공유

BAB 3

작가: McSyahira
last update 최신 업데이트: 2021-07-09 13:21:03

TOPI di atas kepala Fatin betul-betulkan. Anak mata melingas mencari kelibat kawan baiknya, Aqilah. Dia dan Aqilah terpisah ketika naik bas ke stadium tadi. Fatin terlambat keluar bilik menyebabkan dia terlepas bas yang Aqilah naik.

Mata Fatin tersenyum bila Aqilah sudah dijumpai. Gadis itu sedang mengipas-ngipas wajah dengan kipas kertas yang dibawa dari sekolah. 

"Qilah!"

Bahu Aqilah terhinjut. Melayang kipas di tangannya. Fatin ketawa terbahak-bahak. 

"Nasib aku tak melatah. Kalau tidak, jatuh market aku depan Murad."

"Coi! Murad tu? Tak payah jaga market pun tak apa, dik… Abang Murad kau tu tak pandang market. Asalkan body kau umph!" Fatin cekak pinggangnya supaya bentuk tubuhnya jelas. 

Aqilah gelak sambil geleng kepala. Kalau ikut perangai Fatin, nescaya nanti dia pun bakal jadi bahan gosip sekolah. 

"Raihan mana?"

"Raihan dekat hujung sana. Rumah sukan dia duduk sana. Kita dekat sini."

"Cis! Mentang-mentang rumah kuning selalu menjuarai banyak acara, dia orang dapat tempat yang teduh!"

Aqilah mengangguk. Setuju dengan Fatin. Tiap-tiap tahun mereka terpaksa berpanas. 

"Macam tu juga dengan padang. Kalau berhimpun dekat padang sekolah tu, rumah kuning duduk bawah pokok. Sejuk! Kita duduk tengah padang. Panas terik!" Aqilah menambah. 

"Aku rasa bukan salah sekolah, tapi salah Cikgu Ismail. Dia punyalah pilih kasih. Yang rumah sukan dia je dia lebihkan. Aku banyak kali kena denda dengan dia. Tapi, kalau si Murad tu buat salah … dia buat-buat buta je!"

"Apa kena-mengena dari hal rumah sukan tiba-tiba kau kaitkan dengan Abang Murad ni?" Aqilah cuba bela Murad.

Murad buah hatinya. Dia peminat rahsia Murad. Mestilah dia tak suka Murad dituduh-tuduh begitu oleh Fatin. 

"Sebab Murad rumah kuning."

"Ceh! Tak ada kena-mengena! Kau memang suka cari salah Abang Murad."

Fatin bungkam." Memanglah kau rasa aku asyik cari salah dia, sebab kau suka dia."

"Dan kau pula tak suka dia," pintas Aqilah dengan ketawa jahat. 

Fatin menarik beg galas di belakang dan letak di atas pangku. Air mineral dan jajan yang dia masukkan ke dalam beg malam tadi dikoyakkan. Seketul keropok kacang hijau dia kunyah dan menjemput Aqilah untuk makan sekali. 

"Bila dia orang nak mula ni? Pembuka acara pun belum. Naik menyampah pula aku tengok muka si Murad dekat depan sekali tu."

"Lah... Sabar sikit. Nama pun dia ketua acara. Kau menyampah tapi ramai adik-adik dan seangkatan dengan kita yang suka dia. Jadi, berilah kami peluang cuci mata puas-puas. Kau tu tak apalah, rumah sebelah-sebelah. Masuk asrama pun, sama juga. Untungnya!"

Mata Aqilah setia terhala ke tengah padang. Murad dengan baju kawadnya. 6 orang wakil dari persatuan beruniform yang pelbagai itu pula menghampar bendera. Semua sedang bersiap-sedia untuk memulakan pembukaan acara sukan sekolah tahun ini. 

Mata Murad bertentang dengan mata Fatin secara tidak sengaja. Pasukan kawad yang berkumpul di depan tempat duduk mereka itu membuatkan Fatin dan Murad mudah sekali berlaga mata. Lidah di jelir ke arah Murad. Becok saja mulut Fatin mahu mengejek si Murad tetapi ditahan niat yang satu itu. 

"Apa kau pandang-pandang? Pandang depanlah!"

Murad mencebik. Jarinya mencarut sorok-sorok. Khas ditujukan buat Fatin. 

Fatin pula membalas dengan aksi mahu menyembelih si Murad nanti.

Ejek-mengejek berhenti bila suara pengetua berkumandang di corong pembesar suara. Murad tergesa-gesa menyarung sarung tangan putih dan mengemas penampilan. 

Sesi pembukaan acara berlangsung. Aqilah menjerit keterujaan bila bunyi derap kaki ahli-ahli kawad menggamatkan suasana di stadium. Penonton seperti mereka berdiri tegak bila lagu Negaraku dikumandangkan oleh DJ yang bertugas. 

Usai acara pembukaan, terus dilangsungkan acara sukan. Acara balapan dilangsungkan pertama sekali. 

100 meter, Alif di tempat pertama dan Murad di tempat kedua. Fatin bangga. Tidak sia-sia hatinya dijatuhkan kepada Alif. 

Tangan melambai-lambai Alif di padang. Murad pula dia beri ucapan tahniah dengan senyuman mengejek.

Acara seterusnya lari berganti-ganti. Kali ini kumpulan Murad di tempat pertama. Pandangan Murad bertembung dengan Fatin. Sengaja Murad lemparkan senyuman sinis. Peluh di dahi dikesat dengan tuala. 

Lari berpagar, Murad juga ditempat pertama.

Acara lompat tinggi, Murad juga juara bagi kategori lelaki. 

Lontar peluru, Murad juga. 

Lempar cakera, Murad!

Rejam lembing, Murad!

Fatin bengang. Bendera rumah sukan mereka dilempar. Memang semua lelaki selain Murad ini tak berguna ke mahu merebut emas? 

Kepala dipicit. Habislah dia! Pasti Murad berlagak depannya nanti….

"Hoi!"

Fatin buat tidak tahu. Mata dipejam rapat. Pura-pura lena sambil ditemani terik mentari yang mencium wajahnya kini. 

Mulutnya berdecit bila terasa kerusi di sebelahnya diisi seseorang.

"Kau tak boleh duduk tempat lain ke?"

"Malas. Jauh sangat nak ke rumah sukan aku. Aku lepak sini kejap."

Fatin diam melayan telefon pintar. Tiba-tiba kepalanya ditolak sedikit ke depan. 

"Dah! Stay aje macam itu. Aku panas…."

Fatin mendengus geram. Sudah bermacam akal mahu menganiaya si Murad berlegar dalam kepala. 

"Banyak cantik muka kau…." Kepala Fatin gerakkan ke belakang. Biar wajah Murad dicium terik.

Murad mencebik. Ditolak semula kepala Fatin menghalang cahaya matahari dari mencium wajahnya. Kepala di letak ke bahu Fatin. Ke mana kepala Fatin gerak, wajah Murad akan terus terlindung dari terik mentari. Bernas! 

"Kejap ajelah. Kau tak kesian ke dekat aku yang baru menjuarai banyak pingat emas ni?"

"Kau sebenarnya datang sini nak berlagak dengan aku je, kan?"

Fatin gerak-gerak tubuhnya ke depan ke belakang.

"Biasalah… Dengan siapa lagi aku nak berlagak. Kau duduklah diam-diam! Sakit kepala aku. Aku pening ni. Heatstroke!"

"Itu sebab kau tamak. Habis semua acara kau aje nak kaut. Padanlah muka!" bebel Fatin.

Memang Murad melampau-lampau pula dalam merebut pingat emas. Berturut-turut dia bertanding tanpa rehat. Menang pula tu!

Walaupun tadi ada jugalah niat Fatin mahu doa moga-moga Murad jatuh terjelepok masa berlari, tapi Fatin tak sampai hati. Dia akui kesungguhan Murad.

Kalau mahu bezakan dia dan Murad, dia terpaksa mengaku yang Murad jauh lebih baik dari dia. Murad pelajar pintar dan aktif di sekolah. Sedangkan Fatin pula cuma gadis biasa yang suka membuang masa di sekolah. Dapat pula masuk sekolah asrama. Makin ligat Fatin buat perangai terkinja-kinja. 

"Kau tak beritahu ibu aku tentang keputusan peperiksaan aku, kan?"

Murad buka sebelah mata dan perlahan-lahan buka mata sepenuhnya. Mulutnya menggumam. 

"Kau ingat aku ni kaki mengadu?"

Fatin angguk. Kalau tak, macam mana ibu boleh tahu keputusan peperiksaan dia teruk?

"Nak kata kau ni bengap, taklah bengap sangat. Dah setahun kau pindah masuk asrama, kau tak tahu ke yang mak ayah boleh acces ikut VlLE aje sekarang untuk pantau keputusan anak-anak?"

Mulut Fatin terlopong. Dia tahu pasal VLE, tapi dia tak tahu pula yang ibu pandai buka VLE!

Murad menolak rambut depannya ke belakang sebelum menyarung semula topi berwarna putih. Dia sudah segar. Sekejap lagi dia ada acara lain. 

Fatin masih begitu. Melopong mengenangkan kebodohan diri sendiri. 

"Aten!"

Fatin tersedar. Kepala diangkat sedikit kepada Murad yang sedang memandangnya dari baris kedua tempat duduk penonton. 

"Balik ni kau naik bas ke?"

"Haah."

"Tak payahlah! Jom teman aku makan Domino's. Dekat seberang jalan sana je."

"Nanti Cikgu Ismail check namalah!"

Murad kembali menapak menghampiri Fatin semula. Dahi gadis itu dijentik. 

"Ini Muradlah… Setakat si Mail tu, sikit punya hal. Aku tunggu dekat bus stop."

Fatin mengangguk. Kalau dah Murad yang tawar diri mahu back-up dia kalau mereka tertangkap, dia okay saja!

"Kau belanja, kan?" jerit Fatin memanggil Murad yang sedang turun tangga. 

Murad angguk. Ibu jarinya diangkat. 

Fatin senyum puas. Kalau Murad belanja, mestilah dia akan pergi. Rezeki jangan ditolak!

이 책을 계속 무료로 읽어보세요.
QR 코드를 스캔하여 앱을 다운로드하세요

최신 챕터

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 19

    NAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih…."Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk."Sor

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 18

    BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.“Cantik-cantik tau!”“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 17

    BOTOL air di rak pinggan diambil dan dipenuhkan dengan air kosong. Rambut hadapan terjuntai ke depan. Murad tolak dengan jari ke belakang semula. Hatinya senang pagi ini.Jam di pergelangan dikerling sekali. Ada masa 5 minit lagi. Ah, 5 minit dekat jam dia. Dia pasti dekat jam Fatin, lagi 15 minit. Gadis itu bukan sejenis yang menepati masa pun.“Murad nak keluar jogging? Nak Mama siapkan sarapan untuk Murad?” sapa Puan Saleha dari belakang. Wanita itu masih bertelekung.“Tak payah. Murad makan dekat luar aje,” balas Murad ala kadar. Air dalam botol disisip sedikit.“Makanlah dekat rumah. Mama masak banyak.”

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 16

    “AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 15

    PUTUNG rokok disedut dalam-dalam. Punggungnya beralih ke bangku sebelah. Setiap kali tempat duduknya hangat, dia beralih tempat duduk. Ini sudah masuk kali ketiga.Bayang Fatin langsung tak kelihatan di dalam kedai. Gila shopping betul ni!Riak Murad membengis bila terpandang Fatin yang baru keluar dari kedai berjenama BO.Kakinya baru mahu melangkah mendapatkan Fatin, tiba-tiba gadis itu dikelilingi 2 lelaki muda. Makin meluat Murad tengok. Fatin boleh pula terkulat-kulat di sana!"Ada masalah apa dengan bini abang, dik?" soal Murad. Anak mata menjunam memandang dua lelaki yang sedikit rendah darinya. Putung rokok di celah jari itu digenggam kuat."Err… Isteri abang ke? Maaf, bang. Kami ingat bujang t

  • Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]   BAB 14

    "APA kau buat dalam bilik aku?" Fatin mendengus kuat. Dia yang sudah sedia penat, terasa lagi penat bila nampak Murad enak bersantai sambil baca komik atas katil dia. Siap bersilang kaki lagi…. "Ha? Lambatnya kau sampai. Aku dah tidur dan dah bangun dah." Murad mengelih ke arah Fatin sesaat. Gadis itu nampak penat. Kalau dia tahu Fatin pulang naik bas, awal-awal dia dah tawar servis pemandu tak bergaji kepada Fatin. "Kau ni… Tepilah! Aku pun nak rehat!" Beg dicampak sesuka hati. Tubuh Murad dipukul-pukul supaya lelaki itu bangun. "Sab

더보기
좋은 소설을 무료로 찾아 읽어보세요
GoodNovel 앱에서 수많은 인기 소설을 무료로 즐기세요! 마음에 드는 책을 다운로드하고, 언제 어디서나 편하게 읽을 수 있습니다
앱에서 책을 무료로 읽어보세요
앱에서 읽으려면 QR 코드를 스캔하세요.
DMCA.com Protection Status