All Chapters of SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA): Chapter 51 - Chapter 60
79 Chapters
BAB 50
SOFEA membaca teks whatsapp di telefonnya. Mesej dari Amira. Mereka berdua asyik berbalas mesej dan perlakuan Sofea menarik perhatian Haris.“Ai, leka betul berbual. Apa yang menarik sangat tu?” Haris cuba memancing ruang.Sofea tersenyum.“Biasalah orang perempuan. Ada-ada saja cerita-nya. Amira ada kat Malaysia sekarang. Mungkin kali ni dia lama sikit di sini, tolong uruskan syarikat sementara Amir bercuti.” Sofea pula menjadi pengantara antara Amira dan Haris.“Apa-apa hal berkaitan syarikat, kita boleh berhubung dengan Amira dan Mr.Wong,” sambung Sofea lagi.“Amir bercuti?” bisik Haris sendiri. Tidak pernah pula dia mendengar Amir mengambil cuti. Setahu-nya, sesibuk mana sekali pun, walaupun sedang menjaga rakannya di hospital, Amir tidak pernah meninggalkan kerjanya. Apa yang sangat penting agaknya? Haris bermonolog sendiri.Sementara itu, Sofea dan Amira pula sedang berbual secara peribadi. Amira terpaksa meminta pertolongan peribadi walaupun dengan sedikit maklumat daripada Sof
Read more
BAB 51
PAGI itu, langit mega kelihatan cerah. Sofea ketika itu sedang bersiap-siap untuk keluar. Amira pula seolah-olah sudah tidak sabar untuk menemuinya. Entah apa yang penting sangat agaknya. Fikir Sofea.“Hai, awal-awal lagi dah nak keluar? Hujung-hujung minggu ni tak melekat kat rumah pula kamu,” tegur Datuk Zaki tatkala melihat Sofea sudah bersedia bersama kunci keretanya.“Amira nak jumpa Sofea, ada hal katanya. Lebih awal lebih baik, lebih awal kami pulang.” Sofea menjawab ringkas.“Amira? Kenapa kamu rapat sangat dengan dia? Bila kamu rapat dengan dia, samalah seperti kamu rapat dengan Amir. Papa tak suka.” Datuk Zaki mula membebel. Anak mata Sofea menikam wajah papanya.“Papa, sudahlah. Papa tak habis-habis dengan dendam papa tu. Kami okey saja. Kami dah move on. Papa tu yang macam tak matang pula,” kata Sofea lalu terus menerpa ke pintu utama.Datuk Zaki memandang Sofea dengan ekor matanya. Hatinya sakit kerana bayang-bayang Amir masih tidak terhapus dalam hidup mereka. Semakin be
Read more
BAB 52
HARIS sempat mengerling cermin pandang belakang semasa melepasi lampu isyarat sebentar tadi. Shasha yang tiba-tiba bertindak agresif membuatkan Haris agak terke-sima. Shasha seolah-olah sedang menunjuk-nunjuk perlakuannya kepada pemandu di bersebelahan keretanya.‘Macam kereta Sofea.’ Haris berkata dalam hati. Ketika itu, barulah dia teringat bahwa Sofea ada meminta izin darinya semalam untuk bertemu Amira.Benarkah itu Sofea?Haris menekan papan kekunci telefon pintarnya, menala nombor telefon Sofea, tetapi tiada reaksi. Berkali-kali dia ulang dail, hanya deringan tetapi tidak terjawab sehingga deringan terhenti sendiri.Haris memandang Shasha, wajahnya bersahaja bersama senyuman diva. Tetapi Haris hanya membungkam.~SOFEA sengaja ‘silent mood’ kan telefonnya. Bukannya dia tidak tahu Haris menghubunginya hampir sepuluh kali, tetapi kerana sakitnya hatinya ketika itu, dia hanya buat tidak endah sahaja.Ketika Amira dan Mr.Wong sedang berbincang tentang hal syarikat mereka, Sofea cuma
Read more
BAB 53
WAKTU dan hari bergerak dengan pantas. Amir dan Syahir termenung. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi masa yang diberikan oleh samseng sindiket itu untuk menyediakan wang sebanyak RM1 juta.Amir telah cuba membuat pinjaman atau meminjam dari mana-mana bank. Tetapi, mana mungkin mereka boleh meluluskan pinjaman peri-badi sebanyak itu. Syahir juga mengeluarkan semua wang simpanannya. Dicampur bersama wang simpanan Amir, jumlahnya hanya 15 ribu sahaja.Meminjam dari Mr.Wong? Dari Amira? Dia berasa amat malu kerana mereka berdua sudah terlalu banyak berbudi padanya.Meminjam dari ‘Along’? Anak mata Amir dan Syahir saling bertembung. Mereka sangat menge-nali prinsip pinjaman ‘Along’. Samalah seperti ‘sudah keluar dari mulut naga masuk pula ke mulut buaya’.Kemelut mereka tidak akan selesai dengan mudah walaupun nyawa Syahir kononnya tersela-mat dari ugutan samseng dan berjaya membawa pulang Salina, tetapi prinsip pinjaman ‘Along’ yang mengenakan ‘bunga’ yang berlipat kali ganda akan
Read more
BAB 54
KESEMPATAN bertemu dengan Amir digunakan sebaik mungkin oleh Amira. Ini sahaja masanya dia dapat meluangkan masa bersama Amir. Jika tidak kerana Sofea, Amir masih tidak mahu meluangkan masa bersama Amira selagi urusannya belum selesai.“Aku tak mahu kau rasa aku ni membosankan kalau kita berjumpa sekarang. Fikiran aku tak fokus pada kau. Aku terlalu fikirkan masalah aku, kasihan pula pada kau.” Amir cuba memujuk Amira.Amira mencebik manja.“Oo, bila diajak jumpa Sofea kau nak pula ...” Amira mula menayangkan cemburunya.“Ish! Ish! Kau ni ... Cemburu pula dia,” kata Amir sambil mencubit hidung Amira yang mancung terletak itu.Jauh di relung hatinya, Amira memang cemburu. Apatah lagi apabila mengenangkan mereka adalah pasangan kekasih dahulu. Pastinya mereka adalah pasangan yang romantik, manja, mesra, eee ... ‘jarum cemburu’ mula menjalar dalam hatinya. Amir yang ‘tercium’ nada cemburu Amira tertawa sejenak.“Cik Amira sayang ... Kalau cemburu, kenapa kau ajak aku jumpa Sofea hari ni?
Read more
BAB 55
SETELAH berada di wad selama dua hari, Sofea akhirnya dibenarkan untuk keluar. Haris menawarkan diri untuk menjemput Sofea dan membawanya pulang ke rumah. Dia hanya menurut. Keuzuran dirinya menyebabkan dia hanya mampu mengikuti. Malas untuknya bertekak. Tiada guna pun.Haris melayaninya seperti seorang puteri. Segala perkara dia yang uruskan. Daripada urusan keluar wad hinggalah mengemas barang-barang Sofea. Kalau boleh, ingin sahaja dia mendukung Sofea ke keretanya, tetapi itu sudah melampau bagi Sofea. Dia bukannya tidak boleh berjalan sendiri, Cuma tenaganya sahaja yang belum pulih sepenuhnya.Ketika Haris memimpin Sofea masuk ke kereta, sebuah kereta Volkswagen melintasi mereka. Pemandunya menjeling tajam ke arah pasangan itu. Penumbuknya dihentakkan di atas stering.“Kenapa kau tak mati sahaja, Sofea? Aku benci-kan kau!” Suara manja dan diva itu bertukar seperti singa apabila menyebut nama Sofea.“Siap kau. Kau akan mati juga nanti,” lanjutnya lagi.Shasha terus menekan pedal mi
Read more
BAB 56
ANAK mata Sofea menebak dada jam di dinding. Sudah hampir pukul enam pagi. Dia sudah bersedia untuk solat subuh. Kesihatannya semakin pulih. Jiwanya juga sudah semakin tenang sekarang.Semalam dia sudah menghubungi Amira, menyatakan persetujuannya untuk membantu Amir. Jumlahnya tidak terlalu besar. Cukuplah dapat menambah sedikit sebanyak daripada yang diperlukan.Sofea menggunakan semua simpanannya yang ada kecuali simpanan yang diberikan oleh Haris. Jika berlaku apa-apa antara mereka, wang itu boleh dikembalikan semula.Bila teringatkan Haris, barulah dia teringat Haris telah menjadualkan khusus perkahwinan untuk mereka. Pagi ini, pada jam sembilan pagi di Pusat Latihan Islam Kuala Lumpur. Seketika dia ter-pegun.Di dalam solatnya, Sofea berdoa meminta petunjuk. Panjang doanya. Dia benar-benar memohon petunjuk dan pertolongan.Selesai solat, Sofea membantu Kak Temah orang gaji mereka menyediakan sarapan pagi. Walaupun dilarang, Sofea tetap berkeras ingin membantu. Sudah lama dia tid
Read more
BAB 57
AMIR memandang dua beg yang telah tersedia di rumahnya. Beg itu berisi wang tunai. Sengaja dia membahagikan kepada dua bahagian kerana dia juga punya perancangan tersendiri. Getarnya masih belum reda, ditambah pula dengan kesakitan akibat dikasari oleh samseng tadi.Malam itu Amir tidak menghubungi semua orang kerana dia tahu, selepas samseng-samseng itu mengenalinya, dia akan sentiasa diawasi.Pertemuan terakhirnya bersama semua orang yang membantunya adalah sehari yang lalu. Mereka benar-benar berharap Amir pulang dengan selamat. Jika diberi pilihan, sudah pasti mereka tidak akan melepaskan Amir begitu sahaja.Keluarga Mr.Wong dan Amira sekeluarga menangis ketika mendoakan pemergian Amir. Dia benar-benar tidak kuat. Dia berseorangan. Syahir yang sering menyemarakkan semangatnya juga sudah tiada.“Aku tak sekental kau, Syahir. Betul kata kau, aku tak biasa. Ini bukan ‘dunia’ aku,” Suara hatinya kedengaran. Menggigil tangannya mengenangkan peristiwa yang akan berlaku bila-bila masa da
Read more
BAB 58
KEADAAN semakin genting. Burung-burung yang melayang di langit sepertinya turut tidak senang dan bertebaran ganas. Api amarah sudah membuak-buak dalam diri ketua samseng. Ditendangnya Amir sekuat hati demi melampiaskan bara amarahnya. Amir jatuh tersungkur, Salina juga turut dilempang pipinya dengan kuat.Ada hati mahu ‘bebas!’ Bentaknya dalam hati.Syahir yang terkesima cuba membela rakannya tetapi dia ditembak oleh pengikut ketua samseng itu di bahagian kaki sebagai amaran.Ketua samseng mengarahkan pengikutnya supaya jangan bertindak melulu. Hanya dia sahaja yang akan membunuh mereka bertiga dengan tangannya sendiri.Amir yang memahami bahasa cina, segera mengagahkan semangatnya untuk mempertahan-kan diri. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang. Dia dengan kekuatan yang ada bertarung dengan ketua samseng dan cuba merampas senapangnya.Salina menerpa ke arah Syahir yang sedang mengerang kesakitan. Amir mengarahkan mereka lari, tetapi gagal kerana mereka diawasi oleh pengikut ketua sa
Read more
BAB 59
SOFEA mengucapkan setinggi kesyukuran apabila menerima panggilan daripada Amira yang mengatakan Amir, Syahir dan Salina selamat. Walaupun dia telah mengetahuinya menerusi berita di kaca televisyen, tetapi menden-gar terus daripada Amira lebih menggembirakan.Amira berjanji akan memulangkan semua wang yang telah Sofea berikan untuk membantu Amir setelah siasatan polis selesai kelak.Sofea begitu gembira bagi pihak Amir kerana pastinya Amir akan mengecapi bahagia selepas ini kerana keluarganya telah bersatu semula. Dan lebih menggembirakan apabila mengetahui Salina telah bebas dari belenggu sengsara.“Kami akan pulang ke Kuala Lumpur esok. Minggu depan kami akan adakan kenduri kesyu-kuran. Kebetulan ibu Amir juga akan dibebaskan. Jadi, kau jangan lupa datang ya. Nanti aku beritahu tarikhnya.” Amira berceloteh dalam talian.“Oh, ibu Amir akan dibebaskan? Alhamdulillah, sememangnya satu kesyukuran.” Sofea menjawab dengan begitu gembira seolah-olah dirinya pula diambang kebahagiaan.Gembir
Read more
PREV
1
...
345678
DMCA.com Protection Status