All Chapters of Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia): Chapter 21 - Chapter 30
34 Chapters
Bab 21
ZIZAH seronok mencuit pinggang Ainan. Keluarlah latah Ainan secara spontan. Alan turun sama ketawa. Mujur saja tiada pelanggan ketika itu."Tampar dia." Pinggang Ainan dicuit. Tidak semena Ainan terus menampar pipi kanan Alan. Terkesima seketika Alan dengan tindakan Ainan. Ainan yang tersedar segera memohon maaf. Wajahnya mencuka. Penat jadi berganda. Sah malam ni dia susah nak tidur."Dah. Jangan kacau saya. Nanti malam saya tak boleh tidur." Ainan bersuara setelah nafasnya stabil."Alah... kacau sikit je pun. Takkan sampai tak boleh tidur." Zizah menembak. Meluat mendengar permintaan Ainan. Ainan terdiam. Bukan dia sengaja beri alasan. Tapi itulah hakikatnya. Dia juga sebenarnya tidak mahu kejadian tadi berulang lagi."Ish, tak baiklah akak ni. Memang Kak Ainan penatlah lepas melatah." Alan mempertahankan Ainan. Dia tahu kerana setiap kali selepas Ainan disakat, pasti Ainan akan kelelahan kerana itu Alan jarang mengusi
Read more
Bab 22
RIDHWAN tersedar apabila mendengar bunyi bising di ruang tamu. Kedengaran juga tangisan Fatimah. "Sudahlah tu. Mak dah takde duit. Habis duit dapur semua kau ambil. Itu je duit mak tinggal sampai Wan gaji nanti." Marah Fatimah kepada Ghazali. "Mak mintalah dekat Wan. Mesti dia bagi. Orang laparlah mak. Bagilah orang duit ni. Dua puluh ringgit je ni. Mak..." rayu Ghazali. "Pulang balik duit mak!" Ridhwan mengherdik. Tersentak Fatimah mendengar herdikan Ridhwan. Sebaik boleh dia tidak ingin Ridhwan tahu situasi itu. "Kau nak duit meh sini, aku bagi." Bersinar mata Ghazali mendengar kata Ridhwan. Dia segera memulangkan duit Fatimah. "Janganlah buat perangai bang. Kita dua beradik je. Kesianlah kat mak," bebel Ridhwan seraya menghulurkan sekeping not lima puluh. "Yeay... dapat duit banyak." Ghazali bersorak kegirangan seakan anak kecil. Fatimah mengesat air mata. Segera disimpannya not dua pulu
Read more
Bab 23
"AINAN, Encik Mat panggil." Berkerut dahi Ainan. Ditinggalkan kerja yang dilakukan, lalu melangkah masuk ke dalam stor. "Haaa... dah buat salah. Lepas tu tak nak mengaku." Terkebil-kebil Ainan mendengar tuduhan dari Encik Mat. "Apa salah saya?" Ainan mula tak puas hati. Dia yakin dia tak buat apa-apa kesalahan. Malah Liza sendiri tidak pernah menegurnya. Dia tahu mana mungkin Liza membiarkan kesalahan yang dilakukan. Encik Mat ketawa melihat reaksi Ainan. "Saya gurau jelah. Meh sini kejap. Nak minta isi borang penilaian prestasi ni." Wajah Ainan berubah cemberut. Boleh pula Encik Mat kenakan dia. "Untuk apa ni?" Ainan menyoal sebaik melihat borang penilaian pretasi di hadapannya. "Saya nak confirm kan kamu. Nak promote naik assistant supervisor." Ainan tercengang. Baru semalam Mr. Law memberi tawaran. Tak sangka hari ni dia perlu mengisi borang penilai
Read more
Bab 24
AAZAD sedang sibuk melakukan rondaan. Selesai memastikan keadaan dalam keadaan baik, dia melangkah masuk ke dalam bilik kawalan. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Langsung tiada sebarang panggilan atau mesej dari Ainan. Jam telah menunjukkan pukul 10.30 malam. Sepatutnya Ainan telah tamat waktu bekerja lima belas minit yang lalu.Aazad pantas mendail nombor telefon Ainan namun tidak berjawab. Hatinya mula panas. Entah dimana Ainan ketika itu sehingga tidak menjawab panggilannya. Kali kelima didail barulah panggilannya dijawab.“Apa susah sangat nak jawab abang call?” soal Aazad keras. Ainan hanya terdiam. Aazad mendengus kesal.“Dah bisu ke tak boleh nak jawab soalan abang?” soal Aazad lagi. Kedengaran jelas bunyi helaan nafas Ainan.“Ainan belum balik lagi. Ni minta telefon dekat Kak Liza kejap sebab nak bagitahu abang yang Ainan belum boleh balik sebab stock take tak habis lagi
Read more
Bab 25
AAZAD melangkah masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Berkerut dahinya saat melihat rumahnya yang sunyi sepi. Biasanya waktu begini, anak-anaknya sudah riuh rendah bermain sesama sendiri. Ainan juga selalunya sedang sibuk di dapur menyediakan sarapan buat mereka sekeluarga.Setelah menanggalkan kasut dan meletakkan stokinnya di dalam bakul pakaian kotar, Aazad melangkah masuk ke bilik air untuk mencuci kaki sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik. Terkedu dia melihat Ainan yang masih lena dibaluti selimut.Aazad merapati Ainan. Dahi Ainan dikucup lembut sebelum dia mencapai tuala untuk membersihkan diri. Matanya juga sudah semakin mengantuk. Biasanya dia akan tidur ketika waktu rehat jika bekerja pada malam hari. Entah mengapa malam tadi dia tidak dapat melelapkan mata. Permintaan Imah bermain di fikirannya sehingga ke saat ini.Aazad melepaskan keluhan kecil. Nak atau tak nak, dia perlu mencari duit untuk diberikan kepada Imah. Mah
Read more
Bab 26
AINAN melangkah tenang. Hari ini merupakan hari pertama dia perlu mengalas jawatan baru. Dari seorang juruwang beralih kepada pembantu penyelia. Bukan itu yang diimpikan tapi Allah hadirkan rezeki buat dia dan anak-anaknya. Tiada kata yang mampu diucapkan selain hanya rasa bersyukur yang tidak terhingga.“Dah ready?” Liza menyoal lembut saat Ainan melangkah masuk ke dalam stor pagi itu. Ainan hanya mampu tersenyum untuk mengimbangi rasa gugupnya. Liza menggenggam kemas tangan Ainan. Dia tahu Ainan gugup. Tapi dia tersangat yakin bahawa Ainan mampu pergi lebih jauh.“Jangan risau. Aku akan ajar kau apa yang aku tahu. Yang penting, kalau tak tahu apa-apa terus tanya. Okey?” Liza masih cuba membantu Ainan supaya kekal tenang. Ainan menarik nafas panjang sebelum dia mengangguk yakin.Apa pun yang berlaku dia tidak boleh berpatah balik. Tanggungjawab yang diamanahkan akan dipikul sebaik mungkin. Dalam hati dia panjatk
Read more
Bab 27
IMAH jadi tak tentu arah. Ke hulur ke hilir dibuatnya. Sakan berjoli akhirnya dia buat pinjaman. Tanpa sedar, bunga semakin tinggi. Pokok tak juga turun-turun. Imah buntu. Dia harus langsaikan segera hutang itu. Dalam masa yang sama dia tak mahu kehilangan Zul. Anak muda yang sentiasa menjadi bualan teman-temannya.Mereka masing-masing bersaing untuk mendapatkan Zul. Nasib menyebelahinya. Dengan sedikit kemewahan yang diperolehi dari Aazad, Imah berjaya menambat hati Zul. Namun ketika setahun lebih Aazad tidak memberinya nafkah, Imah terpaksa membuat pinjaman daripada ceti demi menampung perbelanjaan Zul.Kereta yang dimiliki Zul juga adalah hasil dari duit pinjaman dan juga nafkah yang diberikan oleh Aazad buat dirinya dan anak-anak. Kereta Proton Saga BLM itu dibeli atas nama Zul. Namun deposit dan juga bulanan, Imah yang bayar. Zul hanya perlu mengikut kata Imah. Memberi perhatian dan kasih sayang. Hanya itu yang Imah perlukan. Jiw
Read more
Bab 28
PEJAM celik, Ainan berjaya melalui tempoh percubaan sebagai pembantu penyelia. Malah dia telah pun disahkan jawatan.Ainan berasa puas. Puas apabila dapat memenuhi keinginan anak-anaknya walau tidak semuanya dapat dipenuhi. Puas apabila melihat anak-anaknya sentiasa ceria setiap kali dia berikan buah tangan kepada anak-anaknya.Dua bulan lepas, Aazad sekali lagi terpaksa turun naik mahkamah atas satu lagi tuntutan tunggakan nafkah. Ainan malas mahu ambil pusing. Terasa tuntutan yang tak masuk akal. RM67,800 bukanlah satu jumlah yang boleh diterima akal. Apatah lagi Aazad bukanlah seorang yang bergaji besar."Laki kau naik mahkamah, kan hari ni?" Liza menyoal apabila melihat Ainan mula merehatkan badannya seketika. Terasa lenguh punggung apabila duduk terlalu lama."Haah kak. Entah bila nak habis pun tak tahulah. Jenis tamak haloba kan, macam tu lah. Masa laki tak buat perangai tuduh macam-macam. Tak memasal, saya terpalit sama." Bany
Read more
Bab 29
BERTALU-TALU ketukan di pintu bilik air, namun tidak diendahkan oleh Ainan. Aazad semakin tidak keruan. Sudah lebih sejam Ainan di dalam bilik air. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar.Sudahnya, Aazad terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ainan yang sudah tidak bermaya di bawah pancuran air pancut. Aazad segera menutup pili air dan mencapai tuala lalu membalut tubuh Ainan. Dicepung tubuh Ainan dan dibawa ke dalam bilik."Ainan..." Tiada sahutan. Aazad segera mengeringkan tubuh Ainan lalu menyarungkan pakaian sebelum menyelimutkan Ainan.Panggilan telefon dari Syazana segera diangkat."Hello, kak." Aazad tarik nafas panjang mendengar suara Syazana."Akak dah tidur." Aazad memandang Ainan yang masih tidak sedarkan diri."Tak apalah. Bagitahu akak biar budak-budak tidur sini jelah. Esok Sya han
Read more
Bab 30
SYAZANA ketawa riang melihat telatah Safwan. Umairah yang dikendong sesekali dicuit."Ais krim." Safwan tunding jari ke arah kedai sambil bercakap dengan pelat."Okey." Syazana tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kedai.Usai membeli ais krim buat Safwan, Syazana terus membawa mereka pulang ke rumah Ainan."Assalamualaikum." Syazana mengetuk pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Mana mungkin Ainan masih lena.Beberapa minit kemudian kelihatan Ainan yang serabai membuka pintu. Tercengang Syazana melihat keadaan Ainan."Ya Allah, kak. Apa kena kau ni?" Geleng kepala Syazana dengan penampilan Ainan. Dia segera masuk ke dalam rumah tanpa menunggu pelawaan Ainan.Umairah diletakkan di ruang tamu. Safwan berdiri di depan pintu sambil menikmati ais krim Padle Pop yang dibeli oleh Syazana tadi.Ainan menguap besar meme
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status