MasukFayyadh Rizqi - Nur Qaseh Maisarah!! Nur Qaseh Maisarah - Selamat tinggal Fayyadh! Nur Qaseh Maisarah, nama seindah orangnya. Tetapi, nasib selalu tidak menyebelahinya. Dia selalu bernasib malang dalam bab percintaan. Ammar Mukhriz - Qaseh, awak terlalu baik untuk saya. Setiap lelaki yang datang dalam hidupnya bagaikan hanya sebuah persinggahan. Dia tidak jauh berbeza dengan hentian rehat di R&R. Hafiz Amsyar - Saya akan jadi orang pertama yang akan datang meminang awak. Setiap yang datang akan memberi harapan dan janji-janji yang belum pasti. Dia juga bodoh kerana terlalu cepat percaya. Padahal sudah banyak kali terkena. Fidaiy - Qaseh, are you okay? Iman - Will you marry me? Kehadiran Fidaiy mencuit lagi hatinya. Sikap mengambil berat yang dipamerkan oleh lelaki itu membuatkan dia sentiasa rasa selamat. Pada masa yang sama, teman lamanya kembali menghubungi dia dan menyatakan hasratnya yang sudah lama berputik. Siapakah yang akan memiliki hatinya? Pada siapakah yang harus dia percaya? Adakah dia bakal menjadi tempat persinggahan untuk ke sekian kalinya? Segalanya bakal terungkai di dalam “Akhiri Kisah Cinta Ku”.
Lihat lebih banyak“Kakak! Ya Allah… Kenapa tak siap lagi salin baju? Cepat lah. Sekejap lagi rombongan lelaki sampai tau.” Kata Puan Idayu sebaik saja memasuki bilik Qaseh. “Ibu… Tak nak kahwin lah. Takut!” “Kamu jangan nak macam-macam. Nina, dah siap ke solekan Qaseh?” Kata Puan Idayu lagi. Pandangannya beralih pula kepada Nina. Nina ialah juru solek paling hebat di kediaman mereka setakat ini. “Dah nak siap sebenarnya Makcik. Tapi, Qaseh ni hah. Bergerak-gerak. Susah jadinya.” Saja Nina mengadu biar Qaseh dimarahi, senang sikit kerjanya. “Kalau gambar kamu tak cantik nanti, jangan nak salahkan Nina pula ya? Dah cepat sikit. Nanti dah siap, Nina tolong teman dia duduk kat depan ya? Takut lari pula budak ni.” Kata Puan Idayu sambil menjeling tajam ke arah anaknya.
Hari ini, sungguh mendebarkan buat Qaseh Maisarah. Iman bertegas untuk memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa dia bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Qaseh tidak bersetuju kerana takut mereka tidak selesa untuk bekerja bersama-sama bakal isteri kepada majikan mereka sendiri.“Assalamualaikum. Saya minta maaf kerana memanggil anda semua di awal waktu bekerja. Ada sesuatu yang saya ingin umumkan kepada anda semua.”Dup. Dap. Dup. Dap. Jantung Iman juga kini berdegup kencang. Bagaimana riak wajah pekerja-pekerjanya nanti apabila mendapat tahu status nya kini yang sudah pun bergelar tunangan orang?Masing-masing memandang sesama sendiri. Tidak sabar menantikan berita tergempar yang bakal diumumkan oleh majikan mereka.‘Ya Allah… Kau lembutkan
Bip!!Iman : Assalamualaikum, Mai. Busy tak?Pagi-pagi lagi Qaseh sudah menerima mesej dari teman tapi mesranya, Iman.Qaseh : Waalaikumussalam. Tak, kenapa ya?Iman : Saya ada hajat ni. Saya harap awak bersetuju lah.Terus terduduk Qaseh selepas membaca mesej tersebut. ‘Hajat apa pula lah mamat ni? Pagi-pagi lagi dah ada hajat. Aku ni dari tadi nak buat apa pun malas.’Qaseh : Hajat apa? Macam serious aje bunyi nya.Iman : Kalau boleh, saya nak serius dalam perhubungan kita. Boleh saya datang ke rumah ibu bapa awak?‘Eh??!! Sekejap! Nak serius dalam perhubungan? Maksudnya? Dia suka aku? Dia suka aku ke? Dia nak kahwin dengan aku? Tak kan lah!&rsquo
Tok! Tok!“Masuk!” jawab Fidaiy dari dalam pejabatnya.“Maaf ganggu, Encik Fidaiy.”“Ada apa Mai?” soal Fidaiy.Eh ni macam suara…“Qaseh Maisarah? Again. Awak berangan lagi? Depan saya pun boleh berangan ke?” soal Fidaiy sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.“Eh, tak.. Tak.. Saya nak minta cuti tahun Encik. Boleh tak?”“Dah lah berangan, nak minta cuti tahun saya pula. Pakai lah cuti tahun sendir






Welcome to GoodNovel world of fiction. If you like this novel, or you are an idealist hoping to explore a perfect world, and also want to become an original novel author online to increase income, you can join our family to read or create various types of books, such as romance novel, epic reading, werewolf novel, fantasy novel, history novel and so on. If you are a reader, high quality novels can be selected here. If you are an author, you can obtain more inspiration from others to create more brilliant works, what's more, your works on our platform will catch more attention and win more admiration from readers.
Ulasan-ulasan