Share

HASRAT | BAB 18

ZULMAT malam pekat menyaluti alam. Cecair mudah terbakar disimbah ke seke-liling rumah itu. Niatnya mahu Nadzmi dan Izzah mati. Pemetik api dinyalakan. Rumah itu mula rakus dijilat api.

Kamelia yang berhodie hitam dan berpelitup muka segera melarikan diri. Sejurus sahaja men-yelusup masuk ke perut kereta, dia tersenyum puas hati. Terhibur melihatkan api yang marak membakar itu.

Adnan, sekali lagi menjadi hero. Dia yang terlihat kebakaran itu, berlari mendapatkan ayahnya.

Perasaan cemas terus menyerbu Pak Saidi, dan sejurus itu dia terus memekik ke sekitar kejiranan. Bomba segera dihubungi, sambil-sambil beberapa orang lelaki berusaha memadamkan api supaya ia tidak merebak dan memamah kediaman mereka pula.

Jiran-jiran lain turut dilanda cemas. Mereka langsung tidak nampak kelibat dua beranak itu. Masih hidupkah mereka? Adakah mereka sudah rentung atau masih terperangkap?

Kemunculan trak bomba menyelamatkan keadaan supaya tidak bertambah parah. Setelah itu, pemeriksaan dilakukan dan pih
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status