Share

Bab 8

   “Assalamualaikum” Tiara memberi salam, namun tiada sesiapa yang berada dalam ruangan para Doktor itu. Tiara segera memasuki bilik itu dengan membawa sebungkus plastik yang berisi Dorayaki. Dia pergi ke meja Doktor Aidan dan meletakkan plastik itu di atas meja. Matanya terlihat sekeping foto yang melekat di atas meja, wajah Doktor Aidan kelihatan sangat gembira saat itu dan disampingnya ada seorang gadis yang tersenyum manis. Dari cara pemakaian mereka seperti di zaman universiti.

   “Aku akan panggil security” Doktor Aidan berkata dari arah pintu, Tiara tersentak dan segera menoleh kebelakang.

   “Kau datang sini nak mencuri barang-barang aku ke?” Doktr Aidan menyoal sambil bercekak pinggang.

   “Ya! Saya datang untuk curi hati awak yang sadis tu” Tiara berkata dengan ceria dan membuat gaya mini heart kepada Doktor Aidan. Doktor Aidan menjeling dan berjalan ke arah tempat minuman.

   “Saya gurau je” Tiara menyambung bicara lagi.

   “What ever” Doktor Aidan buat tidak endah.

   “Yelah, awak bukannya sadis tapi terlalu dingin. Saya minta maaf sebab buat hal masa ambil darah tadi” Habis sahaja memohon maaf Tiara segera ingin berlalu dari bilik itu.

   “Hariz, dia dah dapat selera balik kan?” Doktor Aidan menyol, Tiara menghentikan langkah dan menjawab dengan mesra.

   “Aah, dia nak bawa Nazira pergi California… Nazira tu crush dia. Itu antara impian dia lepas keluar dari hospital” Doktor Aidan tersenyum sinis.

   “Don’t get too involved with a single patient” Ucap Doktor Aidan dan menuju ke arah meja nya. Mata Tiara terlihat sebuah papan putih yang tergantung di ruangan itu. Tertulis Team Agenda di papan putih itu. Tiara segera menghampiri papan putih itu untuk melihat lebih terperinci.

   “Doktor pernah bercinta ke?” Tiara tiba-tiba bertanya tentang soalan cemas itu. Hingga tersedak Doktor Aidan yang sedang minum air itu.

   “Itu takde kena mengena dengan hidup kau”Doktor Aidan membalas dengan tegas.

   “Jual mahal lagi ke tu” Doktor Mikael menyampuk di hadapan pintu.

   “Tiara tak payah risaulah. Dia tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan” Doktor Mikael membalas bagi pihak Doktor Aidan.

   “Dah mula dah perangai annoying dia tu” Doktor Aidan berkata perlahan dan membalikkan badannya ke arah komputer.

   “Saya Tiara Amani mencalonkan diri untuk menjadi perempuan pertama yang akan keluar date dengan Doktor Aidan” Tiara berseloroh, tergelak Doktor Mikael dengan tingkahnya.

   “Jangan harap!”

   “Amboi, janganlah cepat sangat reject orang” Tiara membalas.

   “Jangan dingin sangat kalau tak aku boleh je ambil dia dari kau” Doktor Mikael berkata dan tersenyum manis ke arah Tiara.

   “Hah?” Doktor Aidan memandang Doktor Mikael dengan riak wajah terkejut.

   “Eh, apa Doktor Mikael ni. Suka sangat berguraulah” Tiara pula yang segan di situ. Doktor Mikael segera berbisik pada Tiara tentang misi mereka sebelum ini.

   “Hari sabtu nanti kita pergi keluar makan, nak?” Doktor Mikael menyoal Tiara. Mereka memperlakukan seperti Doktor Aidan tidak berada di situ sahaja.

   “Saya ok je” Tiara membalas dengan senyuman.

   “Taste kau memang buruk” Doktor Aidan mengejek Doktor Mikael.

   “Apalah yang kau pandang kat Tiara ni, dahlah suka menyusahkan orang” Doktor Aidan mengutuk selamba. Angin Tiara jadinya.

   “Menyusahkan orang?!” Tiara cuba bertenang dari kemarahan. Dia menarik nafas panjang.

   “Kau ni suka berkasar lah Aidan.” Doktor Mikael berkata.

   “Biaq pi lah, nurse yang suka menyusahkan orang ni akan pergi sekarang. Bye The Devil yang menyedihkan” Tiara segera melangkah keluar meninggalkan dua jejaka itu.

   “Dia tu comel sangat” Doktor Mikael berkata dan pergi ke meja kerjanya. Doktor Aidan buat tidak endah, di saat dia mahu mengambil cawannya dia terlihat satu plastik bewarna putih yang berada di tepi komputernya. Dia segera mengambil plastik tersebut dan membukanya. Ada dua keping Dorayaki di dalam nya. Doktor Aidan sudah dapat mengagak gerangan yang membelikan makanan kegemarannya.

🤍🤍🤍

   Tiara menunggu di hadapan bilik bedah dengan perasaan resah bercampur sedih. Resah mengenangkan keadaan Hariz yang di harapakan baik-baik sahaja dan bersedih kerana tidak dibenarkan untuk membantu sewaktu pembedahan. Tiara mengeluarkan buku nota kecilnya dan membaca tentang biodata Hariz. Pintu bilik pembedahan terbuka, Farah yang keluar dari bilik itu. Tiara segera berlari menuju ke arah Farah.

   “Macam mana keadaan Hariz?” Tiara menyoal.

   “Pembedahan berjaya, takde tanda-tanda degupan jantung yang tak sekata. Jangan risau” Farah membalas.Tiara mengangguk kan kepala

   “Aku datang sini sebab nak belajar dan kau pula untuk disukai seseorang” Farah tiba-tiba berkata begitu. Tiara terdiam, hatinya sakit sangat. Farah segera berlalu dari situ.

🤍🤍🤍

   “Tak, itu maknanya awak dah kena reject. Ayat ‘when you grow up’ bermaksud dia anggap awak masih budak kecik dan dia tak berminat untuk kenal dengan awak” Doktor Humaira memberi nasihat pada Aiman yang beberapa hari lepas telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang tua lima tahun darinya.

   “Hmm…macam tu ke? Jadi saya takde peluanglah?” Aiman membalas dengan nada hampa. Air milo ais dihadapannya diminum kerana mereka sedang keluar makan di restoran.

   “Dahlah tu Man, kita fokus jelah dekat kerja” Tiara berkata dengan nada sedikit hampa juga, nasi goreng ayam miliknya disuapkan ke dalam mulut.

   “Awak pun kena reject ke?” Doktor Humaira menyoal dengan bersungguh.

   “Bukan setakat kena reject, saya rasa bakal dikeluarkan dari team” Tiara tersenyum hambar. Moodnya jatuh teruk lagi-lagi dengan bicara Farah petang tadi.

   “Cepatnya dia buat kesimpulan, so sadistic” Doktor Humaira mengomel.

   “Cinta tu memang buta” Hanisya memberikan pendapat pula.

   “Aduh, malunya…” Tiara menekup wajahnya ke meja.

   “Awak berdua dengar sini” Doktor Humaira berbicara dengan serius. Mereka bertiga segera fokus kepada apa yang Doktor Humaira mahu bicarakan.

   “You’ll never succeed by going straight towards them. You have to pretend you’re highway rest stop. Just be there, and give them a place to relax. That’s where true loves lie” Doktor Humaira berkata dengan sangat terperinci.

   “A rest stop?” Hanisya menyoal.

   “Ya”

   “Cinta sejati?” Tiara pula menyoal.

   “Ya”

   “Jadi saya kena pergi car trip ke?” Aiman menyoal dengan bingung.

   “Aduhai, itu perumpamaan jelah!” Doktor Humaira membalas kasar.

🤍🤍🤍

   “Assalamualaikum” Tiara memberi salam dan memulas tombol pintu bilik itu. Bilik itu gelap tanpa sebarang cahaya.

“Doktor, Hariz dah…” Tiara tidak menghabiskan ayatnya kerana melihat Doktor Aidan yang tertidur di attas sofa dengan wajah yang sangat kelelahan.

   “Muka awak tak nampak menyeramkan waktu tidur” Tiara berkata perlahan. Tiba-tiba Doktor Aidan menggeliat, Tiara sudah gelabah apabila Doktor Aidan bangun dari pembaringan.

   “Ma..af. Saya tak berniat nak ganggu Doktor, saya cuma …”

   “Kau ni suka sangat datang mengejut, kau nak apa?” Doktor Aidan menyoal dengan suaranya yang masih serak kerana baru bangun dari tidur. OMG, suara dia buat aku melting!

   “Saya dengar tarikh pembedahan Hariz sudah ditetapkan”

   “Ya” Doktor Aidan membalas.

   “Tolong izinkan saya menyertai” Tiara berkata dengan yakin. Doktor Aidan memandangnya pelik.

   “I’ve reviewed the surgery procedure myself. Ketua jururawat pun dah sahkan, saya Cuma perlukan kebenaran dari Doktor” Tiara menyambung bicara.

   “Aku takkan benarkan” Doktor Aidan berkata tegas.

   “Tapi kenapa?”

   “You’ll just get in the way” Doktor Aidan membalas.

   “Saya nak belajar, tolonglah beri saya peluang”

   “No” Doktor Aidan masih bertegas dengan keputusannya.

   “Tapi kalau saya tak belajar dari pengalaman, sampai bila-bila pun saya akan jadi nurse yang tak berguna” Tiara menaikkan suaranya seoktaf. Doktor Aidan memandangnya dengan tatapan tajam. Tapi Tiara buat tidak endah.

   “Please” Tiara merayu lagi, namun Doktor Aidan mendiammkan diri

🤍🤍🤍

   “Awak akan terlibat sekali?” Hariz menyoal sewaktu Tiara datang menemuinya.

   “Ya, saya dapat kebenaran untuk pembedahan pertama saya” Tiara membalas dengan ceria.

   “Tapi saya Cuma pembantu je, Farah yang akan banyak menjalankan tugas” Tiara menyambung bicara.

   “Tapi tetap buat saya rasa lega” Hariz membalas dan tersenyum ke arah Tiara. Selesai sahaja memeriksa Hariz, dia dan Farah pergi pula ke katil Pak Cik Sulaiman dan dia meminta tolong Tiara untuk membelikan makanan di Kafe bawah. Tiara segera menuju ke bawah, tanpa disedari Hariz sedang menahan kesakitan di bahagian dadanya.

🤍🤍🤍

    “Encik Hariz!” Amira menjerit sebaik sahaja Hariz pengsan ketika mahu menaiki stretcher untuk pergi ke bilik pembedahan.

   “Panggil doktor!” Amira memberi arahan kepada salah seorang rakannya dengan panik.

   “Ventricular fibrillation?” Doktor Aidan menyoal dengan panik ketika dia mengangkat panggilan dari telekom itu.

   “Hubungi ME dan sediakan PCPS” Doktor Aidan memberi arahan dan bergegas menuju ke bilik pembedahan.

🤍🤍🤍

Tiara memasuki wad dengan membawa sebungkus plastik berisi makanan. Dia segera menyerahkan kepada Pak Cik Sulaiman, dia melihat ke katil sebelah dan alangkah terkejutnya melihat Hariz sudah tiada di katilnya.

   “Hariz dah di bawa ke bilik pembedahan, dia pengsan serta merta tadi” Pak Cik Sulaiman memberitahu Tiara, Tiara segera berlari menuju ke bilik pembedahan.

🤍🤍🤍

   “It’s still VF!”

   “Adrenaline, DC200”

   “Maria, tolong cepat sikit”

   “Step back”

   “Dah berapa lama dia masih VF?”

   “We’re going again”

Suasana di dalam bilik pembedahan itu sangat sibuk demi menyelamatkan satu nyawa yang berharga. Tiara bernekad dan segera memasuki bilik pembedahan itu, dia tidak kisah jika dimarahi.

   “PCPS dah ready ke?”

   “Getting it now”

   “Step back!”

   “Again!Hurry up!”

Tiara sebak dengan apa yang dilihatnya, keadaan Hariz benar-benar uzur saat ini. Dia tersandar di pintu dengan mulut yang sudah menggigil. Setiap apa yang hidup pasti akan kembali. Takziah!

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status