LOGIN"Kalau kami kahwin, bumi ini harus dibelah jadi dua! Satu bahagian aku, satu bahagian dia." Memanglah Fatin dan Murad kawan baik. Tapi, macam mana pula dia nak memupuk rasa cinta terhadap satu sama lain kalau sudah memang cinta itu tidak pernah hadir! "Jom, kita cuba!" "Kalau tak boleh juga?" "Apahal pula tak boleh?" "Sebab kau Murad, dan aku Fatin!" Persoalannya, berjayakah Fatin dan Murad menempuhi jalan ke pelaminan kalau sudah kedua-duanya 'hopeless' dalam beromantisan? "Kau orang berdua memang... Hopeless Romantis!"
View MoreNAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih…."Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk."Sor
BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.“Cantik-cantik tau!”“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.
BOTOL air di rak pinggan diambil dan dipenuhkan dengan air kosong. Rambut hadapan terjuntai ke depan. Murad tolak dengan jari ke belakang semula. Hatinya senang pagi ini.Jam di pergelangan dikerling sekali. Ada masa 5 minit lagi. Ah, 5 minit dekat jam dia. Dia pasti dekat jam Fatin, lagi 15 minit. Gadis itu bukan sejenis yang menepati masa pun.“Murad nak keluar jogging? Nak Mama siapkan sarapan untuk Murad?” sapa Puan Saleha dari belakang. Wanita itu masih bertelekung.“Tak payah. Murad makan dekat luar aje,” balas Murad ala kadar. Air dalam botol disisip sedikit.“Makanlah dekat rumah. Mama masak banyak.”
“AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga
USTAZ Amiruddin mengurut pelipis. Panggilan yang baru dimatikan tadi buat dia risau. Fatin dan Murad yang ditangkap berkhalwat dalam bilik darjah itu cukup untuk buat Ustaz Amiruddin sakit kepala seminggu.
WAJAH dia belek di dalam cermin sambil menanti Raihan sudah mandi. Tuala yang dililit menutupi tubuh Fatin betul-betulkan. Bilik asrama mereka berdepan dengan bilik air. Memang kegemaran dia dan Raihan mandi lewat malam. Tak perlu mahu berebut-rebu
SELESAI perhimpunan waktu pagi, para pelajar berpusu-pusu naik ke kelas masing-masing. Fatin tidak terkecuali. Ada sebab kenapa mereka semua berlari naik ke kelas. Ini semua kerana semalam ada mesyuarat PIBG. Dan kerusi kelas mereka selalu menjadi
"KAU MAKAN ELOK-ELOK SIKIT BOLEH TAK?"Fatin berhenti mengunyah. Murad yang baru balik dari tandas itu Fatin renung."Eh, kejap! Kau dah cuci tangan ke belum?"
reviewsMore