Share

BAB 2

LIMA TAHUN SELEPAS ITU.

SETIAP satu wajah polos itu ditenung sebelum dia kembali mengukir senyum. Helaian kisah donggeng  si gadis berhud merah itu diselak. 

Topeng serigala diletak di hadapan wajah. "Ohh, lihatlah betapa tajamnya gigiku." 

"Takutnya cikgu." Ben bersuara.

"Kenapa?" Soal Qistina. Topeng serigala itu dialihkan dari wajah. Kening sudah bertaut di tengah. 

"Serigala tu gigi tajam. Nanti dia makan red riding hood tu?" Anak kecil sekitar usia lima tahun itu bersuara menyampaikan pendapat.

Senyum yang hampir terukir di wajah itu hilang sekelip mata. Mahu sahaja dia khabarkan ada makhluk yang lebih menakutkan daripada serigala yang bergigi tajam itu. Giginya tersusun cantik dan kukunya tidak setajam kuku mana-mana binatang liar. Makhluk yang dikatakan itu berakal dan sangat pandai menyembunyikan kejahatannya. Makhluk yang bergelar manusia.

"Kita tak perlu takut dengan makhluk selain Allah S.W.T," jawab Qistina penuh yakin. Itulah yang dia selalu kata kepada dirinya sendiri ketika ketakutan datang mengetuk mimpi.

"Hati kita ni perlu diingatkan dengan perkara yang sama. Setiap hari." Rambut anak bernama Ben itu diusap lembut. 

"Kau ni Ben, suka menyampuk. Tunggulah habis cerita." Seorang anak kecil bernama Salina pula menegur dengan wajah yang masam. 

Guru yang bertudung merah abu itu tersenyum. Hatinya gembira melihat keletah anak kecil yang tidak nampak kejahatan dunia nyata.

Hari jumaat memang dinanti anak-anak itu kerana  hari itu dipenuhi dengan aktiviti di luar kelas seperti bercucuk tanam. Aktiviti wajib hari jumaat pula, kelas bercerita seperti yang sedang berjalan. Pencerita yang paling disukai anak-anak adalah cikgu Qistina yang gemar menukar intonasi dan membuat pelbagai gaya.

"Baik. Semua diam. Nanti cikgu jawab soalan. Sekarang beri peluang cikgu habiskan, ya?" Cerita lagenda itu disambung semula dengan aksi yang membuat anak-anak kecil itu mendengar tanpa mengelip mata, tertawan. 

Anak-anak itu kemudiannya berdiri di hadapan pintu menanti ahli keluarga atau van yang akan membawa mereka pulang. Satu demi satu mengucup pipi Qistina sebelum melambai bersama titipan ucapan janji untuk bertemu isnin hadapan.

"Ben, ibu kata Pak Cik Syam ambil kamu. Tadi dia telefon cikgu Diana." Wanita separuh abad itu bersuara. Dia pemilik tadika tempat Qistina mengajar. Sempat lagi wanita itu mengenyit mata kepada Qistina sebelum berlalu ke ruang dapur. Kelas petang akan bermula pada jam 2.30. Dia harus memastikan semuanya bersih dan kemas.

Qistina sekadar menggeleng. Faham sangat usikan Diana. Pak cik anak muridnya itu selalu sahaja mengambil kesempatan mahu berjanji temu sekiranya datang mengambil Ben. 

"Mesti dia beli bunga untuk kau, Qis." Sempat lagi Diana mengusik. 

Nasib si Ben sedang asyik menyuap makanan ke dalam mulut.  "Sedapnnya cikgu Qis masak," puji Ben. Berselera betul dia makan.

"Kau ni Di." Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Tiba-tiba kenangan lama datang mengetuk kotak memori.

Walaupun jurang usia mereka jauh, dia lebih selesa memanggil wanita itu dengan nama. Malahan itu yg diminta oleh Diana. Wanita yang masih bujang itu  tertawa kecil.

"Habis, nak jadi macam aku? Pilih punya pilih... last-last dapat pangkat special. Andartu."

"Kau lain Di. Isu kau bukan sebab pilih tapi."

Diana melepaskan keluhan kecil. "Ya, aku tak boleh ada anak lepas accident tu. Tunang aku meninggal, aku pulak jadi incomplete gini." Itu antara sebab dia membuka perniagaan ini. Sekurang-kurangnya dia dapat mendekatkan diri dengan anak-anak kecil. Anak yang tak mungkin hadir dalam hidupnya selepas satu kemalangan ngeri.

"Kes kau pasal kau tak dapat nak kikis cinta pertama tu dari hati. Lupakan dia, Qis. Dia dah cukup lukakan kau dengan pengkhianatan tu."

"Seminggu, sebulan atau mungkin bertahun-tahun lama, bukan tempoh itu menentukan darjah cinta aku kepada dia. Yang penting, dia lelaki pertama yang ajar aku erti cinta dan yang pertama menetap di hati," balas Qistina. Ini bukan kali pertama Diana cuba menasihati dia agar memberi peluang kepada hati untuk belajar untuk bercinta kembali. Walaupun selepas itu cinta itu menjadi sebab dia menderita di dalam kesunyian malam.

"Kau masih cintakan dia?" Soal Diana seketika kemudian.

"Tak. Namanya sudah lama terpadam. Tetapi kenangan yg masih mengikat hati aku. Hati ni takut mengingatkan kesan cinta itu sendiri. Cukuplah cinta sedetik itu untuk aku habislan usia ini tanpanya lagi." Qistina cuba mengorak senyum tetapi tekaknya sendiri terasa pahit. 

"Lagipun, aku ada kau dan anak-anak ni. Cukuplah."

"Kan aku bagitau tu mat romeo bawak bunga untuk kau."  Sempat Diana menjeling pintu pagar yang dikunci. Tubuh pak cik Ben sudah tercongok di situ dengan senyum manis.

Qistina menepuk dahi. Bahasa lembut sudah. Pernah juga dia memaki lelaki itu ketika dia menolak ajakan makan malam bersama. "Kena cakap bahasa Jerman ke?"

Diana dan Kalthom, seorang lagi guru tertawa di belakang Qistina yang berjalan dengan wajah masam mencuka. Kemarahan Qistina sudah sampai ke kemuncak.

"Ni bunga untuk Cikgu Qis yang comel." Lelaki itu tersenyum lebar. Cermin mata hitam yang tersangkut di pangkal hidung itu dibuka.  Anak saudara yang dijemput pulang digesa masuk ke dalam kereta. 

Qis memejam mata buat seketika. Jarinya memicit dahi. Seketika kemudian dia menjegilkan mata. Bunga yang dihulur oleh Syam itu diambil sebelum dia membuangnya ke dalam tong sampah. "Awak nak keluar makan dengan mak Annabelle?" Matanya dijegilkan. Ikut hati mahu dia makan hidup-hidup lelaki itu.

"Kalau mak Annabelle tu cantik macam cikgu Qis, tak salah pun." Jawapan acuh tak acuh lelaki itu membuat Qistina bertambah marah.

Qistina menjerit kegeraman. Mahu sahaja dia tumbuk wajah lelaki itu sehingga giginya berterabur jatuh ke tanah.

"Beginilah Encik Syam, kalau awak berjaya angkat kereta ni, saya keluar dengan awak." Kedua belah tangan dilipat kemas ke dada. Tapak kaki mengetuk jalan tar hitam. 

Pak cik kepada Ben itu mula menggaru kepala. 

"Kereta ni?" Soalnya.

Qistina mengangguk laju. Dia tahu melainkan lelaki berambut hitam itu mempunyai kuasa seperti adiwira yang ditonton di kaca televisyen, perkara itu adalah mustahil. 

"Pak su, jom balik. Nanti ibu bising." Ben mula menjerit dari dalam kereta.

"Balik nanti saya berlatih. Tapi Cik Qistina jangan pula mungkir janji." Lelaki itu lekas-lekas memasuki perut kereta sebelum mengenyit mata.

Qistina menggeleng. Lelaki itu memang tidak akan mengaku kalah. Langkah diayun laju menunjuk masuk ke dalam pejabat. Baju kurung dan tudung merah abu itu ditukar kepada t shirt hitam dan seluar panjang. Tudung berbunga disarung.

"Kau nak gi kelas kickboxing tu." Teguran Diana menghentikan langkah Qistina. Kelas itu dia ikuti sejak dua tahun yang  lalu. 

"Kan kau tahu." Bahu diangkat. Beg sudah disandang. Dia sudah memasukkan kunci ke dalam  pencucuh. Motor itu sahaja alat pengangkutan yang dia ada.

"Kau lupa?" Dahi Kalthom sudah berkerut.

"Lupa apa?" 

Mata Qistina kembali terpejam. Malam ini ada majlis berinai bagi Riya, adik ipar abang Amran. Sudah berkali-kali kak Rina meminta dia berjanji. 

"Cakap kat Kak Rina, aku datang sok. Hari ni aku kena lepaskan geram kat punching beg tu." 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status