Share

MELODI TERINDAH
MELODI TERINDAH
Author: AISY LOVE

PROLOG

BRICK & BARREL PUB, IPOH.

AHMAD WAHYU termenung sendiri mengenangkan apa yang telah terjadi terhadap dirinya. Rasa serbasalah semua ada.

"Hey, Wahyu! Come on lah, beb. Kita datang sini nak enjoy. Bukannya nak tengok kau termenung jauh," tegur Jay yang baru lepas join dance untuk hilangkan stress kerjanya sebagai guru muzikal bersama Kate iaitu kekasihnya.

"Aku tak de mood nak enjoy. Aku balik dulu. Apa-apahal roger," balas Wahyu dengan berwajah kusut ingin berlalu dari situ.

Jay menahannya dari pergi.

"Wahyu, rilekslah dulu. Takkan cepat sangat nak balik? Kau balik awal pun bukannya ada sesape kat rumah kau. Setakat kucing kesayangan kau si Cemong tu, tak heranlah. Dia boleh jaga diri la. Lagipun, dia kan dah tidur waktu-waktu sebegini. Kau nak risau apa?"

"Sorry, Jay. Aku betul-betul tak dapat join kau malam ni.Aku memang tak de mood nak buat apapun. Better i go back home now. Aku gerak dulu, dude." Wahyu mula berkira untuk berlalu dari situ. Namun, Jay lebih memanggilnya lagi membuatkan niatnya untuk terus melangkah terbantut.

"Bro, tunggulah dulu. Kalau kau ada masalah bagitau aku. Mana tahu kot aku boleh tolong."

"It's ok. Thanks, bro. Kau dah banyak tolong aku. For now, tak perlulah. Have fun, Bro!" Sempat wahyu manepuk lembut bahu sahabtnya itu Sebelum berlalu.

"Wahyu... Wahyu... aku tahu kau masih fikirkan kes kemalangan tu. Dan juga masalah yang menimpa kau bertubi-tubi tu. Aku tahu kau masih salahkan diri kau walaupun kejadian tu terjadi secara tak sengaja. Sampai bila kau nak jadi begitu, Wahyu? Sampai bila kau nak salahkn diri kau? Hmm... apa-apapun, aku harap kau sentiasa kuat untuk harungi hidup ini. Aku akan terus sokong kau dan sentiasa berada di belakang kau, Wahyu. Kau je satu- satunya sahabat yang aku ada." Jay termangu sendiri mengenangkan nasib sahabatnya itu.

"Sayang... what are you doing here? Come dance with me? Let's go, babe!" sapa manja oleh seorang gadis sederhana tinggi yang juga antara artis yang popular masa kini.

Kate nama glamournya. Atau nama sebenarnya, Khatijah.

"You can go first. I want to drink first, honey." Jay memberi alasan.

Dia pun sebenarnya sudah mula kehilangan mood untuk berdansa apabila sahabatnya tiada bersamanya.

"Ala, sayang... cepatlah follow i. Kita dance together, please! Tak bestlah i dance seorang. You tak de." Kate merengek manja kalah budak-budak tadika gediknya.

Jay menghela nafas perlahan. Nak tak nak dia kena ikut juga kehendak gadis kesayangannya ini. Jika tidak, alamatnya merajuk seratus hari susah hendak dipujuk kalah baby. Nak buat macam mana... sayang punya pasal ikutkan sahaja. Itulah diri Jay yang hanya setia pada seorang gadis.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status