FATIN melangkah perlahan-lahan menghampiri Murad dari belakang. Beberapa orang pelajar lelaki yang sedang bermain bola di tengah padang itu memudahkan kerjanya bila Murad dilihat terlalu leka memerhati permainan mereka.
Tapak kaki diangkat seperlahan yang boleh supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Murad yang sedang merokok dan bersembunyi di sebalik pokok-pokok bunga itu memang nak kena.
Sebaik berada di belakang Murad, terus Fatin sepak kuat bangku tempat Murad bertenggek. Bergegar bangku panjang yang dibuat dari kayu itu. Wajah Murad berubah terkejut.
Rokok di tangan dilepas jatuh ke bawah dan tangan memegang kerusi untuk mengelak diri dari jatuh. Suara ketawa terbahak-bahak dari arah belakang itu buat dia bengang.
"Hoi! Salam kau mana?"
"Maaf, Murad. Assalamualaikum."
Murad turun dari bangku. Kening berkerut. Rokok yang jatuh tadi dipijak sehingga mati baranya. Bengang saja dia dengan Fatin ini.
"Tak beradab! Semua orang panggil aku Abang Murad. Kau aje junior tak semenggah. Tak ada rasa hormat kepada yang lebih tua."
Fatin memeluk tubuh. Bibir memimik bebelan Murad.
"Itu orang lain. Untuk aku yang dari kecik dah terpaksa menghadap muka kau yang tak hensem tu, kau bukan pangkat abang pada aku. Lagi-lagi bila aku teringat pada koleksi komik jepun rated 18+ kau tu."
Tangan Murad laju menekup mulut Fatin.
"Kau makan apa masa kecik? Mulut kau memang jenis suka buka aib aku, kan?"
"Aib kau, bukan aib aku. Ei, kalaulah adik-adik junior tahu hobi kau tu … konfemlah kau jadi anak teruna tua, Rad." Jari telunjuk dihala ke depan muka Murad. Seakan mengejek lelaki itu.
Lelaki terdesak yang selalu menghabiskan masa terluangnya melayan komik tak senonoh. Paling pun, itulah yang Fatin tahu. Itulah hobi Murad di waktu lapang, atau di waktu sendirian. Bukan sekali dia menerjah masuk bilik Murad masa lelaki itu leka melayan komik tak senonoh, tapi banyak kali.
Lelaki semua sama. Nasiblah dia perempuan. Fikirannya jauh lagi suci dari si Murad.
Murad senyum sinis. Kepala Fatin ditunjal kuat.
"Kau jijik sangat dengan aku. Kau tak tahu, Aliff kau lagi teruk!"
"Hoi! Aliff aku jangan bawa masuk dalam ini cerita, ya! Kau punya hobi yang tak semenggah, kau nak tuduh Alif aku sama jijik macam kau pulak…."
Murad berdecit-decit. Sinis. Ditenung Fatin dari atas sehingga ke bawah.
"Apa-apa ajelah! Kau patut gembira yang kau dengan dia dah putus." Perkataan 'putus' Murad kuatkan.
Mencerlung mata Fatin. Pinggang dicekak. Kaki melangkah setapak ke depan menghampiri Murad. Murad yang lebih tinggi dari Fatin itu membuatkan Fatin terpaksa mendongak.
"Kau yang sabotaj hubungan aku dengan dia, kan? Apa yang kau burukkan aku pada Alif?"
"Ha? Tak ada kerja lain ke aku nak buat daripada hadap muka kau? Ni pula nak sabotaj. Pergi tengok cermin la!"
Fatin tak percaya. Murad mengetuk-ngetuk bahunya dengan pembaris panjang milik cikgu disiplin yang selalu dibawa ke mana-mana itu. Cikgu Ismail yang juga merupakan cikgu pendidikan jasmani itu memang rapat dengan Murad. Murad pelajar kesayangannya. Sebab itu Murad diberi macam-macam kelebihan dalam sekolah. Cikgu Ismail selalu back-up dia.
Murad malas mahu berbalah. Lagi banyak yang keluar dari mulut Fatin, lagi kucar-kacir hidupnya. Kalau Fatin datang kemari setakat mahu tuduh-tuduh dia, baik tak payah dilayan.
Kaki diatur ke arah bertentangan. Mahu pergi dari situ. Nak merokok pun tak senang!
"Kau nak ke mana?" halang Fatin.
Murad berpaling. Riak toya ditayang.
"Ke mana sahaja asalkan tak nampak muka kau."
"Maaflah sebab kau terpaksa terus hadap muka aku yang lawa ni. Cikgu Asma suruh kau datang tolong! Banyak buku nak kena bawa turun dari lori…." Kaki dihentak. Hentakan yang sebenarnya ditujukan buat Murad supaya lelaki itu merasa terpaksa.
Dia tahu Murad tak suka orang hentak-hentak kaki. Dari kecil, itulah senjatanya. Murad paling tak suka orang memaksa-maksa sampai menghentak kaki. Nanti automatik Murad akan menyerah diri.
"Tch! Kau ni… Lemah betullah! Sampai bila kau asyik nak harapkan aku je?"
"Siapa yang harapkan kau? Aku? Kalau kau tak ada pun, aku boleh hiduplah tambi! Ini Cikgu Asma yang minta kau tolong… Bukan aku."
Siku Murad tinggikan separas muka Fatin. Ada sahaja jawapan Fatin yang sengaja minta dibelasah. Sekali Murad siku Fatin nanti, baru Fatin tahu darjat siapa lagi tinggi. Ceh!
Tidak jadi mahu siku, Murad acah-acah mahu tumbuk muka Fatin pula. Tapi sikit pun Fatin tak gentar dengan buku limanya yang dua kali lebih besar dari buku lima Fatin itu.
"Kau memang dah lama tak merasa penumbuk aku, kan?"
"Kau pun dah lama tak rasa penyepak aku, kan?"
Murad bengang. Langkah dilajukan menuju ke bilik SPBT. Fatin memang banyak menjawab.
Bibir Fatin memimik bebelan Murad tadi.
Fatin dibelakang Murad pandang sekilas bila dengar seloroh si Fatin. Pelajar junior yang masih berbaki di kantin itu buat Murad tidak senang.
"Kau memang tak boleh pakai elok-elok, ya? Hari tu elok labuh. Sekarang pendek balik."
"Hari tu Alif masih dengan aku. Sekarang, Alif dah tak ada."
Murad menyampah.
"Hidup kau memang suka ikut kemahuan lelaki ke? Kemahuan aku, tak mahu pula kau ikut."
Fatin beriak geli. Murad dipandang atas bawah. Jari telunjuk ikut sama.
"Kau? Ew! Kau dengan Alif tu bagai langit dengan bumi bezanya. Alif tu abang surau. Kau, abang komik jepun 18+. Tak sama! Jauh!
Lagi pula nak ikut kemahuan kau? Hello! Ingat aku bangang sangat ke? Kalau kemahuan Alif tu, aku faham juga. Dia selalu minta aku tutup aurat."
Murad ketawa terbahak-bahak. Serentak itu riak Fatin mencuka.
"Abang surau? Kau ni innocent betul... Kau ingat, lelaki lurus bendul macam itu? Setiap orang ada taste masing-masing. Sekurangnya, aku ni lebih suci dari abang surau kau tu. Fetish pelik! Ambil kesempatan guna agama."
"Kau jangan nak fitnah si Alif pula. Entah-entah kau sebenarnya cemburu yang semua orang suka pada Alif. Itulah! Sombong lagi! Berlagak poyolah banyak-banyak!"
Murad senyum sinis. Pembaris panjang tadi dihentak-hentak ke bahu.
"Fitnah? Entah-entah dekat rumah, si Alif tu masturbate guna gambar kau. Kau ni jagalah diri sikit. Tak semua yang kau nampak alim tu baik sebenarnya."
"Dah lah! Kau memang cemburu dekat Alif! Kau dari dulu memang tak suka dia, kan? Dia tak kacau kau pun. Yang kau dengki sangat dengan dia, kenapa?"
"Tak ada sebab aku nak cemburukan dia. Tak ada apa pun yang aku dapat."
"Yang pasti, tiada sebab juga untuk kau buruk-burukkan dia begini."
Murad berang. Niat baiknya diperlekeh.
"Suka hati kaulah! Jangan cakap abang tak payung, sis. Apa-apa jadi, kau jangan pula datang merayu minta aku tolong. Tengok muka kau pun aku tak sudi dah masa tu!"
Fatin mendengus. Eleh! Murad memang sengaja nak buat Alif nampak buruk saja di mata orang lain. Alif dengan Murad bukan baik. Dan selalunya Murad yang suka cari pasal dengan Alif. Memang Fatin langsung tak ada niat mahu percaya kata-kata Murad. Alif budak surau tu seteruk yang Murad kata?
Apa yang Fatin nampak, Murad yang teruk sebenarnya!
Tak mahu berbalah-balah lagi dengan Murad, Fatin berjalan ke arah bertentangan. Baik dia pergi beli milo ais bungkus lagi bagus.
NAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih…."Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk."Sor
BEG baju kepunyaan Fatin dimasukkan ke dalam but kereta. Mama, Athif dan Ayah Faizal yang berdiri di depan pagar langsung tidak dilayan. Dia lagi sanggup berbual dengan mak ayah Fatin berbanding mama dan bapak tiri sendiri.“Dah siap?” soal Murad. Sempat lagi Fatin berswafoto sekeluarga.“Murad, tolong tangkapkan gambar aku?” Fatin menghulur telefon di tangan.Murad mengeluh. Tangannya sambut juga telefon Fatin.“Cantik-cantik tau!”“Dah macam pergi melancong pula. Padahal balik rumah mak sendiri aje,” omel Murad.Pendengaran Fatin yang tajam itu cekap menangkap butir bicara lelaki itu. Memuncung bibirnya mencebik.
BOTOL air di rak pinggan diambil dan dipenuhkan dengan air kosong. Rambut hadapan terjuntai ke depan. Murad tolak dengan jari ke belakang semula. Hatinya senang pagi ini.Jam di pergelangan dikerling sekali. Ada masa 5 minit lagi. Ah, 5 minit dekat jam dia. Dia pasti dekat jam Fatin, lagi 15 minit. Gadis itu bukan sejenis yang menepati masa pun.“Murad nak keluar jogging? Nak Mama siapkan sarapan untuk Murad?” sapa Puan Saleha dari belakang. Wanita itu masih bertelekung.“Tak payah. Murad makan dekat luar aje,” balas Murad ala kadar. Air dalam botol disisip sedikit.“Makanlah dekat rumah. Mama masak banyak.”
“AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga
PUTUNG rokok disedut dalam-dalam. Punggungnya beralih ke bangku sebelah. Setiap kali tempat duduknya hangat, dia beralih tempat duduk. Ini sudah masuk kali ketiga.Bayang Fatin langsung tak kelihatan di dalam kedai. Gila shopping betul ni!Riak Murad membengis bila terpandang Fatin yang baru keluar dari kedai berjenama BO.Kakinya baru mahu melangkah mendapatkan Fatin, tiba-tiba gadis itu dikelilingi 2 lelaki muda. Makin meluat Murad tengok. Fatin boleh pula terkulat-kulat di sana!"Ada masalah apa dengan bini abang, dik?" soal Murad. Anak mata menjunam memandang dua lelaki yang sedikit rendah darinya. Putung rokok di celah jari itu digenggam kuat."Err… Isteri abang ke? Maaf, bang. Kami ingat bujang t
"APA kau buat dalam bilik aku?" Fatin mendengus kuat. Dia yang sudah sedia penat, terasa lagi penat bila nampak Murad enak bersantai sambil baca komik atas katil dia. Siap bersilang kaki lagi…. "Ha? Lambatnya kau sampai. Aku dah tidur dan dah bangun dah." Murad mengelih ke arah Fatin sesaat. Gadis itu nampak penat. Kalau dia tahu Fatin pulang naik bas, awal-awal dia dah tawar servis pemandu tak bergaji kepada Fatin. "Kau ni… Tepilah! Aku pun nak rehat!" Beg dicampak sesuka hati. Tubuh Murad dipukul-pukul supaya lelaki itu bangun. "Sab