Semua Bab Satu Bintang (Bahasa Malaysia): Bab 41 - Bab 50

93 Bab

♚ 041

        Aksi kejar mengejar berlaku di dalam hutan, puak serigala semua turun padang mahu mengejar puntianak menyelinap masuk ke asrama mereka. Luhan dan Chen bertembung sewaktu sedang mengejar puntianak tersebut.Tao yang tidak jauh dari mereka cuba mengelilingi kawasan puntianak itu berdiri, perlahan-lahan mendekati perempuan yang memakai serba hitam itu.Luhan merubah dirinya kepada manusia lalu bertanya kepada puntianak tersebut, "Apa kau buat di sini? Apa kau mahu mencari mangsa baru?" pertanyaan dari Luhan membuatkan perempuan itu berkerut di dahinya."Kau siapa?" tanya perempuan itu kepada Luhan dan puak serigala yang sedang mengelilingi dirinya itu. Luhan pula mengerutkan dahinya, tanda tidak mengerti apa yang sedang berlaku ketika itu. Mengapa puntianak ini kelihatan berbeza daripada biasa yang mereka selalu lihat. Xiumin dan Chen serta Tao merubah diri mereka kepada manusia. Wajah pucat puntianak itu diteliti dan apabila Chen cuba memer
Baca selengkapnya

♚ 042

"Ceritalah..." Ellios memberi isyarat kepada adik-beradiknya yang lain."Kalau Krystal tahu?" Ellvin bertanya, mereka masih lagi berpandangan sesama sendiri."Kau semua harus rahsiakannya daripada Krystal dan semua budak perempuan yang ada dekat sana tu termasuk Ana! Janji?" tanya Ellios sambil membuat wajah serius. Ellvis menggeleng laju."Kau ni gila apa? Nak cerita rahsia tu dekat dia orang kalau dia orang terlepas cakap tak ke naya kita kena?" marah Ellvis, sungguh hatinya terasa apabila dia abang sulung kepada mereka tiga beradik dipinggirkan begitu saja."Tapi selagi kita tak cerita selagi tu mereka akan bertanya." Jawab Ellvin pula."Macam mana dengan kau Elley?" Tanya Ellvis kepada adik lelaki bongsu mereka itu. Elley hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu."Hey apasal kau semua berpandang-pandangan?" tegur Jongmyun agak hairan melihat kelima-lima shadow itu berbual hanya dengan menggunakan pergerakkan badan sahaja.
Baca selengkapnya

♚ 043

"Ana! Berapa kali cikgu nak pesan ni? Jangan banyak bergerak luka belakang kamu belum pulih lagi!" Miss Liya datang menghampiri apabila melihat Ana jatuh di atas tanah itu dia cuba mendekati gadis kecil itu akan tetapi tangannya ditepis kuat. Elley bangun dari duduknya, dia melihat gadis itu sedang menangis tanpa tangisan sayu rasa hatinya.Perlahan-lahan Ana bingkas bangun dan menghampiri Elley. Tidak tahu apa yang bakal dia lakukan akan tetapi langkahnya terus mara ke arah Elley dan setelah dirinya sampai di hadapan lelaki itu satu tamparan kuat mengenai wajah lelaki itu sehingga topeng yang dipakainya tertanggal.Elley segera menutup wajahnya yang ditampar oleh Ana, sedaya upaya dia cuba menyorokkan wajahnya itu."Kau penipu! Kau penipuuuu!" Jerit Ana lalu gadis itu jatuh pengsan semula. Ellvin mengambil topeng milik adiknya lalu dibuang segala sisa tanah yang melekat pada topeng itu lalu diserahkan semula kepada Elley."Aku harap dia boleh lup
Baca selengkapnya

♚ 044

"Apa ni?" Keesokannya, wanita yang telah menjadi legenda dalam sejarah dunia lama itu diberikan penyapu, mop, baldi, kain buruk serta penyodok. Luhan hanya sekadar mengukirkan senyuman manisnya kepada wanita yang sudah bergelar ibu kepada Jongin dan Jongmyun itu. "Jadi tukang cuci!" Luhan dengan selambanya menjawab soalan wanita tersebut dengan senyuman yang masih kekal di bibirnya. Xiumin, Tao dan Chen yang mengikuti Luhan ke store belakang asrama agak terkejut juga melihat tindakan Luhan memberi segala kelengkapan tukang cuci kepada wanita tersebut."Ini ke idea kau?" tanya wanita itu, kelihatannya wanita itu agak kurang puas hati dengan apa yang dicadangkan oleh Luhan itu, buang masa dia tidak tidur semalaman memikirkan apa yang Luhan cadangkan alih-alih itu yang dia dapat? Memang bertuah punya budak kalau wanita itu ada anak perempuan memang takkan dia nak jadikan Luhan sebagai menantu."Aik? Semalam kau cakap sanggup buat saja? Ini lain pula?" L
Baca selengkapnya

♚ 045

Perjalanan ke lembah hitam diteruskan oleh Ana dan ahli kumpulannya yang lain. Ana yang sudah sedia maklum tubuhnya belum sembuh sepenuhnya telah diarahkan oleh Krystal kepada Niel dan Elley untuk memapah gadis itu walaupun mengambil masa yang lama untuk bergerak mereka tetap mengikut arahan Krystal."Kenapa kau tipu aku?" Ana bertanya kepada Elley saat dirinya dipapah oleh kedua-dua orang lelaki itu. Elley terkedu seketika, Niel pula menoleh ke arah Ana yang berada di sebelah kanannya."Aku terpaksa, dan aku yakin kau belum sedia..." jawab Elley dengan jujur walaupun rasa takut sedang menyelebungi dirinya ketika itu."Mana kau tahu aku belum yakin? Hanya kerana peringkat umur aku muda daripada orang lain?" pertanyaan Ana membuatkan Niel dan Elley terpaku sendiri dalam diam. Memang tidak dinafikan oleh mereka bahawa Ana hanyalah seorang remaja yang masih muda dan belum kenal erti sejarah hidup dan juga mungkin tidak dapat terima kisah silam yang berlaku.
Baca selengkapnya

♚ 046

Waktu rehat menjelang tiba, Sara, Yoon He, dan Mei Ling, tiga orang sekawan itu hanya duduk di meja mereka tanpa berganjak sedikit pun untuk ke kantin menjamu sarapan pagi seperti hari-hari sebelum ini."Guys!" Yoon He cuba menarik perhatian kedua-dua kawannya itu lalu umpannya berjaya mereka berdua menoleh serentak ke arah Yoon He. "Aku ada cerita nak." Yoon He mengangkat kening sewaktu menuturkan ayat itu. Sememangnya tiga orang sekawan ini suka bergosip bermacam-macam hal."Apa dia?" Mei Ling dan Sara menghampiri Yoon He dengan malas mereka menarik kerusi yang kosong mendekati meja Yoon He."Ni..." Yoon He membawa keluar satu gambar dari bawah laci mejanya. Sara dan Mei Ling meneliti gambar tersebut dan seterusnya mengundang kerutan dahi dari mereka berdua."Apa benda ni?" Sara bertanya sambil matanya tajam melihat apa yang ada di atas meja Yoon He itu."Ini aku tak pasti benda apa, tapi benda ni seram... Semalam waktu aku balik dari sekolah, kakak aku Yoon Na ajak ke taman rekreas
Baca selengkapnya

♚ 047

Krystal mematikan langkahnya daripada pandangannya Sonia Aftar masih lagi seperti dulu, tiada apa yang berubah mereka tetap aman dan damai berbanding dengan Midland..."Kita dah sampai?" Maria bertanya kepada Krystal kerana dia berada di sebelah wanita itu ketika mereka berjalan tadi... Krystal hanya mendiamkan diri dan terus melangkah."Yup, dah sampai!" jawab Jin Hyuk. Mereka meneruskan perjalanan masuk ke kawasan Sonia Aftar, dan pada pintu gerbang yang tersergam cantik di hadapan mereka ketika itu seolah-olah menyambut kedatangan mereka dengan perkataan 'Welcome to Sonia Aftar.'Keadaan di situ sungguh nyaman, penuh dengan bunga-bunga di sekelilingnya, rumput menghijau amat menenangkan jiwa yang kacau bilau. Ana yang sedang mengendong begnya berjalan masuk ke dalam gerbang itu dan beberapa orang kerdil yang sedang berkebun memandang ke arah Ana."Annyeonghaseyo!"- (Selamat sejahtera) Ana memberi sapaan kepada mereka semua, kebanyakan orang ker
Baca selengkapnya

♚ 048

Yoon He dan Sara berlari sehingga sampai di rumah Yoon He, tiba saja di depan pagar rumah. Yoon He dan Sara jatuh terkulai, memang laju gila mereka lari kalah pelesit. "ha, ha ha." nafas mereka tercugap-cugap kerana terlalu penat."Ini semua salah kau!" marah Sara sambil menunding jari ke arah Yoon He yang berada di hadapannya. Tapi kemarahannya tidak lama kerana dia sudah tidak berdaya hendak berdiri pun rasa macam nak pengsan, larian marathon mereka di sekolah pun tak lari selaju itu rasanya."Mana aku tahu nak jadi macam ni, kalau aku tahu memang aku tak ajak kau ke sana." suara Yoon He juga tidak dapat didengar dengan jelas.Pada waktu yang sama juga, Yoon Na kakak kepada Yoon He keluar mahu membuang sampah, mereka semua baru saja selesai memasak makanan untuk makan malam dan apabila pagar kecil dibuka Yoon Na agak terkejut melihat adiknya dan sepupunya sedang terbaring di atas lantai."Hoi! Kau berdua ni dah tak reti nak masuk rumah? Apasal d
Baca selengkapnya

♚ 049

Ratu Sonia Aftar mengukir senyuman apabila mendengar sendiri Mother Conffesser mahu membantu perkampungannya. Ana dan Ken saling berpadangan setelah mendengar jawapan dari Ratu tersebut.Mereka semua duduk berkumpul di sebuah kebun sayur, Miss Liya dan Maria saling berpadangan sesama sendiri. "Ana kami bukan apa cuma apa yang kau nak buat ni betul ke? Penduduk dekat sini bukannya sikit, banyak." Maria bersuara meluahkan rasa berat hatinya dengan keputusan yang dilakukan oleh Ana.Ana menoleh ke arah Maria, "Aku tahu kau semua tak percayakan aku kan?" Ana menduga tapi hakikatnya dugaan dia itu benar belaka."Tak, bukan itu maksud aku... Kau dah salah faham ni." Maria cuba menafikan apa yang dia maksudkan tadi."Aku akan buktikan pada Ellena dan Krystal yang aku boleh buat benda ni. Aku yakin dengan diri aku sendiri." kata Ana terpancar sinaran keyakinan melalui matanya disaat matanya bertembung dengan mata Miss Liya."Aku akan bantu kau."
Baca selengkapnya

♚ 050

Sulli pulang ke markas mereka iaitu istana lama yang sudah bertahun-tahun tidak berpenghuni. Dalam keadaannya yang senang hati menuju ke ruang bilik tidurnya bersama Gayoon dan Luna dia terserempak dengan seseorang dan pasti orang itu bukanlah manusia biasa kerana orang itu adalah Siwon.Muka Siwon semakin pucat lesi kerana dia menahan dirinya daripada menghisap mana-mana darah, dia sedang mengelamun jauh menghadap ke arah tingkap. Dia tidak sedar pun akan kehadiran Sulli di situ."Kau makin tenat..." kebetulan pula Wai menghampiri Siwon dan menengurnya membuatkan langkah Sulli terhenti seketika memerhati kedua-dua seniornya di tepi tingkap bilik besar itu."Aku tak perlukan darah kau!" Siwon menolak kuat tangan Wai yang sentiasa memaksa dia menghisap darah kerana tidak mahu Siwon mati akibat tidak dapat makan darah segar seperti puntianak-puntianak lain."Aku Cuma mahu bantu kau Siwon! Tuan lebih sayangkan kau dari orang lain! Kau sepatutnya deng
Baca selengkapnya
Sebelumnya
1
...
34567
...
10
DMCA.com Protection Status