Sudah genap seminggu semenjak pertemuan Nuh dan Ain di Kedah. Seminggu jugalah berlalu tanpa ada apa-apa gangguan dari Nuh Al-Edruz. Sengaja dia membiarkan hidup Ain Nur Jannah tenang terlebih dahulu. Sebelum dia mengucar-kacirkan kehidupan gadis itu semula.
Walaupun begitu, segala perkembangan berkaitan Ain Nur Jannah sentiasa berada di dalam pengetahuan dia. Syed Muqry lah orang yang bertanggungjawab menjadi pemberi maklumat bertauliah dia.
Jangan kata Ain seorang. Malah seluruh ahli keluarga gadis itu berada di dalam pengetahuan Nuh. Dengan siapa gadis itu tinggal, dan siapakah saudara mara gadis itu, semua dia tahu.
Bebola mata Nuh tertancap pada skrin laptopnya. Web Media Online ditaip pada carian g****e chrome. Keluar keputusan carian dan dia klik pada laman web Media Online.
Sebelah tangan memegang pen sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja seolah sedang berfikir. Dia skrol laman web Media Online. Artikel yang tertulis 'Penjelasan Ekslusif Cikgu
Assalamualaikum semua. Maaf terlalu lama tak update kisah KAU AKU KITA GEMUK. Semoga kemunculan chapter ini akan jdi permulaan pada chapter-chapter yang seterusnya. Selamat membaca!!
Nuh memakir Honda CRV nya ke dalam garaj. Kelihatan Mini Cooper S milik bondanya turut tersadai sama. Nampak gayanya bonda dia ada di rumah. Tak ada meeting agaknya hari ini. Bukan senang dia mahu bertemu dengan Dato Mahani. Dia tersenyum simpul. "Ha! Dah sampai pun anak bonda" Belum pun sempat Nuh melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah disergah bondanya dari belakang. Pipi tembam Nuh dicubit-cubit geram. Nuh mengetap bibir. Dia cuba menepis dengan tangan. Tetapi tindakan bondanya lebih pantas. "Bonda ni, tak habis-habis buat Nuh macam budak-budak," omel Nuh perlahan. Dia menarik muka masam. Dari dulu sampai sekarang, pipi dia selalu saja jadi mangsa semua orang dalam rumah ini. "Alah, Nuh tetap budak-budak pada bonda selagi Nuh tak kahwin. Jadi sekarang, Nuh ken
Sudah genap seminggu semenjak pertemuan Nuh dan Ain di Kedah. Seminggu jugalah berlalu tanpa ada apa-apa gangguan dari Nuh Al-Edruz. Sengaja dia membiarkan hidup Ain Nur Jannah tenang terlebih dahulu. Sebelum dia mengucar-kacirkan kehidupan gadis itu semula. Walaupun begitu, segala perkembangan berkaitan Ain Nur Jannah sentiasa berada di dalam pengetahuan dia. Syed Muqry lah orang yang bertanggungjawab menjadi pemberi maklumat bertauliah dia. Jangan kata Ain seorang. Malah seluruh ahli keluarga gadis itu berada di dalam pengetahuan Nuh. Dengan siapa gadis itu tinggal, dan siapakah saudara mara gadis itu, semua dia tahu. Bebola mata Nuh tertancap pada skrin laptopnya. Web Media Online ditaip pada carian g****e chrome. Keluar keputusan carian dan dia klik pada laman web Media Online. Sebelah tangan memegang pen sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja seolah sedang berfikir. Dia skrol laman web Media Online. Artikel yang tertulis 'Penjelasan Ekslusif Cikgu
Ain Nur Jannah sudah tiba di kampung halaman arwah abahnya. Suasana desa yang nyaman memberikan dia rasa ketenangan. Mahu dilupakan seketika dunia yang sedang bergolak di luar.Dia mahu memanfaatkan cutinya bersungguh-sungguh. Tidak mahu dibiarkan peristiwa tadi mengganggu gugat ketenteramannya.Dipandang sekilas telefon pintar yang diletak diatas meja kopi bersebelahan katil. Ingatannya serta merta teringatkan bapa saudaranya.Pantas dia mengatur langkah lalu duduk di birai katil. Telefon dicapainya pantas. Panggilan yang tidak berjawab dipandang dengan senyuman nipis.35 kali panggilan dari bapa saudaranya. Pasti sebentar lagi dia akan dimarahi. Pantang dia tiada di rumah ataupun keluar bekerja ke mana-mana. Pasti Azam akan menelefonnya sampai panggilan berjawab.Ain menggeleng.Nombor telefon bapa saudaranya didail. Dua saat kemudian panggilan diangkat."Assalamualaikum Pak Usu" sapa Ain memberi salam."Waa
Temubual antara Ain Nur Jannah bersama cikgu Nasuha dan peguamnya berjalan dengan lancar. Namun dalam kerancakkan perbincangan mereka, hati Ain masih lagi kacau bilau. Apa tidaknya, mata helang si peguam asyik saja bertembung dengan anak mata Ain Nur Jannah. Dan setiap kali mata mereka bertaut, dia juga yang terpaksa melarikan terlebih dulu. Pandangan peguam itu seolah-olah memberi dia amaran. Amaran yang menggerunkan hati Ain. Dalam kekalutan dia berdoa semoga cepat-cepat perjumpaan ini berakhir. Bukan kerana dia tidak suka bertemu dengan Cikgu Nasuha tapi itulah. Hatinya terganggu dek pandangan sinis peguam dihadapannya. Pandangan itu menghantar rasa debar yang makin menjadi-jadi. Telapak tapak tangan kanan Ain ditepuk-tepuk ke dada. Perbuatan itu seperti ingin mencari ruang yang lebih untuk bernafas. Sungguh dia merasa sesak yang teramat. "Cik Ain okey ke tak?" Nuh Al-Edruz menyoal. Pura-pura mengambil berat. Sedangk
Nuh Al-Edruz mewakili anak guamnya Cikgu Nasuha untuk bertemu dengan ibu bapa pelajar yang ingin memfailkan kes saman. Mereka ditemani oleh Syed Muqry dan juga Hidayah, saudara cikgu Nasuha. Pihak pelajar tersebut juga diwakili oleh seorang peguam, dari Firma Guaman Aziz and Co. Kebetulan peguam yang mewakili keluarga pelajar terbabit merupakan rakan satu universiti Nuh Al-Edruz dahulu. Jadi dijangka, perbincangan mereka akan jadi lebih mudah dan cepat. Tidak perlu melibatkan banyak pihak untuk mereka berdamai. Selepas sebutan kes sebentar tadi, mereka telah duduk dan berbincang bersama-sama. Kedua belah pihak akhirnya telah mencapai kata sepakat untuk menarik semula dakwaan terhadap cikgu Nasuha. Segala perjanjian dilakukan secara hitam putih oleh peguam masing-masing. Permohonan maaf juga dibuat oleh kedua belah pihak agar tiada lagi salah faham yang berlaku. Fuh! Nuh menarik nafas lega sebaik sahaja semua orang bersurai. Syed dan Na
Ain Nur Jannah menarik bagasinya tergesa-gesa. Dia perasaan dengan pandangan lelaki di hujung sana tadi. Dia seperti mengenali siapa lelaki itu. Pantas saja dia menekup mulut. Dia berharap sangat lelaki yang di hujung sana tidak mengenali dia atau sudah lupakan dia."Teksi!" Ain menggamit sebuah teksi yang sedang menanti di situ. Cepat saja dia meloloskan diri ke dalam kereta berwarna biru sebaik saja pintu dibuka."Grand Alora Hotel," pantas dia memberitahu. Pemandu teksi sekadar mengangguk. Sekejap saja teksi sudah berada di atas jalan raya untuk ke destinasi yang dikatakan.Telefon bimbit Ain menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Huh! Dia mendengus. Salah masa betullah. Dari tadi lagi telefonnya berbunyi dalam keadaan kelam kabut dia melarikan diri."Assalamualaikum ...," sahut Ain sebaik saja panggilan bersambung."Yea ... aku dah sampai. Aku terus ke hotel. Nanti malam aku jumpa kau" Dia bersuara lagi. Sesekali kepalanya terangguk-anggu