Share

Bab 30 : CBYS

Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara.  

Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini.  Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke? 

Yusra melangkah ke pintu slidding bilik Hotel mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan menapak ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah. 

Indah

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status