Share

HASRAT | BAB 16

DAUN pintu digegar kuat. Nadzmi masih bertahan, segala kudrat yang dia punya diguna semampu mungkin untuk menahan pintu. Dia tidak mahu rumahnya diceroboh, dia tidak mahu diculik!

Pintu dirempuh kuat. Nadzmi akhirnya tercampak, terjelupuk menyembah lantai. Dua lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.

“Mantap! Buka pintu mangsa terus ada depan mata. Siap ada pakej ‘jackpot’ lagi tu … Berbaloi gila job yang kita dapat kali ni!” Si lampai yang mengenakan singlet hitam herot senyum jahat.

Pagi nan sepi ini nampaknya akan jadi pagi yang paling membahagiakan. Sudah lama dia tidak ‘menebuk’ tubuh wanita sejak bekerja dengan ‘Man Boss’. Manakan tidak, prosedur kerjanya hanyalah menculik budak-budak!

Melihatkan sekujur tubuh yang sedang berbaring di sofa itu sahaja sudah cukup menaikkan syahwat nafsunya.

Nadzmi segera bangkit, ingin melarikan diri. Tetapi lelaki yang bertubuh sedikit sasa dan bertatu ringkas di tangan itu lebih cekap. Disilang kaki Nadzmi. Remaja itu tersembam jatuh, terlantar
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status