Share

BAB 4

JAM menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Ada lagi 30 minit sebelum memasuki dewan peperiksaan. ‘Ya Allah! Takutnya. Mudah-mudahan semua yang aku baca dan hafal tu yang keluar dalam final paper sekejap lagi.’ Mulut Qaseh tidak henti-henti berselawat. Saat-saat akhir begini kalau baca pun bukan ingat.

“Assalamualaikum.. Tepat jam 9.00 pagi peperiksaan mustalah hadis kod (111) akan dimulakan. Pastikan anda membawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Peperiksaan akan dijalankan selama 1 jam 30 minit. Baiklah, jam menunjukkan jam 8.55 pagi. Pelajar dibenarkan masuk ke dalam dewan. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan.” Kata emcee menggunakan alat pembesar suara.

Berpusu-pusu pelajar masuk melalui pintu- pintu dewan yang dibuka. Tidak ketinggalan juga dengan Qaseh dan Rina. Bunyi kerusi ditarik bergema di dalam dewan tersebut. Kertas peperiksaan akhir telah di sediakan diatas meja setiap pelajar. 5 minit kemudian, suasana di dalam dewan sepi buat seketika. Menunggu emcee berbicara.

“Peperiksaan akan dimulakan sekarang dan akan tamat pada jam 10.30 pagi. Terima kasih.” Bunyi selakan helaian kertas pula bergema.

‘Bismillah…’ Itu lah kata-kata pertama setiap pelajar. Masing-masing tekun menjawab soalan. Begitu juga dengan Qaseh. Soalan dibaca berulang kali bagi mengelakkan tersilap menulis jawapan mengikut kehendak soalan.

1 jam 30 minit berlalu..

“Assalamualaikum.. Harap maklum,peperiksaan telah tamat. Para pelajar diminta menghabiskan ayat terakhir jawapan anda. Kertas peperiksaan akan mula dikutip sekarang.” Pengawas peperiksaan mula bergerak ke  setiap baris  untuk menjalankan tugas masing-masing.

“Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..” Qaseh akan mengucapkan kata syukur setiap kali selepas tamat menjawab soalan peperiksaan seperti biasa. 

Selesai saja tugasan para pengawas peperiksaan, emcee membenarkan semua pelajar bergerak keluar dewan melalui pintu-pintu yang ada. 

“Qaseh! Macam mana tadi? Dapat jawab tak? Semua yang kita ulangkaji sama-sama tu masuk dalam soalan tadi kan?” Rina sangat teruja kerana berjaya menjawab soalan-soalan tadi.

“Alhamdulillah… Orang kata kalau kita ambil course berkaitan agama ni, akan dipermudahkan.” Kata Qaseh sambil menyangkut begnya di bahu.

“Itu lah.. Alhamdulillah.. Jom pergi sarapan. Tadi kita minum air saja kan kat rumah.” Kalau peperiksaan pada waktu pagi, selalunya mereka hanya akan minum segelas air dan juga  sebiji kurma.

“Jom!”Mereka berjalan beriringan menuju ke gerai tepi jalan berdekatan dengan kolej mereka.

“Mak Jah! Nak order….” Kata Rina sambil mengkerdip-kerdipkan matanya. 

Mak Jah sudah biasa dengan mereka. Sejak dari semester pertama,memang di situ lah tempat kegemaran mereka. Mak Jah bukan sahaja menjual sarapan pagi, malah, cendol,abc,makanan berlauk pun ada. Pekerjanya terdiri daripada kalangan ahli keluarga Mak Jah sendiri.

“Haa.. Dah datang pun anak dara ni.. Nak makan apa harini?” Mak Jah datang mengambil tempat di antara Qaseh dan Rina.

“Rina nak…. Mee goreng satu..”

“Air?”Tanya Mak Jah lagi.

“Air… I love U.. Hahahaha.. “ Rina melawak.. Saja mengenakan Mak Jah. Mak Jah sudah macam mak angkat mereka pula.

“Kau ingat hilang haus dengan I love U saja Rina?” Mak Jah menjeling anak dara itu.

“Hahahaha.. Ala.. Rilex lah Mak Jah.. Orang gurau saja pun.. Air teh O lah.” Rina masih tertawa. Terhibur rasanya melihat muka Mak Jah.

“Bagi dia minum air wudhu saja Mak Jah.. Biar sesuci lebaran sikit kepala otak dia ni.” Kata Qaseh sambil menggelengkan kepala.

“Haa.. Kan.. Mak Jah setuju. Hahaha.. Kau nak minum apa Qaseh? Kasih sayang? Hahaha..” Mak Jah pula melawak. Lagi seronok si Rina mentertawakan kawannya. Tadi bukan main dia back up Mak Jah. Dia pun terkena akhirnya.

“Mak Jah ni… Sama saja macam Rina tau.. Saya nak mee goreng mamak. Dengan air teh O juga.”Mak Jah mengangguk faham.

“Mamak mana ada. Mee goreng Mak Jah lah ya? Hahaha..” Mak Jah semakin seronok menyakat Qaseh.

“Haaaa.. Mak Jah….” 

“Yelah.. Yelah.. Mak Jah tahu lah. Sudah lah. Mak Jah nak pergi hantar order ni. Bercakap dengan kau orang ni nanti sampai ke sudah tak habis-habis.” Mak Jah mengangkat punggung dan berlalu.

Waktu-waktu begini, pelanggan sudah mula membanjiri gerai Mak Jah. Tidak hairan lah. Makanan disini semuanya sedap-sedap belaka. Sikap pekerja yang ramah mesra juga menarik pelanggan untuk datang ke gerai ini tanpa jemu.

“Beb.. Kau dah dapat tempat ke nak praktikal nanti?” Rina membuka bicara.

“Dah.. Dekat saja. Dalam bandar ni juga. Alhamdulillah.. Kau?” soal Qaseh pula sambil menyuap mee goreng.

“Ermm.. Aku pun dah dapat. Dekat dengan rumah aku. Dekat Kuantan. Tapi kan..” Rina mengetuk-ngetuk dagunya dengan jari telunjuk.

“Tapi kenapa? Ada masalah ke?”

“Nanti kita dah tak dapat jumpa lah kan? Kuantan dengan JB bukan dekat. Ala…” Rina sudah membuat muka sedihnya.Mereka sama-sama terdiam memikirkan masa hadapan sambil menghabiskan makanan.

***

QASEH!” Qaseh memandang kiri dan kanan. ‘Macam ada orang panggil aku tadi. Jangan lah yang bukan -bukan.. Dah lah aku sorang-sorang ni.’ 

Qaseh baru sahaja pulang dari gerai Mak Jah. Rina pula keluar ke bandar sebentar dengan Luqman. Memang tidak lah Qaseh mahu mengikutinya.

“Assalamualaikum.. Qaseh.” Sapa seseorang dari belakang. Lantas Qaseh menoleh.

“Waa.. Waalaikumussalam.. Eh? Ammar..” Terkejut Qaseh dibuatnya. Ammar pula hanya tersengeh.

“Dari mana nak ke mana?”Soal Ammar.

Dah nampak aku bawa makanan,mahu tanya lagi.. 

“Dari gerai Mak Jah. Ada apa-apa ke? Kalau tak ada apa-apa saya nak balik. Tak elok pula berdua kat taman ni. Kalau petang sikit,ada ramai budak-budak tu okay lah juga.” Kata Qaseh dengan menundukkan sedikit pandangannya. Tak elok pula bertentang mata dengan bukan muhrim ni lama-lama. Sudah lah handsome. Boleh cair woo..

“Oh,ya.. Maaf. Saya nak cakap sikit. Tapi sambil kita berjalan balik ke rumah, boleh?” Ammar meminta izin sebelum mereka sama-sama mengatur langkah untuk pulang ke apartment kediaman mereka.

*****

“Jauh termenung beb? Fikir masa depan ke?” Sapa Rina sambil membawa pinggan berisi karipap sardin.

“Tidak lah.. Tengah fikir tentang kata-kata Ammar.” Jawab Qaseh. Dia meletakkan buku di sisinya.

“Ammar? Kenapa? Dia kata apa? Adakah kata-kata cinta? Oh my God! Dia kata apa wahai Qasseh Maisarah? Cepat lah cerita kat aku..” Cepat-cepat Rina mengambil tempat di sebelah Qaseh.

Dia pula yang over excited eh? Rina.. Apa aje yang dia tak over? 

“Dia tak nak kawan dengan aku.” Qaseh menundukkan kepala,lalu disembunyikan wajah disebalik  kedua-dua belah tangannya.

“What???! Kau biar betul?! Kau silap dengar kut. Telinga kau tu bukan betul. Kadang-kadang pernah aja sound trouble kan?” Kata Rina. Dia benar-benar tidak percaya. 

Sempat saja dia ni nak mengutuk aku kan.. Nasib baik kawan till jannah.

“Dia kata….”

“Dia kata apa lagi?...”

“Dia cakap..”

“Dia cakap apa pula?..” Laju saja Rina memotong percakapan Qaseh.

Nak teruskan drama ke tidak eh? Kesian pula Rina ni.. Hahaha..

“Dia kata, dia tak nak kawan dengan aku. Tapi nak kahwin dengan aku!”

“Aaarrgghhh!!!! “ Lantas Rina menghadiahkan pukulan kecil di bahu sahabatnya itu.

“Auch! Sakit lah….”

“Kau ni.. Drama lah… Aku mati-mati ingatkan betul lah dia dah tak sudi nak berkawan dengan kau tau!”

“Hahaha.. Padan muka kau..” Rina menghadiahkan pula jelingan maut kepada Qaseh.

“Tak kisah lah.. Aku nak tahu cerita A-Z. Cepat!”Kata Rina memaksa.

“Ceritanya begini……”

***

“Qaseh. Sebenarnya.. Ammar..” Ammar membuka bicara.

“Apa?”

“Sebenarnya.. Ammar nak berkawan dengan Qaseh.”

“Sekarang ni kita bukan kawan ke?” soal Qaseh. Dia memang tidak memahami kata-kata kiasan ni.

“Erm.. Maksud Ammar.. Nak lebih serious.” Terhenti langkah Qaseh. Dipandangnya orang disebelah.

Kenapa tangan dia menggigil? Dan kenapa kaki aku tak boleh melangkah ni? Jangan pengsan Qaseh!

“Qaseh? Tak apa kalau Qaseh tak sudi. Lagi pun, Ammar tak nak couple. Nak tunggu lepas belajar, dapat kerja yang kukuh. Baru lah kita halalkan hubungan ni. Sekarang ni, Ammar jusr nak luahkan perasaan saja. Cukup lah Qaseh tahu yang Ammar sudah lama memendam perasaan terhadap Qaseh. Buat masa sekarang ni, kita berkawan dulu. Boleh?”

Ammar menekup kedua-dua tangannya yang semakin jelas terketar-ketar.

“ Okay.. Insya Allah.. Kalau ada jodoh tak kemana..” Qaseh menghadiahkan satu senyuman manis kepada Ammar.

“Terima Kasih.. Ada jodoh, kita kahwin. Insya Allah..” Ammar juga menghadiahkan satu senyuman kepada Qaseh. Qaseh tertunduk malu.

‘Sama-sama Ammar.. Fi hifzillah ya Allah..’ Bisiknya didalam hati.

*** 

“The end. Macam tu lah cerita nya.. Hah! Tepuk!” Qaseh mengakhiri cerita gembiranya.

“Wuuuu! Applause!..” Rina bersorak.

“Hahahaha! Gila lah kau..” Mereka tertawa bersama. 

Walaupun hanya tinggal berdua, rumah itu tidak pernah sunyi. Ada saja telatah mereka berdua yang membuatkan satu rumah bergema.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status