Terasa dahinya basha dengan sesuatu gagahkan anak matanya celik. Dylan menebar pandangan ke sekeliling dengan muka berkerut seribu. Bunyi kuakan pintu, terjengul tubuh Amanda yang ada beberapa meter darinya.
"Esci subito da casa mia. Per favore..." (Get out of my house right away. Please)
Dylan capai duvet miliknya lalu dibungkus seluruh anggota tubuh. Mata dipejam rapat berharap agar kantuknya akan hadir kembali belenggu diri. Namun sayang, matanya kelihatan degil untuk terus segar tanpa ditutup.
"Dylan..."
"Lasciami stare porca." (Leave me alone)
Dylan ketap kuat giginya, tilam dekat dengannya seperti dihenyak oleh seseorang dan tak lain, tak bukan itu adalah perempuan kesayangannya iaitu Amanda. Keluhan berat dilepaskan. Apabila diberikan kebebasan, kenapa Amanda memilih untuk mengambil peduli tentangnya? Kenapa tidak tinggalkan Dylan sendiri aje?
"Saya nak jelaskan dekat awak apa yang cakapkan
Hye! Ira here! Quotes for today, the way to get started is to quit talking and begin doing and... Always remember that you are absolutely unique. Just like everyone else and more... The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams
Encik Jamal senyum sehingga menampakkan setiap barisan giginya yang tidak teratur. Kehadirannya dalam negara Itali memberikan rasa bahagia yang tak dapat hilang dari hatinya. Rancangannya hanya satu, dapatkan Amanda dari tangan lelaki tak guna itu. Sesuka hati membawa anak perempuannya ke sini. Tak akan sesekali dia benarkan lelaki itu membawa Amanda jauh darinya lagi. Tak akan! Bunyi nada dering telefonnya berbunyi, lantas diangkat saat tertera nama anak buahnya. "Hello!" "Hello tuan," Ahmad tahan suara dari kedengaran getar takut. "Asal? Jumpa tak apa yang aku nak? Aku harap jawapan yang kau berikan pada aku memuaskan hati, kalau tak aku akan bunuh kau malam ini juga." ugut Encik Jamal keras. "Maaf, tiada maklumat yang saya dapat." nafi Ahmad. Longlai kakinya untuk berdiri. Terlalu takut saat ini. Bukan takut pada Encik Jamal tapi pada lelaki yang sedang merenungnya ketika ini. "Kau memang tak guna! Kau dengar sini
"Jangan buat Manda macam ni papa, Manda merayu....jangan papa...jangan..." racau Amanda. Peluh merenik pada dahi manakala kedua tangannya mengenggam erat duvet yang membungkus diri. Teresak-esak Amanda menangis kerana mimpinya yang begitu menakutkan sekali. Bibirnya tidak sudah menyebut perkataan 'jangan'. "Jangan buat Manda macam ni....tolong...." rintih Amanda sayu. Dylan yang baru keluar dari bilik air terus menerpa ke arah Amanda. Pipi mulus itu ditepuk beberapa kali dengan rasa risau yang membelenggu diri. Sejak tadi dia mendengar racauan dan jeritan dari Amanda. Banyak kali jugak Amanda menjadi agresif begini. Bagai takut akan sesuatu dan Dylan tahu Amanda takut pada Papanya. Sedang alami mimpi yang sama rasanya. "You okay baby?" soal Dylan lembut. Amanda bangun secara mendadak dengan nafas naik turun. Tak lengah masa, tubuh sas
Encik Jamal menyerabutkan rambutnya yang panjang itu. Merata tempat dirinya mencari anak perempuannya. Meleset, tak ada jawapan untuk itu. Bahunya dilanggar oleh seseorang. Decitan kasar keluar dari bibir sebelum lengan si pelanggar ditarik kuat agar berdepan dengannya. Tergamam, itu yang Encik Jamal rasakan apabila raut wajah cantik itu menyapa pandangan matanya. Biarpun tampak berumur, namun masih cantik seperti dulu. "Kau?" Jen terdiam, bungkam melihat lelaki yang pernah menidurinya dahulu. Lelaki yang tidak mahukan zuriat darinya dan disebabkan lelaki itulah dia berpisah dengan anak lelakinya. Sampai saat ini! "Non ti conosco."(I don't know you) Gigi diketap kuat, amarahnya naik mendadak kerana sikap perempuan itu yang berpura-pura dengannya. Pasti sengaja buat-
Tali leher yang dipakai dilonggarkan. Jam tangan mahal miliknya ditilik, decitan keluar dari bibir. Telah masuk angka satu pagi dan dia baru keluar dari pejabat? Inilah yang terjadi apabila dia cuba elakkan diri dari Amanda. Sakit hati pada perempuan itu atas sebab menuduhnya sebagai pemaksa dan lagi menyakitkan perempuan itu mahu pulang ke pangkuan ayah kandungnya. Sebal! "Ciao Lan."(Hi) Anggukan diberi pada si Andrea. Dylan memboloskan diri masuk ke dalam kereta mewah miliknya tika makanan yang diberi Andea diterima. Andrea yang masih berada di depan syarikatnya diberi isyarat angkat tangan sebelum keretanya dipandu keluar dari kawasan syarikatnya. Anak mata Dylan meliar ke sekeliling. Lampu isyarat bertukar warna
Dylan masuk ke dalam rumah dengan nafas lelah. Tubuh dibaring di atas sofa menghilangkan setiap rasa penat yang membelenggu diri. Nasib baik ada helikopter miliknya, bolehlah untuk hantar Mak Cik Su ke rumah. Itupun atas paksaannya, diikutkan Mak Cik Su tak nak pulang ke rumah. Masih mahu bertemu dengan lelaki tak guna itu. "Kenapa perlu menghargai seseorang andai dia tidak pernah faham apa itu maksud pengorbanan?" Dylan bercakap pada diri sendiri. "Kenapa?" Spontan tubuh itu menegak kembali melihat susuk tubuh Amanda yang berada beberapa meter darinya. "Awak...." "Perché sei ancora qui?" (Why are you still here?)
Dylan kerling jam tangan miliknya.Face time dilakukan bersama Amanda sebelum dia masuk ke dalam syarikat miliknya. Butang lif ditekan, Dylan memboloskan diri masuk ke dalam lif. Skrin telefon itu dicium. "Un bacio mi manchi babygirl...."luah Dylan manja, muka sedih dipamer. (A kiss i miss you)
"Encik Jamal bagitahu aku yang dia nak jumpa kau untuk selesaikan sesuatu." "Nak jumpa macam mana?" Dylan ketawa sinis, pintu bilik dibuka sambil pegang telefon. Langkah dihayun menuju ke balkoni. Suka melihat pemandangan pantai yang ada di depan mata. "A....ak...ak-u ada bagitahu tempat kerja kau." "What?!"Dylan meraup kasar mukanya. Patutlah beria sangat nak jumpa Dylan. Dah tahu rupanya tempat kerjanya. Boleh jadi rancangan lelaki itu untuk mendapatkan Amanda, kan? Takkan dia biarkan itu berlaku! "Lepas apa yang sudah berlaku, masih berani nak tunjuk muka? Lelaki jenis apa dia tu? Ada anak bukannya nak layan elok-elok. Ini tidak, dipukul tanpa belas kas
Encik Jamal menepuk beberapa kali tangannya pada pemegang kerusi. Mukanya ceria diselaputi senyum manis. Yakin bahawa dia akan dapat separuh harta dari Dylan. "Mr Dylan..."Dylan angguk sedikit, hayun kaki masuk ke dalam pejabatnya. Encik Jamal senyum panjang, gembira hati punggungnya diangkat. Kepalanya ditunduk lapan puluh darjah. Menunduk hormat pada Dylan. "Mr..." "Dylan." Encik Jamal mengangguk. Dylan labuh duduk manakala anak mata beri isyarat agar lelaki itu duduk. Memahami, Encik Jamal duduk sambil berpeluk tubuh. "What broughtyou here?"