Share

BAB 5

Ain Nur Jannah menarik bagasinya tergesa-gesa. Dia perasaan dengan pandangan lelaki di hujung sana tadi. Dia seperti mengenali siapa lelaki itu. Pantas saja dia menekup mulut. Dia berharap sangat lelaki yang di hujung sana tidak mengenali dia atau sudah lupakan dia.

"Teksi!" Ain menggamit sebuah teksi yang sedang menanti di situ. Cepat saja dia meloloskan diri ke dalam kereta berwarna biru sebaik saja pintu dibuka.

"Grand Alora Hotel," pantas dia memberitahu. Pemandu teksi sekadar mengangguk. Sekejap saja teksi sudah berada di atas jalan raya untuk ke destinasi yang dikatakan.

Telefon bimbit Ain menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Huh! Dia mendengus. Salah masa betullah. Dari tadi lagi telefonnya berbunyi dalam keadaan kelam kabut dia melarikan diri.

"Assalamualaikum ...," sahut Ain sebaik saja panggilan bersambung. 

"Yea ... aku dah sampai. Aku terus ke hotel. Nanti malam aku jumpa kau" Dia bersuara lagi. Sesekali kepalanya terangguk-angguk.

"Ok, baik. Take care juga untuk kau" Ain Nur Jannah memutuskan panggilan. Telefon bimbitnya kembali diletakkan ke dalam kocek seluar jeans. 

Kepala tergeleng-geleng. Dia baru sahaja tiba di sini, tapi sudah ramai yang kalut menghubungi dan menghantar pesanan whattsapp pada dia. Mahu tahu keadaan dia. Risau kata mereka.

Ain menghela nafas panjang. Bukan dia tidak pernah keluar bertugas secara sendirian. Lebih jauh dan lama dari inipun dia pernah. Tiada pula yang kalut bertanya macam-macam.

Ain mengeluh.

Mungkin juga sebab dia pulang ke sini. Ke tanah kelahiran arwah abahnya. Kekalutan itu menjadi lebih luar biasa pada semua orang termasuklah opah.

Ain membuang pandang keluar tingkap. Matanya menangkap berpuluh deretan kedai-kedai di sebelah kiri dan kanan jalan. Terpacak megah berdiri di setiap satunya. 

Matanya beralih pula pada sawah-sawah padi yang luas terbentang selang beberapa buah bangunan. Menghantar rasa nyaman. Mewujudkan ketenangan biarpun seketika. 

Nafas disedut sedalam-dalamnya.

Dia mengimbas kembali peristiwa lima belas tahun dahulu. Kalaulah ibu dan abah masih hidup, pasti Ain masih berada di bumi Kedah. Masih lagi berpeluang  menikmati udara kampung yang segar. Boleh merasai indah dan bahagianya hidup di kampung. Tetapi dia sedar, semua itu sudahpun berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan yang tersimpan kemas di dalam lipatan memori.

Sudah lama rasanya dia tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman arwah abah. Dia rindu. Rindu segalanya. Rindu bau tanah, rindu bau rumput. Rindu bau sawah.

Dia sudah merancang, habis saja kerja dia nanti, dia akan luangkan sedikit masa untuk menziarahi kampung halaman arwah abahnya. Terubat juga rindunya nanti.

"Cik, kita dah sampai," tegur pemandu teksi sambil menoleh ke arah Ain. Menarik kembali gadis itu ke alam nyata. 

Mereka saling berbalas senyuman.

“Maaf pak cik. Saya ralit tengok kiri kanan hingga tak sedar kita dah sampai.”

Dia segera mencapai beg sandangnya di tempat duduk sebelah lalu digalas. Not lima puluh ringgit yang memang sudah tersedia digenggaman, dia hulurkan pada pemandu teksi tersebut.

"Terima kasih pak cik. Yang lebih tu pak cik simpan ye" ujar Ain sebelum melangkah keluar dari teksi. 

Pandang saja wajah pak cik teksi itu buat dia teringatkan arwah abah. Dia sangat rindukan arwah abah dan ibu. Rasa sedih makin menjalar. Dia cuba menepis jauh. Tidak mahu mengingati lebih-lebih. Hilang semangat dia nanti.

"Terima kasih untuk cik juga. Semoga dimurahkan lagi rezeki cik dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah." balas pemandu teksi tersebut.

Ain mengangguk.

Dia terus membuka pintu teksi dan menapak keluar. Kemudian dia menuju ke but belakang lalu mengeluarkan bagasinya pula. Pintu  but ditutup rapat. Langkah kaki terus diatur ke lobi hotel. 

NUH Al-Edruz merebahkan tubuhnya ke tilam. Melepaskan rasa penat yang dari tadi terkumpul. Belum sempat dia berehat siang tadi terus dia ambil penerbangan dari Kuala Lumpur datang ke Kedah. Sudah lama rasanya dia tidak menjejakkan kaki ke tanah kelahiran dia.  Ayahnya merupakan anak kelahiran Felda. Arwah datuknya juga merupakan seorang Peneroka Felda. 

Nuh juga generasi ke tiga Felda. Felda Teloi Kanan. Kawasan felda yang terletak di Daerah Baling. Bersempadan dengan Daerah Sik. Tetapi masih lagi berada di dalam negeri yang sama.

Dia rindu tempat dia dan abang-abangnya bermain bila setiap kali pulang ke kampung. Ada saja aktiviti menyeronokkan yang mereka lakukan. Dari memanjat pokok, mandi sungai, kemudian masuk kebun getah cari buah getah. Terlampau banyak kenangan yang terlakar antara dia dengan tanah negeri ini. Kenangan yang tidak mungkin luput dari ingatan hingga dia mati. 

Dia sudah buat keputusan, selesai saja kes nanti dia akan menziarahi tanah kelahiran mereka. Masih ramai saudara mara mereka yang tinggal di sana. Dapat juga dia mengubat rindu pada kampung halaman.

Keningnya bertaut.

Tiba-tiba dia teringatkan gadis yang dia lihat di lapangan kapal terbang tadi. Terus dia hubungi Syed. Memang dia tidak salah pandang. Dia yakin gadis yang dia lihat tadi adalah gadis yang sama yang dia sedang cari.

Tiba-tiba perutnya berkeroncong minta diisi. Lapar pula dia rasa. Telefon pintarnya segera dicapai.

"Hello Syed, kau dah check-in ke belum?" Soal Nuh sebaik saja panggilannya bersahut. 

Selepas rakan Syed menghantar mereka ke hotel tadi Syed terus meminta diri untuk bertemu dengan Cikgu Nasuha. Syed ada juga mengajaknya tadi tapi lembut dia menolak. 

Dia masih penat dan mahu berehat sepuasnya di bilik. Mahu mengembalikan tenaga yang sudah menghilang sepanjang hari. 

"Dah checkin dah. Aku  jumpa Cikgu Nasuha sekejap ja tadi. Aku nak kenalkan dia dengan kau, kau tak nak ikut. Kalau tidak, boleh kita sembang apa yang patut." balas Syed Muqri.

"Malas aku nak kacau daunlah. Maklumlah korangkan dah PJJ setelah sekian lama," perli Nuh.

Syed itu nampak saja macam beria-beria macam mengajak. Padahal dalam hati mesti dia tidak mahu Nuh ada sekali. Bukan Nuh tidak tahu.

"Kenapa kau call ni? Baru pisah tadi takkan dah rindu dekat aku kut." Tebak Syed. Saja nak mengenakan Nuh pula. Dia ketawa di hujung talian. 

“Banyaklah kau punya rindu. Ini ha, aku nak tanya pasal video yang aku hantar dekat kau tu. Kau dah check ke belum profile budak gemuk tu?" Nuh menyoal. 

Dia tak sabar mahu  tahu segalanya tentang gadis  yang telah memalukan dia. Rasa saakit hati masih belum hilang. Selagi itu dia tidak akan memaafkan.

"Eh, ada. Aku lupa nak buat laporan dekat kau. Aku dah stalk budak tu. Sat aku pergi bilik kau" Syed Muqri berkira-kira mahu memutuskan panggilan.

"Weyh, tunggu dulu." Nuh menahan.

"Kau dah kenapa?" soal Syed di hujung sana.

"Sebelum kau datang bilik aku, kau orderlah sesuatu. Aku nak makan. Perut aku lapar. Dari tadi lagi dia tak makan. Sedih tau." Nuh menyeringai. Mohon simpati.

Dia malas mahu menghubungi foodpanda atau makanan segera lain.  Dia kira Syed lebih arif dengan tempat ini.

"Yela tu. Perut kau lapar ke kau yang lapar? Kenyataan langsung tak boleh blah. Aku ajak makan tadi kau tak nak. Kau jual mahal bagai. Sekarang tengok, siapa yang lapar? Perut kau juga kan? Nuh, Nuh ... Macam manalah kau boleh jadi peguam"

Syed sudah membebel.

"Dahlah kalau kau tak nak tolong. Berleter je kerja kau. Macam mak nenek," omel Nuh. Bukan selalu dia minta tolong orang.

"Dah, dah. Tak payah nak merajuk macam bayi. Kau tunggu je dalam bilik kau, jab aku datang." Syed sudah memutuskan panggilan. Nuh mencebik bibir. 

Comments (1)
goodnovel comment avatar
RED SCARLET
best.. ada ms smbung lg tq
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status