Semua Bab Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia): Bab 31 - Bab 34

34 Bab

Bab 31

AAZAD berang apabila dia pulang, tiada siapa di rumah. Kebiasaannya Ainan pasti akan memaklumkan kepadanya jika ingin ke mana-mana. Tapi hari ni, dia langsung tidak dimaklumkan.Usai membersihkan diri, Aazad segera ke dapur. Lauk dipanaskan, lalu nescafe dibancuh.'Cuti pun tak reti duduk rumah. Merayau entah kemana, langsung tak minta izin.' Sebal hati Aazad dengan sikap Ainan.Aazad menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan, lalu di bawa ke meja makan."Assalamualaikum." Salam diberi. Ainan yang sedang mengendong Safwan dan Umairah kelihatan kemengahan. Mana tidaknya terpaksa mendukung kedua-duanya naik tangga kerana lift rosak."Merayap ke mana?" soal Aazad tanpa menjawab salam Ainan. Ainan pula hanya membiarkan sambil lalu soalan Aazad.Mengah naik tangga belum lagi hilang. Dah nak kena hadap kepala angin Aazad yang tak tentu hala. Dasuki berlari masuk
Baca selengkapnya

Bab 32

AAZAD memandang Ainan pelik. Sudah lama dia tidak melihat Ainan bersolek. Tapi hari ini, penampilan Ainan jauh berbeza dari hari-hari biasa.Kening diukir cantik, kelopak mata disolek smokey, eyeliner tidak ketinggalan, pemerah pipi disapu tipis dan akhir sekali gincu berwarna merah jambu disapu rata di bibirnya.Tak berkelip mata Aazad melihat Ainan. Jarang-jarang dapat melihat Ainan begitu."Amboi, lain macam je hari ni," tegur Aazad lembut. Dia tidak bekerja hari ni. Memang hari cutinya tidak menentu."Saja je ambil mood nak melawa hari ni. Orang asyik tegur muka macam mayat hidup je." Ainan menjawab selamba. Entah mengapa dia terasa ingin bersolek.Dia bukanlah seorang wanita yang gemar bersolek. Bila keinginan itu ada, barulah dia bersolek. Kebiasaannya dia akan bersolek pada hari raya atau ketika menghadiri sebarang majlis."Yelah. Selama bekerja ni tak pernah pun nak bersolek.&nbs
Baca selengkapnya

Bab 33

AINAN menahan sebak di dada. Hatinya terlalu sakit memikirkan tindakan Aazad. Baru tadi Aazad memaklumkan yang dia telah pun membuat pinjaman sebanyak RM3000. Terduduk Ainan mendengar jumlah yang dinyatakan.Ainan tidak mengerti apa sebenarnya yang berada difikiran Aazad. Hidup mereka hanya dikelilingi hutang. Ainan sudah tidak mampu berkata apa-apa. Dia penat. Dia sendiri sudah tidak larat terus hidup dalam hutang. Sudahlah hampir keseluruhan perbelanjaan rumah serta keperluan anak-anak ditanggung oleh Ainan. Aazad juga semakin kerap memintanya duit sekiranya dia tidak mempunyai duit saku.“Abang langsung tak fikir pasal Ainan dengan anak-anak kan?” soal Ainan sebak. Dahi Aazad berkerut seribu mendengar soalan dari Ainan. Dia merengus kesal. Ada saja yang Ainan tidak puas hati.“Ainan jangan nak merepek boleh tak? Abang penat tahu tak?” tengking Aazad. Ainan terkedu. Dia semakin sebak dengan sikap Aazad. Air mata ditahan
Baca selengkapnya

Bab 34

AINAN sedang sibuk di dapur menyediakan mee goreng untuk sarapan bersama anak-anaknya. Dia cuba untuk menghiburkan hatinya sendiri dengan mengembirakan hati mereka. Syazana pula membantu Ainan menyiapkan anak-anaknya. Mereka telah bercadang untuk keluar setelah selesai makan tengah hari nanti.Sudah lama Ainan berjanji untuk membawa Dasuki menonton wayang. Kebetulan filem animasi Jepun yang menjadi kegilaan anak-anak kecil berada di pawagam. Makin seronoklah Dasuki mendengarnya.“Dah siap.” Ainan tersenyum riang sambil menghidangkan mee goreng di atas meja makan. Milo panas yang dibancuhnya tadi juga di letakkan di atas meja. Dasuki yang baru selesai memakai baju segera memanjat kerusi. Di halakan wajahnya ke arah mee goreng lalu menyedut dalam aroma masakan itu. Ibu jarinya di angkat.“Sedapnya bau mama masak. Tak sabar Suki nak makan.” Dasuki melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Ainan pula menletakkan secawan milo di depan Dasuki.“Suki kena makan banyak-banyak ye. Kita tunggu mum
Baca selengkapnya
Sebelumnya
1234
DMCA.com Protection Status