Все главы Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]: Глава 21 - Глава 30
59
BEM 20
Kedebam! TERLOKOP meja bulat yang ditolaknya itu dengan penuh perasaan marah. Dadanya berombak laju. Dirinya bagaikan disimbah dengan api yang menyala marak. Anak-anak buah yang berdiri bertentangan dengannya dipandang dengan tajam. Kizo yang berdiri di sisinya tidak ketinggalan juga direnung lama seperti mahu makan."Mana adik aku? Korang buat apa, hah? Tidur ke apa? Aku suruh korang pantau adik aku!" amuk Izz Benazir. Habis semua barang di atas meja makan ditepis kasar sehingga jatuh bertaburan. Amarah dia kali ini tidak boleh dibawa berbincang lagi. Semakin marak!"Maafkan kami, bos. Kami dah dapatkan nombor plat kereta tu. Kami dah kejar. Cumanya mereka lagi bijak pandai menghilangkan jejak," jawab Amri selaku anak buah Izz."Kau dah dapatkan nombor plat kereta tu, kan?" Suara Izz berubah kendur. Tidak lagi melengking seperti tadi. Dalam otaknya juga terfiki
Читайте больше
BEM 21
SUARA halus yang bermain-main di gegendang telinganya membuatkan dirinya tersedar. Sekali gus seluruh tubuh badannya terasa sakit dan juga dingin. Kepalanya memberat bagaikan ditimpa dengan runtuhan batu-bata. Lambat-lambat dia menggagahkan diri untuk mengangkat kelopak mata. Tangan kanannya naik memegang kepala seraya pandangan yang masih kabur dialihkan ke kanan dan juga ke kiri."Hey, beautiful. Dah bangun ke? How's your sleep?"Suara teguran itu membuatkan Indira terkejut besar. Beberapa kali kelopak matanya cuba diangkat sehingga pandangannya kelihatan jelas. Satu susuk tubuh tegap yang tidak berbaju dan hanya bertuala sedang duduk di hujung katil sambil mengusap betisnya."Kau... kau siapa?" Indira terus merentap kakinya dari pergelangan tangan lelaki itu. Kemudian tubuhnya diangkat sebelum belikatnya bersandar pada kepala katil. Ketika itu juga, dia terasa tubuhnya bebas dari berpa
Читайте больше
BEM 22
"SAKITLAH! Lepaskan aku!" marah Qasrina tatkala pergelangan tangannya direntap oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.Pang! Terdiam dibuatnya apabila menerima habuan dari telapak tangan lelaki bertopeng hitam itu. Kepalanya terteleng. Pipinya serasa pijar menyengat. Ditambah pula, sakit tubuhnya diheret masuk ke dalam sebuah bilik. Dia sendiri tidak tahu dirinya ketika ini, di rumah siapa. Akan tetapi, dia sepertinya dapat mengecam mobil kepunyaan Yazir yang berada di luar rumah tadi sebelum dia diheret masuk.Kedebum!Indira yang sedang duduk termenung terkejut dek pintu biliknya ditolak kasar dari luar sehingga berlanggar dengan dinding. Dahinya berkerut seribu melihat dua susuk tubuh yang memasuki ruangan biliknya itu."Qasrina?" tegur Indira dengan nada suaranya terkejut. Tubuhnya masih lagi terasa sakit menyebabkan pergerakannya terhad. Beberapa hari dia di sini
Читайте больше
BEM 23
GUGUSAN kunci yang berada di dalam genggamannya ditenung lama. Beberapa kali dia melepaskan nafas kasar. Mata dipejam buat seketika sebelum dicelik semula. Hari ini, dia tekad untuk mencari jalan keluar dari neraka buatan ini. Tubuh yang serasa lemah seratus peratus tidak dihiraukan. Yang penting sekarang ni, dia mahu melepaskan diri dari perangkap manusia yang bertopengkan syaitan itu."Akak...," panggil Qasrina sebaik saja dia membuka mata. Kepalanya terasa berat. Pening. Berkerut-kerut dahinya memerhatikan gerak-geri Indira yang sedang menyarungkan jaket pada tubuhnya."Akak nak pergi mana?" soal Qasrina buat sekali lagi.Namun sayang, Indira langsung tak menjawab persoalannya. Dibiarkan saja soalan itu sepi bagai ditiup angin. Mindanya sudah terbang jauh. Tidak lagi memikirkan persekitarannya. Kuasa amarah sudah mengawal sepenuh tubuhnya."Akak...""Jangan sentuh akula
Читайте больше
BEM 24
"AKU menyesal dengan pertemuan kita ni, Qarizh."Seringkali ayat itu bermain di pendengarannya. Berulang-ulang kali tanpa henti. Dan setiap ulangan ayat itu diselang-seli dengan air matanya yang mengalir tanpa dia sedar. Anak matanya terpaku pada batu nisan yang tertera nama seorang insan yang sangat dia kasihi sejak kecil lagi. Sayangnya bagaikan menatang minyak yang penuh.Tengku Qasrina Najihah binti Tengku Muzaphar. Qasrina tidak dapat diselamatkan kerana mengalami pendarahan yang sangat banyak. Adiknya itu meninggal dunia sebaik saja dia menjejakkan kaki ke dalam bangunan hospital itu bersama Airiel dan anak-anak buahnya."Kenapa tinggalkan aku seorang diri di sini, dik? Aku rindukan kau. Aku sayangkan kau." Teresak-esak Qarizh melepaskan tangisannya. Hanya dia seorang saja yang berada di tanah perkuburan ketika ini. Anak-anak buahnya yang lain setia menunggu di luar tanah p
Читайте больше
BEM 25
Dam! Dum! Dam!HABIS semua barang dilempar dan ditepis dek mahu melepaskan amukannya yang terpendam di dada. Kendatipun, kejadian hitam itu sudah beberapa hari berlalu. Qarizh masih lagi tidak dapat menerima. Dia masih lagi meratapi pemergian Qasrina. Hampir setiap malam, dia menangis dan mengamuk sehingga tidak sedarkan diri. Airiel sendiri pun buntu dengan perubahan sepupunya yang semakin ketara itu."Adik aku mati disebabkan kau, setan!" Nafasnya naik turun dengan laju. Matanya mencerlung ke arah Hilmi dan Adiyan yang sedang duduk lemah di atas kerusi dalam keadaan terikat.Adiyan hanya membisu. Sungguh dia terkilan dengan Hilmi. Dia tidak sangka. Rupa-rupanya Hilmi lagi licik daripadanya. Disebabkan lelaki itu juga, dia dipermainkan. Hanya kerana cemburu. Padahnya kalau cemburu melebihi akal waras. Maut menanti."Hilmi, aku cakap dengan kau ni! Kau dengar tak?" Dagu Hilmi dice
Читайте больше
BEM 26
Dua tahun kemudian...TUBUHNYA tegak berdiri di hadapan singki. Merenung wajah sendiri pada cermin yang tergantung pada dinding. Hampir dia tidak kenal dengan dirinya sendiri yang sudah berjambang. Rambut serabai. Mudah kata, dirinya bagaikan tidak terurus.Kedua-dua belah tangan digenggam erat sehingga urat hijau menimbul. Bibirnya diketap sehingga merah. Sudah dua tahun dia memendam seribu satu perasaan. Selalu menyendiri. Langsung tidak hirau orang di sekelilingnya. Airiel yang paling risau akan keadaannya ketika ini. Tapi, dia hanya buat tidak endah saja. Seolah-olah dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Namun sebenarnya tidak. Hidupnya menderita. Sakit."Arghhhhh!"Prechhhh! Tangannya dijatuhkan ke sisi semula setelah melepaskan tumbukan pada cermin sehingga retak seribu. Darah yang menitis dari kekura tangannya langsung tidak peduli
Читайте больше
BEM 27
MALAM ini, Izz Benazir mengajak Indira membincangkan sesuatu sekali gus memberitahu perkara yang sebenar. Yang sudah bertahun lamanya dia merahsiakan. Tiada gunanya lagi dia menyembunyikan perkara itu lagi memandangkan Indira sepertinya sudah ketahui perkara itu walaupun secebis. Disebabkan hal ini juga, hubungan mereka tidak terlalu rapat seperti dulu. Itu yang membuatkan Izz terasa takut. Tidak mahu dia perkara seperti itu terjadi."Angah nak cakap apa?" soal Indira sebaik saja dia melabuhkan punggung bertentangan dengan abangnya itu."Pasal adik nak balik Malaysia. Cuma sebelum nak bincang pasal tu. Angah nak berterus-terang dengan adik. Siapa angah dan arwah along yang sebenarnya."Indira hanya mendiamkan diri. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya. Rambutnya yang sudah panjang paras lengan diselak ke belakang sedikit. Posisi duduknya dikemaskan bagi selesa. Telinga harus dibuka luas untuk menerima
Читайте больше
BEM 28
SEKEPING gambar yang berada di tangannya ditatap lama. Wajahnya tanpa reaksi. Hatinya menjerit-jerit merindukan gadis itu. Dia memang sudah tergilakan gadis itu. Dirinya tekad. Sehingga mati pun dia tak akan lepaskan gadis itu. Gadis itu hanya miliknya. Selamanya miliknya. Inilah dinamakan cinta itu buta. Parah apabila mencintai manusia melebihi mencintai Tuhan."Yazir...," panggil Yasmin sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik anak bujangnya itu. Mereka baru saja sampai ke Malaysia setelah dua tahun berada di Australia kerana merawat dirinya sehingga pulih seperti sediakala."Hurmph..." Yazir hanya menggumam. Tidak ada niat mahu menyahut seruan ibunya itu.Kedua-dua belah pemegang kerusi roda itu dipegang erat oleh Yasmin. Perlahan dia menolak kerusi roda anaknya itu masuk ke dalam bilik semula. "Jangan duduk dekat luar sangat. Yaz kan belum sihat lagi.""Yaz nak ambil ang
Читайте больше
BEM 29
TUBUHNYA ditolak keluar dari kereta. Pintu kereta dihempas sedikit kuat menunjukkan yang dia sedang marah. Perjumpaan dia dan Indira di sebuah mall tadi membuatkan hatinya bertambah sakit. Sakit kerana tidak dapat menerima penjelasan yang Indira berikan kepadanya."Dia sakit? Habis aku tak sakit? Aku tunggu dia lama! Sanggup tunggu sampai sekarang. Tapi dia... bagi jawapan seolah-olah aku ni tak merasai sakit!" Dihamburkan kemarahannya sebaik punggungnya dilabuhkan di atas bangku coklat yang terletak di tepi pintu utama rumahnya."Argh! Sakit betul hati aku!" Qarizh menumbuk-numbuk dadanya sendiri yang terasa perih.Airiel yang terdengar suara Qarizh dari luar rumah berdiri di muka pintu utama rumah. Sisi tubuhnya disandarkan pada tetulang pintu. Dia metunakkan pandangannya ke arah Qarizh yang sedang duduk sambil melepaskan amarahnya itu. Perlahan dia menggelengkan kepala.
Читайте больше
Предыдущий
123456
DMCA.com Protection Status