Share

BAB 3

Author: Asterly
last update Last Updated: 2021-07-25 12:38:47

Bab 3

MAJLIS atau apa-apa sahaja keadaan di mana orang ramai berkumpul, masih cuba dijauhi sebaik mungkin. Hanya disebabkan majlis ini berkaitan Abang Amran sahaja yang menyebabkan dia hadir walaupun hatinya berat. 

Riya, adik kepada Kak Rina sedang tersenyum di atas pelamin. Mata yang terpancar cahaya kegembiraan itu bertemu dengan pasangannya. Terpancar cahaya cinta dari pandangan itu.

Qistina mengeluh perlahan. Satu masa dahulu, dia juga melihat impian yang sama. Hidup bahagia bersama lelaki yang akan menyempurnakan dia. 

"Khayal tentang apa tu?" 

Suara garau Abang Amran menyentak Qistina keluar dari rentetan fikiran yang sedang berlari di mindanya.

"Tak ada apa. Qis hanya berdoa agar Riya bahagia." Dia cuma menayang senyum. Alas meja tempat makan itu digulung-gulung, mahu melarikan pandangan dari bertemu dengan mata coklat milik Abang Amran.

"Qis pun boleh berbahagia seperti dia." Suara itu lembut menegur.

Qistina mengeluh perlahan. Tudung yang tersarung di kepala itu dibetulkan.  "Dia dah buat hati ni tak percaya kepada kebahagian yang akhirnya membawa kepada penderitaan tanpa penghujung." Jarinya memegang cawan berisi air panas sehingga ia menghangatkan tangannya. Air dicicip perlahan.

"Abang pun dah hidup bahagia Qis. Ada Kak Rina  dan anak yang bernama Shayra."

Mendengar nama itu selepas lima tahun membuat jiwa Qistina bergolak. Nama itu pernah menjadi identiti seorang Qistina.  Lantas dia cuba melihat sekeliling, mencari anak kecil yang bernama Shayra itu. 

Dia tersenyum sendiri ketika pandangannya bertemu dengan apa yang dicari. Keletah anak kecil itu menghiburkan hati Qistina. Tawa Shayra berbunyi ketika Kak Rina mengagahnya.

"Berapa bulan dah anak Abang Am tu?" Pandangannya masih terpaku kepada anak kecil yang didukung Kak Rina.

"Nama dia Shayra, Qis." Amran memandang anaknya.  Dia juga takut mahu melangkah ke hadapan. Masa silam seorang Amran itu hitam dan dipayungi musuh. Rina berjaya meyakinkan dia, tidak guna hidup dalam bayangan masa silam. 

"Kau kena berjalan ke hadapan Qis. Bukan berhenti terus. Lagipun, dia dah mati." Amran menyentuh tangan gadis yang dia selamatkan lima tahun dahulu.

"Qis tahu. Kita sama-sama lihat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu dikapankan dan dimasukkan ke liang lahat." Tangan dikepal menjadi penumbuk. Dadanya turun naik bersama api kemarahan yang sedang mendidih.

"Jika dia dah mati, kenapa kena guna nama Qis? Bukan nama asal?" Mata Abang Am direnung. 

"Sebab abang nak kau selamat. Walaupun dia dah mati, kuncu-kuncu dia masih ada. " Jawapan yang pernah dia berikan itu diulang. Itu permintaan dari pihak berkuasa di Itali. Mereka mahu satu-satunya orang yang mempunyai maklumat tentang kumpulan Alqard hidup.

"Qis kena hidup macam perlarian. Sentiasa kena perhati kawasan sekeliling. Satu keputusan salah ayah bawa Qis ke sini. Dari Shayra jadi Qistina." Suara Qistina mula mengendur. Dia penat hidup dalam bayangan nama Qistina. Memang dia bebas, tetapi ada rantai halimunan yang sedang merantai kakinya.

"Dia mati dengan membawa kunci kebebasan Qis sekali. Setiap detik Qis harus berhati-hati, perhati sekeliling.  Nama Shayra yang pernah jadi identiti Qis harus dilupakan seperti ia tak pernah wujud." Suara Qistina keluar dari celahan giginya. Air mata yang hampir jatuh dari kelopak mata itu diseka dengan kasar. Dia tidak mahu sesiapa pun melihat dia seperti dahulu, wanita yang lemah.

"Abang Am nak Qis selamat. Salah ke? Selain Qis abang juga tiada sesiapa lagi di dunia ni sebelum kehadiran Kak Rina. Abang juga nak adik abang gembira." Amran meletakkan tangannya di atas kepala Qistina yang berlapik dengan tudung.

Qistina atau Shayra, orangnya tetap sama. Selain penampilan yang kelihatan berbeza, namanya juga turut berubah. Rambut hitamnya sudah ditutup dengan tudung, mata birunya pula dibayangi dengan kanta lekap hitam dan cermin mata yang tidak punya kuasa.  Badannya kurus dahulu sudah semakin berisi dan sedikit tegap akibat latihan mempertahankan diri yang dia amalkan. Akhir sekali, kulit kemerah-merahannya sudah berubah menjadi sedikit gelap akibat perubahan cuaca. 

"Satu lagi, si Ram tu cakap Qis nak berlatih dengan peninju lelaki. Kenapa?" Kedua belah kening dijongket.

Mata Qis membutang. Aduh, Ram ni memang spesis mulut koyak. Ketika permintaan itu dia sampaikan, sudah dia nyatakan, Abang Amran tidak harus tahu. Sesi latihan selepas ni, Ram tu  bakal menjadi mangsa latihannya.

"Ma... mana ada. Ram  ni buat cerita." 

Amran tergeleng. Qistina masih pergi ke pusat latihan kickboxing itu walaupun dia nyatakan latihan sudah tamat. Qistina harus belajar hidup dalam masa kini dan melepaskan masa silam. Oleh itu, dia harus lebih meluangkan masa dengan kawan-kawan, selayak gadis seusia dengannya

Renungan tajam Amran sudah cukup sebagai isyarat yang dia tahu perkara sebenar.

"Sebab lawan Qis lelaki yang kuat, bukan perempuan."

"Bukan ke abang kata Qis tak perlu lagi pergi sana? Qis tak perlu pertahan diri dari sesiapa. Dia dah mati." Amran berdesis.

"Tapi masih ada ramai lelaki macam dia dalam dunia dan Qis tak mahu ada lagi mangsa seperti Shayra." Qistina sudah berdiri, menghadap tubuh tinggi lampai Amran. Kedua-duanya menghela nafas panas.

"Kenapa adik dan abang ni? Gaduh lagi?"

Terkejut Qistina dengan soalan Kak Rina. Bila pula wanita itu menghampiri mereka?

"Abang dah penat nasihat Qis. Berbuih mulut.  Mana tahu Rina boleh tembus dinding yang dia bina sendiri."

"Kakak ini mungkin bukan kakak ipar Qis. Tapi boleh dengar tak nasihat kakak?" Rina meminta Amran mendukung bayi mereka dengan isyarat mata. 

"Kakak tahu masa silam kamu berdua. Kedua-duanya hitam. Qis juga terluka seperti Amran." Rina mengenggam tangan Qistina.

"Cuba buka sekali hati Qis. Terima masa ini sebagai hadiah, bukan hukuman. Baru Qis akan nampak keindahannya." Kak Rina kemudiannya berlalu pergi bersama abang Amran.

Kata-kata Kak Rina tadi kembali berbunyi di pendengaran Qis. Dia tahu, bukan semua lelaki itu jahat. Abang Am contoh terbaik. Tanpa lelaki itu, mungkin dia juga mati malam itu di Sicily. Sedang dia melayan perasaan, terasa kakinya dipegang seseorang.

"Ibu. Kenapa ibu tinggalkan Aisy?"  Seorang anak kecil, mungkin sekitar usia empat tahun memeluk kaki Qistina sambil menangis.

"Ibu? Anak salah orang ni." Perlahan Qistina berlutut. Rambut anak kecil itu disentuh. Pipi gebu itu dielus lembut.

Mata bundar itu masih memandang Qistina. Tanpa sebarang amaran, anak yang memanggil dirinya sebagai Aisy terus memeluk Qistina dengan erat. "Ibu jangan cakap macam tu. Aisy rindu ibu." Tudung hijau yang tersarung di kepala itu mula basah dengan tangisan kanak-kanak lelaki itu.

Anak siapa pula yang panggil dia ibu ni? Qistina mendukung anak itu dan matanya melihat sekeliling. Dia cuba mencari sesiapa yang kelihatan gusar. 

"Aisy nak ibu." Pelukan anak itu bertambah erat.

Qistina semakin resah. Tak pasal-pasal nanti dia pula kena tuduh sebagai penculik budak. Mampus.

Laju dia berjalan menunjuk ke kotak deejay. Dia mahu mereka membuat pengumuman tentang anak yang hilang.

"Maaf semua. Jika ada sesiapa yang kehilangan anak, sila datang ke booth deejay." Lelaki yang membuat pengumuman itu menunjuk isyarat ibu jari.

Demi menghiburkan anak kecil itu, dia mula menyanyikan lagu yang sering dia lagukan di tadika. 

"Twinkle, twinkle little star."

Anak kecil yang menangis tadi sudah mula mengorak senyum kecil. Kepalanya mengikut rentak lagi, bergerak ke kiri dan kanan.

"Aisy. Puas daddy cari." Suara garau seorang lelaki yang tersulam rasa risau kedengaran dari belakang Qistina.

"Bagaimana encik boleh jadi cuai? Kesalahan yang kecil ni boleh buat encik kehilangan anak ni terus," tempelak Qistina. Entah apa yang merasuknya sehingga dia hilang kesabaran. Turun naik dadanya menahan amarah yang sedang bertiup di hati.

"Apa hak awak nak marah saya?" Lelaki yang memakai baju kemeja biru berlengan pendek itu mendekati Qistina. 

"Daddy. Jangan marah ibu. Nanti ibu lari lagi." Anak kecil itu berlari dan memeluk kaki lelaki yang sedang merenung Qistina dengan tajam.

"Aisy." Wajah lelaki yang yang marah tadi terus berubah riak. Tiada walau satu bayangan di raut wajah lelaki berkulit sawo matang itu yang dia sedang marah.

"Daddy kan minta tunggu sekejap kat luar pintu toilet. Kenapa Aisy lari?" 

Dahi Qistina berkerut. 

"Aisy nampak ibu." Jari anak kecil itu menunjuk ke arah Qistina.

"Daddy kan dah bagitau pasal ibu."

"Jadi aunty ni bukan ibu?" Bibir anak kecil itu bergetar.

"Ibu Aisy..." Lelaki itu menunjuk langit. Seketika kemudian dia mengangkat kepala.

"Isteri saya meninggal enam bulan lalu. Sejak tu Aisy suka panggil..."

Qistina mengangkat tangan. "Saya minta maaf. Saya tak patut marah tadi." Sebatang pen dikeluarkan daripada beg tangan bersama sekeping kertas yang dikoyakkan dari buku nota kecil yang sentiasa dia simpan di dalam beg.

"Encik pernah hantar dia ke tadika?"

Lelaki itu menggeleng.

"Dia baru nak masuk tadika ketika tu. Saya pula terlalu sibuk."

"Saya mengajar di sebuah tadika berdekatan. Aisy ni perlukan kawan. Mungkin kesedihan tu tak akan pergi tapi dia akan dapat biasakan siri. Who knows." Kertas yang siap tertulis nama dan nombor telefon tadika tempat dia bekerja itu bertukar tangan.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   bab 21

    Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 20

    BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 19

    BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 18

    BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 17

    Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 16

    Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status