BAB 6
SHAFIQ pandang wajah Thaqeef yang sedang leka dalam pekerjaannya. Tangan mula mengusap rahangnya, pelik tapi benar. Sudah pukul 5petang tadi Thaqeef masih sibuk dan tidak peduli dengan kehadirannya.
"Qeef.." Cubaan untuk menyedarkan Thaqeef yang dirinya manusia bukan anak patung.
"Hmm.." Jawab Thaqeef tanpa angkat wajahnya, masih sibuk meneliti fail bulanan Hotel Luna.
Geram pulak dengan Shafiq ni, sibuk je nak datang ganggu dia. Bukannya dia tidak tahu, mesti hal semalam sudah sampai pada telinga Shafiq.
Dia, Shafiq dan Ricky adalah sahabat karib dari universiti lagi. Tiada rahsia antara mereka.
Lagi-lagi dia dengan si Shafiq ni. Setelah berkawan rapat dengan Jasmin, makin menjadi-jadi perangai busybody sahabatnya itu.
Ye, benar.. Syafiq mengenali Jasmin di kelab malam miliknya.
Syafiq mula hilang sabar. Tangannya mengetuk kuat meja Thaqeef.
"Apa kau ni? Sabar sikit boleh tak?" Rungut Thaqeef bila Syafiq seakan tidak faham dengan pekerjaannya.
Syafik berdecit geram. " Sabar? Kau nak aku sabar? Dah setengah jam kau buat aku macam tunggul." Bidas Syafiq.
Thaqeef usap belakang leher sambil ketawa kecil.
" Yeke? Sorrylah, aku busy sikit hari ni."
"Sibuk atau nak mengelak dari aku?" Bidas Syafiq selamba.
Thaqeef hela nafas dengan perlahan.Syafiq ni memang lah. Pen diletakkan di atas meja.
"Okay, apa kau nak tahu? Aku rasa, mesti Ricky dan Jasmin kau tu dah cakap pada kau, kan?"
Syafiq tergamam. Jasmin dia? Bila masa Jasmin tu hak dia? Dia hanya berkawan dengan Jasmin.
"Suka hati kau je cakap Jasmin aku? Aku berkawan jelah dengan dia." Syafiq sengaja putar belit.
Thaqeef hampir tergelak bila memandang wajah Syafiq yang kalut. Macam lah dia tak tahu pasal Jasmin.
"Jangan nak tipu aku lah, Fiq.."
"Betullah.."
Thaqeef malas nak melayan Syafiq. Kertas yang berselerakan atas mejanya dia kemaskan, kot dibelakang kerusi dia capai, dekati tubuh Syafiq dia paut bahu tubuh sahabatnya itu sebelum tubuh mereka dibawa keluar dari Hotel Luna.
"Aku balik dulu. Jumpa aku malam ni dekat Diamonds.." Ucap Thaqeef sebelum masuk dalam lif.
Tercengang Syafiq bila Thaqeef sengaja tinggalkan dan mengelak dari dirinya.
Thaqeef ketawa kecil dalam lif bila dia sempat memandang wajah Syafiq yang tegang.
*****
Wajah Adra dicari bila Thaqeef masuk dalam rumah itu. Tali leher dibuka dan dilemparkan atas sofa, begitu juga dengan briefcase.
Balkoni luar dipandang dan Adra tiada disitu. Begitu juga dekat dapur.
Pintu biliknya dibuka, tetap sunyi tanpa bayangan Adra. Tarik langsir balkoni dalam biliknya, dia tersentak bila melihat Adra yang ketiduran disitu.
Thaqeef tunduk dan mencempung tubuh Adra lalu dibawa ke atas katil. Adra terjaga dari tidur bila lekapan bibir Thaqeef singgah pada bibirnya.
Adra bangun dan mengeresot tubuhnya menjauhi Thaqeef. Namun, Thaqeef memegang kemas lengannya. Tepi dahinya Thaqeef kucup lembut.
"Dah makan?" Soal Thaqeef. Dia tahu ada ketakutan pada mata Adra. Adra takut pada dirinya.
Adra menggelengkan kepalanya. Memang sejak pagi tadi, tiada selera dia mahu makan.
"Kenapa tak makan? Hmm.." Bisik Thaqeef lagi sambil mengelus lembut rambut Adra.
Patutlah makanan yang sempat dia beli tadi sebelum keluar tidak bersentuh.
"Aku lapar, temankan aku makan ye.." Thaqeef cuba memujuk Adra lagi.
"Tak nak. Saya tak lapar.." Adra cuba mengelak dari Thaqeef. Dia takut jadi macam semalam. Satu malam yang membinasakan dirinya.
Thaqeef cengkam kuat lengan Adra sehingga Adra menyeringai kesakitan. Kenapa Adra suka sangat mencabar kesabaran dia?
"Kau nak aku belasah kau macam semalam lagi ke, Adra?" Ucap Thaqeef sambil jengilkan mata pada Adra.
Mata Adra mula berkaca. Dia geleng kepala berkali-kali.
"Kalau tak nak, bangun sekarang. Jangan buat aku marah. Teruk aku kerjakan kau nanti!" Marah Thaqeef lalu dia bangun dari katil dan hempas kuat pintu bilik itu.
Terhinjut bahu Adra bila Thaqeef hempas kuat pintu itu. Adra lekas bangun dari katil dan mengikut langkah Thaqeef.
Adra berdiri di sebelah Thaqeef yang sedang duduk. Dia pintal hujung singlet milik Thaqeef. Singlet Thaqeef besar. Tubuhnya hanya kecil.
"Kau tercegat tepi aku ni dah kenapa? Duduklah!" Jerkah Thaqeef hingga membuatkan mata Adra semakin berkaca.
"Sikit-sikit nak menangis, jangan buat aku marah lah, Adra.." Rungut Thaqeef sambil letakkan steak pada pinggan Adra.
Adra hanya duduk di situ. Hanya diam membisu.
"Makan.. Aku nak kau habiskan makanan ni.." Arah Thaqeef lagi.
Adra tunduk dan memandang makanan itu. Dibuka mulutnya dan Adra hanya diam tanpa bicara.
Beberapa minit kemudian, Adra pandang wajah Thaqeef yang sedang melihat telefon bimbitnya. Dia kena cakap pada Thaqeef. Dia mesti. Adra cuba kuatkan hati dan dirinya.
"Saya nak balik.. Saya nak balik rumah Jasmin.." Ucap Adra pada Thaqeef.
Terhenti tangan Thaqeef saat itu.
"Again? Kau cakap apa?" Balas Thaqeef pada Adra. Inginkan kepastian.
Sekali lagi Adra katakan pada Thaqeef dan bila Thaqeef melempar pinggan dan gelas ke atas lantai, Adra pandang wajah Thaqeef yang sudah tegang memandang wajahnya.
"Bangun!" Herdik Thaqeef kuat.
Adra sudah ketakutan. Telinganya ditutup dengan kedua-dua tangannya.
Thaqeef rasa makin berang bila Adra seolah tidak endah dengan arahannya. Tubuh Adra dicempung, dibawa masuk dalam biliknya, dilemparkan tubuh Adra atas katil dan tubuh kecil Adra itu Thaqeef tindih dengan rasa marah.
Tumbukan demi tumbukan Adra berikan pada tubuhnya tidak dia hiraukan. Sekarang ni berani Adra mahu tinggalkan dirinya.
Adra menjerit dengan kuat bila Thaqeef mencekik lehernya,kedua-dua tangannya dikunci oleh lelaki itu.
"Kau milik aku. Hak aku, Adra.." Thaqeef berbisik garang depan wajah Adra.
"Berani kau nak tinggalkan aku!" Semakin kuat cengkaman Thaqeef pada leher Adra. Tidak dia hiraukan tangisan dan jeritan Adra.
Thaqeef lepaskan cengkaman itu bila Adra mula tercungap. Belakang tubuh Adra dia peluk dan dia usap dengan lembut.
"Kau hak aku, Adra.. Jangan pernah kau pergi dari aku.." Bisik Thaqeef lagi.
Adra yang sudah terkulai kesakitan itu hanya mengangguk lemah dalam dakapan Thaqeef.
Thaqeef pegang wajah Adra dengan kedua-dua tangannya. Hidungnya digeselkan pada pipi gebu Adra.
" Cakap.. Kau milik siapa, Adra?" Bisik Thaqeef.
Adra pandang wajah Thaqeef. Wajah tampan milik lelaki itu dia pandang dengan lama. Kenapa mesti dirinya yang lelaki ini mahu?
"Adra..!" Bisik Thaqeef lagi bila Adra memandang lama wajahnya.
Adra usap lembut bahu Thaqeef. Pipi gebunya dilabuhkan pada dada milik Thaqeef.
Tangannya diletakkan pada dada Thaqeef.
"Saya milik awak. Adra milik Thaqeef. Selamanya.."
Thaqeef kucup lembut tepi dahi Adra. Tubuh Adra dia usap dengan lembut.
Haruman yang terbit dari rambut Adra, Thaqeef hidu dengan lama. Haruman yang hampir membuatkan dia gila.
Tak lama kemudian, Thaqeef terdengar dengkuran halus. Thaqeef menunduk memandang wajah Adra yang sudah ketiduran. Jam ditepi meja katil dia pandang sudah menunjukkan pukul 9 malam.
Thaqeef letakkan Adra dengan berhati-hati. Dia tahu, mesti tubuh Adra penat.
Dia turun dari katil, butang baju kemejanya dibuka satu persatu. Tuala dicapai olehnya dan tubuhnya menghilang di sebalik pintu bilik air.
Setelah siap bersihkan diri dan memakai pijama, Thaqeef rebahkan tubuh disisi Adra. Tubuh Adra dibawa dalam dakapannya. Bibir Adra dikucup lembut.
Dan malam itu, Thaqeef lena dakapan seorang Adra.
EPILOG TUBUH belakang disandar pada bantal. Rambut Thaqeef dibelai lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, Adra menunduk dengan perut yang mula menampakkan bentuk,dia kucup pula dahi Thaqeef. Tak sedar masa cepat berlalu, sudah tiga bulan kandungan Adra. "Sayang.." Thaqeef memulakan bicara, tangan runcing Adra dicium sekilas. "Ye, suami saya." Adra ukir senyuman manis pada Thaqeef. Thaqeef tekup wajah di perut Adra,disertakan sekali ciuman pada perut itu. Seolah tak percaya, dirinya akan menjadi seorang bapa. Seorang lelaki dan suami yang pendosa. "Ajar aku solat, boleh?" Bukan tidak tahu solat, cuma Thaqeef sudah lama menunaikan kewajipan yang satu itu. Terkelip-kelip mata Adra seolah tidak percaya. Sebenarnya Adra selalu bentangkan sejadah pada Thaqeef selepas dia menunaikan solat namun Adra tahu bukan senang untuk suaminya berubah. Kini, mungkin makbulnya doa seorang isteri. Adra kucup pip
BAB 59SENYUMAN lebar terukir pada bibir Adra dan Thaqeef bila doktor mengesahkan Adra mengandung hampir dua bulan,sama kandungan pula dengan Mikayla. Tak mahu berlama dalam bilik doktor itu, dengan cepat mereka terus meminta diri untuk pulang. Tak sabar mahu melepaskan rasa kebahagiaan yang mereka alami sekarang.Thaqeef peluk Adra dengan erat. Dia kucup lembut tepi dahi Adra."Abang, lepaskan sayang. Lemas lah!" Jawab Adra di sebalik pelukan tersebut.Masuk saja dalam kereta, terus tubuhnya dipeluk kemas oleh ThaqeefPeluk dia macam tak peluk sepuluh tahun. Semput bila Thaqeef peluk kuat sangat. Kesian baby dan mummy baby.Thaqeef lepaskan pelukan itu sambil tersenyum bahagia. Yelah, siapa tak bahagia budak kecik ni dah mengandung. Yeay!Thaqeef cubit pipi tembam Adra. Makin cantik pula mummy buyung ni. Geram nak meow meow je."Sakit lah abang, tangan abang tu besar. Sakit tau pipi sayang." Adra tepis tangan dengan
BAB 58 COMFORTER ditarik menutupi tubuh Adra yang terdedah. Tidak mahu tubuh seksi Adra kesejukan bila ditinggalkan seketika. Dia melangkah ke arah balkoni. Mahu menenangkan amarah untuk Rafiq yang sengaja disembunyikan ke pelusuk hatinya yang sangat dalam. Bibir pandai memujuk Adra kerana dia tidak mahu Adra tahu gelodak hatinya yang seolah mahu terbakar selagi dia tidak menjumpai lelaki durjana yang berani menyentuh isterinya. Dia, Thaqeef Ilham. Tak akan sesekali lepaskan manusia yang berani menyentuh isterinya. Akan dicari sampai jumpa. Dia akan membuat perhitungan terakhir dengan lelaki durjana itu. Adra yang nyenyak ketiduran atas katil itu dia pandang penuh rasa cinta. Jika bayangan Rafiq muncul kembali, dia akan menghilangkan semua itu dengan sentuhan magisnya. Sentuhan seorang suami yang halal untuk Adra. Satu nombor yang sempat diberi oleh Datuk Ikram tadi didail oleh Thaqeef. Selepas mendengar balasan dari pi
BAB 57 PENUMBUK dikepal menahan kemarahan saat mata jatuh pada tubuh Adra yang hanya ditutup oleh selimut. Sedaya upaya Thaqeef menahan tangannya dari menumbuk dinding. Dia tak mahu mengejutkan sang isteri yang begitu lena. Biarlah Adra tidur lena dari bangun dan menghadapi mimpi ngeri itu. Thaqeef akan kejar Rafiq sampai dapat. Dia tak akan biarkan lelaki durjana itu terlepas. Lelaki yang berada menyentuh setiap inci tubuh isterinya, akan dia cari sampai ke hujung dunia sekalipun. Wajah yang sembap dengan air mata itu Thaqeef pandang dengan penuh rasa kasih, penuh rasa cinta. Dielus lembut wajah Adra. Kolam mata Thaqeef terasa hangat. Semua ini salahnya.Kalau dia tidak ikut rasa ego dan dendam, pasti dia akan menghalang Adra dari keluar seorang diri. Kini, rasa dendam itu membawa padah dirinya dan Adra yang menjadi mangsa Rafiq. Tidak patut dia biarkan semua itu terjadi sedangkan dia tahu lelaki durjana masih bersenang lenang berada di lu
BAB 56 ADRA yang masih tidak sedarkan diri tu dia angkat dan diletakkan atas toto usang. Kemudian, Rafiq turut berbaring bersama Adra. Wajah jelita Adra diusap dengan tangannya. Begitu indah wajah Adra bila matanya tertutup rapat,bibir juga tidak mengeluarkan kata-kata yang sering membuatkan dia marah. Kenapa Adra tidak pernah nampak dirinya? Dirinya yang begitu sayang Adra. Tersedar Adra dari lena bila wajahnya dikucup bertalu-talu. Terbuka luas mata Adra bila tubuhnya sedikit di tindih oleh lelaki. Dan bila lelaki mengangkat wajah, Adra menjerit kuat sehingga membuatkan mulutnya ditekup oleh lelaki itu. Mata Adra meliar di segenap ruang bilik itu. Sungguh Adra terkejut, bila bilik itu dipenuhi gambarnya bersama Thaqeef. Rafiq! Adra gigit tangan lelaki itu dengan kuat, tubuh Rafiq juga ditolak menjauh darinya. Tidak rela tubuhnya disentuh dari lelaki itu. Adra bingkas bangun namun tak sempat dia mahu membuka pi
BAB 55 BUKA saja pintu bilik dengan langkah yang terhuyang-hayang, Thaqeef dekati Adra yang ketiduran di atas sofa. Terukir senyuman sinis di bibir bila melihat air mata yang masih tersisa pada wajah Adra. Palsu! Semuanya palsu termasuk cinta wanita itu! "Qeef.." Adra bingkas bangun bila tubuhnya dihempap oleh Thaqeef, dia menghidu bau masam pada wajah dan tubuh Thaqeef. Sah!Lelaki ini mabuk lagi malam ini. Ditolak kuat tubuh Thaqeef supaya menjauh. "Eh eh, kau siapa nak tolak aku macam tu."Thaqeef tolak kembali tubuh Adra baring atas sofa itu, kemudian ditunjal pula dahi Adra. " Isteri kena dengar cakap suami! Kau tak belajar agama ke dulu hah? "Bidas Thaqeef selamba. Tangan Adra yang cuba melawan dirinya dia tekan pada sofa. Adra mendengus kuat. Tiada guna berlawan dengan orang mabuk macam Thaqeef sekarang. Bukan dia ingat pun. Adra jeling Thaqeef. " Awak nak apa?" baik Adra beralah, kalau tidak, tak tahu pukul berapa dia dapat tidur