Share

BAB 18

BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.

“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.

“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.

Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.

“Cantik-cantik tau!”

“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.

Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status