Share

BAB 3

"Hey beb" Bahu Ain Nur Jannah ditampar lembut oleh seseorang. Pantas dia menoleh. Kelibat yang ditunggu telahpun tiba. Kaisah, sahabat baiknya. Sahabat susah senangnya.

"Jauh kau termenung. Kau ingat dekat siapa?" soal Kaisah ingin tahu.

Dia menarik kerusi lalu melabuhkan duduk bertentangan dengan Ain Nur Jannah. Ain menggelengkan kepala. Malas dia nak memanjangkan cerita pagi tadi. Biarlah menjadi rahsia buat sementara. Lagipun mana mungkin Ain berjumpa dengan lelaki itu lagi. Semuanya bakal menjadi sejarah.

"Ingat dekat kaulah Kai. Janji nak jumpa pagi. Ini haa, dah malam baru kita dapat jumpa." Ain menjuihkan bibir. Sengaja memberi alasan.

"Iye iye je kau. Dia yang tak jadi jumpa kita. Cakap kita pula yang tak jadi jumpa. Asal kau batalkan janji temu kita eh? Kau tak nak jumpa aku?" soal Kaisah. 

Dia menggamit pelayan kedai makan dari jauh. 

"Bagi saya Nasi goreng seafood satu, ais lemon tea satu," ujar Kaisah sebaik saja pelayan ada di depan mata. Pelayan itu mencatat pesanan Kaisah dengan pantas.

"Kau nak makan apa ni?" dia menyoal Ain.

Tak akan dia mahu makan seorang-seorang. Mahu mati seleranya tidak ada yang menemani.

"Kau order yang kau je. Aku dah order tadi sebelum kau sampai." Kaisah mengangguk laju. Dia mendongak ke arah pelayan.

"Yang itu je dik, thank you ya ... " Ucapnya sebelum pelayan tadi berlalu pergi. 

Tumpuannya kembali kepada Ain. Dia membetulkan duduknya. Mata memandang gadis itu dengan tajam.

“Kau dah kenapa aku tengok? Gelisah semacam ja. Ada apa-apa yang kau nak kongsi dengan aku?” Kaisah cuba menebak. Mana tahu umpannya mengena.

Ain menggeleng. 

"Sorry Kaisah pasal pagi tadi. Aku memang betul-betul tak sengaja. Opah aku call. Bukan kau tak tahu. 5 minit tak muncul. Gerenti kena pancung tau" 

Ain cuba berdalih. Dia bukan sengaja. Kaisah ketawa lepas. Dia teringat reaksi opah kalau memanggil Ain. Kalau tidak muncul, gerenti dicari cucu kesayangannya itu sampai jumpa.

Ain mengeluh.

Kalau bukan sebab budak gemuk itu, sudah pasti dia dan Kaisah meneruskan rancangan mereka. Tetapi bila dia teringat peristiwa pagi tadi, dia rasa lucu. Namun terselit juga rasa risau.

Mana tahu kalau tindakan dia tadi beri kesan sampingan  pada lelaki itu. Bukan boleh dijangka apa kesan pada tendangan padu juara silat seperti dia.

Dia juga takut nanti secara tiba-tiba, ada orang datang mencari dia. Mahu dia bertanggungjawab menyebabkan kemandulan. Huh! Mustahillah semua itu. Minta dijauhkan.

Akan tetapi dia rasa lucu sangat bila terbayang tubuh lelaki sombong tadi terduduk menahan sakit. Kali pertama dia buat begitu pada seorang lelaki. Memang terbaik. Biar lelaki itu belajar cara meminta maaf yang sebetulnya.

Senyuman terukir dihujung bibir.

"Kau apahal senyum sorang-sorang? Buang tebiat ke apa? Ke kau teringat dekat crush kau si Wawa Jenal?" Kaisah menggawang-gawang tangannya di depan Ain. Cuba menyedarkan rakannya.

“Eh, kau gila ke apa? Bila pula crush aku si Wawa Jenal? Ingat aku lesbian macam kau? Minat dengan orang perempuan?” Laju Ain menepis. Kaisah memang. Dia yang crush dengan Wawa Jenal, dikata kita pula yang minat. 

“Haha ...” Kaisah ketawa kuat. Semua mata yang berada dalam restoran memerhati mereka dengan pandangan tidak senang.

Pantas Ain menekup mulut Kaisah.

“Kau cover sikit gelak kau tu boleh? Malu aih orang tengok. Mana aku nak sorok muka lawa aku?” ujar Ain sebaik saja dia melepaskan tangannya.

Kaisah menjuih bibir.

“Kau tu yang senyum tiba-tiba. Entah angau dekat lelaki mana entahlah. Tersengih-sengih. Lucu aku tengok. Sebab tu aku ketawa.” 

"Eh, aku ada senyum ke?" soal Ain selamba.

Apa kejadahnya soalan kau ni Ain Nur Jannah. Memang dah sah sah kau senyum seorang-seorang. Lagi mahu berdalih ke?

"Opah kau call ke atau kau pergi dating tak bagitau aku ni?" Kaisah cuba serkap jarang. Saja mahu lihat reaksi sahabatnya.

"Bukan dating la. Memang betul opah aku call suruh balik" tekan Ain lagi. Cuba menegakkan benang yang basah.

Kaisah sudah menarik muka. Mahu merajuk. Macamlah dia baru kenal Ain Nur Jannah.

Gadis itu terlalu perahsia. Terlalu liat mahu berkongsi cerita. Apatah lagi derita yang ditanggung. Sehinggakan tidak mampu lagi mahu dibendung, barulah gadis itu akan meluahkan segalanya.

"Ala, nanti nantilah aku cerita dekat kau. Aku janji okey?" Ain cuba memujuk. 

Dia tahu sebenarnya sahabatnya itu saja buat-buat merajuk. Sengaja mahu cungkil rahsia dari dia. Dia sudah dapat mengagak. 

Kaisah menjungkit bahu.

"Weh, aku janji. Kau macam tak kenal aku pula. Asal yang nak sentap tiba-tiba ni?" Ain menggoncang tubuh Kaisah. Hidung gadis itu dicuit manja beberapa kali.

Kaisah tidak jadi merajuk lama-lama. Tindakan Ain buat dia rasa lucu. Mana ada sahabat yang memujuk sahabat dia yang merajuk seperti kekasih. Kalau adapun mungkin 10 dalam sejuta.

"Alah, aku gurau jela dengan kau. Aku bukan merajukpun. Aku buat-buat merajuk je." Kaisah tersenyum senget. Terpamer gigi yang tersusun cantik.

“Aku dah agak dah” Ain menepuk bahu sahabatnya kuat. Menyeringai gadis itu menahan sakit.

“Tapi kau janji tau dengan aku yang kau  akan kongsi story dengan aku?" 

Laju saja Ain bersetuju. Kalau dia tidak setuju, merajuk pula gadis itu sekali lagi.

Jari kelingking Kaisah diangkat. Disua pada Ain. Seperti biasa. Mahu mengikat janji antara mereka. 

"Ok. Aku janji dengan kau" Janji Ain Nur Jannah. Dia mengepit jari kelingkingnya dengan jari Kaisah.

"Ha macam tulah sahabat" Ujar Kaisah sambil tersengih.

"Best friend forever till jannah," kata mereka serentak. Terburai ketawa antara mereka.

Kaisah adalah sahabat Ain Nur Jannah dunia akhirat. Allah yang menghantar dia pada Ain disaat dirinya memerlukan sokongan seorang sahabat.

Pada siapa lagi dia mahu berkongsi rasa hati kalau bukan dengan Kaisah. Dia berjanji akan menceritakan semuanya pada Kaisah nanti. Satupun tidak akan tertinggal.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status