Share

Bab 5

   “It sure is a relief about Maisara. Saya yakin ini situasi yang sangat sukar untuk dia tapi dia sangat tabah orangnya” Tiara ramah bercerita kepada Elisa yang sedang membawa troli untuk menyusun segala barang keperluan perubatan. Elisa mengangguk mengiyakan bicara Tiara.

   “Tunjukkan pada saya bila awak dah siap menulis nurse’s record” Elisa mengarah Tiara memandangkan dia ketua jururawat di bahagian ini. Elisa kembali menjalnkan tugasnya yang tergendala tadi.

   “Lah, tisu dah habis pulak” Elisa segera mengambil bekas yang sepatutnya berisi tisu itu.

   “Biar saya ambilkan” Tiara menawarkan diri untuk membantu Elisa. Dia segera berlari menuju ke stor penyimpanan barang.

🤍🤍🤍

Tiara terpaksa memanjat kerusi untuk mengambil tisu yang diletakkan di rak yang agak tinggi. Tisu itu di ambil dan dia segera turun dari kerusi itu. Saat dia mahu menyimpan kerusi itu dia terlihat tisu yang pernah Maisara berikan padanya terkoyakk seperti ada seseorang yang baru sahaja menggunakannya kerana hari itu Maisaara telah menampal tisu itu dengan sedikit selotep.Tiara sudah rasa tidak sedap hati sudahlah hari dah menginjak pukul 7 malam. Tiara segera berlari menuju ke sesuatu tempat. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada Maisara.

🤍🤍🤍

   Doktor Aidan yang baru sahaja keluar dari bilik air itu terlihat kelibat Tiara di dalam store yang sedang memegang segulung tisu dengan riak wajah yang cemas.

   “She’s actually…”

   “Apahal kau ni?” Doktor Aidan menyoal Tiara. Tiba-tiba Tiara berlari dan mencampakkan tisu itu ke bawah. Doktor Aidan bingung seketika

🤍🤍🤍

   Tiara memasuki wad yang diduduki Maisara, tirai yang tertutup itu dibuka dengan pantas.

   “Kenapa Kak Tiara?” Nana yang duduk di katil sebelah menyoal. Tiara segera menggelengkan kepala kepada Nana dan menyuruh anak kecil itu tidur kembali. Tiara segera berlari keluar untuk mencari keberadaan Maisara kerana anak kecil itu tidak berada di dalam wadnya. Tiara memasuki bahagian pediatrik.

   “Jumpa tak?” Elisa menyoal dengan nada risau.

   “Dia takde dalam wad, dalam bilik air pun takde” Tiara membalas dengan nada tersekat-sekat kerana kepenatan.

   “Aku dah hubungi security dan meminta bantuan dari staff lain.”

   “Saya akan mencari dia lagi sekali!” Tiara kembali berlari untuk mencari Maisara. Aiman juga turut membantunya.

🤍🤍🤍

BUK!

Tiara menghentikan langkah sebaik sahaja mendengar bunyi besi yang berhampiran dengannya. Dia segera menuju ke arah bunyi itu dengan langkah laju. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Maisara yang sedang memanjat pagar balkoni yang berada di tingkat atas bangunan.

   “Maisara!” Tiara segera menuju ke arah Maisara dengan riak wajah yang jelas cemas. Wajah Maisara sembab seperti baru lepas menangis.

   “Sara… jom ikut akak balik bilik. Turun dari besi tu sayang” Tiara memujuk Maisara.

   “ Jangan dekat!” Maisara menjerit dan menghalang Tiara mendekatinya. Maisara memanjat pagar itu lagi.

   “Turun dari situ!” Tiara memohon sekali lagi. Dia takut jika dia mendekatkan diri Maisara akan terjun ke bawah. Maisara memandang ke bawah dan dia mula merasa ketakutan.

   “Saya selalu menyusahkan semua orang. Tak boleh keluar hospital, ta,k boleh pergi se,kolah. Kosnya bukan murah! Ini semua sebab saya” Maisara meluahkan rasa yang dipendam selama ini.

   “Itu bukan salah awak Sara” Tiara membalas.

   “Awak tak pernah salah apa-apa pun tolonglah jangan berfikir macam tu” Tiara menyambung bicara lagi. Dia sudah rasa sebak saat ini.,

    “Akak minta maaf Sara… haritu awak tenangkan segala kesedihan akak tapi bila awak bersedih akak tak menyedarinya. Maafkan akak” Tiara sudah teresak-esak ketika mengatakannya.

   “Tell me anything. I’ll listen, so”

Tiara menghulurkan tangannya kepada Maisara membantu dia untuk turun dari palang besi itu. Maisara tersenyum dalam tangisan dan memandang ke arah Tiara. Disat dia mahu menyambut tangan Tiara kakinya tergelicir dan dia hanya berpaut pada tangan Tiara. Mereka berdua panik. Maisara sudah menangis kerana ketakutan. Tangannya sudah tidak mampu berpaut lagi, dia mencuba sedaya upaya namun semuanya gagal.

   “Tolong!!” Tiara menjerit sekuat hati kerana mereka berdua sudah tidaak mampu bertahan lagi. Semoga ada orang yang mendengar dan membatu mereka saat ini. Tiara menjerit meminta tolong sekali lagi dengan suara yang sehabis kuat. Tiba- tiba ada suatu tangan yang menarik tangannya yang sedang menahan Maisara dari terjatuh, dengan adanya bantuan dari orang itu kemungkinan mereka dapat menaikkan tubuh Maisara dari jatuh.

   “Bertahan sedikit lagi” Doktor Aidan memberi arahan.

   “Tarik bersama” Dengan sekuat tenaga Doktor Aidan dan Tiara menarik tangan Maisara. Dan akhirnya mereka berjaya…

🤍🤍🤍

Maisara menangis dan segera memeluk tubuh Tiara, Tiara membalas pelukan tersebut dan mengusap belakang badan Maisara. Doktor Humaira dan Aiman segera menuju ,ke arah mereka dengan membawa kerusi roda dan sehelai selimut.

   “Alhamdulillah awak selamat. Saya bersyukur sangat-sangat” Doktor Humaira berkata dan segera meletakkan selimut di belakang badan Maisara. Mereka segera mengangkat tubuh Maisara dan diletakkan di atas kerusi roda dan dibawa masuk ke dalam hospital. Tiara terduduk di tepi dinding, dia menarik nafas lega.

   “Saya sangkakan dah tiada harapan. Saya bersyukur sebab Doktor cepat datang. Terima kasih banyak-banyak” Tiara berkata kepada Doktor Aidan yang sedang berdiri memandang pemandangan keindahan bandaraya Kuala Lumpur.

   “If I… had to say just one good thing about you,it’s that you take action right away” Doktor Aidan memuji walaupun waktu itu mukanya kelihatan agak poyo. Tiara memandang Doktor Aidan tidak percaya. Siapa sahajalah yang tidak terkejut apabila si devil yang jarang memuji orang tiba-tiba memujinya.

   “Kau lakukan perkara yang sama macam dulu. Pada waktu petang, 6 tahun lepas dekat Taman perumahan orkid. Budak sekolah yang menjerit mintak tolong dengan suara yang kuat sangat” Doktor Aidan menyambung bicara tanpa melihat ke arah Tiara. Tiara masih kaget dan tak mampu berbicara apa-apa kerana lidahnya kelu.

   “Mak cik tu dah selamat tapi muka kau masih lagi risau sampaikan kau tak lepas memaandang ke arah ambulan. Kau tak pernah berubah sejak tu” Doktor Aidan melangkah sebaik sahaja menghabiskan bicaranya.

   “Haritu…” Tiara bangun dari duduk dan menghalang Doktor Aidan dari melangkah.

   “Saya jumpa masa depan saya. I have nothing, what will I do when I graduate? I wasn’t thinking of anything but I found my path. . The path I go down with you, I want to help somebody. That… is my dream now” Tiara segera memberitahu prinsip yang sebenarnya dia mahu menjadi seorang jururawat.

   “Saya akan tetap dengan prinsip ni dan kejar impian saya”

Doktor Aidan mengeluh perlahan.

   “Hey, tak payah nak buat muka macam tu” Doktor Aidan menegur Tiara kerana riak wajahnya yang seakan hendak menangis itu. Tiara segera mengelap wajahnya dengan tangan.

   “Ikut suka kaulah nak cakap apa pun sebab itu hak kau. But for now you’re a complete rookie that only gets in the way like a rock.” Doktor Aidan segera ingin berlalu dari situ namun Tiara mengejar langkahnya.

   “I know I’m going to…”

   “Dengar sini Tiara! Just because you noticed a change in one patient, don’t think…”

   “Tiara?” Tiara menyoal tidak percaya dan memotong percakapan Doktor Aidan.

   “Doktor Aidan panggil nama saya?” Tiara sudah mula rasa teruja. Doktor Aidan segera meninggalkan Tiara yang sudah mula menggedik itu.

   “Doktor Aidan sebut nama aku!”

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status