Share

Bab 5

Pada pukul 11:45 malam Farhan telah sampai dirumahnya dan dia terus mesej Nadia. 

    "Awak ,saya sudah sampai kerumah dengan selamat ” mesej Farhan ke Nadia

    “Oh, ok” balas Nadia 

   

    “Awak dah tidur ke belum? ” tanya Farhan sambil berbaring diatas katil

   “Saya baru nak terlelap" balas Nadia dengan nada yang mengantuk

   “Maaf , saya ganggu awak” balas Farhan 

   “Tak apalah, saya tidur dulu” jawab Nadia

    “Ok” balas Farhan

   Pada pagi esok, doktor pun periksa keadaan ayahnya lalu selepas itu doktor pun memberitahu khabar baik tentang ayahnya bahawa suhu ayahnya telah turun dengan normal dan ayahnya telah sedar. Nadia sangat bersyukur dan terus menghubungi Farhan. Apabila selepas memberitahu Farhan lalu dia bergegas datang ke hospital. 

     “Ayah, ayah berasa ok tak hari ini? ” tanya Nadia ke ayahnya

    “Alhamdulillah ayah berasa sedikit ok” balas ayahnya 

     “Alhamdulillah Nad bersyukur sangat ” balas Nadia sambil menangis gembira

      “Ayah ada rasa nak makan apa-apa tak? tanya Nadia

      “Ayah teringin nak makan bubur ayam, boleh? ” tanya ayahnya

     “Boleh ayah” balas Nadia sambil tersenyum 

      “Tapi....” balas ayahnya

     "Tapi ,apa ayah?” tanya Nadia 

     “Ayah nak kamu yang masak bubur tu boleh?” tanya ayahnya 

    “Oh, boleh ayah” balas Nadia dengan hati sangat senang

“Terima kasih Nad” balas ayahnya sambil tersenyum 

     “Sama-sama ayah” jawab Nadia

    “Tapi Nad nak balik rumah tak ada kenderaan  macam mana nak masakkan bubur untuk ayah? ” tanya Nadia

Farhan sudah tiba dihospital lalu menuju masuk ke wad Pakcik Man dan terdengar bualan antara Nadia dan ayahnya lalu dia menyampuk “Saya boleh bawa awak pulang untuk masakan bubur dan bolehlah awak bersihkan dirikan diri awak” balas Farhan ke Nadia dan Pakcik Man

     “Bila awak sampai? ” tanya Nadia ke Farhan

     “Saya dah sampai dari tadi lepastu terdengar bualan antara awak dan ayah awak” jawab Farhan

      “Oh, ayah boleh ke Nad tumpang Farhan untuk pulang kerumah?” tanya Nadia ke ayahnya

     “Boleh tetapi ingat jangan berduaan dalam rumah nanti apa pula kata jiran-jiran” pesan ayahnya kepada Nad dan Farhan

     “Baik pakcik, saya tunggu diluar rumah saja” balas Farhan ke Pakcik Man

Mereka pun segera bergerak balik kerumah

Mereka pun bergerak balik kerumah dengan menaiki motosikal Farhan. 

40 minit mereka sudah tiba dirumah lalu Nadia terus masuk kedalam rumah dan dia berkata “Farhan awak tunggu diluar ya ,nah kerusi” balas Nadia sambil menghulurkan kerusi kepada Farhan

   “Ok, baik” jawab Farhan sambil mengangkat kerusinya lalu duduk  dibawah pokok

Hampir satu jam juga Farhan tunggu Nadia memasak dan bersiap. Sedang dia menunggu sambil bermain telefonnya lalu Nadia keluar dengan membawa bekal makanan.

   “Saya dah siap masak dan dah siap mandi ” balas Nadia

   “Ok, jom lah kita bergerak ke hospital” balas Farhan

   “Jom, maaf lambat ” balas Nadia sambil tersenyum 

   “Tak apa” balas Farhan

   “Awak lapar tak?” tanya Nadia

  “Lapar lah juga sebab dari pagi saya tak makan lagi, sarapan yang saya bawa untuk awak saya tertinggal dihospital kalau tak sementara menunggu awak masak apa semua boleh saya makan, hahaha” jawab Farhan sambil ketawa

 “Haah lah, kenapa awak tinggalkan dihospital? ” tanya Nadia

   “Saya tertinggal tapi tidak mengapa nanti saya makan dihospital saja” jawab Farhan

   

   “kalau macam tu tak apalah lagipun saya ada masak juga ayam masak kari” balas Nadia 

   “Sedapnya, ayam masak kari, makanan kegemaran saya ” jawab Farhan

   “Oh, boleh lah makan sekali nanti dengan ayah” balas Nadia

    “Boleh, jom kita gerak sekarang” jawab Farhan

   “Ok jom” balas Nadia sedang memakai topi keledarnya

Mereka pun bergerak dari rumah kehospital . Selepas 45 minit perjalanan mereka sudah tiba dihospital dan Farhan mencari parking motosikalnya. Selepas sudah parkingkan motosikalmereka bergerak terus masuk ke dalam wad.Nadia melihat ayahnya sedang tidur lalu dia memanggil. “Ayah Nad dah sampai ” balas Nadia

      “Alhamdulillah Nad dan Farhan selamat sampai” balas ayahnya sambil tersenyum 

     “Alhamdulillah pakcik kami selamat sampai disini” jawab Farhan

    “Ayah, Nad dah masakkan bubur ayam, jom kita makan sementara masih panas ” balas Nadia sambil membuka bekas makanan

     “Jom makan sekali Farhan” balas Pakcik Man

      “Tak apa, pakcik makan dahulu nanti baru saya makan” balas Farhan 

     “Nad ada masak lauk ayam kari juga”Balas Nadia kepada ayahnya

    “Wah, sedap tu. Farhan mari makan sekali lauk ayam masak kari dari Nad mesti sedap ” balas Pakcik Man

    “Tak lah sedap mana pun tetapi bolehlah masak dari tiada” jawab Nadia

   “Ok, pakcik.  Mari kita makan sekali bau lauk ayam kari ini sangat sedap” puji Farhan kepada Nadia

    “Bau saja sedap tetapi tidak tahu rasanya sedap atau tidak” balas Nadia kepada Farhan 

    “Dah, mari kita rasa baru tahu sedap atau tidak, hahaha” balas ayahnya sambil ketawa

    “Ayah ni bubur ayam untuk ayah” balas Nadia sambil menghulurkan makanan itu kepada ayahnya 

    “Farhan nah ambil lauk ayam masak kari ni” balas Nadia lagi

    “Ok, terima kasih awak” jawab  Farhan 

   

Farhan dan ayahnya pun makan masakan dari Nadia lalu dia bertanya kepada ayanya dab Farhan. 

     “Ayah dan Farhan macam mana rasa masakan dari Nadia yang tidak seberapa ini” tanya Nadia kepada Farhan dan ayahnya

    “Sedap sangat bubur ni” balas ayahnya terus sambung makan lagi

     “Sedap sangat lauk ayam kari yang awak masak ni saya sangat suka” balas Farhan dengan makan sangat berselera 

      “Betul ke ayah dan Farhan makanan yang Nadia masak sedap? ” tanya Nadia sambil tersenyum melihat mereka makan dengan penuh berselera 

    “Ya, betul awak sangat sedap lauk yang awak masak ni.  Saya tak tipu awak” balas Farhan dengan nada serius

   “Terima kasih atas pujian awak” balas Nadia dengan perasaan sangat gembira 

Mereka pun makan dengan sangat  berselera. Ternyata sedap masakan dari air tangan Nadia. Sesudah makan mereka berborak -borak . 

    “Sedap sungguh makanan yang awaj masak tadi” balas Farhan ke Nadia 

   “Ala, masakan biasa-biasa saja ” jawab Nadia yang sedang malu kerana Farhan memuji masakannya sedap

   “Awak dah boleh menjadi seorang isteri ” balas Farhan 

  

    “Haha, baru masak masakan yang mudah dah boleh jadi isteri ke? ” tanya Nadia 

   

     “Mestilah boleh” jawab Farhan 

    “In syaa Allah” balas Nadia 

     “Awak dah ada calon suami? ” tanya Farhan 

    “Tak ada lagi, lagipun saya tak bersedia lagi untuk menjadi seorang isteri” balas Nadia ke Farhan

      “Oh, tapi awak perlu ingat bahawa semua orang dicipta berpasang-pasangan” jawab Farhan melihat wajah Nadia 

    “Ya, saya tahu tapi saya tiada jodoh lagi” balas Nadia yang malu 

    “Awak belum berjumpa lagi dengan jodoh yang terbaik untuk awak,betul tak? ” tanya Farhan

   “Ya, betul tu” balas Nadia sambil lihat wajah Farhan 

     

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status