Semua Bab SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA): Bab 21 - Bab 30
79 Bab
BAB 20
SYAHIR mula terasa sunyi dan kosong setelah pemergian Amir ke Australia. Belum lagi setahun Amir di sana, dia sudah merasai kehilangan yang amat berbeza. Bagaimana dia harus menunggu untuk tiga tahun lagi?Walaupun jurang kehidupan mereka berbeza, Syahir tidak pernah terasa akan ‘jurang’ tersebut. Yalah, Amir pelajar cemerlang, baik dan pandai belajar manakala dia pula adalah sebaliknya. Tidak habis sekolah dan hidupnya bergelumang dengan maksiat dan kerja-kerja kotor.Amir sebenarnya dapat meneka apa pekerjaan yang Syahir lakukan selama ini, tetapi dia tidak cepat melatah dan tidak juga pernah memadamkan nama Syahir dari dalam lembaran hidupnya.Baginya Syahir akan ‘dipimpin pulang’ olehnya satu hari nanti. Itulah janji Amir. Syahir juga tidak mahu kehilangan sahabatnya kerana Amirlah sahabat yang paling ikhlas berkawan dengannya.Bukannya Syahir tiada kawan lain, ada. Tetapi mereka semua hanya berpura-pura baik, mempergunakannya
Baca selengkapnya
BAB 21
“HA, baru balik? Asyik keluar je kamu ni. Mama dan papa kamu dah nak balik Malaysia esok pagi. Duduklah rumah.” Datin Sarah melepaskan bebelan pada cucunya, Sofea.Sofea menutup pintu lalu terus menarik langkah ke dapur untuk mencari minuman, kemudian terus memasuki biliknya.“Macam itulah dia hari-hari. Tak banyak bercakap, lepas tu suka keluar rumah berjam-jam lamanya. Kadang sampai seharian kat luar tu. Entah apa yang dicarinya.” Datin Sarah menyambung bebelannya.Datuk Zaki dan Datin Maria hanya mengagu. Sudah seminggu mereka di Sydney membawa Sofea untuk tinggal bersama neneknya. Mereka bercadang untuk menghabiskan masa seminggu di sini dengan bersiar-siar dan melancong. Tetapi nampaknya Sofea tidak berminat untuk menyertai mereka.Datuk Zaki sememangnya menyedari perubahan anak gadisnya sejak dia dipisahkan dengan Amir. Sofea yang ceria sudah menjadi muram dan pendiam. Sofea hanya menurut semua kata-kata dan perintahnya tanpa
Baca selengkapnya
BAB 22
AMIR dan Imran menghabiskan masa hujung minggu dengan bekerja di mini market milik Datuk Othman, bapa kepada Amira. Datuk Othman lebih suka mereka menjadi pembantu di kedai mini marketnya berdasarkan pengalaman Amir bekerja dengan Mr.Wong sebelum ini.Mereka berdua tidak cerewet dan dan tidak pernah bersungut. Setiap pekerjaan dilakukan dengan baik. Dari kerja-kerja penting hingga ke mengemop lantai, semuanya dilakukan dengan penuh ketekunan.Datuk Othman hanya memerhatikan mereka berdua. Kegigihan anak muda ini mengingatkan dia pada zaman kesusahannya dahulu. Dia perlu berusaha dan bekerja keras untuk mencapai kejayaannya sekarang.Rekezinya lebih menyerlah di bumi asing, tetapi dia juga rindukan tanah airnya. Sebab itulah Datuk Othman membuka restoran Melayu dan mini market asian supaya dirinya terasa dekat dengan kampung halaman.“Habis waktu kerja nanti kita singgah restoran ya. Kita makan dulu sebelum balik,” ujar lelaki itu kepada Amir d
Baca selengkapnya
BAB 23
DATUK ZAKI baru sahaja menerima panggilan telefon daripada kampung yang menyatakan bahwa datuknya sudah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi akibat sakit tua.Ketika datuknya sedang sakit, hanya sekali sahaja Datuk Zaki datang menziarahi. Itupun setelah didesak oleh Sofea kerana dia amat rindukan moyangnya. Sofea tidak sempat bermanja dengan datuknya iaitu ayah kepada Datuk Zaki kerana dia lebih awal dijemput ilahi ketika Sofea masih kanak-kanak lagi.Datuk Zaki hanya memaklumkan berita kematian datuknya itu kepada ibunya dan Sofea dan tidak membenarkan mereka ikut pulang ke tanah air atas alasan jauh dan jenazah perlu segera dikebumikan. Malaysia, kampung Datuk Zaki,DATUK ZAKI dan Datin Maria kelihatan tidak selesa dengan keadaan rumah kampung yang kelihatan uzur dan panas. Kelakuan mereka agak menjengkelkan di mata saudara-mara dan orang-orang kampung. Bagi mereka, Datuk Zaki seolah-olah sudah lupa bahwa
Baca selengkapnya
BAB 24
AMIR melonjak keriangan selepas menerima panggilan dari Malaysia. Bob Imran yang sedang minum hampir tersedak melihatkan gelagat sahabatya itu.“Hoi, kau ni dah kenapa? Pinangan kau pada Puteri Gunung Ledang dah diterima ke?” Bob Imran kehairanan melihat Amir begitu gembira.“Minggu depan kita mula cuti semestakan? Kebetulan Ah Cheng pun cuti juga. Jadi dia orang sekeluarga nak datang dan bercuti kat sini. Wah seronoknya! Rindu betul aku dengan dia orang semua.” Amir tersenyum gembira.Bob Imran mencebikkan bibirnya, “Ala, seronoklah kau. Aku pun memendam rindu juga pada famili aku. Kalau aku ni orang yang ‘ado-ado’, dah lama aku ‘pos’ famili aku ke sini tau.” Bob Imran mencurahkan segala apa yang tersimpul dalam hatinya tika itu.“Ala kau ni, itupun nak merajuk. Macamlah kau tak pernah berhubung dengan famili kau. Asyiklah buat video call memanjang. Tahulah ada awek comel menyelit
Baca selengkapnya
BAB 25
HARI terakhir keluarga Mr.Wong di Sydney dihabiskan di rumah sahaja. Mereka mahu menghabiskan masa dengan Amir sepuas-puasnya seperti sebuah keluarga. Mereka bercerita, berbual-bual tentang kehidupan seharian, memasak sendiri dan makan beramai-ramai.Amir mengirimkan beberapa bingkisan[1] untuk diberikan kepada Syahir dan ibunya. Gambar-gambarnya beserta sepucuk surat dikirimkan sebagai tatapan sang ibu tercinta. Hanya mereka sahaja tempat Amir bergantung harap untuk menjenguk ibunya.Datuk Othman menjemput mereka makan malam di restoran miliknya. Sebelum itu Datuk Othman dan Mr.Wong telah bersetuju untuk bekerjasama dalam perniagaan mini marketnya.Keesokkan harinya, Amir yang ditemani oleh Amira dan Bob Imran menghantar Mr.Wong sekeluarga ke lapangan terbang. Lambaian mereka sekeluarga mendorong Amir kepada kenangan silam yang indah dan dia seperti tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke tanah air.~Kuala Lumpur, Malaysia
Baca selengkapnya
BAB 26
USAI solat Isyak, Sofea mencapai surat Yasin dan membacanya untuk disedekahkan kepada Moyang Man. Panjang doanya dan mengalir air mata kerinduannya pada arwah.Jika diikutkan perancangannya, dia mahu menghabiskan masa dengan menjaga Moyang Man selepas peperiksaan SPM. Tetapi rencananya musnah apabila Datuk Zaki menghantarnya ke Sabah kerana mahu memisahkannya dengan Amir.  Sofea dilarang untuk terus menjejakkan kakinya ke semenanjung walaupun untuk berjumpa dengan moyangnya sehinggakan sudah nazak pun Datuk Zaki masih tidak membenarkan Sofea pulang. Bukan sahaja dipisahkan dengan Amir malah dengan moyang kesayangannya.Kejam dan tidak perperimanusiaan sungguh!Sofea ada menelefon Pak Cik Omar untuk bertanyakan khabar Moyang Man. Moyangnya itu asyik menyebut-yebut nama Sofea. Dia juga merindukan cicitnya.Sofea sahaja tempat dia melepaskan kerinduannya pada arwah anaknya, Datuk Rahman yang terlebih dahulu meninggalkannya. Hany
Baca selengkapnya
BAB 27
DATUK ZAKI mundar-mandir berjalan di dalam pejabatnya. Dia berasa tidak sedap hati dan diasak gelisah yang bukannya kepalang. Entah apa yang membuatkannya gelisah pun dia tidak pasti.Sejak dia mendesak peguamnya Encik Yusuf agar menyegerakan urusan menuntut rumah Moyang Man dan kebun getah Pak Cik Omar, Encik Yusuf seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu darinya. Ada sesuatu yang membuatkan Encik Yusuf seakan teragak-agak dalam menyelesaikan urusannya.Encik Yusuf tiba dengan membawa satu beg berisi dokumen. Wajahnya tenang, kemudian riaknya bertukar serius ketika menghunuskan pandangan mata ke tampang majikannya. Datuk Zaki tertanya-tanya apa agaknya yang yang akan disampaikan oleh Encik Yusuf kepadanya.Setelah kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas kerusi pejabat barulah Datuk Zaki memulakan bicara.“Saya minta maaf Datuk, saya tak dapat teruskan urusan tuntutan harta Moyang Man dan Pak Cik Omar.” Encik Yusuf menuturk
Baca selengkapnya
BAB 28
AMIRA tak lekang dengan smartfonnya. Sesekali bibirnya mengernyih bak kerang busuk. Jari-jemarinya lincah menari atas skrin telefon - membalas mesej. Mengundang perasaan hairan untuk menjalar dalam ruang hati kekasih hatinya, yakni Amir.“Hai cik adik, perbincangan kita belum habis lagi ni. Kut ya pun, tunggulah sekejap. Dah tak lama dah pun.” Bob Imran menegur Amira yang begitu ralit dengan telefonnya.“Yelah ... tu Paul dah nak balik, Jessica pun ada hal lepas ni. Cepatlah.” Amir pula mendesak. Amira tersipu-sipu malu apabila ditegur.“Sorry guys,” katanya ringkas, perbincangan disambung semula. Mereka bakal memasuki tahun akhir pengajian, jadi tumpuan perlu diberikan dan mereka bersungguh-sungguh bertekad ingin berjaya.“Kau berchatting dengan siapa, Mira? Kemain lagi mesranya. Aku pun kau dah tak nampak.” Amir cuba mengorek rahsia.“Adalah.” Sepatah dan senafas jawapa
Baca selengkapnya
BAB 29
DATUK ZAKI teringin masakan asam pedas mamanya. Datin Sarah menyarankan Sofea menemani papanya untuk mendapatkan pes asam pedas dan bahan-bahan lainnya di mini market makanan Asean yang berlokasi di pinggir bandar.  Sofea hanya menurut permintaan neneknya. Pelik pula rasanya apabila papanya tiba-tiba berminat untuk ke market. Bagi Datuk Zaki pula, inilah peluangnya untuk rapat semula dengan anak kesayangannya.Datuk Zaki menyetir kereta mamanya mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Sofea. Gadis itu masih dingin dengannya. Bercakap hanya bila perlu tetapi Datuk Zaki tidak memaksa.Apabila memasuki mini market, Datuk Zaki hanya mengekori anaknya memilih bahan masakan. Sebenarnya dia tidak tahu apa-apa pun tentang masakan dan inilah kali pertama dia memasuki market. Tercengang-cengang dia membaca nama-nama bahan masakan dan jenis-jenisnya. Ada bermacam-macam malah tidak pernah terfikir pun olehnya.Sesekali Sofea terasa ingin ketawa melihat gelagat papa
Baca selengkapnya
Sebelumnya
1234568
DMCA.com Protection Status