Share

BAB 5

HARI ini paper last. Memandangkan hanya paper subjek ekonomi islam sahaja yang tinggal,pelajar - pelajar sudah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Tetapi tidak bagi Rina dan Qaseh. Mereka ingin meluangkan masa bersama dahulu sebelum berpisah.

“Beb! Handphone kau dari tadi berbunyi tu. “ kata Rina sambil menonton rancangan Runningman di TV.

Qaseh yang baru sahaja mandi terus berlari anak ke biliknya. Ni tak lain tak bukan tentu ibunya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.

“Assalamualaikum, ibu. Kakak mandi tadi. Kenapa bu?”

“Waalaikumussalam. Kamu mandi ke berendam? Lama sungguh. Ni kamu bila nak balik? Ayah nak minta cuti ni nak ke sana. Ke kamu nak angkut barang-barang kamu sendiri naik bas?” Soal Puan Idayu panjang lebar.

“Panjangnya ibu cakap… kakak tanya sepatah je.. hehehe.. Alaa.. Ayah lah tolong ambil kakak kat sini eh.. Lagi dua hari macam tu.. Erm.. Lusa lah. Boleh eh bu.. Qaseh nak luangkan masa dengan Rina sekejap sebelum dia balik Kuantan. Nanti entah bila lagi boleh jumpa kan?” Jawab Qaseh juga panjang lebar.

“Amboi! Lagi panjang kamu jawab ya?”

“Like mother, like daughter.. Hahaha..” Jawab Qaseh selamba.

“Haa.. Iyalah. Nanti ibu cakap dengan ayah. Nanti kamu kemas barang kamu siap-siap. Jangan  nanti ibu yang kena tolong kemas pula.” Puan Idayu menitip pesan sebelum memutuskan talian.

“Baik ibu… Assalamualaikum.. Love You!”

“Waalaikumussalam.. Lap you!” Jawab Puan Idayu lalu memutuskan talian. Sengaja dia berkata begitu.

“Ibu!” Qaseh menjerit dihujung talian. Ibu ni.. Nak lap aku pula.

Bip! Bip!

Siapa aja lah  mesej ni. Aku baru nak ke depan, nanti bising pula Rina.

Ammar : Assalamualaikum, Qaseh. Awak kat mana?

Qaseh : Waalaikumussalam. Ada kat rumah. Kenapa ya?

Kenapa pula dia cari aku eh? Tak pernah tanya pun.

“Kenapa Qaseh? Tergaru-garu kepala. Macam beruk dah aku tengok.” Kata Rina sambil tertawa.

“Ni hah.. Ammar tanya aku kat mana.Sebelum ni tak pernah tanya pun. Nak apa dia ni?”

“Dia ambil berat lah tu. Ambil berat pun salah ke?” Dia tersenyum sinis melihat muka polos Qaseh.

“Kau ni. Kau pergi tengok kat tingkap tu. Dari tadi aku nampak dia terjengah-jengah tengok sini dari blok dia tu” Sambung Rina lagi.

Bip! Bip!

Ammar : Boleh keluar sekejap tak? Saya nak jumpa awak. Sekejap saja.

Qaseh : Okay.

“Wei! Ammar nak jumpa aku!” Kata Qaseh. Dia berjalan mundar mandir di hadapan Rina.

Pap!

“Sakit lah!” Rina memberi pukulan kecil di betis Qaseh. Rimas pula dia melihat Qaseh yang dari tadi mundar mandir dihadapannya.

“Pergi lah pakai tudung. Jumpa dia kat bawah. Tunggu apa lagi? Aku dulu dengan Lukman….”

“Okay..Okay.. Stop! Jangan ulang kisah kau dengan Lukman. Ni dah kali ke berapa entah kau ulang. Aku dah hafal dah kisah kau orang tu.” Qaseh berlalu pergi ke biliknya. Di bawanya tudung express ke kepala.

“Eleh… Cemburu lah tu!” Sengaja dia menjerit supaya Qaseh dengar. Dia hanya menggelengkan kepala.

Macam-macam hal lah Qaseh ni. Ni kalau aku tak paksa dia turun, jenuh lah mamat tu tunggu. Mati kejung agaknya.. Hahahaha

“Aku turun sekejap tau..” Laju kakinya melangkah sambil menyarung selipar di luar rumah.

“Kalau dia berani buat apa-apa, kau jerit saja tau..” Pesan Rina.

“Kalau aku jerit, kau nak datang ke?”

“ Eh kau ni! Mesti lah aku datang. Nanti aku bawa sekali kawan-kawan aku yang lain.” Balas Rina serious.

Berkerut kening Qaseh. “Siapa kawan kau tu?” Pelik pula dia. Selalunya Rina kemana-mana hanya dengan dia sahaja. 

“Batman, Superman, Wonder woman, Spiderman.. Hahaha..” Balas Rina . Saja dia menyakat untuk menghilangkan rasa gemuruh si Qaseh.

“Panggil The Flash aje senang. Laju sikit. Tak pun Sonix. Bye! Assalamualaikum.” Qaseh menjulingkan mata dan terus pergi.

“Hahaha.. Pandai kau menambah ya Qaseh.. Terhibur juga aku..” Sekali lagi dia menggelengkan kepalanya sambil tertawa.

Qaseh sembunyi di balik tangga. Dia sudah melihat Ammar duduk ditangga sambil memegang kemas sebuah bungkusan.

Dia nak bagi hadiah kat aku kut.. Yelah, lepas ni dah tak jumpa. Dia ada lagi satu semester di sini. Fuh! Nervous pula. Dah lah aku ada darah gemuruh. Takut menggigil pula nanti.

“Bismillah…” Qaseh cuba menenangkan hatinya sendiri.

Dia mengatur langkah perlahan-lahan. Takut pula tersalah langkah nanti, ada juga dia tersembam di sini. Di hadapan Ammar pula tu. Ammar sudah nampak sosok tubuh Qaseh, perlahan-lahan senyuman ikhlas terukir mesra di bibir nya. Seperti sedang melihat bidadari datang ke arahnya. ‘Oh My God!’

***

ASSALAMUALAIKUM.” Sapa Qaseh dengan senyuman mesra. Mereka dipisahkan dengan pagar dawai diantara blok mereka.

“Wa..Waalaikumussalam.” Jawab Ammar tersekat-sekat. Di pandangnya Qaseh tidak berkerdip matanya.

Jeda. 

Kenapa dia tengok aku macam tu? Dia suruh aku turun sebab nak tengok aku saja ke?

“Ehem!” Qaseh berdehem. Tersentak Ammar. Dia baru tersedar dari lamunan.

“Dah sampai mana?” soal Qaseh.

“Sampai mana apa?” Ammar pulangkan semula soalan kepada Qaseh.

“Ammar berangan dah sampai mana? Turki?” Dia tersenyum sendiri melihat muka Ammar yang sudah merona merah. Handsome!

Ammar tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Malunya.. Terkantoi pula tengok anak dara orang lama-lama.

“Ada apa nak jumpa ni?”Qaseh kembali menyoal.

“Oh ya. Nah! Saya ada hadiah untuk Qaseh. Yelah.. Qaseh kan dah habis belajar kat sini. Jangan lupa kat Ammar tau! Tunggu Ammar tau!” Ammar menghulurkan kotak bersaiz sederhana yang di sampul kemas.

Ragu-ragu Qaseh mahu menyambutnya. Tak apa ke ni aku ambil? Tapi.. Hadiahkan? Boleh kut.

“Terima kasih.. Insyaa Allah..” Qaseh menyambut sopan hadiah tersebut. 

Jeda.

“Lepas ni,nak sambung belajar di mana?” Ammar membuka bicara. Mematikan kesunyian antara mereka.

“Lepas ni, praktikal. Lepas tu, cari kerja kut. Tolong doakan Qaseh ya?”

“Insya Allah.. Tolong doakan Ammar juga untuk semester terakhir ya?”

“Insya Allah..” jawab Qaseh pula. Masing-masing menitip pesan sebelum berpisah.

Jeda.

“Ammar. Macam dah lama saja kita kat luar ni. Tak elok pula kalau jiran-jiran nampak. Saya masuk dulu ya?” Qaseh meminta diri.

Tak adalah lama sangat. Kaki aku dah sakit sebenarnya berdiri tegak macam tiang bendera. Dah lah cuaca panas terik. Nanti muka aku berbelang macam mana? Maaf lah ya Ammar.

“Err.. Okay.. Take Care!” Ammar tersenyum memandang Qaseh yang turut tersenyum.

Qaseh berjalan laju menuju ke tangga blok kediamannya. Ada juga mata-mata yang memandang sewaktu dia pulang tadi.

“Assalamualaikum!” Qaseh membuka pintu rumahnya.

“Waalaikumussalam.. Wah! Dapat hadiah…Patutlah senyum sampai ke telinga.” Rina mendapatkan Qaseh yang sedang membuka bungkusan hadiah. 

Selalu dalam novel, heroin buka hadiah seorang dalam bilik, malu-malu kucing. Tak ada maknanya seorang Qaseh Maisarah nak buat macam itu. Lagi-lagi ada kawan mereng macam Rina ni.

“Kau ni lambat lah.. Meh, aku tolong buka.” Rina mengambil bungkusan tersebut daripada tangan Qaseh.

See? Rina sorang aje berani rampas barang aku sendiri. Suka hati dia saja. Dia pula yang over excited. Nasib baik aku sayang kau Rina.

“Wah…Tudung……. Telekung Siti Khadijah….. Macam hantaran dah ni.” Rina membawa tudung ke atas kepalanya.

“Eh… Jangan ngada-ngada nak pakai eh.. Aku belum rasmikan dulu,kau dah sibuk nak pakai. Tak ada..Tak ada.. Ammar bagi aku.. Kau nak? Pergi minta Luqman.” Qaseh merampas tudung yang baru sahaja jadi miliknya itu.

“Ala…” Rina mencebik.

“Aku ikat juga mulut kau tu nanti.. Hahaha.. Dah lah! Cepat lah bersiap.. Kata nak keluar.. Yeah! Yeah! Dapat tudung baru!” Qaseh bersorak gembira . Laju saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.

Rina menjulingkan mata ke atas. Ada ubi ada batas! Tunggu nanti aku balas! How dare you bersorak depan aku?! Tak apa.. Tak apa.. Nanti Luqman bagi aku lagi banyak.. Piiraaa!

“Rina! Berangan apa lagi tu?!” Jerit Qaseh dari biliknya.

“Iya! Iya! Aku nak bersiap lah ni!” Rina berjalan menuju ke biliknya sambil menghentak-hentakkan kakinya.

“Hah! Hentak-hentak! Bobos nanti. Tahu lah hari-hari terakhir kita kat sini.”

“Ish! Tak bobos lah… Aku ringan!” jawab Rina pula.

Qaseh : Ammar, terima kasih. Cantik tudung dan telekung ni. Pandai Ammar pilih.

Sent!

Eh? Macam gedik saja. Gedik ke? Tak kut.. aku nak ucap terima kasih saja. Nanti cakap aku tak reti berterima kasih pula.

Bip! Bip!

Ammar : Sama-sama Qaseh. Terima kasih sudi terima hadiah dari saya yang tak seberapa ni.

Qaseh : Siap bagi gambar pasport lagi. Hehe..

Tadi sewaktu Rina mencuba tudung  itu, sekeping gambar pasport telah jatyh ke lantai. Mujur saja Qaseh ternampak. Kalau tidak…. Tentu Rina tahu tentang gambar ini. Fuh! Lega..

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status