Semua Bab SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA): Bab 41 - Bab 50
79 Bab
BAB 40
DI sebuah pusat disko terkenal di Bangkok, Syahir masih dengan misinya iaitu mencari kelibat Salina. Sudah hampir seminggu dia di kota itu, tetapi apa yang dicari masih tidak ditemui.“Kau tak nak menari ke?” Chai menegur Syahir yang hanya melekat punggung di kerusi sambil menopang dagu di bar minuman.“Aku dah bosanlah. Dah berapa malam kita asyik buat rutin yang sama.” Syahir menjawab ringkas.“Habis, kenapa kau masih nak melepak kat sini? Kau nak aku bawa kau ke port baru nak?” Chai cuba memancing.Syahir termangu seketika. Mungkin dia perlu menukar strategi. Dia hanya mempunyai seminggu sahaja lagi sebelum visa lawatannya berakhir tempoh.“Okey, esok saja. Malam ni kita kekal kat sini dulu. Aku nak bagi kau berseronok puas-puas kat sini.” Syahir menepuk bahu Chai.“Yeah! Chaw dulu!” Chai bersorak kecil lalu berlari anak ke tengah dewan. Sambung menari sembari ditemani gadis-gadis Thai yang seksi!Syahir hanya mengorak senyum menyaksikan gelagat Chai. Sedang Syahir menggeleng-gelen
Baca selengkapnya
BAB 41
SEPERTI yang dijanjikan semalam, Chai membawa Syahir ke port baru. Kali ini bukan di pub atau pusat disko biasa-biasa. Mereka memasuki perkampungan tradisi. Walaupun hanya kampung, tetapi tetap ada banyak tempat-tempat hiburan.Chai lebih berminat untuk menyaksikan perlaw-anan tinju Thai dan perlawanan sukan-sukan yang lain. Ada yang secara sah dan tidak kurang juga secara haram. Mereka memasuki pusat-pusat judi haram dan sudah pastinya mereka mengambil kesempatan untuk menjalinkan urusan dadah dengan sindiket di sana.Menjelang malam, mereka tidak pulang ke hotel, tetapi menyewa bilik-bilik tumpangan di sekitar kampung. Bagi mereka, malam adalah permulaan hari.Malam itu, mereka bercadang untuk menyaksi-kan perlawanan tinju Muay Thai. Ada pertaruhan judi secara haram juga. Ini adalah pengalaman pertama bagi Syahir. Selama ini dia hanya berjudi atas meja. Perlawanan yang sengit dan ramai juga penonton dan petaruh-petaruh yang hadir. Disamping itu, disediakan juga pelayan-pelayan mud
Baca selengkapnya
BAB 42
PAGI itu seperti biasa, semua team bersarapan bersama. Amir mengumumkan bahawa cuti bergilir-gilir kepada semua staf akan dilaksanakan kerana promosi mereka masih berbaki dua minggu sahaja lagi.Ada yang terlalu letih dan ada juga yang ingin pulang ke tanah air atas sebab tertentu. Tempat mereka yang pulang ke tanah air perlu digantikan dengan staf lain dari Malaysia.Amira juga keletihan. Dia turut bercadang untuk mengambil cuti dalam sehari dua untuk bersiar-siar di kota Bangkok tetapi Amir pula mengatakan bahwa dia terpaksa bertahan kerana perlu meman-tau operasi promosi setiap masa.Amira memahami tugas Amir. Jika Datuk Othman atau Mr.Wong ada untuk menggantikan-nya, barulah Amir boleh berehat.“Tak sampai hati pula aku nak tinggalkan kau seorang yang memantau operasi. Lagipun, aku nak kau temankan aku jalan-jalan.” Amira merenget. Gayanya tak ubah seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula.Amir menyimpul senyum.“Kalau nak aku temankan, kenalah tunggu promosi habis dulu. Lagip
Baca selengkapnya
BAB 43
DALAM tempoh dua minggu terakhir ini, Sofea dan staf yang dilantik oleh Haris untuk projek terbaharunya ini serius melakukan persediaan untuk syarikat mereka. Me-reka harus menyediakan laporan dan draf cadangan untuk dibentangkan kepada Haris kelak.Amir banyak berbincang dengan Sofea tentang idea-idea dan pendapatnya. Amira juga banyak membantu Sofea berdasarkan pengalamannya membantu Datuk Othman mengendalikan restoran dan mini market di Sydney. Kemesraan mereka juga membuatkan Sofea ghaflah[1] akan kesedihan yang dia alami.Amira turut merasakan ada perubahan pada sikap Sofea. Dia kelihatan lebih ceria bila bersama Amir. Cara mereka berbincang juga seolah-olah mereka telah lama mengenali antara satu sama lain.Sesekali mereka bercanggah pendapat, tetapi ada kemesraan diantara mereka. Amira tidak pernah melihat sinar di mata Sofea apabila dia bersama Haris. Tetapi apabila dengan Amir, bukan sahaja sinar di mata, malah wajahnya turut berseri-seri.Hati Amira mula berbisik, “Aku sanga
Baca selengkapnya
BAB 44
DATUK ZAKI mengerling sekilas wajah anaknya. Sekali lagi dia berlaku kejam terhadap Sofea. Tidak kelihatan lagi air matanya, tetapi wajah itu seperti kekontangan emosi.Datuk Zaki mengakui, dia tidak sepatutnya memperlakukan begitu kepada Sofea. Tetapi entah kenapa dia begitu benci dengan Amir.Baginya, sejak Sofea berkenalan dengan Amir, dia telah ‘kehilangan’ anaknya. Sofea terlalu mem-pertahankan Amir sehingga Sofea tidak lagi mene-rima pendapatnya, tidak mahu menerima arahan-nya dan sejak dipisahkan, Sofea tidak lagi menghor-matinya sebagai seorang ayah.Entah apa yang istimewa sangat anak lorong itu sehingga Sofea sudah tidak lagi membuka hatinya untuk lelaki lain.“Aku benci Amir. Kalaulah Amir tak hadir dalam hidup aku dan Sofea, pasti semua ini tak akan berlaku.” Datuk Zaki berfikir sendiri.~SEJAK pulang dari Thailand, Sofea mengurung dirinya dalam bilik. Haris yang kini berada di Australia ada menghubungi Sofea, namun tidak diendahkan atas alasan tidak sihat.a Are you okay
Baca selengkapnya
BAB 45
SETELAH sekian lama, barulah hari ini Datuk Zaki dapat melihat semula senyuman Sofea. Keriangan Sofea berganda apabila papanya bersetuju untuk tidak lagi menuntut hak rumah dan kebun getah Pak Cik Omar. Malah, geran juga ditukar ke nama pak cik Omar.Datuk Zaki setuju untuk tinggal di kampung selama dua hari bagi memenuhi permintaan Sofea yang ingin melepaskan ribang[1] terhadap saudara-mara.Mereka berambih[2] beramai-ramai ke pusara Moyang Man dan membersihkannya. Kenduri tahlil secara kecil-kecilan turut diadakan.Sudah lama Sofea tidak merasa bahagia begini sehingga dia terlupa pada peristiwa-peristiwa pahit yang pernah menghantuinya termasuklah ketika di Thailand tempoh hari.Esok, mereka akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Malam itu, Datuk Zaki dan En.Yusuf berbeka[3] di anjung rumah. En.Yusuf melihat Sofea sedang leka berbual melalui telefon. Nadanya ceria.“Datuk, maafkan saya. Saya dah anggap Sofea macam anak sendiri. Dia membesar di depan mata saya sejak kecil. Dia bagaik
Baca selengkapnya
BAB 46
SELAMA dua hari ini, Syahir hanya meng-habiskan masa dengan Amir. Dia juga mengendon[1] di rumah Amir supaya mereka benar-benar dapat bercerita, beriadah dan bermain permainan video bersama.Bagi mereka, ini sahaja peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama kerana selepas ini masing-masing akan punya tugas dan tanggung-jawab sendiri. Terutama sekali Amir yang sibuk dengan syarikatnya, juga Amira yang bakal menjadi isterinya.Syahir sedar, suatu hari nanti situasi akan benar-benar berubah dan dia tidak boleh lagi serapat ini dengan Amir.“Aku nampak kau berbual dengan Sofea di kedai kasut semalam. Tapi aku saja biarkan kau orang berdua berborak. Kau rasa, kau masih ada rasa sayang kat Sofea lagi?” Syahir cuba memancing perasaan Amir.Amir termenung seketika.“Sebenarnya, aku sendiri pun memang tak percaya yang kita orang boleh berjumpa semula. Sedaya upaya aku lupakan dia. Kenapa takdir cuba menguji kami? Bohonglah kalau aku kata aku tak sayangkan dia lagi. Tapi, kau sendiri nampak
Baca selengkapnya
BAB 47
SYAHIR mengerling tepat ke arah jam dinding di hadapannya. Sudah hampir pukul 12 malam. Kedai makan yang didudukinya semakin ramai pelanggan muda-mudi yang gemar keluar malam.Orang yang ditunggu sedari tadi masih belum muncul. Syahir menghabiskan hirupan air coke terakhirnya dan bersedia untuk beredar. Baru sahaja hendak mengeluarkan dompet dari kantung sarwal untuk membayar harga makanan, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.“Relakslah brother, cepat sangat kau nak chaw. Sorrylah aku lambat, ada hal sikit tadi,” suara itu menegur.Syahir kembali duduk pabila orang yang ditunggunya telah tiba. Syahir hanya memandang Chai tanpa segarit senyuman di bibir. Geram juga dia kerana terpaksa menunggu lama.Chai menyedari bahawa Syahir agak berang, cepat-cepat dia menghulurkan sepuntung rokok kepada Syahir lalu memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan.“Sorilah geng, aku lambat pun sebab ada info, mesti kau suka punyalah,” Chai tersengih-sengih cuba memancing mod Syahir.Senyuman
Baca selengkapnya
BAB 48
AMIR sedang bersantai bersama keluarga Mr.Wong. Mereka berbual-bual sambil menikmati kudapan ringan di ruang tamu kediaman keluarga cina itu.Ting.Bunyi notifikasi kedengaran tanda mesej memasuki ruang mesej telefon Amir. Paparan menunjukkan bahwa ada mesej dari Syahir. Amir membaca teks mesej tersebut. Dari nombor Syahir tetapi ditulis oleh orang lain barangkali.a Syahir cedera parah. Sekarang dia kat HKL. Ringkas sahaja mesej tersebut tetapi sudah membuatkan keadaan di rumah Mr.Wong agak huru-hara. Seperti dilanda prahara[1] tanpa seba-rang amaran.Cepat-cepat Mr.Wong mengarahkan Ah Cheng mengambil kunci keretanya untuk membawa Amir ke hospital. Mr.Wong juga meminta mereka berdua untuk bergerak dahulu melihatkan keadaan Syahir dan memaklumkan kepadanya. Dia akan menyusul kemudian.Semasa dalam perjalanan, Amir cuba meng-hubungi nombor Syahir tetapi tidak dijawab. Nam-paknya, orang yang menghantar teks sebentar tadi tidak mahu dikenali olehnya.Setibanya di wad kecemasan, dia dima
Baca selengkapnya
BAB 49
AMIR sudah memulakan tugasnya di pejabat. Pelbagai tugas yang tertangguh harus diselesaikan segera. Mujurlah syarikatnya tiada promosi yang berskala besar. Promosi secara kecil-kecilan mampu diuruskan oleh anak-anak buahnya sendiri. Begitu juga tempahan yang meli-batkan majlis-majlis rasmi dan majlis perkahwinan.Amira tiba di Malaysia sehari lebih awal dari-pada perancangannya. Di samping harus meninjau operasi syarikat barunya itu, dia juga perlu membantu apa yang patut. Dia juga sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menemui buah hatinya. Rindunya sudah tidak mampu dipendam lagi.Amir menjemput Amira di lapangan terbang. Setibanya Amira di balai ketibaan, senyumannya sudah tidak dapat dibendung lagi apabila terlihat Amir telah menantinya dengan sekuntum mawar merah di tangan.Dengan penuh mesra, Amira menyambut kuntuman mawar tersebut.“Aik, sejak bila kau pandai beromantik ni? Kejutan betul!” Wajah Amira bersinar dengan senyuman.Amir cuma mengulum senyum melihat gelagat Amira yang s
Baca selengkapnya
Sebelumnya
1
...
345678
DMCA.com Protection Status