Share

Bab 6

Tiara melangkah keluar dari lif dan dia terserempak dengan Doktor Mikael.

   “You did well, Tiara!” Doktor Mikael memuji Tiara di atas kejayaannya menyelamatkan Maisara tadi.

   “Terima kasih Doktor Mikael” Tiara tersenyum.

   “Mulai esok kita akan menjalankan misi Cream Puff Strategy”

   “Thank you!” Tiara membalas dengan teruja.

   “Tapi…kenapa Doktor nak tolong saya?” Tiara menyoal dengan penuh tanda tanya.

   “Saya nak tengok Miss Hero kalahkan The Devil yang ego. Dengan ini saya Tuanku Mikael memberikan tuan hamba pedang untuk mengalahkan The Devil!” Doktor Mikael berseloroh dan mereka berdua tertawa riang.

   “Banyak hal yang jadi hari ni. Mesti awak kelelahan”

   “Ya, tapi saya cukup bahagia saat ini sampaikan penat tu tak terasa” Tiara membalas dengan ramah

   “Don’t work too hard”

Tanpa mereka sedari ada yang sedang memerhatikan kemesraan mereka.

🤍🤍🤍

Tiara memasuki kawasan hospital, dia sempat menyapa Pak Guard yang sedang bertugas. Tiba-tiba dia terlihat figura tubuh Doktor Aidan yang berjalan dihadapannya. Dia segera mengejar langkah Doktor Aidan.

   “Doktor Aidan”

   “I’m going to request to be placed in the cardiology ward.” Tiara bercerita walaupun Doktor Aidan tidak menyoalnya.

   “Huh, kau tu bukannya menolong pun” Doktor Aidan membalas dengan nada sinis.

   “Saya ada potensi yang tersembunyi” Tiara membalas dengan yakin. Confident tu memang penting tapi Tiara ni macam terlebih confident pula.

   “Aku ada hak untuk pilih”

   “Habis je praktikal pasti semua senior akan memanggil saya dan mereka akan berebut mahukan saya” Tiara menyimpan angan. Itu memang impian dia jadi tak salah untuk percaya diri. Kata-kata itukan doa.

   “Diorang Cuma simpati dekat kau je” Doktor Aidan membalas dengan sangat sarkastik. Tapi si Tiara ni bukannya dia kisah pun sebab dah lali sangat dengan ayat berbisa yang selalu keluar dari mulut The Devil itu.

   “And besides… putting aside your true personality, I think as a doctor… I like you, so…” Doktor Aidan berhenti melangkah dan memandang ke arah Tiara dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

   “Putting aside my true personality?” Doktor Aidan menyoal dengan tegas.

   “Kau tak layak nak cakap macam tu” Doktor Aidan menyambung bicaraa dan berjalan mendahului Tiara.

   “Anyway, I hope you can retrain me!” Tiara berkata dan mengejar langkah Doktor AAidan kembali.

   “Kalau orang yang tak berguna yang join kerja akan makin bertambah”

   “So latihlah saya sampai jadi nurse yang berguna” Tiara tidak mengaku kalah.

   “Why do I have to take such a punishment?”

   “Atau Doktor sebenarnya mahukan Nurse praktikal yang suka mengambil risiko macam saya untuk menyertai. Itu yang Doktor fikir kan?” Tiara memprovok Doktor Aidan.

   “Aku rasa esok kau kena buat scan otaklah. Makin tak betul aku tengok”

   “Saya gila sebab awaklah!”

   “Dengar sini, kalau kau kacau aku lagi aku akan pastikan kau hilang terus dari Malaysia ni”

   “Tapi… ni kawasan apartmen saya” Tiara membalas dengan keliru dia pun terkejut juga apabila Doktor Aidan jalan sehala dengannya.

   “What! Kau pun duduk sini?” Doktor Aidan menyoal tidak percaya.

   “Ya, dan ni rumah saya” Tiara menunjukkan ke arah pintu yang bersebelahan Doktor Aidan.

   “Haih, maknanya kau lah jiran yang baru pindah minggu lepas”

Dan tiba-tiba pintu rumah Doktor Aidan terbuka dan terjengul wajah seorang wanita. Tiara kaget dengan apa yang dilihatnya. Lelaki dan perempuan duduk serumah? Jangan Jangan!

   “Aidan!” Wanita cantik itu berkata dan tersenyum manis dan segera memaut leher Doktor Aidan.

   “Lambatnya balik” waanita itu berkata dengan manja. Tiara pula seperti sudah disampuk hantu apabila melihat drama sebabak di hadapannya.

   “Eh, jiran baru?” Wanita itu menegur Tiara yang masih dalam keadaan terkejut dan tidak mampu membalas apa-apa.

   “Aidan kenal ke?” Wanita itu menyoal Doktor Aidan pula.

   “Umfortunately” Doktor Aidan membalas ringkas dan segera masuk ke dalam rumahnya.

   “Selamat malam” Dengan ramah wanita itu mengucapkan selamat malam kepada Tiara sekali dengan lambaian dan segera menutup pintu. Tiara terkaku di hadapan pintu, perasaanya sakit dan hatinya hancur berkecai.

   “Ya Allah, apa maksud semua ni?”

🤍🤍🤍

Ting!

Microwave milik Tiara berbunyi. Dia mengeluarkan mangkuk yang berisi makanan itu dan diletakkan di atas meja yang berada di belakangnya. Dia membuka laci yang tersimpannya segala lukisan bergambar Doktor Aidan yang disimpannya tempoh hari.

   “Ya Allah, bilalah aku akan bahagia?” Tiara berkata sendiri sambil mderenung lukisan itu.

   Ting Tong.

Lonceng rumahnya berbunyi. Tiara segera bangun dan pergi membuka pintu.

   “Nah! Ni untuk awak” wanita yang bersama Doktor Aidan itu menghulurkan sebekas tupperware yang berisi kek. Muka Tiara jelas terkejut dengan kehadiran wanita itu secara tiba-tiba.

   “Itu dari pejabat saya. Akhirnya dapat juga saya berikan pada awak” wanita itu berkataa dengan ramah.

   “Terima kasih banyak-banyak.” Tiara membalas dan cuba tersenyum mesra walaupun agak janggal sedikit.

   “Wah! Ni daging perap yang tengah viral sekarang” Tiara berkata dengan teruja. Manakan tidak sudah lama dia teringin memakannya namun dia harus menyimpan duit dan berjimat cermat.

   “Wait… your office?” Tiara menyoal.

   “Saya CEO syarikat itu dan saya juga tuan tanah di sini” wanita itu membalas. Kagum Tiara dengan kejayaan wanita dihadapannya ini. Beauty with brain!

   “Oh my god, you’re so adorable” Tiara memuji wanita itu.

   “Eh lupa pula nak kenalkan diri, nama saya Tiara Amani. Kalau nak mudah panggil Ara je. Awak nak makan sekali? Saya takut tak habis je kalau saya seorang”

   “The do you want to come over? Let’s have a drink”

   “Dekat rumah awak?” Tiara menyoal dalam takut-takut.Wanita itu tidak membalas dan segera menarik bahu Tiara untuk mengikutinya.

🤍🤍🤍

   “A love nest…” Tiara berkata sendirian sebaik sahaja melihat kawasn rumah Doktor Aidan..

   “Duduklah” wanita itu mempelawa Tiara yang masih tercongok di hadapan pintu. Tiara melangkah masuk dan segera duduk di atas sofa yang berkonsepkan modern itu.

   “Benda apa yang sesuai di makan dengan daging perap?” wanita itu berkata dan mengambil sebuah mangkuk yang berisi sos blackpepper. Mangkuk itu diletakkan di atas meja dan daging yang Tiara letakkan di atas meja di ambil dan dimasukkan ke dalam air fryer. Mudah dan ringkas!

   Tiara melihat ke arah kabinet mewah dan matanya ternampak dua cawan yang sangat comel dan mempunyai rupa bentuk yang sama. Biasanya orang couple suka benda macam tu. Erkk… Tiara cuba menahan otaknya dari berfikiran yang bukan-bukan. Wanita itu membawa dua air tin cocacola dan diletakkan di atas meja.

   “Ara boleh minum air gas kan?” wanita itu menyoal dan segera duduk di hadapan Tiara.

   “Boleh je”

   “Awak nurse baru kan?” Gadis itu menyoal lagi. Tiara mengangguk.

   “Kebetulan, bolehlah kita raikan nya” wanita itu berkata dengan ceria.

   “Tapi… saya masih nurse praktikal. Kami mengambil masa tiga hari uuntuk berlatih dekat wad yang ditetapkan and I’m currently at cardiology where Dr.Aidan is at” Tiara bercerita dengan ceria.

   “Don’t tell me are you the Miss Hero?” Tiara meneguk liur mendengar pertanyaan tersebut.

   “Kenapa awak tanya?”

   “Saya dengar ccerita ada yang sukakan Aidan selama lima tahun dan masa hari first dia praktikal, dia confess dekat Aidan dan kena reject” Wanita itu bercerita dengan penuh semangat.

   “Nampaknya semua yang awak katakan tu betul” Tiara tersenyum malu.

   “Dekat apartmen ni ramai pekerja Hospital” Gadis itu menyambung bicara.

   “Saya betul-betul minta maaf. Saya tak berniat pun nak buat macam tu, saya janji saya takkan menghampiri da mendekatkan diri dengan….”

Belum sempat Tiara menghabiskan bicaaranya Doktor Aidan sudah menyampuk.

   “Kau buat apa dekat sini?” Doktor Aidan menyoal dengan tuala dilehernya.

   “Keluar dari rumah ni lepas je kau makan” Doktor Aidan menyambung bicara dan menuju kee arah kabinet berhampiran sofa itu. Tiara tidak membalas apa-apa dan segera berlari menuju ke pintu.

   “Eh Eh Eh!” wanita itu segera menahan Tiara dari keluar dari rumah itu.

   “Aku yang jemput dia lah” wanita itu berkata pada Aidan.

   “You stupid devil” wanita itu berkata pada Doktor Aidan denga nada kasar.

   “If I’m the devil, then sis you’re a witch” Doktor Aidan membalas selamba. Tiara terus pelik dengan situasi yang berada di hadapannya. Sis?

   “Mana ada aku ni bidadari cantik tau”

   “Betul ke Doktor Aidan panggil awak kakak?” Tiara menyoal meminta kepastian. Wanita itu mengangguk.

   “Wait, what! You’re his sister?”

   “Ya! Nama saya Aira Kirana dan saya akak sulung Aidan” Aira memperkenalkan diri dan tersenyum manis.

   “Ouh maafkan saya” Tiara tersenyum segan. Aira segera menarik tangan Tiara untuk kembali duduk di tempat tadi. Aidan sudah lesap ke dalam bilik.

   “Semua orang dalam family kami doktor, tapi sekarang family kitorang ada dekat kampung. Apartmen ni pula milik atok saya dan dia sewakan pada semua kakitangan hospital dengan harga yang berpatutan” Dengan ramah Aira bercerita.

   “Patutlah harga sewa nya murah”

   “Awak akan terkejut kalau awak tahu yang saya pernah jadi Doktor dulu. Saya tak suka kerja banyak sangat jadi saya ambil keputusan untuk berhenti” Aira bercerita dan menghulurkan air tin cocacola yang sudah dibuka kepada Tiara. Namun Tiara sibuk berangan duduk di atas pelamin bersama Doktor Aidan kerana mereka sudah direstui oleh Kak Aira. Tanpa sedar dia tersengih sendiri.

   “Kau ni gila ke? Apahal kau tengok bilik aku pastu tersengih macam orang gila” Tiara tersedar dari lamunan apabila Doktor Aidan menyoal dengan sinis. Tiara diam kerana malu yang teramat.

   “Dengar sini budak kecik, kalau kau betul-betul nak join wad kardiologi. Itu semua bukan mudah” Doktor Aidan memberi amaran.

   “Janganlah kasar sangat, tak relax lah kau ni” Aira menyampuk dan menjeling adiknya.

   “Kalau kau jadi batu yang menganggu segala kerja aku, aku tak teragak-agak untuk pecat kau. Tak terlambat untuk kau berhenti sekarang” Doktor Aidan berkata tegas dan berpaling untuk memsuki biliknya kembali.

   “Saya takkan berhenti! Saya akan buktikan yang say mampu jadi jururawat yang berguna” Tiaraa berkata dengan nada yang kuat. Doktor Aidan hanya memandangnya sekilas dan segera berlalu dari situ.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status