Share

CS ¦ 016

"OPPA!”

Woojin dan Mingi tertoleh ke arah suara seorang gadis yang baru masuk ke dalam bangunan WMC.

Perkara yang paling mengejutkan Woojin dan Mingi. Gadis itu sedang berlari laju ke arah mereka berdua.

“Oppa?” soal Mingi terkejut dengan panggilan yang diberikan gadis itu kepada Woojin.

“Awak ada masalah ke kalau saya panggil Woojin dengan panggilan oppa?”

Mingi terus menggeleng. Reaksi terkejut tadi seratus peratus berubah dengan senyuman kekok.

“Oppa, nanti jumpa lagi ya.”

Setelah itu, terus dia melangkah pergi mendekati rakan-rakan perempuannya yang lain.

Langkah gadis itu hanya diperhatikan oleh Woojin dan Mingi. Setelah dia menjauh, Mingi terus menampar lengan Woojin dengan kasar.

“Semalam dia tampar kau, hari ni dia panggil kau apa? Oppa? Oppa!” Sengaja suara Mingi dikeraskan mahu menyedarkan Woojin akan keadaan yang baru berlaku tadi.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status