-If you want a happy life, tie it to a goal, not to people or things- ______________ Rambut yang dibiar bebas disikat menggunakan sikat yang dipegang pada tangan kirinya. Iman mengerling ke arah tangannya yang berbalut.  "Cepat baik tahu. Tak sampai 24 jam lagi tapi aku dah rasa susah bila kau berbalut macam ini. Ini baru duduk rumah tahu. Belum lagi nanti dah naik sekolah. Nasib baik aku tak tulis guna kau. Aku guna kawan kau ini."  Iman bebel sendirian dengan tangan kanannya. Kemudian, tangan kirinya diangkat rendah.  Getah rambutnya yang berada di atas meja solek itu dicapai. Dia termenung seketika melihat tangannya. "Sekarang ini macam mana aku nak ikat rambut?" omel Iman kepada dirinya. "Kau termenung apa lagi ini? Cepatlah siap." tegur Arif yang menguak pintu biliknya.  Kelihatan Arif sudahpu
Baca selengkapnya
16
-Life is about falling.Living is about getting back up- ______ Air yang berada di dalam gelas diteguk Iman sedikit rakus. Terlalu lama dia menghadap buku. Pinggangnya terasa lenguh.  Gelas diletakkan semula di atas meja kopi itu. Badannya disandarkan pada penghadang sofa berdekatan.  "Iman!" laung Puan Farhana dari tingkat atas.  Badan ditegakkan. Iman berpaling memandang ke arah tangga. Puan Farhana berjalan ke arah Iman dengan senyuman lebar.  "Kenapa, ma?" tanya Iman ingin tahu. Terkejut bukan main kepalang dia apabila Puan Farhana memanggil namanya separa kuat.  "Jom jemput Arif dekat sekolah," ajak Puan Farhana penuh bersemangat. Wanita yang berumur awal 40-an itu kelihatan comel di mata Iman.  Iman memandang jam dinding. Jarum jam sudah menginjak ke angka 1. Sebentar lagi pa
Baca selengkapnya
17
-The secret to real happiness is progress- _________ Sejak setengah jam yang lalu, Arif hanya diam melayan perasaan sendiri di meja belajarnya. Gambar ditangannya itu direnung tanpa lepas. Rindu. Dia sangat merindukan figura di dalam gambar tersebut. "Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau pergi." monolognya sendirian.  Diusap perlahan wajah di dalam gambar itu menggunakan ibu jarinya. Senyuman manis terbit di bibirnya.  Direnung wajah itu. Senyuman yang menghiasi wajah itu kelihatan indah sekali untuk ditatap. Jika ingin diulang kembali kisah lalu, cukup menyayat hatinya. Tidak mampu dia ucapkan dengan kata-kata betapa pilunya hatinya. Saat kali terakhir dia melihat wajah manis itu, tak pernah terlintas di dalam benaknya itu merupakan pertemuan kali terakhir buat mereka berdua.  "A
Baca selengkapnya
18
-Some people dream of success, others make it happen- ___________ Jari-jemarinya merapikan rambutnya. Kaki panjang miliknya itu menapak laju menuruni tangga. Arif tersenyum kecil ke arah Kak Yati. "Iman mana?" soal Arif ingin tahu apabila dia tidak melihat kelibat gadis itu di mana-mana. Sekeping roti dicapai lalu digigit sedikit dan dikunyah. "Dah tunggu dekat luar. Semangat nak sekolah lah itu." balas Kak Yati dengan usikan. Arif tersenyum. "Dia dah sarapan ke?" tanya Arif lagi. Kak Yati menggelengkan kepalanya. "Iman terus keluar tadi. Katanya nak tunggu Arif dekat luar." jawab Kak Yati. Arif menoleh ke arah pintu rumah yang terbuka sekilas. Sekeping roti lagi dicapainya. Disapu dengan kaya lalu dilipat. Botol air Iman yang tertinggal di atas meja makan dicapai.  "Iman." panggil Arif. Dia tersenyum kecil melih
Baca selengkapnya
19
-All the words ever spoken of love are but drops in the ocean of its feeling.- ______________ Buku-buku yang telah disusun ditepuk perlahan. Berkerut dahi Iman apabila mengingatkan tangannya yang masih berbalut. Bagaimana dia mahu membawa buku-buku tersebut turun ke tingkat bawah? Langkah disusun menuju ke arah bilik tidur Arif. Diketuk perlahan pintu bilik lelaki itu. Tidak sampai beberapa saat, terjengul wajah Arif di muka pintu. "Kenapa?"  "Boleh tolong saya angkat buku-buku saya tak? Saya nak buat kerja sekolah dekat tingkat bawah." pinta Iman dengan sengihan. Arif menganggukan kepalanya bersetuju. Dia berjalan ke arah bilik Iman lalu mengambil buku-buku yang dimaksudkan gadis itu. Kemudian, buku-buku tersebut diletakkan di atas meja kopi. Iman mengucapkan terima kasih lalu mengambil tempat duduk di atas karpet. &nbs
Baca selengkapnya
Sebelumnya
123
DMCA.com Protection Status