Share

BAB 2

"Amanda..." Seru Dylan sambil merapati tubuh kecil itu.

Amanda keras kejung. Macam biasa, matanya pasti mengedip tidak sempurna. Teman-teman Amanda tak berkelip melihat lelaki kacak yang sedang berdiri di depan Amanda. Senyum sinis itu sangat menggoda saat ditarik, belum senyum manis pada mereka lagi.

"Pacar kamu?" soal Adya separa teruja. Pekat sekali bahasa indonesianya.(Kekasih kamu?)

"N...ng-ngak. Dia bukan pacar aku." bisik Amanda perlahan. Takut suaranya dengan peluh merenik pada dahi. Siapa dia? Kenapa sampai cari Amanda ke sini? (T ... t-tidak. Dia bukan kekasihku)

""Kamu lupa? Aku ini pacar kamu, Dylan." (Kau lupa? Aku teman lelaki kamu, Dylan.)

Terkejut mereka mendengar balasan dari kacukan Asia itu. Teman-teman Amanda berpandangan sesama sendiri dengan muka terkejut.

"Apa kita tidak bisa mengobrol sambil minum sebentar?" (Boleh tak kita berbual sambil minum?)

Adya sengih menampakkan gigi. Kedua lengannya teman yang lain dipegang. Adya mengangguk pada teman-temannya yang lain sebagai isyarat. Memahami, mereka berlari laju meninggalkan Amanda bersama dengan lelaki kacukan Asia itu. Amanda pejam seketika mata. Terdengar laungan maaf dari Adya. Rahangnya bergerak kerana perasaan geram dan marah.

"Vieni qui mia cara" (Come here my dear)

Amanda buat muka dengan tangan bersilang pada dada. Masih bersisa marahnya pada lelaki ini. Baru saja nak luang masa dengan teman-temannya dan secara tiba-tiba lelaki ini muncul dan menganggu harinya. Sebal!

"Sepatutnya hari ini saya luangkan masa dengan mereka." Amanda melirik mata pada teman-temannya yang berjalan beberapa meter dari mereka. Berlari tadi pun pasti tak nak bagi Amanda ikut. Adya tahu staminanya lemah bab berlari.

"Oggi voglio passare tutto il tempo con te, amore mio. Perchè domani devo andare ad Italy."(Today I want to spend all the time with you, my love. Because tomorrow I have to go to Italy)

Amanda tergamam. Puncak hidungnya dicium diikuti tepi kepala. Dyla menyulamkan tangannya dengan tangan Amanda lalu diheret masuk ke dalam keretanya.

"Saya nak balik." Amanda berura-ura nak keluar kereta.

"Lepas makan kita balik." putus lelaki itu dengan suara diktaktornya.

"Saya dah kenyang." bantahku.

Dylan ketawa sinis. Bibirnya melekat pada bibir manis perempuan itu. Lama. Terbeliak biji mata Amanda. Tangan diangkat untuk menampar, Dylan menahan. Muka merah menyala Amanda ditatap penuh minat. 

"Don't make me eat you, Manda..."ucap lelaki itu beku dengan anak mata kian gelap. Penuh nafsu.

Dylan menutup pintu kereta. Membiarkan perempuan itu rehat seketika. Amanda tarik nafas panjang. Badan dipusing mengadap luar tingkap sejurus lelaki itu telah masuk ke dalam kereta. Amanda paling tak suka dipaksa tanpa sebab. Bahkan kalau dengan ayah kandungnya sendiri Amanda mampu berbalah mulut andai dipaksa. Tapi kalau dengan lelaki ini, Amanda rasa sesuatu aura gelap yang menyebabkan dia tidak mampu untuk membantah.

"Saya tak suka dipaksa."

"I will do what i must."

"Dengan paksa macam ni?" Anak mata Amanda tidak beralih pada luar tingkap. Malas nak tatap muka tampan itu. Amanda tak suka lelaki dan salah satu sebabnya kerana ayah kandungnya. 

Ya,

Ayah selalu memukulnya biarpun tak ada salah yang Amanda lakukan. Bahkan kalau salah kecil  yang dibuat pasti akan dianggap itu adalah hal besar. Amanda pejam erat matanya. Automatik matanya terbuka apabila seat miliknya diturunkan. Dikerling muka beku itu sebelum Amanda baiki kedudukkannya lalu memejam erat mata.

"Okay tak?" Penuh kerisauan lelaki itu menyoal.

"Saya tak pernah okay." Amanda mengeluh kuat.

Terlalu berat untuknya menerima semua ini. Semua birat penuh seluruh anggota badannya kian menambah setiap hari. Bayangkan, balik aje dari tempat belajar, terus Amanda dipukul. Alasannya lambat dua minit atau satu minit. Haih...

"If you need someone to listen, I can lend my ear to you. If you need comfort, My arms is always ready to hug you. I am always here." Dylan mengenggam erat tangan Amanda. Tepisan dari perempuan itu tidak diambil peduli. Dylan nampak Amanda menutup kedua anak mata dengan lengannya dan tanpa diberitahu, Dylan tahu perempuan itu sedang menangis ketika ini.

"Saya kena balik."ucap Amanda perlahan. Tahan air mata dan esakan yang hampir menghambur.

Dylan menggeleng. Signal diberi lalu kereta diberhentikan di tepi jalan. Tubuh Amanda ditindih. Jeritan kecil dari Amanda didiamkan dengan bibirnya. Lengan Amanda hilang dari mata diganti dengan rontaan kian lemah dari Amanda. Mengalah, rontaannya hilang usai ciuman itu dilepaskan. Jelas butir air jernih mengalir pada kedua pipi mulusnya.

"Perché stai piangendo mia cara?"(Why are you crying my dear?)Bisik lelaki itu lembut. Pipi Amanda diusap dan dihadiahkan beberapa ciuman sayang pada kedua anak mata agar kesedihan itu terbang menghilang.

"Aku tak suka tengok kau menangis..."Dagu runcing itu dipegang agar pandangan mereka berdua bersatu. 

"Saya cuma teringat sesuatu..." 

"Kalau kau terus macam ni, susah hati aku nak tinggalkan kau." Tepi kepala Amanda dipegang dan diusap.

Muka Amanda berkerut seribu tidak mengerti. Muka mereka berdua seinci saja. Biasa saja ton suara yang diucapkan lelaki itu tapi entah kenapa Amanda rasa sesuatu. Naik aneh dengan pertemuan mereka berdua. Sangkaan Amanda, lelaki itu hanya ingin menolongnya dalam restoran tempoh hari. Tak tahu pulak akan dicari sampai ke universiti.

"Kenapa awak cari saya?"

"Faccio quello che voglio?"(I do what I want)

"Huh?"

Dylan senyum sinis. Rancangannya adalah mahu menculik Amanda sekejap saja, Namun melihat air mata yang keluar dari mata cantik itu merisaukannya. Takut kalau sesuatu terjadi perempuan kesayangannya tika Dylan tiada di bumi Malaysia ini.

"Jom makan." ajak Dylan. Bibir cantik itu dicium sekilas. Tubuh diangkat bangun dari menindih duduk di atas seat nya semula.

"Awak cakap apa tadi? Saya tak faham bahasa yang awak guna. Bahasa apa tu?" soal Amanda ingin tahu.

"Bahasa Itali." Dylan memandu semula kereta menuju ke restoran.

"Awak dari mana dan macam mana awak boleh pandai banyak bahasa?" Amanda makin ingin tahu tentang Dylan. Amanda jenis cepat cair kalau dengar lelaki sebut bahasa lain daripad melayu. Kerana itu terujanya tinggi ketika ini.

"I have been living in Malaysia for five years since i was 7 years old."

"Itali tempat tinggal awak?" Dylan angguk.

"Bahasa indonesia pun awak boleh bercakap, saya jadi malu nak duduk sebelah awak." Amanda mengesot menjauh dengan Dylan.

Dylan ketawa kecil. Tangan Amanda digenggam erat. Kelebihannya tak seberapa dibanding dengan orang lain. Dylan tak kesah dengan semua yang dia ada. Yang penting, Amanda menjadi miliknya. Itu sudah memandai dan dapat membahagiakannya.

"Do you believe in love at first sight?"

Amanda menggeleng.

"Saya tak suka kaum adam."

"Kalau kaum adam tak ada, kau takkan ada dalam dunia ni..." Dylan ingatkan Amanda.

"Saya bukan bencikan lelaki tanpa sebab..."Amanda mengeluh halus. 

Ketat dada mahu hambur semua yang dia rasa. Tapi untuk meluah pada lelaki tampan ini amatlah mustahil. Amanda tak perlu percayakan mana-mana lelaki. Amanda fobia dengan segala kemungkinan. Boleh jadi lepas dah luah semua, Dylan akan buat tak kesah macam orang lain. Cerita reality Amanda amat membosankan.

"Dah sampai?" soal Amanda aneh.

Tanpa sedar mereka telah sampai, paling memalukan apabila lelaki itu telah bukakan pintu untuknya. Dylan tarik tangan Amanda masuk ke dalam restoran miliknya. Dijamin Amanda akan sukakan semua makanan di sini. 

"Ciao ristorante."

Amanda terpegun. Ciao Ristorante ini hampir serupa dengan kediaman desa Venice dengan pemandangan taman dan tasik. Lokasi juga kehijauan sangat sesuai untuk pelbagai majlis yang istimewa. Restoran ini mempunyai ruang dan pemandangan yang berbeza. Terlalu cantik dan sempurna.

"Suka?" soal Dylan sambil pinggang Amanda dirangkul kemas.

"Sangat suka." Amanda membiarkan lelaki itu mencium kedua pipinya. Dah tepis banyak kali namun tak ada tanda Dylan akan hentikan perbuatannya.

"Saya lapar..." Tanpa sedar Amanda merengek dengan perut diusap. Gaya memang lapar sangat tu.

Dylan mernarik manja hidung kecil itu dan dibawa merapat ke meja khas untuk mereka berdua. Baru Amanda perasaan tak ada pelanggan lain selain mereka berdua. Adakah lelaki ini tempah khas untuk mereka berdua? Benarkah?

"Awak tempah untuk kita berdua?"

"Si."(Yes)

Dylan menepuk sekali tangannya, automatik pekerja penuh menghantar makanan untuk mereka berdua. Amanda tercengang. Bukan calang-calang orang boleh dapat layanan sebegini dan sebetulnya orang yang tidak cukup duit pun tak boleh makan dekat restoran mewah ini. Semua menu yang ditulis harga sangat mahal dan menakutkan Amanda.

"Saya tak cukup duitlah..." Amanda mengeluarkan beg dompetnya dan duitnya tinggal beberapa keping saja. Mana cukup. Haih...

"Awak ajelah yang makan." tolak Amanda lembut.

"Makan, Manda..." Mata dicerlung pada Amanda.

"Mangia che te fa bene."(Eat that is good for you)

Amanda buat muncung. Merah menyala mukanya kerana dicium Dylan. Bukannya pada pipi tapi di bibir. Penuh terpaksa Amanda makan makanan yang sudah tersedia di atas meja. Huluran Dylan dibiar sepi. Malu nak terima. Sesekali Dylan mengerling Amanda. Senyum manis terkutik di bibir. Comot pada bibir memberi jawapan bahawa perempuan itu sememangnya sedang lapar ketika ini.

"Suapkan aku." suruh Dylan. Kerusi diangkat duduk di sebelah Amanda.

"Awak boleh makan sendiri kan? Saya lapar, tak boleh nak fokus dekat orang lain." Amanda memberi alasan.

"Suap atau aku takkan hantar kau balik."

"Mana boleh main ugut macam tu. Kiranya awak tak ikhlas nak belanjakan saya. Tak baik kalau awak terus bersikap macam ni. Boleh jadi esok lusa saya pulak yang tak ikhlas belanjakan awak." omel Amanda panjang lebar.

Gulp!

Elok bibirnya melekat pada bibir lelaki itu. Nampak sangat tengah marah dari ciuman lelaki itu. Amanda pandang geram Dylan. Selalu ambil kesempatan! Tak suka!

"Okay, maybe it's better if I shut up." Amanda jeling tajam matanya. Lain pula bagi Dylan. Dapat rasa itu adalah jelingan manja yang begitu menggoda.

Amanda mengesot makin jauh. Decitan keluar dari bibir apabila kaki Dylan telah melilit pada kerusi miliknya. Menyekat pergerakan Amanda. Bunyi nada dering telefon pintarnya membuatkan Amanda laju angkat talian. Air liur ditelan kasar apabila nama papa tertera pada skrin telefon pintarnya.

"P...pa..."jawab Amanda tergagap-gagap.

Pandangan tajam serupa pembunuh dari Dyla tidak diambil kisah. Mengigil hebat tangan Amanda mendengar tengkingan dari talian sebelah. 

"Siapa lelaki yang berciuman dengan kau dalam restoran aku tadi?! Kau cakap dekat aku siapa lelaki tak guna tu, Cakap sekarang!" desak Encik Kamal dengan nafas yang tidak menentu mahu marahkan anak perempuannya.

Di tangannya elok pegang tali pinggang. Sedia untuk memukul anak perempuannya nanti. Dah bagi peluang belajar dalam restoran miliknya terus jadi gatal seperti ulat beluncas kan? Belum jumpa lelaki lain lagi, takut jumpa orang lain terus jadi pelacur agaknya.

"M...Ma-Manda tak kenal dia siapa, Ada orang ganggu Manda buat assignment dan lelaki itu menjadi penyelamat. Bukan Manda yang mulakan dulu, Papa tak boleh nak tuding jari dekat Manda sorang. Manda tak salah!" suara Amanda lantang menjelaskan hal sebenar. Mata berkaca dan hampir tukar warna kerana tidak tahan dituduh macam-macam. Bukan sekali benda ini berlaku. Dah banyak kali dan lelaki itu selalu mencari alasan agar dapat memukulnya. Apa salah Amanda?

"Kau nak melawan aku Manda?!" Kuat suara Encik Kamal menjerkah.

"M...Ma-Manda..."Air matanya mengalir beberapa titis. Amanda takut dengan semua ini.

"Kau dah pandai jadi anak biadap sebab lelaki tak guna tu? Kau memang tak guna Manda. Kalau aku dapat kau, nahas aku kerjakan. AKu akan pastikan kau tak boleh berjalan untuk seumur hidup kau. Kau ingat janji aku, Manda. Ingat!"

"Berapa kali Manda nak jelaskan bahawa semua ini bukan salah Manda. Manda tak ada kena mengena dengan semua ini. Kenapa papa nak pukul Manda tanpa menerima penjelasan dari Manda? Sedangkan penjelasan itu adalah kebenaran."

"Kau layak jadi pelacur aje."

Dang!

"Sampai hati papa..."

Prang!

Tak sempat nak habiskan kata, telefon miliknya telah selamat dilempar pada dinding. Pecah berderai telefonnya atas perbuatan Dylan. Berombak ganas dada Dylan mahu marahkan ayah kandung Amanda. Lelaki tua itu sungguh sedang bermain api dengannya. Jelas sekali dengar suara itu menengking dan memarahi Amanda.

"Chi ti ha chiamato? Che ti ha detto?"(Who called you? What did he say to you?) soal Dylan pura-pura tak tahu. 

"Apa awak cakap ni?" Amanda berura-ura nak bangun. Sekali rentap, kini tubuhnya duduk di atas paha Dylan.

"I have to go , it's getting late. My father will be worried."

"Perché ha chiamato te?"(Why did he call you?) soal Dylan untuk sekali lagi.

"Saya tak faham apa yang awak cakap, saya nak balik. Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak. Cukup! Cukup muncul dalam hidup saya lagi. Ini baru sikit, belum benda lain lagi papa akan lakukan pada saya." ucap Amanda sebak.

"Apa yang akan dia lakukan pada kau? Bagitahu aku."

"Siapa awak untuk tahu semua benda jadi dalam hidup saya? Penting sangat ke sampai saya nak kena bagitahu masalah yang saya hadap sekarang? Penting ke?"soal Amanda sinis.

"Aku boleh buat apa saja untuk kau dan aku sanggup membunuh kalau itu dapat bahagiakan kau." ucap lelaki itu serius. Aura gelap lelaki itu memenuhi setiap tempat ini. Amanda takut!

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status