Все главы Miliki Bayangmu (Malaysia): Глава 11 - Глава 15
15
11 | Calar
"KHADEEJA." Aku diam tanpa membuka mata. Gara-gara ketakutan malam semalam, aku demam panas. Tak tahulah nak cakap macamana tapi penyakit penakut aku ni memang susah nak buang. Kalau dah takut sangat aku memang boleh jatuh sakit. Terasa katil bahagian belakang sedikit tenggelam apabila Hanzalah duduk di situ. Mungkin ingin melihat jika aku masih tidur. Aku kekal beku mengiring membelakanginya. Lama. Serba salah pulak. Aku tak suka membelakangi suami aku macam ni. Aku syak dia tengah tenung aku. Agak-agak dia tahu tak yang aku pura-pura tidur. Tiba-tiba bilik terang benderang dengan lampu. Walaupun dalam keadaan siang tapi kerana langsir yang tidak diikat menjadikan suasana bilik agak suram awal tadi. Automatik aku berpaling memandang ke arah Hanzalah yang berdiri di muka pintu bilik dengan tangan yang masih melekat di suis lampu. Eh, bila pulak dia dah kat te
Читайте больше
12 | Cemburu
“You tak nak ke masuk kerja balik? Masih tak ada sesiapa boleh ganti you,” ujar Cetta di hujung talian.   “Hmm… dah jadi isteri orang ni aku malas terikat dengan waktu ofis. Kesian husband aku nanti. Dia kerja sendiri,” balasku, lambat-lambat. Dulu aku kerja di bahagian sumber manusia atau singkatnya mudah disebut HR, Human Resources. Walaupun stress dengan macam-macam ragam tapi rakan sekerja yang sekepala sedikit sebanyak membuatkan hidup aku lebih berwarna warni.   “You tahu, semalam seorang budak rekrut dah cabut lari. Bisinglah Mr. Cho sebab manpower tak cukup. Baru sebulan yang lepas budak baru yang seorang lagi tu menghilang sebab dapat sambung belajar. Aku pening la you tak ada. Mr. Cho kan sayang you,” cerita Cetta dengan slanga Melayu yang fasih walaupun dia berbangsa India. Wanita anggun berlesung pipit di kiri kanan pipinya.   “Anastasia kan gantikan aku.”   “Iyalah, ganti sementara je. D
Читайте больше
13 | Suami Isteri
PETANG. Aku menapak balik dari surau berdekatan menuju ke kereta semula. Menunggu Hanzalah habiskan sesi outdoor photoshoot di sekitar kediaman pengantin. Susuk tubuh yang bersandar di kereta Kancil aku pandang pelik. Delilah? Apalagi dia nak? Tak cukup sakitkan hati aku waktu majlis tahlil arwah umi hari tu? Aku berhadapan dengannya. Macamana aku nak masuk dalam kereta kalau dia menghadang? Punyalah banyak kerusi bawah khemah sana nun, depan pintu kereta cikai ini jugalah dia pilih untuk bersandar. Kami berpandangan seketika tanpa bicara. Dia menatap mataku lama. Matanya cantik sekali. Aku yakin itu mata aslinya, bukan contact lens. Indahnya. Tiba-tiba dia berlalu pergi.  What? Itu saja? Kau sandar lama-lama kat sini semata nak tunjuk mata yang lawa tu ke? Aku soroti langkahnya mendekati se
Читайте больше
14 | Beza
PIN! PIN! Aku menjengah melalui tingkap. Ada seorang penghantar membunyikan hon motosikal berkali-kali. Rasanya aku tak ada beli barang online.           "Sekejap!" Hanzalah muncul dari dapur, berlari anak ke pintu depan dan tergesa-gesa menyarung selipar. Mereka berbual sebentar sambil bungkusan petak yang besar bertukar tangan. Baru aku perasan ada kesan kotoran bentuk tapak kaki di lantai. Aku ikut kesan itu sampai ke pintu dapur. Memang tadi Hanzalah menebas rumput di belakang rumah lepas tu sesuka hati dia berjalan terus masuk ke dalam rumah tanpa membasuh kaki? Eee...           "Kenapa awak tak lalu ikut tepi laman je?" soalku, menahan sabar. Bukan sikit-sikit kesan tanahnya. Dari dapur sampai ke depan pak tu.            "Oh, betul jugak. Tapi ikut mana-mana pun sama je." Di
Читайте больше
15 | Memahami
    "Seriuslah?" Serentak Cetta dan Kak Long bersuara bila mendengar cerita kebekuan sang suamiku.       "Dia tak tanya ke kau okey atau dah nak gila diserang ketakutan? Kau tu sudahlah penakut tahap gaban!"       "Kau jangan ajak Dijah bawangkan suami sendiri, Kak Long," balasku.   Cetta masih gelak tak habis-habis. Mentang-mentanglah dia masih single. Buat seketika kami diam membisu melayan perasaan sendiri.       "Hah..." keluh Cetta diikuti helaan nafas Kak Long yang sedari tadi menyandarkan kepala pada cermin tingkap kafeteria.       "Aku nak tukar departmen. Entah bila nak naik pangkatnya." Cetta pula mengurut pelipis sendiri.   Kami bertiga berkawan baik walaupun Kak Long tu kakak aku dan Cetta sebaya dengannya. Cetta yang tolong aku dapatkan kerja dulu dan akhirnya kami jadi akrab. Kak Long pula kalau
Читайте больше
Предыдущий
12
DMCA.com Protection Status