All Chapters of Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia): Chapter 1 - Chapter 10
19 Chapters
BAB 1
"QASEH MAISARAH!" Fayyadh Rizqi menjerit sekuat hati memanggilnya. Tanpa menoleh,dia berjalan laju menuju ke tangga blok kediamannya. Panas betul hati aku ni! Dia ingat anak dia tu elok sangat agaknya. Kalau tak kerana harta dia tu,dia ingat ada ke perempuan macam aku yang betul-betul ikhlas nak kat Fayyadh tu? Hey! Nasib kau lah Fayyadh dapat emak yang macam tu! "Kau okay tak ni Qaseh? Dari tadi aku dengar kau membebel sorang-sorang" Rina masuk ke bilik Qaseh sambil mengikat rambutnya yang kusut masai itu. "Kau tahu tak... Mak dia hina aku,dia katanya aku ni tak layak untuk anak dia,tak nak yang biasa-biasa macam aku ni.  Nak ya
Read more
BAB 2
“Qaseh. Nanti awak tolong kumpulkan report yang perlu dihantar pada hari ini ya. Letak atas meja saya. Saya nak habiskan kelas awal pada hari ini. Ada hal penting yang saya perlu uruskan.” Kata Puan Lin  sebaik saja dia melangkah masuk ke kelas. Kenapa aku? Ya Allah.. Malasnya.. Sudah lah aku lapar, nak menapak ke pejabat pula nun jauh di sana.. Tapi apa kan daya… “Baik Puan.” Qaseh terpaksa akur. Kelas Puan Lin agak membosan kan. 1jam terasa bagaikan satu hari. “Okay. Kelas dismiss.
Read more
BAB 3
“OKAY, KELAS DISMISS.” Sir Maneq mengakhiri sesi kuliah pada petang ini tepat jam 5.30 petang. Masing-masing sudah tayang muka lapar dan mengantuk. Maklum lah, kelas petang memang begini. Qaseh dan Rina mengatur langkah keluar dari dewan kuliah bersama-sama. Selang beberapa minit, Rina menyiku-nyiku lengan Qaseh. “Apa kau ni? Cakap aje lah.” Qaseh membetulkan selendang yang terletak di atas kepalanya. Hari ini dia mengenakan baju kurung Kedah berwarna maroon dan dipadankan dengan selendang berwarna merah jambu. Kelihatan ayu sahaja dia hari ini. “Tuuu..” Rina memuncungkan bibirnya yang nipis itu. Qa
Read more
BAB 4
JAM menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Ada lagi 30 minit sebelum memasuki dewan peperiksaan. ‘Ya Allah! Takutnya. Mudah-mudahan semua yang aku baca dan hafal tu yang keluar dalam final paper sekejap lagi.’ Mulut Qaseh tidak henti-henti berselawat. Saat-saat akhir begini kalau baca pun bukan ingat. “Assalamualaikum.. Tepat jam 9.00 pagi peperiksaan mustalah hadis kod (111) akan dimulakan. Pastikan anda membawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Peperiksaan akan dijalankan selama 1 jam 30 minit. Baiklah, jam menunjukkan jam 8.55 pagi. Pelajar dibenarkan masuk ke dalam dewan. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan.” Kata emcee menggunakan alat pembesar suara. Berpusu-pusu pelajar masuk melalui pintu- pintu dewan yang dibuka. Tidak ketinggalan juga dengan Q
Read more
BAB 5
HARI ini paper last. Memandangkan hanya paper subjek ekonomi islam sahaja yang tinggal,pelajar - pelajar sudah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Tetapi tidak bagi Rina dan Qaseh. Mereka ingin meluangkan masa bersama dahulu sebelum berpisah. “Beb! Handphone kau dari tadi berbunyi tu. “ kata Rina sambil menonton rancangan Runningman di TV. Qaseh yang baru sahaja mandi terus berlari anak ke biliknya. Ni tak lain tak bukan tentu ibunya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. “Assalamualaikum, ibu. Kakak mandi tadi. Kenapa bu?” “Waalaikumussalam. Kamu mandi ke berendam? Lama sungguh. Ni kamu bila nak balik? Ayah nak minta cuti ni nak ke sana. Ke kamu nak angkut b
Read more
BAB 6
30 April 2017 “Bismillah.. Ya Allah.. Tolong lah bagi aku kerja ni.. Taska pun taska lah. Janji aku dapat kerja yang halal.. Aamiin…” Qaseh melangkahkan kaki masuk ke halaman Taska Taman Universiti. Bukannya dia tidak mahu kerja dalam bidang agama, tetapi rezekinya tiada di situ. Bermacam-macam kerja dalam bidang agama telah dimohon, namun, satu pun tiada balasan. Akhirnya , dia pasrah dan mencuba kerja diluar bidang pengajiannya. “Assalamualaikum..” Qaseh memberi salam sambil mengetuk pintu yang sedikit terbuka. Bunyi bising suara kanak-kanak sebentar tadi tiba-tiba menjadi senyap senyi. “Waalaikumussalam.. Ya? Cari siapa?” Seorang gadis berumur dalam ling
Read more
BAB7
30 Mei 2017 Genap sebulan Qaseh bekerja di Taska Taman Universiti. Walaupun kadang kala stress dengan perangai kanak-kanak ini, di gagahkan juga diri demi mencari rezeki yang halal. Staf disini juga baik-baik belaka. Kebajikan pekerja juga dijaga oleh pengurus sebaik En. Fidaiy. Semuanya okay, kecuali hati Qaseh. Dia tidak mendengar khabar berita daripada lelaki bernama Ammar Mukhriz. Qaseh : Assalamualaikum.. Ammar, apa khabar? Sihat? ‘Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Eh, selalu aku kira sampai lima saat saja, mesej dah berbalas. Ni tak ada pun. Hemm..’ Bip! Bip! ‘Akhirnya… dia balas pun.’  Apl
Read more
BAB 8
Qaseh mengemas beg pakaiannya untuk pulang ke kampung. ‘Boleh ke aku cuti ni? Nanti tak cukup cikgu pula kat sini. Tapi, dua hari saja kut.’ Qaseh membawa beg galas ke bahu. Dia sudah siap untuk pulang ke kampung. “Eh.. Qaseh nak pergi mana?” Efa menegur saat dia baru saja hendak melangkah keluar dari taska. “Efa, lupa nak beritahu. Saya ambil MC dua hari ya. Tapi tak apa ke eh?.” Qaseh menghulurkan tangan untuk bersalam. “ Itu lah. Siapa yang ganti Qaseh nanti ya? En. Fidaiy ada beritahu tak?” Soal Efa kembali. “Ala, sebelum ni boleh saja. Kalau dia tak ada pun, tak rasa apa.” Sindir Siti. 
Read more
BAB 9
MALAM itu…. Efa melompat naik ke katil Qaseh. Tangan naik mengurut dada. ‘Kus semangat! Terkejut aku. Nasib baik tak tercampak telefon ni.’ “Hehehe.. Terkejut eh? Sorry..” kata Efa sambil buat iklan colgate. Fara turut menghampiri mereka. Manakala Siti lebih suka buat hal sendiri. “Kita orang nak tanya sikit, boleh?” Kata Fara membuka bicara. Qaseh meletakkan telefon bimbitnya di sisi apabila melihat wajah Efa dan Fara bertukar serious
Read more
BAB 10
SETIAP hujung minggu, biasanya mereka akan keluar bergilir-gilir mencari barang dapur untuk taska. Duit belanja awal-awal sudah di beri oleh En. Fidaiy. Kadang-kadang, En.Fidaiy yang akan mencari barang dapur untuk taska itu sendiri. Minggu ini adalah giliran Efa dan Qaseh. “Qaseh, petang ni jadikan pergi beli barang dapur? Aku nak Confirm dengan pakwe aku ni.” Kata Efa. Hilang sudah saya awak bila Qaseh sudah hampir setahun kerja di sini. Rasa janggal katanya. ‘ Alahai.. Selalu naik grab okay aja. Bukan apa, tak selesa ada orang lain. Terbatas pula pergerakkan.’ 
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status