Share

Bab 6

Mereka pun berborak-borak lalu Farhan pun minta diri untuk beredar dari situ kerana dia ada urusan diluar. 

   “Pakcik saya minta diri dulu sebab saya ada urusan diluar” kata Farhan sedang menghulurkan tangan 

   “Baik, jangan lupa datang sini lagi ya” balas Pakcik Man tersengih 

   “Baik Pakcik ” jawab Farhan sedang senyum 

  “Ayah, Nad teman Farhan keluar ya” ujar Nadia kepada ayahnya 

  “Ok Nad, jangan lambat tau” jawab ayahnya yang berbaring diatas katil

Mereka pun selangkah keluar dari pintu wad dan terus menuju ke tempat parking kenderaan. 

   “Hati-hati awak” ujar Nadia 

  “Ok, nanti saya datang saya bawa makanan untuk awak dan ayah awak ” balas Farhan sambil memakai topi keledarnya

   “Ok awak” ujar Nadia dan Farhan berlalu pergi. 

Setelah Farhan berlalu pergi dan Nadia terus menuju masuk ke pintu besar hospital. Dia terasa mahu makan jajan atau makanan ringan lalu dia singgah disebuah kedai kecil didalam hospital itu. Selepas dia membeli sedikit makanan langsung dia bergerak untuk naik ke wad dengan menaiki lift. Dia menekan butang tiga dan lift terus bergerak naik. 

Lift sudah berhenti dan pintu terbuka di melangkah keluar dari pintu lift tersebut dan terus melangkah setapak demi setapak untuk sampai ke hadapan pintu wad ayahnya . Akhirnya, dia sudah tiba dihadapan dipintu wad ayahnya dan dia melihat ayahnya sedang lena tidur. Lalu dia meletakkan plastik bungkusan makanan diatas meja dan terus dia duduk bersebelahan ayahnya. Sedang itu, dia bermain telefon bimbitnya dan dia berasa sangat letih sedang matanya juga terkatup secara perlahan. 

Beberapa jam selepas dia tidur seorang doktor dan nurse datang untuk memeriksa dan melihat keadaan ayahnya. Nama doktor itu ialah Doktor Suzi. Dia melihat Nadia dan ayahnya lena tidur lalu dia kejutkan Nadia. 

   “Awak, bangun” ujar doktor itu sambil mengoyangkan bahu Nadia

   “Ya, ya” balas Nadia dengan keadaan yang masih mamai baru bangun dari tidur 

   “Saya nak periksa ayah awak” jawab Doktor Suzi kepada Nadia 

   “Oh, ok” ujar Nadia sambil mengusap matanya

Doktor Suzi dan nurse pun memeriksa ayahnya. Setelah selesai doktor periksa keadaan ayahya lalu Nadia berkata“ Doktor Suzi macam mana keadaan ayah saya? ” tanya Nadia kepada Doktor Suzi

   “Oh, keadaan ayah awak semakin baik dan semakin makin pulih” jawab Doktor Suzi

    “Betul ke doktor” tanya Nadia

  “Ya, betul” jawab Doktor Suzi 

  “Alhamdulillah” balas Nadia 

   “Jadi ayah awak dah boleh keluar wad esok kalau tiada apa-apa halangan ” ujar Doktor Suzi kepada Nadia sambil senyum

   “Wah, alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah” jawab Nadia dengan perasaan penuh gembira 

   “Ok.  Saya minta diri dulu ya” balas Doktor Suzi

   “Ok doktor,  terima kasih ” balas Nadia kepada doktor sambil senyum lebar

Doktor keluar dari wad ayahnya dan dia terus kejutkan ayahnya untuk beritahu berita gembira 

   “Ayah! Ayah!  Bangun” Nadia kejutkan ayahnya dengan sangat teruja

   “Ya, apa Nad?” balas ayahnya yang sedang mamai baru bangun dari tidur 

   “Ayah dah boleh keluar dari hospital esok” ujar Nadia sangat gembira 

   “Ya allah, alhamdulillah” balas ayahnya sambil menadah tangan dan mengamin 

   “Bersyukur sangat kan ayah” jawab Nadia 

   “Nad dah beritahu Farhan belum? ” tanya ayahnya 

   “Belum lagi, hehe” jawab Nadia sambil mengaru kepalanya

  “Dah pergi telefon atau mesej dia beritahu yang ayah akan keluar hospital esok” balas Ayahnya kepada Nadia

   “Ok ayah, Nad mesej sajalah. Nad tidak mahu menganggu Farhan” jawab Nadia sambil mengapai telefon diatas meja 

   “Ok” balas ayahnya sambil senyum lebar 

Nadia terus mesej Farhan memberitahu bahawa ayahnya akan keluar hospital esok.

Setelah dia memberitahu Farhan dan langsung Farhan datang ke hospital membawa makanan malam untuk Nadia dan Pakcik Man. 

Farhan sudah tiba dihospital dan dia menjinjing beberapa plastik makanan ditanganya. Dia bergerak dan menuju ke wad. 

   “Pakcik,  Farhan dah sampai dan Farhan bawa sedikit makanan ” ujar Farhan lantas senyum

   “Wah, susah saja bawa makanan untuk Pakcik dan Nad ” balas Pakcik Man 

   “Tidak susah pun Pakcik saya beli saja makanan ni” jawab Farhan lalu ketawa

  “Pakcik mana Nadia? ” tanya Farhan sambil matanya melilau mencari Nadia

   “Nadia keluar sekejap beli air pakcik” balas Pakcik Man 

   “Oh” jawab Farhan 

   “Tak mengapa, kamu tunggu sajalah. Sekejap lagi sampai lah tu ” ujar Pakcik Man kepada Farhan

   “Baik Pakcik” balas Farhan sedang duduk

Nadia pun sudah tiba dihadapan pintu membawa sebungkus air 

     “Eh!  Awak dah sampai” ujar Nadia ke Farhan 

   “Ya, saya dah sampai” balas Farhan senyum

   “Oh,  hahahaha” Nadia membalas sambil ketawa besar

   “Ayah,ni air ayah pesan” ujar Nadia

    “Ok, terima kasih Nad” balas ayahnya 

    “Saya ada bawa sedikit makanan untuk awak dan pakcik ” ujar Farhan lalu membuka bungkusan plastik  makanan 

   “Wah!  Alhamdulillah. Terima kasih awak” jawab Nadia 

   “Farhan esok pakcik dah boleh keluar hospital” ujar Pakcik Man kepada  Farhan

   “Alhamdulillah, esok siapa ambil pakcik ?” tanya Farhan 

   “Pakcik tidak tahu siapa boleh tolong hantarkan kami pulang ke rumah” balas Pakcik Man 

   “ Tak apa Ayah, esok Nad cuba tnya Amalina dia ada masa lapang atau tak” jawab Nadia sambil memegang telefonnya 

    “Saya boleh hantarkan Pakcik dan Nadia pulang kerumah ” balas Farhan sambil senyum 

   “Awak tak kerja ke? ” tanya Nadia dengan dahinya berkerut

   “Saya kerja tapi masuk kerja waktu petang ,jadi bolehlah saya hantarkan awak dan ayah awak pulang ke rumah” ujar Farhan sambil lihat wajah Nadia

   “Hmmm.. Saya dan ayah menyusahkan awak tak? ” tanya Nadia dengan perasaan serba salah 

   “Eh, tak pun. Esok pakcik keluar wad pukul berapa? ” balas Farhan

   “ Esok pakcik keluar wad pukul 9 atau 10 pagi , tak tentu” jawab Pakcik Man

   “Oh, boleh sahaja.  Saya masuk kerja petang pukul 5” balas Farhan 

   “Oklah, kalau awak boleh tolong hantarkan saya dan ayah” ujar Nadia 

 Mereka pun bersembang sambil makan. Selepas selesai makan mereka berehat dan berborak-borak kosong. 

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status