Tengku Fairuz mengadap komputer riba setelah penat membelek kertas kerjanya. Kerja yang sedia ada perlu diserahkan kepada Syed Ammar sementara dia cuti menguruskan majlis perkahwinannya.
Lagi 3hari akan berlangsungnya majlis akad nikah dan persandingan di rumah Yusra. Dua minggu kemudian, majlis bagi pihak lelaki pula akan dijalankan serentak dengan majlis penyerahan kuasa Mentari Holdings. Tiba-tiba teringat pada sepupunya merangkap kawan baiknya. Segera telefon bimbit dicapai untuk berhubung dengan Tengku Faiz Iskandar di aplikasi WhatsApp.~Assalamualaikum Is~ <Fairuz>
~Waalaikummusalam Ruz.~ <Iskandar>
~Apa cerita ni? Sihat tak?~ <Iskandar>
~Alhamdulillah sihat.~ <Fairuz>
~Lagi 3 hari aku akan kahwin dengan tunangTelefon Tengku Fairuz berdering lagi. Dengan malas dia keluarkan telefon dari saku seluarnya. Sekilas dia melihat skrin telefon. Nama 'Tehah' yang tertera. Segera ditekan butang hijau. "Hello, Assalamualaikum Tehah." Sapanya pembuka kata. "Waalaikummusalam. Abang....." Suara adiknya, Tengku Fatihah kedengaran sayu. "Kenapa ni Tehah?" "Tadi Is bagitahu Tehah, abang dh nak kahwin lusa... betul ke?" Esakkan kecik kedengaran. "InsyaAllah kalau ikutkan perancangan umi dan abah macam tu la Tehah. Kenapa ni?" Tanyanya.Mula gelisah mendengar adik kesayangannya menangis dihujung talian. Dia membetulkan duduknya cuba fokus untuk mendengar apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Fatihah. "Kenapa tak tunggu Teh
Yusra Saidah dan Syarifah Aishah melangkah masuk ke kedai runcit Ustaz Luqman. Kudin yang sedang menyusun stok minuman ke dalam peti sejuk menoleh bila terpandangkan susuk rakan sekelasnya. Dia menghentikan kerja itu lalu menutup pintu peti sejuk. Kakinya mendapatkan Yusra dan Aishah. "Eh, korang bila daftar masuk U?" Tanya Kudin.Aishah dan Yusra berpandangan sebelum Aishah memberi jawapan pada soalan Kudin. "InsyaAllah kalau tak ada hal, lagi 3 hari aku pergi KL daftar U."Jawab Aishah. "Korang pergi sekali lah nanti? Azam dah pergi kan?" Tanya Kudin lagi. "Aku pergi dengan mak aku. Yus tak pergi. Azam dah pergi ke? Aku tak tahu pun." Jawab Aishah lagi. ''Kau tak pergi Yus? kenapa?" Kudin sudah berkerut. Sepertinya dia sudah ketinggalan cerita ni.
Yusra Saidah mengenakan baju kurung moden berona off-white di hari bahagianya. Baju kurung moden yang ditempah khas oleh Tengku Fauziah kelihatan anggun apabila disarungkan ke tubuh kecil moleknya. Baju yang dilapisi lace penuh dan dihiasi labuci serta taburan manik berwarna silver-white di hujung lengan baju menaikkan lagi ciri-ciri eksklusif pada si pemakai.Yusra memilih selendang berona sama dengan bajunya. Veil polos turut dikenakan. Tampak berseri dan suci wajah itu. Wajahnya yang putih kemerah-merahan dicalitkan dengan sedikit alat mekap oleh Che Su, adik bongsu ibunya.Yusra senang dan berpuas hati dengan cara solekan yang sederhana. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu menonjol. Lagipun dia bimbang kalau-kalau Tengku Fairuz tidak mengenalinya.Sebentar lagi dia akan dinikahkan dengan Tengku Fairuz oleh ayahnya sendiri dan sebentar lagi juga dia akan melihat wajah tunangnya yang sebelum ini dia belum melihatnya walaupun melalui sekeping gamb
Yusra Saidah kelihatan anggun dan manis dalam persalinan baju kebaya labuh songket berwarna kuning diraja. Persalinan songket yang dihiasi sulaman motif bunga tabur itu merupakan permintaan dari keluarga mertuanya.Yusra turut mengayakan sibar di bahagian bahunya bagi menampakkan lebih berkelas dan sopan. Tema perkahwinan diraja tidak lengkap sekiranya dia hanya bergaya ringkas. Dia menyarung dokoh berwarna silver itu ke lehernya.Dokoh dihasilkan dengan menggunakan seutas rantai dan direka dalam bentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun menarik seperti corak bermotif daun sukun. Ada juga dokoh yang bertatahkan batu permata yang berwarna warni.Dokoh yang tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa dalam adat perkahwinan. Kebiasaannya pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memakai dokoh bagi menaikkan lagi keserian dalam majlis raja sehari.Selesai memakai tudung berona sama dengan baju k
Jam sudah menunjukkan 6 petang, sudah agak lewat untuk menunaikan solat fardhu asar. Fairuz meminta diri dari tetamu yang hadir untuk berlalu ke kamar pengantin bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.Selepas salamnya disambut, dengan berhati-hati dia memulas tombol pintu bilik pengantin. Terjengul wajah Yusra yang sedang duduk di kerusi almari solek.Sebaik terpandang suaminya, Yusra bingkas bangun namun Fairuz mengisyaratkan supaya Yusra terus duduk dan membiarkan dia sahaja yang menghampiri Yusra. Yusra duduk ke posisi asal.Tengku Fairuz berdiri dibelakangnya dan melihat wajah Yusra disebalik pantulan cermin. Tangannya diletakkan di bahu Yusra.Yusra mematungkan diri bila terasa ada tangan di bahunya. Fairuz senyum sinis melihat reaksi Yusra. Tangannya diangkat dan segera dia berlalu ke katil. "Kau dah solat?" tanya Fairuz sebagai satu mukadimmah.
Toyota Corrolla Altis memasuki kawasan parkir sebaik sahaja sampai di homestay tempat keluarga Fairuz menginap sepanjang 4hari 3malam. 3 buah homestay telah disewakan untuk menampung sebahagaian besar keluarga arwah Haji Ibrahim untuk meraikan hari perkahwinan Fairuz dan Yusra. 1 homestay untuk Keluarga Tengku Faisal, 1 homestay untuk keluarga Tengku Farid dan 1 homestay untuk Tengku Ismail dan Tengku Sulaiman. Dari jauh sudah kelihatan sanak saudara Fairuz sedang menyusun beg pakaian ke dalam boot kereta masing-masing. Handbrake ditarik dan suis kereta dimatikan. Fairuz melirik pada Yusra di kerusi sebelah. "Kau jangan jauh dari aku. Aku tak suka kalau ada mata-mata yang pandang kau lain macam. Ingat sini ramai orang. Jaga tingkah laku kau sebagai isteri aku. And one more thing, don't forget to call me 'abang' when in front of our family," beritahu Tengku Fairuz
Yusra dan Fairuz berjalan seiringan menuju ke kedai runcit Ustaz Luqman. Masing-masing menyepi. Pergi ke kedai pun atas desakan Haji Shafie. Mungkin Haji Shafie mahu Fairuz dan Yusra berkenalan dengan lebih rapat lagi. "Pergilah masuk cari barang, aku tunggu kat luar je." Tengku Fairuz kemudiannya berlalu ke bangku yang disediakan di tepi kedai.Manakala Yusra Saidah melangkah masuk ke kedai dan mula mencari barang yang dipesan oleh ibunya sebentar tadi. "Eh pengantin baru, datang beli barang ke?" sapa satu suara dibelakang Yusra.Yusra menoleh. Kak Maryam sudah tersenyum sumbing. Kak Zainab pun sama. Yusra meneguk air liur berkali-kali.'Ah, sudah apa lah yang akan jadi kali...' Yusra mengeluh.Hari sebelum ni dia dah kena kecam, hari ini entah-entah kena kecam lagi. Dia mengeluh lagi. Senyuman diukir paksa, tidak mahu mencari pa
Teratak Qaseh tersegam indah dihadapan Yusra Saidah. Terlopong sekejap Yusra. 'Mak aih besar giler rumah! desis hatinya. Liurnya di teguk berkali-kali. Tengku Fairuz mematikan enjin kereta dan mula membuka pintu. Segera dia keluar dari kereta Toyota Corrolla Altis miliknya. Yusra disebelah langsung tidak dihiraukan. Yusra termangu seketika sebelum dia mengambil keputusan untuk membuka pintu kereta. Tengku Fauziah sudah tersenyum lebar di muka pintu. Menunggu kedatangan pengantin baru. Fairuz bersalam dengan uminya dan melangkah masuk. Yusra masih terpinga-pinga di sisi kereta. "Ruz, kenapa tinggal Yusra kat kereta?" Tanya Tengku Fauziah tatkala melihat anak keduanya menonong berjalan seorang diri tanpa meghiraukan isterinya. Fairuz berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang. Mendengus kecil seraya membuka kaca mata Rayban. Dia memusing badannya dan menghampiri Yusra.