Share

BAB 19

“Kakak! Ya Allah… Kenapa tak siap lagi salin baju? Cepat lah. Sekejap lagi rombongan lelaki sampai tau.” Kata Puan Idayu sebaik saja memasuki bilik Qaseh.

“Ibu… Tak nak kahwin lah. Takut!”

“Kamu jangan nak macam-macam. Nina, dah siap ke solekan Qaseh?” Kata Puan Idayu lagi. Pandangannya beralih pula kepada Nina. Nina ialah juru solek paling hebat di kediaman mereka setakat ini.

“Dah nak siap sebenarnya Makcik. Tapi, Qaseh ni hah. Bergerak-gerak. Susah jadinya.” Saja Nina mengadu biar Qaseh dimarahi, senang sikit kerjanya.

“Kalau gambar kamu tak cantik nanti, jangan nak salahkan Nina pula ya? Dah cepat sikit. Nanti dah siap, Nina tolong teman dia duduk kat depan ya? Takut lari pula budak ni.” Kata  Puan Idayu sambil menjeling tajam ke arah anaknya.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status