Share

Dylan's Obsession (Bahasa Melayu)
Dylan's Obsession (Bahasa Melayu)
Author: Mecx

BAB 1

Matahari terik dengan suasana yang hiruk-pikuk ditambah pula, pencemaran bunyi dari kereta jalanan buatnya terganggu. Dylan check jam kepunyaannya, sudah menginjak angka lapan pagi. Janji untuk Andrea bawakan kereta untuknya pasti mengambil masa yang lama. Manakan tidak, kawan baik Andrea yang tolong pandu keretanya. Mengambil masa yang lama untuk bersiap datang ke sini. Padahal dari awal telah diberi arahan tidak diajak, Andrea degil sekali. Nak ajak jugak! 

Mata dibawa menebar ke sekeliling melihat andai Andrea telah sampai. Decitan keluar dari bibirnya. Langkah dihayun menuju ke sebuah restoran yang terletak beberapa meter dari tempatnya. 

"Non capisco perché Andrea ci stia impiegando così tanto tempo."(I don't understand why Andrea is taking so long) keluh Dylan penuh geram.

Masuk saja dalam restoran itu, terus duduknya dilabuh. Terlebih dahulu, kerusi yang didudukinya itu dilap dengan tisu yang setia dibawa ke mana-mana. Dilap sehingga puas hati. Senyum manis terkutik di bibir dengan punggung berlabuh duduk di atas kerusi. Pelayan yang kian merapat dikerling sekilas.

"Can I get a cafe latte for here please?" 

"It will be ready in a just a moment." Pelayan itu mengangguk sebelum hilang ke ruang dapur.

Telefon pintar miliknya dikeluarkan. Spontan bibirnya digigit menggoda dengan anak mata pandang sekeliling. Anak mata melekat pada seorang perempuan yang begitu cantik dengan gaya rambut medium length with side parting. Air liur ditelan rakus. Melihat perempuan itu membaca sambil selit rambut pada telinga menghentikan setiap detik masa. Makin menjentik nafsunya apabila perempuan itu mengigit bibir. Ulasan bibir itu sungguh memukaunya agar melekat dengan bibir miliknya.

"Sei così bello che persino le stelle t'invidiano."(You are so beautiful that even the stars envy you)gumam Dylan perlahan.

Tersedar seseorang memerhati dari jauh, Amanda angkat kepala pandang lelaki itu dari jauh. Pandangan mereka berdua melekat. Begitu lama dan mengasyikkan bagi si hero. Melihat senyuman dan lambaian dari perempuan itu buat Dylan terpaku tanpa kata. Tidak dibalas dan itu membuahkan tawa dari orang sana. Setiap deruan nafasnya meminta mahu melakukan hubungan yang satu itu dengan perempuan itu. Dylan senyum sinis.

"Scusa è che andavo di fretta"(Sorry I was in a hurry)

Andrea duduk di hadapan Dylan. Tepat masa, pelayan kini telah menghantar air milik Dylan.

"Grazie mille." (Thanks a lot)

Pelayan itu tersenyum sebelum menghilang. Andrea pandang takut Dylan. Namun saat mendapat kerlingan biasa dari lelaki itu, amatlah melegakannya. Tubuh ditolak bersandar pada kerusi. Lega!

Dylan biasanya akan mengamuk kalau Andrea lambat dan hari ini sungguh bertuah apabila lelaki itu diam saja. Siap minum air dengan anak mata terarah pada seseorang. 

"La prossima volta non sarai così fortunato da sentire la mia voce..."(You won't be lucky enough to hear my voice next time) sinis lelaki itu berkata bagai memberi sebuah amaran.

"Si, capo."(Yes boss) ucap lelaki itu takut-takut. 

Dylan fokus sekali melihat Amanda. Leka sekali melakukan kerjanya tanpa hiraukan manusia sekeliling. Termasuk dirinya, Dylan tidak kisah akan itu. Harap tak ada yang kacau perempuan itu. Kalau ada, Dylan orang pertama yang akan kerjakan tanpa gentar.

"Miei occhi non riescono a smettere di guardarla."(My eyes can't stop looking at her) beritahu Dylan dengan anak mata berubah warna. Mata biru lautnya berubah kehitaman sedikit. Terlalu bernafsu ketika ini.

Tak sempat melekat lebih lama pada muka cantik itu, seorang lelaki entah dari mana datang menyendeng dekat dengan perempuan kesukaannya. Gigi diketap kuat dengan rahang bergerak-gerak menahan rasa marah. Sesuatu perasaan aneh bagai merasuknya untuk menyerang lelaki itu. Punggung diangkat dan penuh selamba, tangan Amanda ditarik rapat dengannya. Tangan elok melekat pada pinggang ramping itu.

"Get lost." ucap Dylan keras.

"Kau siapa? Tiba-tiba nak kacau aku dengan dia dating kenapa?" soal lelaki itu geram.

Dylan senyum senget.

"What's your name?" soal Dylan dengan nada menggoda.

"A...A-amanda."Tergagap ayat yang ingin dikatakan kerana debarannya.

Amanda keras kejung tidak mengerti dengan keadaan yang berlaku ketika ini. Mata dah sedia terkedip-kedip kerana malu, sampai mukanya jugak dah naik merah menyala. Mendengar tawa macho dari Dylan melemahkan anggota badannya. Hampir jatuh, tubuhnya sempat disambut lelaki itu. Amanda mencari keberadaan Papanya. Ini sebabnya Amanda tak nak buat kerja dekat sini. Ada saja gatal ulat beluncas nak mengayatnya. Semuanya kerana Papa yang risau tentangnya berada di dalam rumah sendirian.

Gulp!

Amanda telan air liur payah sekali. Bibirnya bersatu dengan Dylan. Kian rakus dan semakin dalam. Keluar decitan dari lelaki yang menganggunya tadi sebelum lelaki itu keluar dari restoran milik papanya. Hilang ciuman dari lelaki itu. Pinggangnya makin erat dirangkul lelaki itu. Mata-mata dah tengok mereka lain macam. Entah kenapa, Amanda tak mampu menolak lelaki ini. Bagai disantau. 

"Sei così bello..."(You are so beautiful)

Hidung mereka berdua dilagakan seketika. Hangat puncak hidungnya basah dicium. Dylan memberi senyum manis. Pipi kemerahan itu diusap lembut. Tersedar, Amanda menolak lelaki itu lalu beg laptopnya dan semua barangnya dicapai dan terus keluar dari restoran itu tanpa menoleh lagi. Kesuntukan masa nak masuk universiti.

"Kenapalah aku boleh mengelamun tadi... aduh!"omel Amanda geram lalu dahinya ditepuk geram.

Dylan menyentuh bibirnya. Semudah itu dirinya mencium seorang perempuan sedangkan dia bukan seorang yang suka layan perempuan. Untuk pertama kalinya, Dylan merasa sesuatu apabila bertemu mata dengan perempuan itu. Isyarat mata diberi pada Andrea. Memahami, Andrea keluar dari restoran itu untuk mencari maklumat tentang perempuan yang berciuman dengan ketuanya tadi.

"Presto ci incontreremo..."(We will meet soon)

Ting!

Senyum sinis tersungging di bibir melihat pesanan yang dihantar Andrea. Semua maklumat tentang perempuan itu sekelip mata dapat di tangannya. Dimasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Dylan sedar ada mata yang masih pandang ke arahnya. Biar ajelah. Kalau Mama ataupun Papa Amanda nak tengok sekali pun dia tidak ambil peduli. Yang penting sekarang, Dylan mahukan perempuan itu. Penuh megah Dylan keluar dan terus langkah dibawa masuk ke dalam kereta mewah miliknya. Menderum laju kereta itu menuju ke satu tempat. Yang pasti, tempat itu adalah sasarannya selepas ini.

"Amanda..."seru Dylan usai keretanya diparking elok di depan universiti. Tempat perempuan kesayangannya itu menimba ilmu.

Dylan merenung universiti besar itu umpama melihat si Amanda. Stereng diketuk beberapa kali. Teringin nak bertemu dengan muka cantik itu lagi dan tanpa segan silu Dylan menanti Amanda di dalam kereta. Begitu penyabar lelaki itu menunggu, sehinggalah semua pelajar keluar dari universiti itu. Kereta mewah miliknya menarik perhatian semua pelajar. Dylan keluar berdiri di depan kereta miliknya dengan cermin mata hitam setia dipakainya. Kepala ditunduk ke bawah melihat kasut mahalnya. Ada senyuman tersungging di bibir. Teringat muka cantik Amanda yang gelak tadi.

"Amanda...Amanda..." Lelaki itu menyeru dengan senyum senget.

Gelak tawa dari seseorang automatik buat kepalanya naik ke atas. Kenal dengan suara itu. Pandangan mereka bersatu. Suasana hening seketika. Bagai anak mata mereka saja yang berbicara.

"Manda..."

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status