ANMELDEN"Esok, tepat jam lapan pagi, kau mesti ada depan office aku. No more excusses Ain Nur Jannah. Kalau kau nak tengok muka gemuk kau viral, silakan bantah cakap aku" - Nuh Al-Edruz. "Huh! Hancur percutian aku. Tak guna betullah kau Nuh Al-Edruz. Dasar peguam gemuk!" - Ain Nur Jannah. Disebabkan satu kejadian yang berlaku, hidup Ain Nur Jannah sentiasa diburu. Langsung tiada ketenangan sejak kehadiran peguam gila Nuh Al-Edruz. Segalanya bagai dirancang dan perancangnya adalah peguam gila itu. "Aku mandul! Semua salah kau! Aku nak kau bertanggungjawab! Jadi isteri aku!" - Nuh Al-Edruz. Dapatkah Ain Nur Jannah menerima perkahwinan atas dasar penipuan? Penipuan yang sengaja dilakukan oleh seorang suami. Benarkah rasa benci tidak akan bertukar sayang? "Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang sayangkan Ain. Abang cintakan Ain. Seluruh hidup Nuh Al-Edruz hanya untuk Ain Nur Jannah" - Nuh Al-Edruz. Bila kebenaran terungkap, adakah cinta lenyap? "Kalau kau sayangkan aku, kalau kau cintakan aku, lepaskan aku Nuh. Biar aku hidup tanpa bayangan kau. Kau tipu aku! Kau perangkap aku dalam hubungan gila ni! Atas dasar apa perkahwinan ini perlu dipertahankan lagi?" - Ain Nur Jannah. Kau Aku Kita Gemuk menyingkap rasa cinta yang berbeza. Cinta si gemuk buat si gemuk. Masihkah ada rasa bahagia buat mereka kecapi bersama?
Mehr anzeigenNuh memakir Honda CRV nya ke dalam garaj. Kelihatan Mini Cooper S milik bondanya turut tersadai sama. Nampak gayanya bonda dia ada di rumah. Tak ada meeting agaknya hari ini. Bukan senang dia mahu bertemu dengan Dato Mahani. Dia tersenyum simpul. "Ha! Dah sampai pun anak bonda" Belum pun sempat Nuh melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah disergah bondanya dari belakang. Pipi tembam Nuh dicubit-cubit geram. Nuh mengetap bibir. Dia cuba menepis dengan tangan. Tetapi tindakan bondanya lebih pantas. "Bonda ni, tak habis-habis buat Nuh macam budak-budak," omel Nuh perlahan. Dia menarik muka masam. Dari dulu sampai sekarang, pipi dia selalu saja jadi mangsa semua orang dalam rumah ini. "Alah, Nuh tetap budak-budak pada bonda selagi Nuh tak kahwin. Jadi sekarang, Nuh ken
Sudah genap seminggu semenjak pertemuan Nuh dan Ain di Kedah. Seminggu jugalah berlalu tanpa ada apa-apa gangguan dari Nuh Al-Edruz. Sengaja dia membiarkan hidup Ain Nur Jannah tenang terlebih dahulu. Sebelum dia mengucar-kacirkan kehidupan gadis itu semula. Walaupun begitu, segala perkembangan berkaitan Ain Nur Jannah sentiasa berada di dalam pengetahuan dia. Syed Muqry lah orang yang bertanggungjawab menjadi pemberi maklumat bertauliah dia. Jangan kata Ain seorang. Malah seluruh ahli keluarga gadis itu berada di dalam pengetahuan Nuh. Dengan siapa gadis itu tinggal, dan siapakah saudara mara gadis itu, semua dia tahu. Bebola mata Nuh tertancap pada skrin laptopnya. Web Media Online ditaip pada carian g****e chrome. Keluar keputusan carian dan dia klik pada laman web Media Online. Sebelah tangan memegang pen sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja seolah sedang berfikir. Dia skrol laman web Media Online. Artikel yang tertulis 'Penjelasan Ekslusif Cikgu
Ain Nur Jannah sudah tiba di kampung halaman arwah abahnya. Suasana desa yang nyaman memberikan dia rasa ketenangan. Mahu dilupakan seketika dunia yang sedang bergolak di luar.Dia mahu memanfaatkan cutinya bersungguh-sungguh. Tidak mahu dibiarkan peristiwa tadi mengganggu gugat ketenteramannya.Dipandang sekilas telefon pintar yang diletak diatas meja kopi bersebelahan katil. Ingatannya serta merta teringatkan bapa saudaranya.Pantas dia mengatur langkah lalu duduk di birai katil. Telefon dicapainya pantas. Panggilan yang tidak berjawab dipandang dengan senyuman nipis.35 kali panggilan dari bapa saudaranya. Pasti sebentar lagi dia akan dimarahi. Pantang dia tiada di rumah ataupun keluar bekerja ke mana-mana. Pasti Azam akan menelefonnya sampai panggilan berjawab.Ain menggeleng.Nombor telefon bapa saudaranya didail. Dua saat kemudian panggilan diangkat."Assalamualaikum Pak Usu" sapa Ain memberi salam."Waa
Temubual antara Ain Nur Jannah bersama cikgu Nasuha dan peguamnya berjalan dengan lancar. Namun dalam kerancakkan perbincangan mereka, hati Ain masih lagi kacau bilau. Apa tidaknya, mata helang si peguam asyik saja bertembung dengan anak mata Ain Nur Jannah. Dan setiap kali mata mereka bertaut, dia juga yang terpaksa melarikan terlebih dulu. Pandangan peguam itu seolah-olah memberi dia amaran. Amaran yang menggerunkan hati Ain. Dalam kekalutan dia berdoa semoga cepat-cepat perjumpaan ini berakhir. Bukan kerana dia tidak suka bertemu dengan Cikgu Nasuha tapi itulah. Hatinya terganggu dek pandangan sinis peguam dihadapannya. Pandangan itu menghantar rasa debar yang makin menjadi-jadi. Telapak tapak tangan kanan Ain ditepuk-tepuk ke dada. Perbuatan itu seperti ingin mencari ruang yang lebih untuk bernafas. Sungguh dia merasa sesak yang teramat. "Cik Ain okey ke tak?" Nuh Al-Edruz menyoal. Pura-pura mengambil berat. Sedangk

![A Million Misery [Bahasa Malaysia]](https://acfs1.goodnovel.com/dist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)




Rezensionen