Bab 4
WAJAH Aisy yang sedang diulit lena itu dipandang. Hanya anak itu tinggal sebagai kenangan daripada Marissa yang meninggal enam bulan lalu.
Kehidupan seorang Eijaz berbeza sekali sebelum kehadiran Marissa. Wanita itu membuat hati yang kosong dan dipenuhi kegelapan itu mula belajar menyintai orang lain selain diri sendiri.
Cinta Marissa menarik dia keluar dari kegelapan. Awalnya, banyak dugaan yang menghalang. Dia mahu berputus asa. Tetapi wajah Marissa berjaya membuat dia berjalan ke hadapan tanpa memandang ke belakang.
Dunia gelap itu sudah lama hilang dan menjadi kisah silam. Oleh itu, dia mula bekerja keras demi untuk membahagiakan Marissa yang sanggup hidup bersama dengan dia.
Flashback
Sebut sahaja E, semua kenal. Kerjanya memukul dan demi duit dia sanggup buat apa sahaja.
Sehingga dia diberi gambar Marissa. Gadis itu harus diugut agar menarik kembali laporan polis yang dibuat terhadap seorang anak ketua gangster yang sering mengusik Marissa.
Wajah dan tutur kata Marissa bersahaja dan lembut. Tugas itu kelihatan mudah. Senang sahaja takutkan gadis yang mempunyai wajah selembut Marissa.
Selepas seminggu memerhati jadual gadis itu, dia akhirnya mengambil tindakan. Dia menanti kepulangan gadis itu dari kerja di laluan yang biasa Marissa guna.
Pisau diacu. "Kau tarik balik laporan polis tu," amaran diberi. Eijaz pelik. Tubuh gadis itu langsung tidak menggigil bahkan dia berani berlawan pandangan dengannnya.
"Suruh dia sampaikan amaran tu sendiri. Tak perlu hantar anjingnya."
Hari kedua juga sama tetapi kali ini Eijaz memberi amaran akan melukakan ahli keluarga gadis itu jika arahan tidak dituruti.
"Sampai bila kekuatan badan ni akan menyokong awak? Satu hari nanti ia akan hilang. Ketika itu awak nak takutkan orang dengan apa?"
Marissa menggeleng. Tubuh Eijaz didekati.
"Saya tak takut dengan awak. Kepala saya ni hanya akan tunduk kepada satu kuasa." Jari Marissa tegak menunjuk langit.
"DIA yang duduk di ARASY-NYA. ALLAH."
Eijaz tergamam. Buat pertama kali lidahnya kelu dan takut akan keberanian yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Selepas itu Eijaz Arham menjadi pelindung kepada Marissa. Cinta pula mula berputik saat Marissa setuju untuk menjadi kawan dan mengajarnya ilmu agama.
Sedikit demi sedikit, dunia hitam itu ditinggalkan dan dia melangkah masuk ke dunia Marissa.
Ya, keluarga Marissa tidak bersetuju. Tentangan demi tentangan disuarakan sehingga dia hampir berputus asa.
Demi membuktikan yang dia sudah berubah, sebuah perniagaan dimulakan secara kecil-kecilan. Dari memukul di pula dipukul. Iman senipis kulit bawang hampir membawa dia kembali ke jalan yang dia tinggalkan. Namun, Marissa tetap berdiri teguh bersama dengan mengatakan bahawa masa susah itu akan berlalu juga.
Tetapi selepas kelahiran Aisy segalanya berubah. Mungkin juga disebabkan perniagaan yang dia mulakan secara kecil-kecilan semakin berjaya dan nama seorang Eijaz Arham semakin dikenali di dalam dunia perniagaan.
Perniagaan menjual baju yang bermula dari rumah itu akhirnya menjadi besar dan dia kini sudah menjadi pemilik kepada beberapa buah butik pakaian.
Semuanya disebabkan keyakinan Marissa. Namun, kebahagiaan yang baru dikecapi itu bagaikan dicemburui pula. Marissa meninggal ketika dia menghampiri puncak kejayaan.
Flashback tamat.
Disebabkan kenangan Marissa yang menjerut di rumah lama itu, dia berpindah ke sini. Tempat baru yang mungkin akan merubah dia dan Aisy. Tempat ini mungkin akan menghadirkan memori baru menghentikan memori bersama Marissa itu.
Wajah wanita yang menempelaknya seminggu yang lalu kembali terbayang di hadapan mata. Selepas beberapa lama baru Aisy bertindak seperti itu, memanggil wanita lain sebagai ibu. Hati seorang bapa menangis. Namun, dia harus kuat demi anak tunggalnya itu.
Kad yang tertulis nombor telefon itu dipandang dan dipusing-pusing dengan ibu jari. Ketakutan mula mencengkam jiwa. Pelbagai persoalan mula timbul. Mampukah Aisy belajar di sana? Aisy memang perlukan teman, itu dia tahu.
Lantas dia mendial nombor yang tertera.
"Selamat petang, tadika Lovely Lily. Apa boleh saya bantu tuan?" Suara seorang gadis menyambut talian.
Eijaz berdehem. Tugasan begini selalunya dilakukan oleh Marissa. "Hmm... nombor ini diberi oleh seorang gadis kepada saya. Katanya boleh daftar anak saya di sana." Dahi Eijaz berpeluh. Sukar sekali dia menuturkan bicara yang mudah.
"Boleh sahaja, tadika kami ada sessi pagi dan petang. Tuan mahu daftar untuk sessi yang mana?" Terdengar bunyi buku dibuka dan kertas diselak.
Rambut yang tidak gatal itu digaru. Siling rumah dipandang sambil dia memaki diri di dalam hati. Lupa pula dia mahu menanya nama wanita yang menegurnya tempoh hari.
"Ada seorang cikgu. Dia kenal anak saya. Aisy."
"Ohhh, tuan ya? Ayah Aisy. Nama saya Qistina. Saya ajar kedua-dua sessi tuan. Tetapi hari jumaat saya ajar sessi pagi sahaja."
"Pagi. Saya mahu sessi pagi. Bila saya boleh hantar dia?" Eijaz menarik nafas lega. Wanita yang dikenali ketika majlis perkahwinan itu berjaya menenangkan Aisy tanpa sebarang drama tempoh hari. Itu petanda yang baik buat Eijaz.
"Bulan ni pun dah nak sampai ke akhirnya. Saya rasa lebih baik tuan hantar awal bulan hadapan, boleh? Nanti saya hantar butir bayaran pendaftaran dan juga bayaran bulanan ke telefon tuan."
Nombor telefon diberi dan Eijaz menarik nafas lega. Seminggu lagi Aisy akan belajar di tempat baru.
HARI yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Aisy agak sedih pagi itu kerana terpaksa berpisah dengan ayahnya. Sejak enam bulan lalu, dia terlalu bergantung kepada Eijaz.
"Daddy nak pergi kerja, Aisy. Habis kelas nanti daddy ambil dan kita makan di luar. Selepas tu Aisy boleh duduk di pejabat. Boleh?" Bukan sekali dia memujuk anak kecil itu. Perkara yang sama diulang-ulang sejak mereka keluar meninggalkan rumah awal pagi tadi. Kelas bermula seawal jam lapan pagi dan sekarang sudah lapan lima belas minit. Hari pertama dan Aisy lewat.
Aplikasi di peta menunjukkan jalan untuk ke tadika yang bakal menjadi tempat Aisy belajar. Eijaz menarik nafas lega tatkala dia terlihat pintu pagar hitam. Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pintu pagar.
Aisy yang sudah mencebik itu didukung keluar dari kereta dan diturunkan seketika kemudian.
"Jangan macam ni sayang. Daddy susah hati nanti."
"Tak apa, tuan. Ini perkara biasa." Suara lembut suara gadis menegurnya dari belakang. Eijaz yang masih berlutut berpaling.
"Aunty!" teriak Aisy dan meluru kepada gadis yang masih mengukir senyum itu.
"Kenapa daddy tak cakap nak jumpa aunty?" soal Aisy dalam sisa tangisannya.
Qistina segera mengelap air mata yang jatuh menuruni pipi anak kecil yang dia kenali sebagai Aisy itu.
"Encik boleh jumpa Puan Diana dan selesaikan formaliti."
Hidung Aisy dicuit sebelum Qistina menyambung bicara. "Aisy pun akan dapat baju baru, tau. Macam kawan-kawan lain. Nak?"
Eijaz menarik nafas lega selepas Aisy mengikut langkah Qistina tanpa dipaksa lagi.
Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per
BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p
BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me
BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha
Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.
Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng