Share

Marry You (Bahasa Malaysia)
Marry You (Bahasa Malaysia)
Author: Lucyana

MY ¦ 1

"Imna! Kenapa lambat sangat nak bangun ni? Mama dah kata kan semalam jangan tidur lambat. Esok nak bangun susah!"

Laungan Puan Isma Sofia di hadapan pintu bilik anak gadisnya, Imna Safira sejak tadi tiada sahutan.

Sudah berkali-kali pintu diketuk, anaknya masih belum membuka pintu bilik.

"Kejap lagi terlepas pesawat nanti. Imna! Ya Tuhan, budak ni!" Puan Isma sudah mula mahu membuka bebelan sehingga bernanah telinga dibuatnya.

Baju blouse yang sudah siap tersarung, dilipat bahagian lengan. Berpeluh juga Puan Isma akibat dari kepanasan yang melanda.

"Mama kira sampai tiga! Kamu tak bangun juga mama tinggal kamu! Biar kamu tinggal sorang!" ugut Puan Isma.

Sudah berbuih mulut memberi amaran kepada anak tunggalnya itu. Namun, satu pun tak diambil endah.

"Imna Safira!"

"Ya..." Baru terdengar suara gadis itu menyahut sambil pintu bilik kedengaran seperti dibuka.

"Kenapa lambat sangat nak buka pintu? Mama dah cakap kan jangan tidur lambat?" Terus peluru berpandu dari Puan Isma menjengah halwa telinga. Sakit! Tapi, Imna hanya menayang muka toya.

"Imna dah bangunlah ma. Sakit perut, duduk dalam toilet. Itu sebab Imna lambat buka pintu."

"Kamu makan apa semalam sampai sakit-sakit perut ni? Jangan nak buat hal Imna, mama nak kejar masa ni. Kalau kita terlepas flight. Kamu ganti duit mama beli tiket baru."

Imna masih menayang muka toya, dia tahu ibunya itu perangai bagaimana. Lebih suka membebel sambil kerja bergerak pantas.

Beg baju ditarik keluar dari bilik, malas hendak mendengar bebelan Puan Isma.

"Dahlah ma, tadi mama juga yang cakap nanti terlepas flight." Jelas kelihatan, Imna acuh tak acuh dengan bebelan ibunya.

Akhirnya, Puan Isma menjeling tajam anaknya. Wanita berumur 40-an itu segera bergerak sambil menarik beg pakaiannya menuju ke pintu condominium rumah mereka.

Imna hanya mengikut langkah ibunya tanpa riak di wajah.

---

Mereka tiba di lapangan terbang tepat jam 9 pagi dan terus bergegas masuk ke laluan menuju ke pintu gerbang untuk menaiki pesawat.

Sejak dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Imna hanya mendiamkan diri. Dia tidak suka dengan perpindahan tiba-tiba yang dikhabarkan oleh Puan Isma.

Nasib baiklah, dia dah tamat belajar STPM. Tunggu masa nak masuk universiti ambil degree.

"Nape diam je?" tanya Puan Isma selepas pulang dari tandas dalam pesawat.

Imna hanya memeluk tubuh sambil memandang ke luar tingkap. Bibirnya perlahan-lahan berubah muncung sedepa.

"Marahkan mama ke sebab mama bagitahu last minute?"

Imna masih tak bersuara. Bukan itu yang dia hiraukan sangat. Ada seperkara lagi yang membuatkan mood dia tak berapa nak elok.

"Kau nak sambung mana lepas ni?" Suara rakan karibnya menyapa halwa telinga.

"Aku kena ikut mama aku pergi Korea, dia dapat tawaran kerja dekat sana. Maybe, aku akan sambung degree dekat sana nanti."

"Lama ke?" Kening rakannya terangkat,  mungkin terkejut.

"Tak tahulah, mama aku pun cakap last minute. Mood aku betul-betul kelaut sekarang ni."

"Tak apalah Imna, dah rezeki kau dapat sambung belajar luar negara tu teruskan jelah." Rakannya tersenyum manis. Senyuman yang paling Imna suka melihatnya.

"Kau pula nak sambung mana?" Imna menyoal, tidak mahu keadaan mereka berubah kekok selepas Imna melihat senyuman itu.

"Tak tahu lagi, masih dalam proses untuk apply mana-mana universiti yang sesuai dengan keputusan aku." Rakannya menanggalkan topi di kepala dan mengusap rambut ke belakang. Beberapa saat kemudian, dia menyarung semula topi ke kepala.

Setiap inci perbuatan rakannya itu, Imna perhatikan. Memang benar dia sukakan rakannya itu. Sehingga setiap pergerakan yang dilakukan Imna mahu melihatnya.

Wajah rakannya yang putih bersih, ada sedikit kacukan Korea. Benar-benar membuatkan hati Imna rawan.

"Baguslah, goodluck..." Setelah leka memerhati, akhirnya Imna bersuara.

"Okeylah, aku nak balik dulu. Thanks sebab sudi teman aku cari barang untuk pergi Korea nanti."

Usai berkata, Imna segera membawa barangan yang dibeli tadi ke hentian bas.

"Nak aku hantarkan balik ke?"

Imna menoleh, tangan yang penuh sukar untuk Imna fokus dengan langkah sendiri. Akhirnya, beg shopping yang tidak sempat diperkemaskan pegangannya terjatuh ke lantai.

Rakannya yang melihat hanya tersengih, lalu menghampiri Imna. Cuba memberi bantuan.

"Kenapalah cuai sangat kau ni, dah jom. Aku hantar kau balik. Barang tu, bagi aku bawa sikit."

Mahu atau tidak, Imna terpaksa akur. Dia memang tak cukup tangan nak bawa barangan yang dibeli. Barangan itu bukan saja kepunyaan sendiri, tetapi ada juga kepunyaan Puan Isma. Memandangkan ibunya keluar pagi balik malam hanya untuk mencari sesuap nasi. Imnalah yang kena uruskan semua perkara di rumah mereka.

"Thanks."

"No biggie. Dah, jom."

Imna melepaskan keluhan berat, perasaannya memberat. Dia terpaksa pergi ke Korea mengikut ibunya dan meninggalkan seorang rakan baik yang sudah boleh dikatakan kawan istimewanya.

Imna sudah lama meminati rakan karibnya sendiri, dia juga turut memendam perasaan sejak mereka berkenalan untuk pertama kali. Namun, apakan daya sikap Imna yang takut dengan sebuah hubungan percintaan membuatkan dia cuba berkawan rapat dengan crushnya sendiri.

"Imna? Mama tanya ni?" suara Puan Isma membawa Imna ke dunia realiti. Benarlah, selama ini Imna takut cintanya itu ditolak oleh rakannya sendiri.

Imna tahu, dia tidaklah selawa perempuan-perempuan lain. Dalam perjalanan hidup Imna banyak gambaran tentang kesedihan.

Imna anak tunggal, ibu dan bapanya sudah bercerai. Imna tinggal dengan ibunya iaitu Puan Isma. Ibunya bekerja sebagai seorang pereka fashion dan jarang berada di rumah.

Imna membesar dengan cara tersendiri, nampak happy namun, dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

"Imna nak pergi toilet kejap, sakit perutlah ma. Macam nak period. Rasa mual-mual pun ada."

"Kamu biar betul ni Imna? Kita dah naik atas awan ni, jangan buat hal."

Dia mengendahkan kata-kata Puan Isma. Laju Imna bergerak ke tandas sambil menahan mulutnya dari mengeluarkan isi perut.

Namun, tidak sempat dia tiba di tandas. Mulutnya terus memuntahkan isi perut yang dijamah sebentar tadi. Paling Imna tak mampu buat apa, muntahannya terkena pula tempat duduk seseorang yang berada berdekatan dengan cabin dalam pesawat.

Mata orang itu terpejam, apabila sisa muntahan Imna terkena wajahnya.

"Cik! Cik! Cik tak apa-apa ke?" Salah seorang pramugari datang mendekati Imna yang terbongkok-bongkok memuntahkan isi perutnya.

Imna cuba mengangkat kepala dan matanya bertembung dengan wajah orang yang terkena sisa muntahannya. Terbuntang mata Imna melihat wajah orang itu.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status