HASRAT (BAHASA MALAYSIA)

HASRAT (BAHASA MALAYSIA)

last updateHuling Na-update : 2022-08-20
By:  Iqmal IzzatOngoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel12goodnovel
10
5 Mga Ratings. 5 Rebyu
22Mga Kabanata
3.8Kviews
Basahin
Idagdag sa library

Share:  

Iulat
Buod
katalogo
I-scan ang code para mabasa sa App

Synopsis

NADZMI SAAD, hidupnya tidak pernah ada istilah bahagia. Dipisahkan dengan ibu kandungnya sejak berusia lapan tahun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima olehnya. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja, bersama kenangan pahit dan penuh derita baginya. Sejak dahulu lagi, hubungan Nadzmi dengan ayahnya begitu dingin. Dia sendiri tidak mahu selalu bertegur sapa dengan ayahnya termasuklah ibu tirinya. Baginya merekalah punca kepada derita yang dihadapinya sekarang. Umurnya kini 15 tahun. Dia berfikir, hasrat yang selama ini dipendam untuk membebaskan diri daripada 'penjara derita' ini perlu dia laksanakan meskipun tidak dia ketahui akan segala onak dan durinya. Penderitaan itu sudah tidak mampu ditanggung lebih lama lagi, ianya sudah semakin kuat mencengkam dirinya. Adakah hasratnya itu tercapai demi sebuah kebebasan dan kasih sayang yang telah dia dambakan selama ini?

view more

Kabanata 1

HASRAT | PROLOG

7 tahun lalu, 

SUARA PERGADUHAN menampan gegendang telinga sekaligus menyedarkan Nadzmi dari lenanya. Terkesip-kesip dia membuka mata, tangannya diangkat lalu menggosok pancaindera tersebut. Nadzmi bingkas dari katil lalu menungkai tapak ke arah pintu biliknya. 

Nadzmi melangkah keluar, suara pertengkaran itu masih jelas kedengaran. Di celah pintu bilik ibu dan ayahnya yang sedikit terkuak, anak matanya mengintai ke dalam. 

Jelas kelihatan ayahnya sedang menyumbat pakaian ke dalam sebuah beg sementara ibunya cuba seperti sedang menghalang suaminya daripada terus melakukan hal itu.

“Kau nak buat apa dengan baju-baju aku, ha!” Izzah meninggikan suara ketika melemparkan kata-kata itu.

“Aku nak kau berambus dari sini!” balas Mifzar kasar.

“Kau nak aku berambus ... Eh jantan, kau yang sepatutnya berambus dari sinilah. Rumah ni bukannya bawah nama kau pun!” selamba sahaja kata-kata itu terlontar keluar dari mulut Izzah.

“Kau jangan nak cabar aku!” jerkahan Mifzar bergema memenuhi ruang bilik itu. Tangannya sudah melayang naik ke udara. 

“Lempanglah, kau ingat aku takut? Kalau kau nak kahwin sangat dengan perempuan tu, kahwinlah! Tapi kau yang kena berambus, bukannya aku!”

Nada suara Izzah tinggi seoktaf. Had kesabarannya kian menipis. Mana mungkin dia akan membiarkan rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya ini jatuh di tangan suaminya sesuka hati.

“Diam!” Tapak tangan Mifzar menempeleng ekor pipi Izzah. Lahar di hatinya sudah meletus.

“Ayah!” Nadzmi terjengul di muka pintu sejurus menghentikan pertelagahan antara pasangan suami isteri itu. 

“Kau nak sangat aku berambus kan? Okey, aku akan bawa anak aku keluar dari 'neraka dunia' ni sekali!” kata Izzah rampus, sambil menikam wajah suaminya.

Mifzar mahu menampar Izzah sekali lagi, tetapi Nadzmi cepat-cepat menahan tangan ayahnya daripada terus melakukan hal demikian. 

“Ayah, jangan ayah!”

“Ish! Ke tepilah!”

Nadzmi jatuh terjelupuk ke atas lantai tatkala ditolak kuat oleh Mifzar. Lelaki itu kemudian mengheret Izzah keluar dari bilik itu dengan kasar sehingga ke pintu utama. Izzah meronta-ronta  cuba melepaskan lengannya daripada genggaman Mifzar, tetapi gagal.

“Blah kau!”

Izzah ditolak kasar. Tersungkur jatuh mencium lantai konkrit. Pinggangnya berasa sakit. Beg yang telah diisikan pakaian sebentar tadi dicampak ke arahnya tanpa sekelumit rasa kasihan.

“Izzah Noraini binti Yahya, aku ceraikan kau dengan talak satu. Berambus kau dari sini!” lafaz itu akhirnya terhambur keluar dari mulut Mifzar. Ikatan kasih yang telah disemai selama lapan tahun akhirnya hancur berderai.

Mifzar membanting pintu rumah, kemudian suara tangisan daripada sang anak kedengaran bersilih ganti dengan suara amarah sang ayah. Pastinya Nadzmi sedang disebat kerana meraung mahukan ibunya. 

Air mata Izzah merembes laju, bukan kerana telah diceraikan, tetapi kerana terfikirkan nasib anaknya yang telah menjadi mangsa keadaan.  

“Nadzmi ... Maafkan mak sebab tak dapat nak mempertahankan kamu,” katanya sendiri, bersama air mata yang mula jatuh meladungi pipi.

    

Palawakin
Susunod na Kabanata
I-download

Pinakabagong kabanata

Higit pang Kabanata

Mga Comments

user avatar
Iqmal Izzat
Karya yang sangat bagus.
2021-12-26 23:25:05
0
user avatar
Nur Qismina Sofia
Kesian Nadzmi ... waiting for the next chapters!
2021-08-05 18:01:18
2
user avatar
Arena Yidin
Cerita yang menarik. Teruskan update..........
2021-08-01 00:43:23
3
user avatar
Rabetkha
permulaan yang best. Tak sabar nak tunggu next chapter. Goodluck author
2021-07-05 02:00:51
2
default avatar
Arif
Bestnya tak sabar nak baca 😍😍
2021-06-28 09:11:19
2
22 Kabanata
Galugarin at basahin ang magagandang nobela
Libreng basahin ang magagandang nobela sa GoodNovel app. I-download ang mga librong gusto mo at basahin kahit saan at anumang oras.
Libreng basahin ang mga aklat sa app
I-scan ang code para mabasa sa App
DMCA.com Protection Status