Semua Bab OBSES (BAHASA MALAYSIA): Bab 41 - Bab 50
102 Bab
(S2) BAB 6
Wartawan sudah memenuhi ruang apabila mengetahui anak kepada Presiden, Mizi menjadi tertuduh dalam kes Rumah Anjang. Mereka tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menjadi media pertama melaporkan berita itu. Zamarul turun dari kereta sambil menutup mukanya. Semua orang tidak mengenali Zamarul kerana dia yang menguruskan kes ini. Hari ini merupakan hari pertama Mizi dihadapkan ke mahkamah. Mizi masuk ke dalam mahkamah sambil tersenyum. Zamarul pelik melihat Mizi seperti ada sesuatu yang aneh. Zamarul memandang mencari apa yang mungkin bakal terjadi. Zamarul terkejut sebelum menjerit..."Tunduk semua!!!" Jerit Zamarul apabila bunyi letupan itu menggegarkan sekeliling kawasan. Kereta yang berdekatan di situ kesemuanya hancur dan terpelanting. Pihak media ramai yang cedera parah akibat letupan itu. Zamarul memandang Mizi yang sudah hilang di depan mata."Sial..." Zamarul bangun mencari kelibat Mizi. Dia menerima panggilan."Sarjan. Presiden nak jumpa kau sekarang."
Baca selengkapnya
(S2) BAB 7
Itulah apa yang berlaku pada Sarjan Zamarul 5 tahun yang lalu. Dia telah kehilangan keluarga, kerjaya dan negara. Mereka semua telah mengkhianati dirinya. Akibat tidak dapat menerima takdir itu, Zamarul berjaya melarikan diri dari penjara. Dia mula merancang untuk membalas dendam. Semua akan menerima balasan atas segala perbuatan mereka."Aku akan tebus semula hak aku." Kata Zamarul sambil memandang perancangan teliti yang telah dia usahakan. Iqbal merenung fail tebal yang diberikan Dato Borhan sebelum dia meninggal dunia. Dia berkata rahsia negara sangat besar dan amat menakutkan. Apakah rahsia yang disembunyikan selama ini sehingga Jack dicipta untuk membanteras jenayah? Dia selak satu halaman ke satu halaman. Laporan audit kewangan yang telah diselewengkan dan duit keluar masuk melalui transaksi luar negara dengan jumlah yang besar beberapa tahun yang lalu. Apa yang sebenarnya mereka rancang? "Papa. Nak main." Alisya menarik lengan baju Iq
Baca selengkapnya
(S2) BAB 8
Iqbal membeli sedikit kuih di hadapan sekolah rendah. Keadaan agak sesak dikawasan sekitar itu menyebabkan dia tidak dapat kembali ke kereta. Sambil membawa kuih, Iqbal memandang masyarakat yang sedang sibuk ingin pulang dari tempat kerja. Mungkin kerana angka jam telah menunjukkan pukul 6 petang menyebabkan berlakunya kesesakan. Iqbal berjaya sampai ke kereta. Dia terasa aneh dari tadi kerana seperti diekori seseorang. Iqbal masuk ke dalam kereta dan memandang lelaki di sebalik dinding. Dia sedang bercakap melalui telefon. Iqbal mengambil peluang ini untuk bergerak. Dia berjaya meninggalkan lelaki itu. Sampai sahaja di rumah Iqbal terus masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu."Abang. Kenapa ni gelabah semacam jaa." Soal Qistina memandang Iqbal selepas membasuh pinggan."Takde apa-apa. Nah ini kuih sayang mintak beli tadi." Iqbal menghulur kuih pada Qistina."Papa." Alisya datang ke arah Iqbal sambil ketawa."Anak ayah ini rindu ayah ke?" Iqbal mendukun
Baca selengkapnya
(S2) BAB 9
Syam  merenung lama ke arah  Yusuf. Lelaki itu seakan  mayat hidup. Mukanya cekung dan badannya kurus kering. Yusuf tidak bergerak. Dia hanya termenung kosong seperti tiada lagi jiwa dalam  jasadnya.“Yusuf. Kau perlu sedarkan diri kau. Aku mahu tahu tentang sesuatu. Apa yang sebenarnya kau  rancang?” Syam  mahukan  jawapan ini daripada mulut Yusuf sendiri. Syam  cuba mengkaji bagaimana psikologi Yusuf. Adakah dia betul gila atau orang lain yang sukar untuk memahami dirinya? Aah Brecht juga dulu pernah  dituduh gila juga kerana pemikirannya yang dibawa mendahului manusia lain. Dan akhirnya selepas kematiannya baru lah orang mengambil pengetahuannya yang ditentang sebelum itu. Yusuf masih tidak mahu bersuara. Dia lebih selesa untuk berdiam diri dan  tidak melakukan apa-apa.“Kau perlu cakap sesuatu. Kau mahu segala usaha kau  ini jadi sia-sia saja? Kau perlu bangkit. Jangan men
Baca selengkapnya
(S2) BAB 10
qbal menghirup teh o ais di gerai mamak berdekatan balai. Malek juga turut sama duduk sambil menjamah  nasi lemak. Mereka berdua sedang menyiasat seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan Rumah Anjang.“Dia dah  mula bergerak”. Lapor Malek pada beberapa anggota polis yang sedang menyamar.“Bergerak”. Arah Iqbal supaya mula bertindak. Sebaik sahaja lelaki memakai jaket hitam  itu bangun, mereka mula bergerak. Lelaki itu masuk ke dalam  kereta. Iqbal mengetuk tingkap.“Encik ada tertinggal dompet tadi”. Iqbal mula bertentang mata dengan dia.“Eh bukan saya punya”. Jawab dia. Iqbal tersedar sesuatu. Suaranya macam…Iqbal terus membuka pintu kereta. Mereka semua mengacu pistol ke arah lelaki berjaket itu. Iqbal menarik hoodie jaket. Ternyata benar tekaannya. Dia wanita.“Ikut kami ke balai. Kita perlu berbincang”. Mereka semua menyimpan
Baca selengkapnya
(S2) BAB 11
Zamarul keluar dari kelab malam  itu. Dia menyalakan rokok sambil menikmati angin malam. Keadaan dalam kelab mula kecoh. Bunyi siren kereta polis mula menambahkan lagi keadaan yang semakin kelam kabut itu. Ambulan agak lambat sampai ke lokasi. Zamarul duduk di tepi longkang. Dia memandang beberapa kenderaan mewah mula parkir di belakang kereta peronda polis. Dari jauh jelas kelihatan Presiden sedang bersama konco-konco yang lain. Riak mukanya mengamuk. Zamarul meninjau melihat adakah dia selamat untuk mendekati mereka. Beberapa konco yang lain mula masuk ke dalam kelab malam. Hanya tinggal beberapa orang menteri yang masih cuba menenangkan Presiden. Zamarul mengambil peluang ini untuk mula bergerak. Dia menyelusup dari arah belakang kereta milik mereka. Zamarul melihat Datuk Firman sedang leka menghisap curut kegemarannya. Masih sama seperti dulu lagi. Cuma kali ini perutnya lebih boroi mungkin kerana banyak makan duit haram. Zamarul mahu memberi peringatan kepada mereka. Dua o
Baca selengkapnya
(S2) BAB 12
Beberapa kereta berwarna hitam  masuk ke dalam kawasan perumahan Datuk Firman. Para menteri sudah lama menanti kehadiran mereka. Mereka semua dilanda gelisah apabila ketua Pendakwa Raya, Datuk Kamal dikhabarkan mati pada awal pagi tadi. Keadaan yang sangat mengerikan dan mereka tidak mahu untuk membayangkan bagaimana keadaan mayat Datuk Kamal. Nampaknya sudah tidak syak lagi lelaki ini mahukan sesuatu yang lebih bernilai dari wang. Dia mahukan nyawa mereka semua. Sudah pasti ada sesuatu kejadian yang menimpa dirinya sehingga dia sanggup melakukan perkara sejauh ini.“Ini Alex bersama kumpulannya. Mereka professional dalam melakukan kerja ini secara senyap”. Pengawal peribadi memperkenalkan lelaki berbadan sasa dan penuh tatu pada muka. Alex tersenyum apabila melihat wang dan jongkong emas sudah tersedia di atas meja.“Berapa hari kau perlukan untuk buat kerja ni? Aku taknak perkara ini melarat sehingga hari pilihan raya”. Datuk Firman meman
Baca selengkapnya
(S2) BAB 13
Emily membuka kelopak mata. Kepalanya terasa sakit seperti dipukul dengan objek keras. Dia menahan pedih bendalir yang sedikit kering pada dahi. Keadaan gelap menyukarkan lagi keadaan dirinya. Dia sekarang berasa sangat takut. Telefonnya juga sudah kehabisan bateri.“Emily….Emily!!!” Suara seorang lelaki dari luar. Emily mula kelihatan gembira. Dia kenal suara itu.“Syam. Sini…” Suara Emily lesu. Dia pun sudah tidak tahu pukul berapa sekarang kerana badannya terasa letih berbaring dari tadi.“Sini rupanya kau. Haishh nasib aku jumpa”. Syam menolak pintu apabila melihat Emily bersandar pada dinding. Emily mula merangkak lalu memeluk Syam.“Syam…aku takut….” Suara serak Emily seperti baru lepas menangis. Syam menenangkan Emily. Dia menggosok lembut belakang Emily. Mujur sebelum Emily bergerak ke sini, dia sudah memberitahu Syam terlebih dahulu. Jika tidak, tiada siapa pun yang tahu.
Baca selengkapnya
(S2) BAB 14
Datuk Firman memegang kepala. Kusut kerana masalah perniagaan yang berlaku bulan ni. Apa yang sebenarnya lelaki itu mahu dari dirinya? Adakah dia mempunyai dendam? Sekarang ini dia cuma boleh mengharapkan Alex untuk menyelesaikan masalah itu. Dia perlu fokus untuk pilihan raya yang bakal tiba. Hari ini dia perlu pergi ke Kampung Jubli untuk memberi sumbangan kepada golongan miskin. Keadaan tanah yang lumpur dan kotor itu merimaskan Datuk Firman namun dia terpaksa tahan demi memperoleh undi dari orang kampung. Kebanyakan kerusi yang dimenangi Datuk Firman hasil dari sumbangan penduduk luar bandar yang daif datang dari kawasan pendalaman. Datuk Firman mudah untuk memanipulasi mereka dengan menggunakan wang dan imej dirinya yang baik hati memberi sumbangan kepada orang ramai. Namun, jika di kawasan bandar agak tipis untuk Datuk Firman menipu mereka kerana rata-ratanya sudah mengetahu kegiatan dirinya.“Semoga panjang umur pak cik. Saya akan pastikan tiada lagi yang hidup m
Baca selengkapnya
(S2) BAB 15
Syam  pergi ke hospital untuk bertemu Jack. Bulan ini dia kerap bertemu Jack untuk melaporkan segala perkara yang berlaku. Entah lah dia berasa lega apabila menceritakan perkembangan dan informasi yang penting untuk Jack tahu. Lelaki itu sudah pun menunggunya.“Kau macam  mana sekarang?” Soal Syam melihat Jack yang sedang merenung dinding.“Macam biasa. Cuma semalam aku dapat ilham. Ada sesuatu bakal berlaku dalam negara kita. Tapi aku perlukan kau untuk pastikan perkara ini berjaya”. Jack menoleh ke arah Syam.“Apa yang aku boleh tolong?” Syam semakin teruja.“Kau percaya pada Iqbal? Orang suruhan kerajaan itu?” Jack seperti menguji Syam. Dia tidak memberi respon.“Percaya tu takde lah sangat. Cuma aku terpaksa bantu dia sebab mereka ada rekod jenayah aku dan Emily”. Syam  memberitahu kebenaran. Jujurnya dia masih ragu-ragu dengan Iqbal.“Tidak mengapa. Aku per
Baca selengkapnya
Sebelumnya
1
...
34567
...
11
DMCA.com Protection Status