Share

BAB 5

“SAYA tak fahamlah dengan Puan Mastura. Dia selalu cari kesalahan Tuan Jimmy. Dia tak pernah nak berfikiran positif bila suatu perkara itu melibatkan tuan.”

Sarjan Munir meluah perasaan aneh yang sudah sekian lama terpendam. Koperal Raju yang baru saja menyedut air menggunakan straw terus mendongak kepala. Pantas matanya meneliti Sarjan Munir.

Sambil menunggu ASP Jimmy tiba di kedai makan, mereka sempat lagi bercerita berdua.

“Saya pun pening juga. Tapi apa yang Puan Mastura katakan tu, ada betulnya. Kita pun dah sedia maklum yang Tuan Jimmy memang suka tukar pelan last minute. Mungkin ada baiknya Puan Mastura selalu menegur kelemahan yang wujud dalam pasukan kita. Walaupun dia baru berpindah ke unit kita setahun yang lepas, dia juga ada hak untuk berikan pendapat tersendiri.” Sarjan Munir mencemik bibir. Kurang bersetuju dengan pandangan tersebut.

Mereka perlu hormati orang atasan dan bukannya jadi pembangkang tegar.

“Saya rasa mereka berdua tak boleh berkerja dalam satu kumpulan. Orang muda ni memang keras kepala sikit, kuat nak memberontak. Lagi-lagi spesis garang macam Puan Mastura dan tegas macam Tuan Jimmy tu. Kalau api bertemu api, pening kepala kita nak melayan nanti. Saya nampak ego Puan Mastura tu lebih tinggi dari kita. Susah sangat nak mendengar kata. Ada saja hal yang nak komen,” sambung Sarjan Munir lagi. Lidah menjilat bibir bahagian bawah.

“Kes Razlan Ishak masih belum diselesaikan. Jadi, kita kena hadap saja perangai orang-orang atasan kita tu. Saya harap mereka berdua tak bekerjasama lagi untuk misi yang seterusnya.” Mulut Koperal Raju memuncung sedikit saat bercerita. Ada satu pengharapan yang dititipkan.

“Kes Razlan Ishak ni antara kes yang paling susah untuk diselesaikan. Lama kita tak handle kes pembunuhan yang merumitkan. Sebenarnya kes ini makan masa bertahun juga untuk kita siasat dengan teliti. Susah sungguh kita nak menjejaki Razlan Ishak dalam beberapa tahun ni.”

Sarjan Munir melepas nafas. Mindanya ligat memikirkan hal Razlan Ishak. Koperal Raju angguk perlahan.

“Kes ini jadi lebih rumit sebab Razlan Ishak tu tak beri kerjasama dekat pihak polis. Kenapalah dia susah sangat nak buka mulut tentang siapa dalang sebenar dalam kes ini.” Koperal Raju mengerut dahi sambil bercerita. Serius sahaja nada suaranya. Sarjan Munir menjongket bahu.

“Awak masih ingat tak kes pembunuhan yang melibatkan sepasang suami isteri kira-kira dua puluh tahun yang lepas?” Sarjan Munir bertanya spontan. Semerta, jantung Koperal Raju berdegup kencang.

Terkenangkan peristiwa itu membuatkan bulu romanya ternaik.

“Kes tu paling saya tak boleh lupakan. Saya ingat lagi anak mangsa tak mahu ceritakan apa yang berlaku kepada ibu bapa dia. Yang budak tu tahu hanya menangis sedangkan kita sendiri nampak dia duduk melutut di hadapan mayat-mayat tu.” 

Sarjan Munir bercerita panjang lebar. koperal Raju menelan liur berulang kali.

Sejujurnya, dia tidak dapat melenyapkan segala peristiwa yang telah berlaku sepanjang mereka menyiasat kes tersebut. Sukar dan menggerunkan.

“Hurm, saya pun masih teringatkan budak tu. Saya harap dia hidup dengan baik lepas hidup dalam kesengsaraan.” Koperal Raju terbayangkan wajah sedih itu. Perasaan Kasihan dan empati terhadap anak mangsa tidak akan pudar dalam jiwanya.

Seketika, suasana sepi. Masing-masing sedang bermain dengan minda sendiri.

“Saya rasa kita boleh kaitkan kes Razlan Ishak ni dengan kes Manaf Jidin, pembunuh yang mendapat hukuman gantung tu.” Koperal Raju membuat andaian spontan.

“Maksud awak?” Sarjan Munir mengerutkan dahi ketika bertanya.

“Kemungkinan besar, dalang dalam kes Razlan Ishak adalah orang yang sama seperti kes Manaf Jidin.”

“Kenapa awak cakap macam itu pula?” Sarjan Munir masih tidak dapat mencerna makna tersirat di sebalik kata-kata rakan karibnya itu.

“Masing-masing berkeras nak buka mulut untuk beritahu siapa nama dalang yang sebenar. Si Manaf Jidin tu, sampai dah kena hukuman gantung pun dia tetap bertegas mengatakan dia memang bunuh mangsa-mangsa tersebut bermotifkan dendam. Disebabkan kedegilan dia, kita terpaksa tutup kes tu.”

Apa lagi yang perlu mereka lakukan untuk mencari dalang sebenar? Apa motif sebenar Razlan Ishak membunuh dan merogol beberapa orang mangsa selama beberapa tahun ini?

SETELAH menerima rawatan di hospital, Thufaila terus masuk ke dalam perut kereta untuk pulang sambil Ahmad memimpin tangannya. Besar nikmat bila ada manusia yang sudi membantu dia dalam kepayahan. Setelah diberikan suntikan tahan sakit, tubuhnya lebih ringan berbanding tadi. Mujur, Thufaila masih boleh berjalan setelah menerima rawatan.

“Lepas ini cik nak ke mana?” Ahmad yang baru menghidupkan enjin kereta terus bertanya.

“Nama saya Thufaila Ajwa, dan awak boleh panggil saya Faila. Jangan panggil saya cik sebab rasa pelik pula.” Thufaila tidak selesa jika lelaki itu formal dalam berkata-kata. Ahmad sekadar mengangguk riak polos.

“Kita balik rumah ajelah. Saya nak kemas barang yang dah berselerak dekat lantai tadi,” balas Thufaila.

“Awak ada adik, kan? Awak suruhlah adik awak yang kemas. Awak perlu berehat kalau nak cepat sembuh.” Nada suara Ahmad sedikit tegas.

Thufaila mencebik bibir. Dia tahu rupanya tentang kewujudan adik aku.

“Adik saya baru mesej yang dia tak balik rumah hari ini. Jadi, saya yang perlu kemas semuanya.” Thufaila membalas nada meleret. Dia memberi alasannya yang tersendiri.

“Tak apalah, saya boleh tolong. Awak duduk aje jangan buat kerja berat-berat. Nanti bengkak pula kaki tu.” Intonasi suara Ahmad berubah lembut. Dia mempelawa diri untuk membantu. Ahmad simpati melihat keadaan Thufaila. Dia yakin gadis itu masih menahan sakit dan dia perlu berehat.

“Eh tak payahlah. Awak dah hantar saya ke hospital pun dah cukup susah dah ni. Saya boleh buat sendiri.” Thufaila menolak tawaran dari Ahmad. Tak sanggup rasanya mahu menyusahkan Ahmad berlebih-lebihan.

“Kalau saya kata saya nak tolong maknanya saya nak tolong.” Ahmad menghela nafas berat. Dia tetap berdegil mahu membantu. Pantas Thufaila bersetuju bila lelaki itu tayang wajah dingin. Anak matanya terus di bawa pandang ke bahagian tingkap kereta.

“Kejap, kenapa awak bawa turun kotak-kotak tu ke bawah? Lagi satu saya ada nampak satu kotak yang berbalut. Awak nak pergi pos laju ke?” Ahmad meneka spontan. Thufaila terkebil-kebil ingin mengungkap bicara. Dia tak sangka yang si jejaka fokus memerhatikan setiap barang yang tersusun dalam rumahnya.

Haaa, sebenarnya saya nak pergi ke pos laju. Saya perlu hantar barang-barang tu hari ini. Saya ingatkan saya nak ke pos laju lepas saya Solat Zohor.” Ahmad angguk sekali.

“Saya boleh aje temankan awak pergi ke sana.” Thufaila menggeleng laju. Dia sekeras-kerasnya mahu menolak pelawaan Ahmad. Terlalu banyak perkara yang telah Ahmad lakukan untuknya hari ini.

“Kita balik rumah awak, lepas itu saya tolong ambilkan barang dekat dalam. Awak tunggu dalam kereta.”

“Errr...,” tergagap-gagap Thufaila mahu menolak.

“Saya permudahkan urusan awak hari ini, mesti Allah akan permudahkan urusan saya di kemudian hari,” ujarnya meleret-leret. Tanpa membantah, Thufaila hanya mampu mengangguk.

Setelah hampir seminit mereka berdiam diri, minda Thufaila terus memproses untuk bertanya sesuatu.

“Saya nak tanya sikit boleh tak?” Dia mengerling Ahmad sekilas. Lelaki itu mengangguk sekali.

“Macam mana awak boleh terfikir nak datang rumah saya tadi? Selama ini bercakap dengan saya pun awak tak pernah tau?” Ahmad sedikit terpempan.

Tak akan pula dia nak cakap yang matanya boleh tembus pandang ke dinding? Mustahil Thufaila ingin mempercayai kata-katanya.

“Saya dengar awak menjerit dari arah rumah saya. Waktu itu saya dengar awak minta tolong dan panggil nama Athuf. Jadi saya rasa ada sesuatu berlaku dekat diri awak.”

Setelah memberi jawapan, Ahmad kemudiannya telan liur yang sudah terasa kesat di kerongkong.

Harap-harap Thufaila percaya.

“Kalau awak tak ada, mesti saya mereput aje tak boleh bangun.”

“Kita hidup berjiran. Jadi kena saling membantu.” Thufaila kecilkan mata sambil anak matanya tepat merenung Ahmad.

Rupanya dia mengamalkan konsep hidup berjiran.

Tapi kalau amalkan konsep tersebut, kenapa dia sombong sangat waktu aku sibuk nak beramah mesra dengan dia sebelum ini? Aku rasa kalau tak ada musibah yang melanda, sampai ke matilah aku tak boleh dengar suara dan pandang ke dalam mata dia.

“Selama ini saya ingatkan awak bisu.” Thufaila berseloroh. Ahmad memandang sekilas sekadar mahu memerhatikan riak wajah Thufaila.

“Kalau saya bisu saya tak akan berkawan dengan Jimmy.” Terus Thufaila julingkan mata ke atas. Alergi mendengar nama itu.

Aduih, tengah seronok bercerita boleh pula dia sebut nama si Jimmy tu.

ASP JIMMY tersentak saat sepasang matanya menangkap satu tubuh yang baru keluar dari sebuah kereta.

“Itukan kereta Faila? Kenapa Ahmad yang keluar dari kereta tu?”

ASP Jimmy mengomel nada perlahan. Kemudian, dia memerhatikan tempat duduk di sebelah pemandu. Bibir memuncung sedepa. Dia dapat melihat bayangan Thufaila yang ada di dalam kereta.

‘Aik, dorang berdua tu dah berkawan ke? Hari tu minah tu beria-ia kutuk si Ahmad sebab sombong. Hari ini boleh pula keluar bersama. Dah terkena panahan cinta ke?’

ASP Jimmy rasa tak puas hati. Lama dia liarkan pandangan ke arah kereta.

“Tuan pandang apa tu? Serius aje,” tegur Sarjan Munir keanehan.

“Eh, saya nak jumpa kawan dekat depan tu jap. Koperal dan sarjan tunggu saya dekat sini kejap ya?” tergesa-gesa ASP Jimmy memberitahu. Kemudian, dia bangkit dari kerusi dan berlari ke arah kereta yang di parkir tidak jauh dari kawasan kedai makan.

“Tajam betul mata Tuan Jimmy. Nampak aje kawan dia dekat dalam kereta tu.” Sarjan Munir berkata. Ekor matanya memerhati susuk tubuh yang sudah berhenti di hadapan kereta berwarna putih.

“Koperal, cuba tengok Tuan Jimmy buat apa.” Mereka ketawa serentak melihat gelagat ASP Jimmy di kejauhan.

Huih, kenapa dia buat macam itu? Sejak bila Tuan Jimmy pandai jelir lidah sambil buat muka pelik? Tak pernah pula dia membadutkan diri depan kita.” Koperal Raju bertanya di celahan tawa.

“Bukan ke perangai Tuan Jimmy tu sedingin Ice berg? Macam mana pula dia boleh buat gaya sengal depan orang?” mata mereka saling berpandangan. Serentak, kepala digaru.

“Kenapa pula dengan Tuan Jimmy tu? Siapa perempuan dalam kereta tu? Selamba aje perempuan tu pukul bahu tuan kita.”

Setelah beberapa minit berlalu, tiba-tiba...

“Eh, tuan datang sini balik. Buat-buat tak nampak.” Tangan Koperal Raju laju memukul belakang tapak tangan Sarjan Munir. Pura-pura biasa.

“Jom kita balik.” Masing-masing dongak kepala bila ASP Jimmy sudah berdiri tegak. Riak wajah kosong lelaki itu dipandang hairan.

Bukankah tadi tuan mereka beriak ceria ketika bertemu seorang gadis?

“Awalnya nak balik?” Dahi mereka berkerunyut menatap wajah ASP Jimmy.

“Saya rasa panas hati ni. Kalau koperal dengan sarjan masih nak duduk di sini, duduklah. Saya gerak dulu.” ASP Jimmy berura-ura mengangkat langkah untuk pergi

Sarjan Munir dan Koperal Raju mengerut dahi. Segera, mereka fokus perhatikan tepat ke dalam mata ASP Jimmy.

Bukankah tadi lelaki itu ceria? Mengapa tiba-tiba berubah riak?

“Kenapa pandang saya macam itu?” Tanpa berlengah, ASP Jimmy membuka soalan.

“Tuan okey ke tidak ni?” Koperal Raju bertanya nada prihatin. Lelaki itu terus menghembus nafas berat memandang wajah rakan sepasukannya.

“Kalau saya okey, saya tak akan ajak balik ke pejabat.” ASP Jimmy bersuara nadas tegas.

Lelaki itu jadi tak stabil bila Thufaila menengkingnya tadi. Sekuat-kuatnya, ASP Jimmy mengepal penumbuk. Terasa tidak rela terkenangkan riak wajah Thufaila yang penuh dengan kebencian terhadapnya.

“Kenapa kau muncul kat sini?”

“Berambus! Aku rimas tengok muka kau.”

“Kau tu perosak hari-hari indah aku. Kau ni ibarat mafia yang menggelapkan hidup aku.”

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga. ASP Jimmy menggeleng kepala. Nafas berat dilepaskan.

‘Teruk sangat ke aku ni di mata dia, sampai dia cakap yang aku ni perosak hari-hari indah dia. Teruk sangat agaknya aku ni sampai dia gelarkan aku mafia.’ Sempat hatinya berbisik hampa.

Comments (2)
goodnovel comment avatar
Rabetkha
heheheeh ofcourse. Ahmad anak ikan. hehehe
goodnovel comment avatar
Nimzaron Azil
Jimmy cemburu dgn Ahmad eh? 🤭
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status