"Adam?" Imna terpana melihat wajah lelaki yang sangat dia kenali itu. Lelaki yang asyik terngiang suaranya di halwa telinga sejak tadi. Bayangan lelaki itu turut berlegar-legar di mindanya.
Lelaki itu membuka sebelah mata dan melirik ke arah Imna. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.
"Hai?" Lambaian tangan lelaki itu berikan kepada Imna. Seperti biasa, lelaki itu sungguh mesra dan Imna berasa sangat selesa ketika berada berdekatan dengan dirinya.
"Ya Tuhan! Anak aku! Kenapa dengan Imna ni?" Puan Isma datang mendekati Imna yang dipapah oleh pramugari hendak cuba membantu Imna.
Rakan pramugari itu datang mendekati mereka dan menghulurkan tisu kepada lelaki tersebut.
"Eh? Adam?" Puan Isma melirik ke arah Khairul Adam yang cuba mengambil tisu dari tangan pramugari itu.
Senyuman manis terukir di bibir Adam sambil mengelap wajahnya yang terkena sisa muntahan Imna.
"Aku minta maaf, aku... wekk..." Tekak Imna berasa loya apabila dia cuba bersuara.
"Saya bawa cik ke tandas, ya?" Pramugari yang sedang memapah Imna itu bersuara. Tanpa mampu untuk menjawab, Imna segera mengangguk lantas tubuhnya dipapah perlahan menuju ke tandas.
Puan Isma memandang Adam dengan wajah tidak percaya. Bagaimana kawan anaknya yang tinggal di Malaysia, kini berada bersama-sama dengan mereka di dalam pesawat itu.
Setelah Puan Isma bergerak menuju ke tandas untuk melihat keadaan Imna. Adam turut bangun dari tempat duduknya. Dia juga perlu membersihkan pakaian yang kotor akibat terkena sisa muntah Imna tadi.
---
Bunyi muntah Imna kedengaran jelas di halwa telinga Adam yang berada di tandas berhadapan dengan Imna.
"Itulah, mama dah cakap bangun awal. Boleh kita sarapan dulu. Ni tidak, degil." Bebelan Puan Isma langsung tidak memberi ketenangan kepada Imna supaya tidak muntah.
Adam pula hanya memasang telinga mendengar seorang ibu sedang memarahi anaknya. Dia tidak pernah tahu tentang kehidupan peribadi Imna.
Hal itu kerana Imna terlalu berahsia dengan rakan-rakannya tentang kehidupan dia selain berada di sekolah. Jarang kawan-kawan Imna mendengar gadis itu berbicara tentang ibu dan ayahnya. Jika ada yang menanya, paling kurang senyuman yang dipamerkan.
"Imna okey ma, Imna okey. Mama pergilah duduk dulu." Imna cuba meminta secara baik. Tidak suka mendengar Puan Isma membebel, bukan dia pinta untuk berasa loya dan muntah ketika itu.
"Yelah, cik tolong tengokkan anak saya. Takut melarat pula, susah jadinya." Usai berkata, Puan Isma berlalu pergi tanpa mengendahkan Taehyung yang mencuri-curi pandang ke arahnya sambil membersihkan pakaian.
"Cik nak ubat? Minyak angin?" soal pramugari yang setia berdiri di sisi Imna.
"Boleh juga..."
"Sekejap ya." Pramugari itu bergegas meninggalkan Imna yang sedang berkumur untuk mengambil ubat di bahagian cabin crew.
Nafas Imna yang tercugap-cugap kepenatan, jelas kedengaran di halwa telinga Adam. Saat itu, Adam cuba menoleh dan dia terkejut melihat di bahagian belakang baju blouse labuh gadis itu terdapat tompokkan darah.
Terbuntang mata Adam lantas dia menutup pili air lalu merenjis tangan ke singki sebelum mengapai tisu dan mengelap tangannya.
Jaket winter yang dipakai segera dibuka lalu dia mendekati gadis itu. Tanpa segan silu dia menarik lengan Imna yang kepenatan sedang membongkok memegang pinggang menahan sakit sengugutnya.
Imna terkejut lengannya ditarik lantas menoleh. Wajahnya begitu dekat dengan dada Adam yang sedang memandang ke arah lain sambil tangannya laju membawa jaket winternya ke belakang badan gadis itu.
"Kau buat apa ni?" tanya Imna, terkejut. Siapa saja yang tak terkejut dengan tindakan drastik dan tiba-tiba Taehyung itu. Jika perkara yang sama, Taehyung lakukan kepada pramugari yang bertugas boleh pengsan mereka dibuatnya.
"Nanti kalau aku cakap, kau malu pula..." Wajah Adam kelihatan selamba seperti tiada rasa segan walhal dalam hatinya sudah berdetak-detik. Belum pernah dia sedekat itu dengan Imna.
"Kenapa?" Kerutan di dahi Imna mula timbul, tidak mengerti.
"Kau bulan merah kan?" Bahasa kiasan sengaja Adam berikan.
Di saat mendengar pertanyan itu, mata Imna terus terbuntang. Lalu dia menarik jaket winter Adam yang labuh separas lutut itu menutupi seluruh bahagian hadapan tubuhnya.
Adam pula perlahan-lahan menjauhi Imna.
"Nanti sampai airport, tukar baju dulu." Adam memberi pesan sebelum mengukir senyuman manis dan berlalu pergi.
Pramugari yang membantu tadi kembali semula untuk mendapatkan Imna dan berikan Imna minyak angin yang dicarinya tadi.
Perlahan-lahan Imna dipapah ke tempat duduknya semula. Puan Isma yang sedang menilik telefon terus mendongak dan memandang Imna.
Usai Imna melabuhkan punggung, Puan Isma terus menarik jaket winter yang dipakai Imna.
"Baju siapa pula ni?"
"Adam..."
"Dah kenapa pula budak tu nak bagi kamu baju dia?" Kerutan di dahi Puan Isma jelas kelihatan.
"Imna bocor..." Perlahan Imna menjawab soalan ibunya.
"Ya Tuhan! Imna! Dah pakai panties linear belum?"
"Dah... Dahlah ma, jangan cakap kuat-kuat. Malulah."
"Kalau mama tak bising, tak bebel. Kamu bukan nak dengar cakap mama." Jelingan maut Puan Isma berikan.
Imna memandang ke atas sambil mengeluh perlahan. Imna tahu ibunya terlalu protective kerana mahu menjaga dirinya, tetapi apa yang Puan Isma lakukan kadang-kadang membuatkan Imna berasa dirinya terkongkong.
Tiba-tiba Imna teringatkan Khairul Adam, ya itulah lelaki yang Imna suka. Crush
yang Imna teringatkan sebelum kejadian memalukan tadi berlaku.Telefon bimbit dari dalam beg galas, Imna tarik keluar lalu merenung whatsapps yang tertera nama Khairul Adam
Bibir diketap rapat, Imna was-was mahu menengur lelaki itu memandangkan kejadian memalukan bukan sekali berlaku di antara mereka, tetapi dua kali!
Sekali Imna termuntah di hadapan lelaki itu. Kali kedua, kes terbocor dan lelaki itu membantunya untuk cover dari termalu sekali lagi.
Macam manalah Imna tak jatuh hati dengan rakan karib sendiri. Sikap dan peribadi Adam benar-benar membuatkan Imna jatuh cinta walaupun umur mereka baru mengijak 20 lebih.
Imna dapat rasakan Adam adalah cinta yang dia cari selama ini bagi mengisi kekosongan dan melindungi dirinya tatkala diri itu memerlukan perlindungan seperti yang berlaku di tandas tadi.
Ting!
Whatsapps Imna berbunyi dan dia segera melihat siapakah gerangannya yang menghantar mesej tersebut.
Hati Imna berbunga-bunga dengan sendiri apabila orang yang mahu dia tegur tadi terlebih dahulu menghantar pesanan kepadanya.
Khairul Adam
Jangan lupa, sampai airport nanti tukar baju kau.
Ya, tak lupa. Thanks.
Like always, no biggie.
Btw...
Kenapa kau ada dalam pesawat ni juga? Kau nak pergi Korea ke?Lama Imna menanti, tetapi tiada jawapan atau balasan dari Adam.
Bibir Imna kembali memuncung sedepa, aneh dengan kehadiran Adam yang tiba-tiba. Mata Imna melirik ke arah tingkap di sisi kanannya.
Ting!
Khairul Adam
Sebenarnya, aku dapat tawaran sambung belajar dekat Korea.
Mata Imna terbuntang, tidak percaya.
Are you kidding me?
Asal tak bagitahu aku doh?Aku ingatkan nak buat suprise nanti. Tapi, tak sangka aku yang terkena suprise. Siap dapat sisa muntah lagi 😉...
Kurang ajar kau eh, aku tak sihat kot 😠.
Tapi, sorrylah 🤧 sebab termuntah kena kau. Serius aku loya tekak sangat tadi.Sokaylah, takde hal pun.
Nanti dah sampai airport, tunggu aku tau. Lepas aku tukar baju, aku nak bagi balik baju kau ni.
Tak payah, ambil je baju tu. Mana tahu kot-kot nanti kau rindu aku. Boleh tenung baju tu ha ha ha...
Siapa dia nak rindukan kau?
Poyo tak habis-habis.Ha ha ha...
I'm the macho guy. Sorry sikit.Ha yelah, ambillah.
Nak menang juga.Ha ha ha...
Okeylah, aku nak tidur jap.Teta Imna muka besar.Ha tidurlah kau.
Dasar mamat poyo 🤮.Seen
Tanpa sedar, Imna tersenyum penuh gembira. Dia seronok dapat bermesej dengan crushnya. Dia suka dapat berbual dengan pujaan hati. Dia tersangatlah suka apabila Adam mengambil berat tentang dirinya.
Andai saja dia dapat meluahkan rasa sukanya. Sudah pasti mereka dapat bersatu dan membina sebuah ikatan lebih dari sekadar berkawan.
Akhirnya, telefon bimbit yang dipegang Imna dakap ke dada. Mata cuba dipejam, bayangan Adam. Senyuman Adam, susuk tubuh lelaki itu sedang berjalan dan melirik mata mula terlayar di benak fikirannya.
Senyuman Imna semakin melebar, tanpa sedar dirinya lena dibuai mimpi.
Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan
Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan
Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa
Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela
“Macam mana keadaan Wookyung?” Jungkook yang berada di luar wad kecemasan bertanya kepada adik iparnya. Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh Wooyoung gara-gara tidak mahu emosi kakaknya semakin teruk.“Dah okey sikit. Doktor cakap dia mengalami tekanan yang agak teruk. Jadi doktor minta dia duduk di wad sehari dua nak pantau kandungan sekaliJungkook meraup wajahnya sambil labuhkan diri perlahan-lahan di bangku menunggu. Agak berat ujian yang dia peroleh ketika ini. Situasi yang berlaku sekarang sudah tidak sama seperti awal-awal perkahwinan mereka dahulu, bahkan isterinya seolah-olah mahu mengelak daripada bertemu dengan dia. Bukan itu saja, setiap apa yang dia bicarakan pasti akan dibalas dengan tengkingan, tolakan, dan pelbagai lagi aksi yang tidak menyenangkan hati seorang suami. Entah di mana silap dia sebagai seorang suami pun dia tidak tahu. Keluhan berat dilepaskan perlahan sambil mengurut dahi yang terasa berdenyut-denyut.
Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur pelbagai reaksi masih juga dia tidak dapat memejamkan mata. Rambut dikusutkan selepas dia bangun dari baring. Kepalanya menoleh dari kanan ke kiri. Bilik adik Aisha ini sungguh ringkas dan estetik. Warna perabot, katil, meja solek semuanya minimalis. Tidak seperti biliknya yang lebih suka warna-warna ceria. Selimut ditolak ke tepi dan kaki diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bergerak ke pintu dan membukanya untuk keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi arah tujuan, dia mahu meminum sedikit air bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Dalam ralit dia sedang mengapai gelas di bahagian kabinet tiba-tiba pinggangnya dipaut perlahan. Hampir terlepas gelas di tangan gara-g